#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, December 11, 2016

Produk Untuk Kulit Kusam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Baik lelaki atau wanita memang menginginkan kulit yang cantik dan sihat. Kulit yang kusam, gelap, berparut boleh memberikan kesan kepada penampilan seseorang. Ada juga yang merasakan sukar untuk berhadapan dengan orang ramai dengan keadaan wajah yang kusam dan berjerawat.



Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan keadaan kulit menjadi kusam. Di antaranya:


Kekurangan Pengambilan Air Kosong

Kurangnya pengambilan air kosong (2 liter sehari) menyebabkan kulit menjadi kering. Tubuh kita memerlukan air yang mencukupi bagi mengekalkan kelembapan kulit. Kan 75% daripada badan kita adalah air.

Kekurangan Nutrisi Dalam Diet Seharian

Nutrisi yang mencukupi amat penting dalam mengekalkan kesihatan kulit. Di antara nutrisi yang menjadi keperluan bagi kulit adalah Vitamin C, Protin, Vitamin B, Vitamin E serta kolagen. 


Kekurangan Rehat Yang Mencukupi

Tubuh badan memerlukan rehat yang berkualiti dan mencukupi bagi memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat. Paling utama tidur waktu malam tu.

Stress

Stress yang berlebihan juga memberikan kesan kepada kulit. Ini kerana stress menyebabkan peningkatan hormon kortisol, yang mempengaruhi aliran darah ke kulit dan memperbaiki kulit.


Persekitaran Yang Tidak Sihat

Kita sekarang amat terdedah kepada pencemaran seperti asap, sinaran UV, habuk dan lain-lain lagi. Ini meningkatkan risiko mengalami keradangan kulit jika tidak dijaga dari awal.


Anda Merokok

Ya jika anda seorang perokok, dan secara umumnya semua mengetahui tiada faedah yang diperolehi daripada rokok. Selain masalah kesihatan, kesihatan kulit juga akan terjejas dengan kandungan yang terdapat dalam rokok tersebut.


Pemilihan Alat Make Up dan Set Penjagaan Wajah Yang Tidak Sesuai

Ini juga merupakan antara faktor terpenting yang memberikan kesan yang besar kepada kulit wajah. Jika salah dalam memilih produk, kesannya amat teruk. Seperti dalam video ini.




Set Kecantikan Untuk Kulit Kusam Dan Berjerawat


Testimoni Set Kecantikan


Testimoni Set Kecantikan




B Complex
  • Vitamin B5 dapat membantu mengurangkan masalah jerawat serta membantu meningkatkan peredaran darah yang mana secara tidak langsung menjadikan kulit lebih sihat, lebih segar dan berseri
  • Vitamin B5 dapat mengurangkan stress yang mana stress salah satu punca jerawat.
  • Vitamin B12 membantu untuk mengatur pengeluaran dan lokasi pigmen kulit, fungsinya adalah untuk mengelakkan hiperpigmentasi iaitu kulit gelap dikawasan tertentu tubuh
  • Vitamin B3 dan B5 bantu mengekalkan kelembapan kulit, melambatkan penuaan kulit


Sustained Release Vita-C Plus
  • Mengambil Vita-C setiap hari dapat membantu mejadikan kulit lebih cerah dan sihat, melambatkan penuaan dan mengurangkan kerosakan kulit yang disebabkan oleh matahari
  • Vitamin C amat penting dalam membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh bukan sahaja pada kulit.
  • Mengandungi antioksida yang melambatkan kerosakan kulit disebabkan oleh radikal bebas 
  • Membantu mengurangkan kemerahan pada jerawat dengan membantu kulit pulihkan kecederaannya sendiri
  • Membantu dalam menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.


ESP Shaklee
  • ESP merupakan sumber protein sihat yang diperolehi daripada soya non GMO
  • Membantu dalam mengembalikan keserian kulit
  • Asid amino peting yang terdapat dalam ESP penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ dan lain-lain
  • Membantu dalam membaikpulih sel yang rosak dan membina sel baru
  • Membantu dalam merangsang pembentukan kulit dan otot
  • Membantu mengurangkan kedutan
  • Membantu memudarkan kesan parut
  • Membantu dalam mengurangkan jeragat, garis halus dan kedutan


Vitamin E Complex
  • Mengandungi anti- oksida yang kuat dalam membantu mengurangkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas
  • Membantu dalam melambatkan proses penuaan 
  • Membantu mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Membantu memudarkan parut dan jerawat
  • Membantu melambatkan pembentukan melanin– pigmen kulit yang menyebabkan jeragat

Jangan biarkan kulit anda kelihatan kusam, berjerawat dan berparut. Kembalikan keyakinan dan seri pada wajah anda dengan cara yang selamat dan berkesan. 


Love yourself love your family
Share:

Saturday, December 3, 2016

Produk Shaklee Pilihan Saya

Herbal blend

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Ikutkan hati, semua produk always green ni menjadi pilihan hati. Betul saya tak tipu.

Tapi krim multipurpose tanpa paraben ni memang menjadi teman setia saya setiap masa. Sentiasa ada di dalam beg dan di rumah. Bila masa saya guna?
* Nappy rash baby
* Ruam panas anak2
* Luka2 kecil
* Gigitan nyamuk
* Mengelakkan gigitan nyamuk
* Gigitan serangga
* Hfmd
* Sapu pada leher dan ketiak ketika anak2 demam (membantu menurunkan suhu badan)
* Ulser mulut
* Melembapkan kulit kering

Dan banyak lagi kegunaannya. Yang penting selamat digunakan untuk semua dari baby sampai dewasa. Harga pun mampu milik.

Best krim tanpa paraben yang saya suka. Dan ibu2 lain juga harus membawanya bersama.


Share:

Thursday, December 1, 2016

Bisnes Yang Menguntungkan Tanpa Rugi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Ramai sekarang di antara kita yang cuba mencari peluang untuk berniaga kan. Lagipun 9 per 10 rezeki datangnya melalui perniagaan. Tetapi bisnes apakah yang menguntungkan tanpa memberikan kerugian??

Saya sendiri telah mencuba beberapa jenis perniagaan sebelum ini. Dan saya juga pernah ditawarkan peluang perniagaan yang katanya amat menguntungkan tetapi saya perlu membuat pinjaman peribadi untuk amaun yang agak banyak bagi bisnes tersebut. Jika dilihat pada mereka yang di atas pentas dengan cara dan pakaiannya,tidak kuat iman memang terjebak sama. Syukur sebenarnya permohonan pinjaman peribadi saya itu tidak berjaya.

Sekarang saya masih lagi berbisnes tetapi saya memilih bisnes yang tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak dan tidak perlu stok pun. Hanya RM 69 (tidak termasuk gst) untuk permulaan. Kaedahnya seperti dropship kerana tempahan dibuat secara atas talian sahaja dan tidak perlu menyimpan stok. 



Perniagaan ini memang merupakan salah satu mlm tetapi ianya merupakan patuh syariah. Di samping itu bisnes ini tidak mengkayakan orang yang di atas semata-mata tetapi siapa yang berusaha dialah yang berjaya. Tiada siapa yang ditindas.

Jika anda ingin memulakan perniagaan,saya cadangkan anda memilih bisnes yang terbaik dan mempunyai circle yang sama-sama membantu. Kerana dalam bisnes,ilmu dan sokongan amat penting.

Love yourself love your family.
Share:

Gaya Hidup Shaklee Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Gaya hidup kami yang baru???

Tidak dinafikan saya jenis seorang yang suka merujuk pada doktor tiap kali anak2 sakit. Hatta kaklong masa baby kembung perut pun pergi klinik private jumpa doktor....alih2 doktor kata sapu minyak cap kapak pun boleh sebab kembung jek.

Dulu kejap2 pergi klinik. Tetapi sekarang dah tak macam dulu. Betul la,jadi mak ni memang perlu banyak membaca dan cari ilmu. Setiap hari,almost everyday kita akan hadap benda baru dengan anak2 ni. Dan sampai sekarang saya masih lagi buat research (macam buat phd ) bila melibatkan anak2. Dan yang bestnya mak anak 4 ni selalu menjadi rujukan adik2nya




Kalau dulu anak2 demam terus saya suakan paracetamol. Tapi sekarang saya mengamalkan alternatif lain dahulu sebelum memberikan ubat. Tidak bermakna saya biarkan sahaja suhu panas anak terus meningkat....tidak sama sekali. Thermometer sentiasa ada bersama dan benda penting bila anak2 demam. Saya akan cuba turunkan dahulu suhu panas badan anak dengan cara mandikan mereka,pakaikan pakaian nipis,banyakkan minum air dan sapu krim pelbagai guna tanpa paraben pada pelipat badan. Dan alhamdulillah,sudah kurang pengambilan ubat demam pada anak2. Tetapi jika demam mereka sehingga 3 hari saya takkan tunggu lagi,terus rujuk pada yang lebih pakar tau.

Ubat baruk,selsema dan cair kahak antara yang saya selalu dapat bila anak2 batuk berkahak dan selsema. Bukan senang nak bagi makan ubat banyak2 ni...banyal aksi drama kan mak2. Tapi sekarang bila mereka mula nampak selsema,terus saya berikan minyak ikan. Memang doktor paed pun sarankan agar memberikan minyak ikan pada anak2 yang mempunyai masalah asma,batuk dan berkahak atau yang terpaksa menggunakan neb selalu. Bonus bila anak2 mengamalkan minyak ikan adalah,ianya turut membantu dalan perkembangan otak anak2.

Saya sendiri tidak gemar untuk makan ubat dan rasanya sudah lama saya tidak mengambil ubat.

Apa yang penting adalah mengamallan gaya hidup yang sihat,ubah corak pemakanan kepada makanan yang lebih sihat dan pastikan keperluan nutrisi tubuh badan dijaga. Insyaallah kualiti kehidupan juga lebih baik. Siapa kata kita tidak boleh berubah menjadi lebih sihat????
Share:

Wednesday, November 30, 2016

Kenapa Saya Masih Setia Selepas 5 Tahun

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Bila dikira dan dicongak, sudah hampir 5 tahun saya sudah menggunakan produk shaklee ni dan rasanya ni la antara produk paling lama saya guna dalam tempoh masa yang lama. Dan sekarang bukan hanya guna sendiri, saya berjaya sebarkan untuk keluarga dan rakan termasuk juga customer2 saya..... Tujuannya hanya satu,saya ingin lebih ramai menjadi lebih sihat dan mempunyai kualiti kehidupan yang lebih baik.




Disebabkan keberkesanan dan produk yang dijamin selamat,saya terpaksa memilih shaklee. Sesuai dengan motif shaklee itu sendiri, always work and always safe, saya memilih untuk menggunakannya. Bukan itu sahaja,menggunakannya juga sebenarnya menjimatkan...mesti anda tidak percaya bukan?

Belum ada lagi mana2 syarikat supplement yang melakukan ujian landmark study ke atas produk2nya kecuali shaklee. Itu beza shaklee. Dan ujian itu tidak dilakukan oleh pihak shaklee tetapi oleh pihak lain yang tiada kepentingan pun dalam shaklee dan keputusan ujian tetap di paparkan pada umum tanpa mengambil kira keputusannya. Landmark study ini dilakukan bagi mengetahui kesan pengambilan produk shaklee bagi tempoh lebih 20 tahun dan keputusannya, mereka yang mengamalkan shaklee memperolehi kualiti kehidupan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil supplement jenama lain atau tidak mengambil langsung supplement. Kenapa 20 tahun?? Penyakit tidak develop dalam masa sehari semalam tetapi jangkamasa yang lama

Tawaran yang ditawarkan oleh shaklee super duper best lebih2 lagi trip percutian. Malah diakui sendiri oleh tourist guide yang membawa team shaklee melancong,katanya dalam banyak2 company yang buat trip,shaklee trip is the best. Layanan 6 bintang diberi....semestinya menghargai mereka2 yang sentasa rajin berusaha kan. Dan itulah yang menjadi target saya...dan trip2 inilah yang sangat saya inginkan. Untuk reward diri dan keluarga... Boleh bawa keluarga bercuti ke? Ye boleh,percuma juga ye sebab konsep shaklee is family first...

Bestkan kerja macam ni. Dengan income yang infiniti jika kita rajin berusaha. Super duper best. Pilihan di tangan kita. Siapa rajin berusaha dia pasti berjaya.

Love yourself love your family
Share:

Tuesday, November 29, 2016

Perancangan Kesihatan Untuk Persediaan Haji

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Haji....
Alhamdulillah tadi sempat ke Tabung Haji untuk simpankan duit anak2 ni plus buka buku akaun untuk si tomei Hanan. Cantikkan buku akaun hanan,warna hitam dan hijau. Jeles mak,mak nak tukar tak boleh.



Masa tengah berurusan di kaunter, petugas bank tanya mak nak daftarkan haji tak untuk anak2 sebab dah layak untuk daftar haji? (Layak daftar haji dalam akaun perlu ada RM1300). Ok,terus daftarkan kaklong ngan kakngah sebab duit depa dah lebih.... Alhamdulillah cepat je rupanya daftar haji ni

Tapi bila tengok tahun peruntukan haji, tahun 2110M . 94 tahun lagi nak......

Petugas kaunter maklumkan sekarang ni daftar je dulu untuk haji puan,jika dah cukup boleh buat rayuan pada Tabung Haji. Lagi satu jika pilih untuk pergi dengan private agency pun perlu daftar juga dengan TH

Ntah mama sendiri belum tentu panjang umurnya nak...

Bila kita ingin menunaikan haji atau umrah,kita juga perlu pastikan kesihatan kita dalam keadaan baik setiap masa. Betul,ajal maut di tangan Allah tapi kita sebagai pembawa kepada badan yang menjadi amanah Allah perlu pastikan kita tidak 'merosakkan' tubuh badan kita dengan sengaja.

Jaga pemakanan,amalkan gaya hidup yang sihat dan pastikan tubuh badan kita cukup keperluan nutrisi agar sentiasa sihat dan kekal cerdas. Lagi pula sekarang ini terlalu banyak penyakit yang silent killer katanya seperti serangan jantung,strok.

Inisiatif saya buat mereka agar mereka sentiasa diberikan kesihatan yang baik dengan mengamalkan sebolehnya cara hidup sihat. Jaga pemakanan mereka serta cuba untuk cukupkan keperluan nutrisi mereka. Di samping doa agar mereka semua diberikan kesihatan yang baik. Jajan is no in the house. Mak kau hijau nanti jadinya.

Semoga kita semua diberikan kesempatan menjadi tetamunya bersama2 ye. Doa dan usaha. Yang lain adalah urusanNya...

Nota kaki: lawa pula mak tengok uniform akak TH ni....

Love youself love your family
Share:

Monday, November 28, 2016

Perbezaan Omega Guard

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Mari kita bercerita serba sedikit tentang minyak ikan. Ibu-ibu umumnya mengetahui kebaikan minya ikan dalam perkembangan otak anak2. Tapi apa perbezaan Omega Guard dengan minyak ikan yang lain? 


Tahukan anda bahawa minyak ikan OMEGA Guard adalah daripada ikan Anchovy (ikan bilis) di lautan sejuk bagi menjaga kualiti yang tinggi. Ikan besar pula berisiko untuk contamination yang tinggi (contoh ikan salmon)

Tahukah anda bahawa kandungan minyak ikan yang terdapat dalam OMEGA GUARD adalah yang paling tinggi berbanding jenama lain. Bagi ibu2 yang mencari minyak ikan, pastikan dahulu kandungannya dan pastikan bukannya minyak hati ikan.



Saya pasti ibu-ibu dan ayah pasti ingin memberikan yang terbaik buat anak-anak mereka kan. Dan Omega Guard merupakan pilihan yang terbaik dalam kelasnya.

Love Yourself Love Your Family

Share:

Testimoni Omega Untuk Batuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bermula dengan selsema, kemudian batuk dan seterusnya berkahak. Bila dah berkahak memang mak2 akan rasa susah hati. Dan selalunya bermulalah segala macam carian bagaimana untuk merawat anak2 dan sama juga seperti saya.

Betul, bila ke klinik ubat batuk, ubat cair kahak adalah yang biasa dibekalkan. Tidak bermakna saya menidakkan ye tetapi saya juga seorang ibu yang mencari alternatif lain buat anak2 saya agar anak2 cepat sembuh di samping berdoa dan bertawakal.


Ibu ini ikhtiarkan untuk memberi OMEGA GUARD buat anak tersayang. Tiada lagi bangun pagi dengan hidung tersumbat dan berkahak.

Betul...anak sihat Mak memang happy...syukur Alhamdulillah.

Love yourself love your family
Share:

Sunday, November 27, 2016

Jika Saya Punya Kuasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Jika saya mempunyai kuasa (diktator sangat kan)

Saya nak setiap rumah mempunyai bekalan NUTRIFERON setiap masa. Kenapa saya nak setiap rumah perlu ada nutriferon? Jawapannya untuk meningkatkan askar pertahanan dalam badan semua orang



Nutriferon merupakan produk yang telah dipatenkan oleh shaklee dan anda takkan jumpa dijual di mana2 kedai toko jamu.

Nutriferon sebagai immune booster kepada sistem imun dalam badan. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan.


Nutriferon merupakan gabungan 4 bahan utama iaitu:
🐝 Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon
🐝 Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun
🐝 Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih
🐝 Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.

Saya sendiri mengamalkannya untuk diri sendiri dan anak2.  Kesannya kami sudah agak lama tidak menggunakan ubat jika batuk,selsema dan demam. Dengan musim sekarang yang cuaca panas dan sejuk boleh menyebabkan kita tidak sihat. 

Nak dapatkan sekotak nutriferon buat rumah anda?? (Coz i is belum ada kuasa)

Share:

Friday, November 25, 2016

Vitamin Untuk Ibu Hamil Terbaik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Jika anda sedang hamil, tahniah diucapkan. Sudah tentu perasaan penuh gembira menyelubungi diri anda dan suami. Anda sedang melalui fasa baru dalam hidup anda. Bahkan anda juga akan merasakan perubahan fizikal pada diri dan juga emosi. Tetapi keperluan nutrisi penting dan vitamin buat ibu hamil jangan di pandang sebelah mata.

Bagi umat Islam, tempoh kehamilan adalah di antara tempoh ladang pahala kerana pada masa ini, setiap kesusahan dan kesakitan yang anda rasa dan lalui digantikan dengan pahala yang besar selama mana anda redha dan tidak mengeluh. Buat para suami, bantulah para isteri melalui tempoh kehamilan dengan tenang dan sabar and try to enjoy this moment together.



Seperti yang kita sedia maklum, ibu hamil amat memerlukan nutrisi yang lengkap yang penting bagi perkembangan bayi dalam kandungan dan juga buat si ibu itu sendiri. Jika ibu tidak mendapatkan nutrisi yang cukup semasa tempoh kehamilan, risiko kesihatan terhadap ibu dan bayi dalam kandungan. Selalu kita dengar pernyataan ibu hamil perlu makan untuk 2 orang, tetapi si ibu juga perlu menitikberatkan makanan yang di ambil. Tidak bermakna bila hamil boleh makan apa sahaja tanpa mengambil kira keperluan nutrisi yang amat diperlukan oleh bayi dan anda. 


Semasa saya hamil, pernah juga rakan-rakan berkata jangan ambil vitamin nanti baby besar. Tetapi bagaimana dengan vitamin yang dibekalkan oleh klinik? Bukankah ianya juga vitamin? Adalah tidak benar menyalahkan bayi yang dilahirkan bersaiz dengan pengambilan vitamin oleh ibu kerana anak-anak saya dilahirkan dengan berat 3.15kg bagi anak ke empat yang mana sepanjang tempoh kehamilan saya mengambil set vitamin untuk ibu hamil terbaik.


Set Vitamin Untuk Ibu Hamil Terbaik




ESP

  • Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan
  • Merupakan sumber protin yang berkhasiat
  • Memberikan tenaga berpanjangan buat ibu hamil terutama yang menghadapi masalah morning sickness
  • Rendah Indek Gliesmiknya (GI). Makanan yang rendah GI melambatkan penyerapan glukosa di usus kecil. Ini membuatkan ibu berasa kenyang untuk masa lebih lama walaupun pengambilan saiz makanan yang kecil. 
  • Protein membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

B-Complex

  • Lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri. 
  • Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .
  • Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
  • Vitamin B complex juga vitamin anti stress. Jadi bila tiada stress, penghasilan susu lebih baik.
  • Melindungi bayi dari kecacatan saraf tunjang 
  • Membekalkan tenaga buat si ibu

Vita-Lea

  • Merupakan multivitamin lengkap dengan 28 jenis vitamin dan mineral
  • Lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

Sustained Release Vita-C

  • Membantu meningkat sistem imun ibu 
  • Membantu dalam penyerapan iron

Ostematrix

  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.
  • Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
  • Mengandungi vitamin D yang membantu penyerapan kalsium dalam badan dengan lebih berkesan
  • Pengambilan kalisum semasa hamil dan menyusukan anak adalah penting dan tidak boleh dipandang remeh

Omega Guard (Tremister ke 2 dan 3)

  • DHAyang terdapat di dalam Omega-3 adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.
  • Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.
  • Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.


Semoga ibu-ibu menikmati tempoh kehamilan dengan rasa enjoy dan happy.

Love Yourself Love Your Baby
Share:

Thursday, November 24, 2016

Percutian Mewah Dengan Shaklee Trip

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Baru-baru ini delegasi Shaklee Malaysia telah selamat bercuti ke Pulau Langkawi. Dekat je Langkawi tu, Kedah je kan. Walaupun dalam Malaysia, tetapi percutian mereka merupakan percutian mewah bertaraf 5 bintang dan semuanya ditanggung sepenuhnya oleh pihak Shaklee. Hanya bawa beg baju dan duit untuk membeli belah sahaja. Tak perlu pening-pening untuk merancang atau bajet untuk ke Langkawi.

Sumber https://langkawihotel.wordpress.com/

Dengan menaiki MAS daripada Kuala Lumpur ke Langkawi ditanggung oleh pihak Shaklee. Mereka semua menginap di Westin Hotel Langkawi, hotel mewah dengan pemandangan yang amat menarik dan cantik. Beg yang dibawa pun tak perlu di bawa ke sana ke mari, sebabnya beg akan terus diletakkan di dalam bilik. Hebat layanan, seperti seorang raja dan ratu.

Jom layan beberapa keping gambar semasa mereka bercuti yang di ambil dari saudara Joe Labu:







Bercuti bersama shaklee tiada apa yang perlu dirisaukan. Setiap kali sesi breakfast, lunch dan dinner, semuanya bertaraf 5 bintang. Kemudian shaklee bagi lagi duit makan untuk setiap peserta termasuklah ahli keluarga yang hadir bersama. Iya, jika layak boleh membawa ahli keluarga tau.

Percutian ke Jepun atau Cruise menanti pengedar shaklee yang rajin dan berusaha. Harus cannot let it go kan.


Share:

Wednesday, November 23, 2016

Pengedar Shaklee Putrajaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada yang PM saya dan mengadu "susahnya mencari pengedar shaklee kawasan Putrajaya ni kak"

Susah ya? Sekarang tidak susah lagi, kerana saya merupakan Pengedar Shaklee Sah Anda bagi Putrajaya dan pengeposan di seluruh Malaysia.



Saya boleh dihubungi melalui wassap bila-bila masa.

Share:

Sunday, November 20, 2016

Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah di antara anda terutamanya wanita yang tidak pernah mempunyai sejarah diabetes tetapi ketika hamil secara tiba-tiba anda disahkan mempunyai diabetes?

Sumber cepatsihat.com


Diabetes ketika hamil dikenali sebagai Gestational Diabetes. Ianya terjadi apabila terdapat kerintangan Insulin – sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan manusia untuk mengawal atur kawalan paras gula di dalam darah, untuk memenuhi keperluan ketika mengandung termasuklah keperluan bayi anda. Hasilnya, paras gula di dalam darah meningkat. Menurut statistik, 18% daripada wanita hamil akan mengalami masalah ini. Diabetes gestasi ini selalunya akan hilang dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetes lain yang merupakan penyakit seumur hidup.


Risiko diabetes ketika hamil

Di antara kesan diabetes ketika hamil adalah:
  • Indeks Jisim Badan (BMI) ibu adalah 30 ke atas
  • Berkemungkinan bayi dilahirkan besar dan berat melebihi 4kg ke atas yang mungkin akan menyukarkan proses kelahiran secara normal. Dan selalunya doktor akan menasihatkan pembedahan caesarean dilakukan.
  • Bayi dalam kandungan yang menerima terlalu banyak gula akan mempunyai risiko masalah kesihatan seperti hipoglesemia (paras gula rendah dalam darah). Sebab itu bayi yang dilahirkan akan dipantau oleh pakar perubatan.
  • Bayi yang dilahirkan mungkin mempunyai risiko obesiti dan diabetes tahap 2.
  • Risiko kematian bayi dalam rahim secara mengejut jika ibu tidak menjaga dan mengawal paras gula dalam badan.


Bagaimana mengenalpasti sama ada ibu menghidap Diabetes

Ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) dilakukan ke atas ibu hamil. Dikenali sebagai minum air gula dikalangan ibu-ibu. Ujian ini selalunya akan dijalankan pada minggu ke 24 dan ke 28 kehamilan. Semasa ujian ini dilakukan, ibu akan diminta untuk berpuasa bermula jam 10 malam, malam sebelum ujian dilakukan. Ibu akan diminta untuk datang awal ke klinik untuk di ambil sampel darah. Kemudian ibu akan diminta untuk menghabiskan larutan air gula berperisa. Ini merupakan keadaan yang agak sukar bagi ibu-ibu untukmenghabiskan larutan air gula tersebut. Kemudian ibu akan diminta untuk berehat selama 2 jam sebelum sampel darah di ambil semula. Daripada sampel darah sebelum dan selepas ujian dilakukan dapat dikenalpasti sama ada ibu penghidap diabetes ataupun tidak.


Bagaimana untuk merawat 


  • Pengambilan diet dan pengambilan makanan yang seimbang haruslah diutamakan buat ibu-ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil. Ini adalah untuk memastikan paras gula dalam darah si ibu sentiasa terkawal
  • Elakkan makanan dan minuman bergula
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan-jalan
  • Jika doktor membekalkan ubat untuk merawat diabetes, ibu-ibu perlu mengikut nasihat dan saranan doktor


Set Hamil Shaklee


Energizing Soy Protein (ESP)
  • ESP mengandungi serbuk protein lengkap dengan asid amino yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  • Ibu hamil amat memerlukan sumber protein bagi pembentukan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.
  • 1 hidangan ESP adalah bersamaan dengan 4 kali ganda telur ayam, 6 kali ganda roti bijirin penuh, 2 kali ganda daging dan 12 kali ganda susu.
  • ESP rendah indeks glisemik yang membantu mengawal kadar gula dalam darah dan memberikan rasa kenyang yang berpanjangan dan lebih lama serta dapat mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan sekaligus mengelak risiko diabetis



B Complex
  • Vitamin penting untuk bekalan vitamin B (gabungan 8 jenis vitamin b) yang lengkap beserta asid folik yang penting bagi ibu hamil
  • Kandungan vitamin B6 membantu mengawal loya dan alahan di awal kehamilan 
  • Mengurangkan risiko kecacatan sistem saraf tunjang dan tiub neuron bayi di dalam kandungan 
  • Menggalakkan metabolisme gula dan pembebasan tenaga daripada makanan yang diambil oleh ibu hamil


Vita-Lea Iron Formula
  • Mengelakkan masalah anemia dan kekurangan sel darah merah
  • Mengurangkan risiko bayi pra-matang dan masalah bayi kurang berat badan
  • Zinc yang terdapat dalam Vita-Lea membantu pankreas untuk menghasilkan hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal jumlah gula dalam darah
  • Multivitamin dan zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin
  • Melengkapkan kekurangan nutrien si ibu yang banyak diserap oleh bayi dalam kandungan

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda, ibu-ibu hamil dapat menjalani tempoh kehamilan yang selesa dan ceria. 

Love yourself love your family

Share:

Petua Rambut Gugur Bagi Lelaki

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Rambut gugur bukan sahaja menjadi igauan wanita, pihak lelaki juga tidak terkecuali. Jika diperhatikan,sekarang ini ramai dikalangan lelaki yang botak bermula depan kepala hingga bahagian tengah.




Di antara faktor yang menyebabkan rambut gugur:

Perubahan Hormon

Bentuk keguguran rambut lelaki dikenali dalam dunia perubatan 'alopesia androgenetik'. Keguguran ini berlaku akibat pengaruh tingginya jumlah hormon testosteron bernama dihidrotestosteron (DHT) yang menjadikan akar rambut terlalu sensitif. Hormon ini menjadikan rambut lebih tipis dan mudah gugur dari akarnya.

Corak Pemakanan

Tidak mengambil kira corak pemakanan juga menjadi punca rambut gugur dan tipis. Pastikan anda mengambil makanan seimbang berdasarkan piramid makanan. Elakkan mengambil terlalu banyak makan proses seperti fast food atau junk food.

Kesan Ubat-ubatan

Ada juga ubat yang diambil memberi kesan terhadap kesihatan rambut. Dapatkan nasihat doktor berkenaan perkara ini.

Tekanan

Apabila anda tertekan,anda juga sebenarnya sedang memberikan tekanan kepada tubuh badan anda. Tekanan secara psikologi juga boleh menyebabkan seseorang tertekan dan murung. Biasanya jika ini berlaku,rambut akan mula menipis.


Kulit Kepala Tidak Sihat

Kulit kepala yang kotor dan tidak sihat menyebabkan mudah dijangkiti oleh kuman. Kuman ini boleh juga hadir ketika kulit kepala dalam keadaan panas dan lembab, seperti ketika memakai topi atau menutup rambut. 


Keturunan (Genetik)

Masalah keguguran rambut juga boleh disebabkan oleh keturunan. Sama ada diwarisi daripada keluarga ayah atau ibu.


Radikal Bebas

Radikal bebas merupakan bahan toksik yang menyebabkan terjadinya penuaan awal. Di antara punca terjadinya adalah pencemaran kenderaan dan asap-asap beracun. Radikal bebas juga memberi kesan terhadap kulit kepala, dan selanjutnya membuat rambut menjadi gugur.

Petua Bagi Rambut Gugur


Pengambilan Supplement

Pengambilan supplement adalah penting bagi kesihatan tubuh badan bukan sahaja bagi pertumbuhan rambut. Di antara vitamin yang dicadangkan adalah:

Vitamin A merupakan salah satu anti-oksida yang membantu pembentukan sebum pada permukaan kulit kepala. Ia bukan sahaja membantu kulit kepala, malah membantu kesihatan rambut secara tidak langsung.

Vitamin E ini boleh membantu dalam melancarkan peredaran darah, dan perkara ini boleh membantu mengekalkan folikel rambut pada kulit kepala kekal sihat dan produktif.

Vitamin B boleh membantu badan anda menghasilkan melanin, iaitu satu bahan yang memberikan rambut warnanya. Selainitu, melanin juga boleh membantu peredaran darah.


Jaga pemakanan
Makanan yang kaya dengan kadar protein adalah baik untuk pertumbuhan sel yang sihat. Antara sumber makanan yang anda boleh makan adalah daging, ikan, soya dan lain-lain.

Salah satu kaedah yang paling berkesan untuk mengelak daripada berlakunya masalah rambut gugur adalah dengan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Oleh itu, anda perlu memperbanyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Dapatkan zat besi yang secukupnya setiap hari. Zat besi merupakan mineral yang boleh mengekalkan kesihatan folikel (secara tidak langsung).

Pada masa yang sama, anda perlu pandai mengelak daripada memakan makanan yang boleh memudaratkan kulit kepala mahupun rambut. Antara makanan yang ada potensi untuk menyebabkan masalah keguguran rambut adalah pemanis tiruan dan aspartame, yang mana ada menunjukkan rekod menipiskan rambut.


Penjagaan Rambut Yang Betul

Penjagaan rambut yang betul juga penting. Seperti elakkan untuk menggosok rambut selepas mandi dengan kuat menggunakan tuala. Seeloknya biarkan rambut untuk kering sendiri.

Pemilihan syampoo yang sesuai juga amat penting. Anda haruslah memilih dengan betul serta teliti kandungan syampoo tersebut. Jika boleh elakkan menggunakan syampoo yang terlalu banyak bahan kimia.


Kurangkan Tekanan Diri (Stress)

Elakkan atau cuba untuk kurangkan stress. Anda boleh melakukan senaman seperti berjalan-jalan,berjoging atau bersukan selama 30 minit tiga kali seminggu untuk me gurangkan tekanan. Pengambilan b complex juga dapat membantu meredakan saraf dan membantu anda mengurangkan stress.


Rambut juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang. Penjagaan yang teliti, pemakanan yang baik antara faktor penting dalam penjagaan rambut. Kenali punca kenapa rambut anda menipis.

Love yourself love your family
Share:

Tips Buang Angin Dalam Badan Dengan Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Masalah angin dalam badan agak sinonim dikalangan kita daripada bayi hingga dewasa. Di antara punca menyebabkan angin dalam badan adalah daripada pemakanan dan sistem penghadaman. Kebiasannya angin dikeluarkan melalui kentut atau sendawa tetapi bagi yang menghadapi masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus menyebabkan angin tidak dapat dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan perut rasa tidak selesa, loya dan juga pening kepala.



Tips Buang Angin Dalam Badan:


  1. Banyakkan minum air suam bagi menggantikan minuman sejuk atau berkafein.
  2. Sapukan minyak panas pada bahagian perut sambil melakukan sedikit urutan.
  3. Semasa makan, kunyah secara perlahan-lahan untuk memudahkan penghadaman. Sunnah Rasulullah juga agar kita mengunyah makanan secara perlahan-lahan.
  4. Makan secara kerap dan sedikit-sedikit.
  5. Elakkan mengunyah gula-gula getah.
  6. Amalkan minuman air halia suam.


Peppermint Ginger Plus
Kegemaran saya ketika mengalami masalah angin kerana kesannya yang cepat dalam melegakan angin dalam badan. Peppermint-ginger plus mengandungi 4 bahan utama iaitu:

PUDINA:
Membantu melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang dan juga proses penghadaman, mabuk laut/darat, membantu melegakan kesakitan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. Pudina merangsang pengeluaran peluh, oleh itu ia dapat menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selesema.

HALIA:
Masyarakat cina telah menggunakan halia lebih 2 ribu tahun. Halia merangsang penghasilan enzim Salvia untuk mencernakan makanan. Ia juga membantu melegakan ketidakselesaan perut dan usus, sakit haid, loya, mual angin ketika mengandung, atau selepas melahirkan anak.

POKOK ADAS:
Orang eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia juga membantu melegakan sakit perut, gejala flu, dan membantu masalah alergi pada saluran usus.

CEKUR MANIS:
Digunakan oleh orang mesir purba. Ia dapat membantu masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak, merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang boleh menyebabkan masalah kulit, memberi peredaran tenaga didalam badan.


Jika anda mengalami masalah angin yang berterusan, jangan dibiarkan untuk tempoh yang lama kerana ianya mungkin memberikan kesan ke atas kesihatan anda.


Love yourself love your family.



Share:

Turunkan Darah Tinggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Penyakit darah tinggi atau hypertensi merupakan salah satu silent killer dikalangan manusia.
Ianya merupakan salah stu penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan penghidapnya mendapat serangan jantung secara tiba-tiba.



Tekanan darah tinggi menyebabkan jantung perlu bekerja lebih kuat untuk membolehkan darah dipam dan dihantar ke seluruh tubuh, yang mana kesannya menyebabkan regangan pada dinding arteri. Tekanan darah yang normal menurut WHO adalah 100-140 mmHg sistolik (atas) dan 60-90 mmHg diastolik (bawah).

Di antara faktor yang menyebabkan tekanan darah tinggi adalah keturunan, obesiti, pengambilan alkhohol, merokok, kurang aktiviti fizikal seperti senaman dan terlalu banyak mengambil garam dalam makanan.


Bagaimana cara untuk menurunkan tekanan darah tinggi?


Lakukan aktiviti fizikal
Senaman merupakan terapi yang paling baik dan paling mudah untuk merawat tekanan darah tinggi. Ianya juga dapat membantu jantung agar lebih sihat. Tidak perlu melakukan aktiviti yang berat, cukup dengan berjalan-jalan atau berjoging selama 30 minit, tiga kali seminggu untuk merawat tekanan darah tinggi anda.


Mengurangkan Berat Badan Bagi Yang Obes
Selain bersenam, menurunkan berat badan merupakan salah satu cara efektif bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Berat badan yang ideal dapat mengawal tekanan darah tinggi.


Kurangkan pengambilan garam
Natrium yang terkandung di dalam garam, jika diambil secara berlebihan boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam badan. Jika berlebihan garam dalam badan, sumber cecair akan diambil daripada tisu dalam badan yang mana boleh menyebabkan jantung akan bekerja keras untuk mengepam dan seterusnya menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi.


Amalkan minum air kelapa
Air kelapa segar mengandungi kalium dan magnesium yang mana berkaitan dengan fungsi otot. Elakkan pengambilan gula semasa minum air kelapa segar.


Minyak Ikan 
Minyak ikan kaya dengan Omega-3 dan ianya sangat baik untuk jantung anda. Omega-3 telah terbukti dapat menurunkan tekanan darah disamping mengurangkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol baik).




Saksikan bagaimana pesakit tekanan darah tinggi dapat menrunkan kembali tekanan darah tingginya tanpa pengambilan ubat.

Share:

Saturday, November 19, 2016

6 Tips Bisness Online Mak Anak 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Ye saya mak yang mempunyai anak 4 orang, bekerja dan juga menjalankan bisnes secara atas talian. Anda rasa susah? Mari saya kongsikan cara saya. Semoga bermanfaat buat kita semua.


1. Mempunyai gajet 

Gajet ni penting ye. Selain menggunakan notebook, penggunaan gajet seperti smart phone, tab dan seangkatannya amat membantu apabila kita mobile. Takkan kita perlu membawa notebook sentiasa kan. Itu agak menyukarkan. Pemilihan gajet haruslah bersesuaian dengan cara anda.




2. Penggunaan Medium Sosial Media

Banyak sekarang peniaga online menggunakan sepenuhnya sosial media sebagai platform perniagaannya. Saya juga tidak ketinggalan. Tetapi bagaimana? Rajinkan diri untuk share berkenaan produk setiap masa. Tambah follower jika di Instagram dan tambah kenalan jika menggunakan Facebook. Anda boleh add saya di Facebook Norlen Othman  atau FB Page saya Mommy 2 Mommy dan juga anda boleh follow Ig saya di NorlenOthman




3. Rajinkan diri untuk membaca

Ini penting ye supaya kita mempunyai ilmu berkenaan produk yang kita jual. Seperti saya yang mempromosikan produk kesihatan, saya perlu sentiasa membaca dan mencari info berkenaan kesihatan dan produk. Tidak semestinya melalui buku, kan sekarang semuanya di hujung jari.





4. Raikan keluarga

Apa kaitan keluarga dan bisnes? Biasa kan kita dengar anak-anak membawa rezeki? Begitu juga pasangan kita. Biasa kan dengar? Apabila kita meraikan mereka iaitu yang melorongkan rezeki buat kita, percayalah rezeki lebih mudah datang pada kita. Anda hanya perlu yakin Allah yang memberikan rezeki. Cubalah kerana saya telah merasainya and it is speechless.



5. Adakan ruang untuk anda berbisnes

Untuk cara ini perlu disesuaikan dengan keadaan dan situasi anda. Seperti saya, saya akan luangkan masa ketika anak2 telah tidur agar saya lebih fokus dengan apa yang saya buat. Tidak semestinya 8 jam anda perlu menghadap bisnes anda ye....semuanya bergantung. Sebab itu untuk tip ini pengurusan masa juga penting


6. Utamakan Pemberi Rezeki

Jika anda seorang Islam, ini adalah paling penting dan utama. Percaya rezeki adalah ketentuan Allah dan Dialah yang memberikan rezeki buat hambanya. Jaga hubungan anda denganNya dengan solat di awal waktu, membaca al-quran serta rajin bersedekah. Selamat beramal.


Rasanya inilah sedikit perkongsian tips bisnes mak anak 4 yang bekerja seperti saya. Semoga tips yang saya kongsikan ini memberikan manfaat buat anda semua. Selamat berbis
Share:

Friday, November 18, 2016

Cara Turunkan Kolestrol Dengan Selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Umumnya ramai di antara kita mengetahui bahawa kolestrol boleh menyebabkan kita berisiko untuk memdapat penyakit yang agak kronik. Tetapi bagaimana pula caranya jika kita ingin menurunkan paras kolestrol dalam darah pada aras normal? Boleh atau tidak?

Kolestrol

Kolestrol merupakan lemak yang terdapat dalam aliran darah atau sel yang diperlukan bagi pembentukan dinding sel. Sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.



Kolesterol dari sumber makanan datangnya daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Hati juga mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah.
Walau bagaimana pun, jika terlalu tinggi bacaan paras kolestrol, ini akan menyebabkan individu itu berisiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Cara untuk menurunkan paras kolestrol dengan selamat:

1. Tukar tabiat pemakanan anda
Jika anda seorang yang tidak mengambil kisah berkenaan cara pemakanan anda sekarang, adalah dinasihatkan untuk anda mengubahnya sekarang. Pastikan anda mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayuran berbanding lemak dan daging pada setiap hidangan.

2. Elakkan atau kurangkan makanan berlemak terutama pada daging

3. Elakkan stress 
Stres  boleh meningkatkan kadar kolesterol. Pada tahun 2007, penyelidik di Oregon State University mendapati bahawa peserta kajian yang mampu mengatasi stress mempunyai tahap HDL (kolestrol baik) yang lebih tinggi

4. Bersukan dan melakukan aktiviti fizikal 
Bersenam bukan sahaja mampu mengeluarkan peluh bahkan juga dapat membantu anda menurunkan berat badan secara lebih sihat. Di samping itu tahap kesihatan anda juga lebih baik


Pastikan anda sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan secara kerap untuk mengetahui tahap kesihatan tubuh badan anda. Sayangilah dan hargailah diri anda...


Share:

Thursday, November 17, 2016

Bagaimana Nak Kurus Cara Lisa Surihani


Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers.

Mesti ramai yang teruja kan dengan perubahan berat badan si cantik Lisa Surihani... Jom kita teliti bagaimana nak kurus cara beliau. Moga-moga ada yang terinspirasi untuk turunkan berat badan ye.




1. Kawal Hidangan

Kawal hidangan ini bukan bermakna tidak makan langsung ye. Tetapi kawal pengambilan portion makanan yang di ambil. Cara paling mudah, gunakan portion plate sebagai guideline pemakanan anda. Jangan la kawal sampai tidak makan ye.





2. Makan buah sebelum makan

Menurut Lisa seperti yang dikongsikan “Buah penting untuk di makan dalam makanan harian tetapi tips saya ialah, makanlah buah sebelum anda makan nasi. Budaya kita makan buah selepas makan nasi. Itu sebenarnya tidak betul." Tetapi kebanyakkan dari kita makan buah sebagai pencuci mulut kan. Apa kata kita tukar dengan makan buah dahulu sebelum makan nasi. Ia membantu dalam mengurangkan jumlah nasi yang diambil.






3. Senaman

Dengar cerita sejak menukar lifestyle kepada yang lebih sihat termasuklah bersenam, Lisa mengakui tubuh badanyya lebih baik dari sebelumnya. Terasa lebih ringan dan bertenaga. Ibu-ibu rasa susah untuk bersenam? Kesian untuk tinggalkan anak? Cuba lakukan zumba bersama anak-anak. Sekurang-kurangnya anda telah meluangkan quality time bersama yang tersayang.






4. Air

Tubuh badan kita amat memerlukan air kerana 70% daripada tubuh kita adalah air. Sekurang-kurangnya 2 liter diperlukan oleh tubuh kita. Atau boleh juga dengan membuat kiraan setiap 25kg bersamaan 1liter air. Anda akan dapat berapa sebenarnya air yang anda perlukn setiap hari. 
Apabila anda berasa lapar,minum segelas air kosong. Tujuannya adalah untuk pastikan sama ada anda betul2 lapar atau tidak




5. Supplement

Menurut Lisa Surihani, beliau mengamalkan pengambilan supplement multivitamin dan B Complex. Vitamin dan mineral amat diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari bagi memastikan kita sentiasa cergas dan sihat




Mudahkan nak kurus sebenarnya. Yang penting adalah keazaman dan istiqamah dalam melakukannya serta sabar. Mungkin pada permulaan agak sukar untuk menukar kebiasaan,tetapi mulakanlah langkah pertama anda sekarang. Jangan lupa dapatkan juga sokongan dari orang yang terdekat dengan anda kerana sokongan juga penting. 



Selamat maju jaya!!
Share:

ELAKKAN GASTRIK SECARA SELAMAT DAN BERKESAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Gastrik adalah satu keadaan di mana pesakit akan berasa kesakitan yang kuat di bahagian kanan abdomen. Dan saya merupakan salah seorang penghidap gastrik sebelum ini. Apabila gastrik menyerang tiada kerja yang boleh dilakukan selain menahan sakit dan perlukan ubat untuk rawatan segera.



Bagaimana gastrik berlaku?

Apabila kita berasa lapar atau badan memerlukan makanan, secara automatiknya perut akan merembeskan asid gastrik di dalam perut. Jika tiada makanan semasa asid dirembeskan, asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut. Jika keadaan ini berterusan bagi tempoh yang lama,dinding permukaan dalam perut akan terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut yang berfungsi untuk mencerna makanan. Keadaan ini dipanggil gastritis.


Bolehkah gastrik dikawal?





ESP 
  • membantu memulihkan dinding perut yang terhakis kerana ianya merupakan sumber protin yang diperlukan oleh sel2 tubuh
  • juga membantu menenangkan perut

Peppermint Ginger Plus
  • membantu proses pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
  • mengandungi 4 jenis herba iaitu Jintan Manis, Jintan Hitam, Halia dan Pudina

Ostematrix
  • kekurangan kalsium juga dikatakan antara penyebab gastrik
  • ianya bersifat alkali dalam membantu meneutralkan asid

Jangan dibiarkan gastrik anda menjadi kronik. Dapatkan Set Gastrik untuk membantu masalah gastrik anda.



Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

Wednesday, November 16, 2016

5 Cara Yang Betul Mencuci Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Pernah tak anda terfikir,anda mencuci muka setiap hari tetapi kenapa hasilnya tidak memuaskan? Adakah cara anda betul?? Semak dahulu cara yang betul mencuci muka
 

Tip 1 :

Ini merupakan perkara paling penting sekali dalam penjagaan kulit wajah. Jika cara ini salah, kesannya mungkin akan memburukkan keadaan kulit wajah anda. Pastikan dahulu jenis kulit anda sama ada normal,berminyak,kombinasi,kering atau sensitif. Dan pilihlah jenis pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda.




Tip 2 : 
Pastikan wajah dibersihkan setiap pagi dan setiap kali selepas menggunakan make up dengan bersih. pastikan pembersih yang digunakan adalah bebas bahan kimia dan selamat untuk digunakan. paling penting haruslah sesuai dengan jenis kulit muka ye. jangan salah pilih. nanti lain hasilnya. 
Konsep untuk mencuci muka, basuh dahulu muka dengan menggunakan air suam. kemudian gunakan pencuci muka yg sesuai, macam saya menggunakan GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER NUTRIWHITE yang mana berfungsi untuk membersihkan kulit muka secara mendalam. sambil2 membuat urutan membulat ye pada wajah anda. kemudian bilas muka.

Tip 3 : 
Jangan gosok@tonyoh wajah anda dengan towel semasa mengeringkan wajah. hanya perlu tekapkan secara lembut wajah anda.

Tip 4 : 
Selepas membersihkan wajah, sapukan toner yang bersesuaian dengan kulit anda. pastikan juga toner tersebut adalah selamat. tak perlu menggunakan kapas,hanya titikkan pada tapak tangan, kemudian sapu pada keseluruhan wajah dengan lembut. NUTRIWHITE SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTNER adalah lembut pada kulit anda. 
konsep semasa mencuci muka adalah anda sedang membuka liang2 pori agar wajah dapat dibersihkan manakala semasa menggunakan toner, konsepnya adalah menutup kembali liang2 pori tadi. bagi yang tidak mempunyai sebarang toner, anda boleh menggunakan air yg sejuk untuk membilas wajah.

Tip 5 :
Pastikan anda menggunakan pelindung UV sebelum keluar. NUTRIWHITE ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION (SPF15)melengkapkan penjagaan kulit wajah anda secara selamat dan semulajadi. sinaran matahari adalah merbahaya buat kulit jika terdedah terlalu lama. atau pastikan pelindung uv anda adalah bukan daripada jenis bahan kimia yg boleh merosakkan kulit wajah.


Penjagaan kulit wajah amat mudah,apa yang penting anda tahu jenis kulit wajah anda agar hasilnya menakjubkan.

Share:

8 Tip Cara Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Jerawat adalah satu keadaan di mana terdapat benjolan yang timbul pada permukaan kulit akibat pori yang tersumbat ataupun keradangan pada kulit yang disertai dengan nanah atau darah.



Susah hati kan apabila ada jerawat di muka. Sebiji pun rasa resah gelisah. Tetapi jerawat bukan hanya dimuka sahaja,ada juga yang timbul di bahagian badan yang lain.

Saya kongsikan 8 tip cara untuk menghilangkan jerawat. Mungkin salah satunya sesuai dengan anda.

Tips hilangkan jerawat:


1. Kulit kayu manis dan bedak sejuk
Mudah,mungkin ada di dapur anda sahaja. Caranya ambil sedikit kulit kayu manis dan tumbuk hingga hancur, kemudian campurkan dengan bedak sejuk dan sedikit air. Campurkan dan sapu pada kawasan jerawat. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air suam. Perlu diulang beberapa kali sehingga mendapat result yang diingini ye.




2. Daun aloe vera (lidah buaya)
Antibakteria yang terdapat di dalam aloe vera dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Sapukan sedikit lendir aloe vera pada kawasan yang berjerawat. Mungkin anda akan rasa sedikit gatal. Biarkan kering dan kemudian bilas dengan air suam.




3. Timun
Timun juga kaya dengan vitamin dan mineral dan ianya juga agak popular digunakan dalam kecantikan. Bagi menghilangkan jerawat, hiris nipis2 timun dan letakkan pada kawasan berjerawat. Anda mungkin akan rasa sedikit dingin dan sejuk. Letakkan bagi tempoh 15minit. Kemudian boleh dibilas. Hirisan timun juga boleb diletakkan pada mata untuk memberikan kesegaran pada mata anda.



4. Putih telur
Putih telur juga kerap digunakan untuk kecantikan. Caranya mudah,asingkan putih telur dan kuning telur. Pukul putih telur hingga kembang dan sapukan pada kawasan yang berjerawat. Dalam 15 minit,bilas dengan air suam. Kuning telur boleh digunakan untuk memasak.



5. Bawang putih
Bawang putih terkenal sebagai antibiotic semulajadi. Allicin yang terdapat pada bawang putih bersifat antiseptic manakala Thiacremonan sulfur dapat mengeringkan jerawat. Carannya belah bawang putih kepada dua. Gosokkan belahan bawang putih pada jerawat secara perlahan-lahan dan biarkan kering seketika. Setelah kering,bolehlah dibilas dengan air suam.



6. Madu
Madu amat dikenali dalam kecantikan dan juga perubatan. Antiseptic yang terdapat di dalam madu mampu untuk membunuh bakteria dan mengurangi radang pada kulit akibat jerawat. Hanya sapu sedikit pada jerawat dan dibiarkan kering. Kemudiab bilas dengan air suam.


7. Tomato
Buah tomato sedap dimakan. Ianya juga kaya dengan vitamin A, vitamin C yang mana amat bagus untuk menghilangkan jerawat. Ada banyak cara untuk menggunakan tomato dalam menghilangkan jerawat. Yang paling mudah,hiris tomato dan gosokkan hirisan tomato pada jerawat. Biarkan kering dan bilas dengan air suam. Mudahkan.




8. ESP dan Sustained Release Vitamin C
Set kecantikan asas shaklee amat mudah dan selamat diambil bagi membantu masalah jerawat. ESP merupakan sumber soya non-gmo yang dihasilkan tanpa merosakkan khasiat yang terdapat pada soya. Soya merupakan sumber protin yang mana merupakan makanan kepada sel dan sel-sel yang sihat ini akan menjadikan kulit lebih cantik dan sihat. Vitamin C juga dapat membantu dalam pembentukan kolagen menjadikan kulit lebih sihat dan anjal.

Mudahkan untuk menghilangkan jerawat. Apa yang penting jangan biarkan jerawat melemahkan semangat anda menghadapi hari-hari yang mendatang. Betul caranya insyaallah dapat membantu.



Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive