#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, December 24, 2017

Kepentingan Protein Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kita biasa mendengar ayat ini "ibu mengandung perlu makan untuk dua orang". Tapi bagaimana yang dikatakan makan untuk dua orang? Adakah dua pinggan nasi? Sebenarnya ianya lebih kepada double up nutrisi ketika hamil. Begitu juga keperluan protein bagi ibu hamil. Nutrisi diperlukan bagi perkembangan bayi dan juga untuk ibu itu sendiri.



Apa Itu Protein?
Protein merupakan komponen yang sangat penting bagi setiap sel dalam tubuh badan kita. Malaha rambut dan kuku kita diperbuat daripada protein. Protein digunakan oleh tubuh untuk membina dan memperbaiki tisu. Protein juga penting bagi pembinaan dan pembentukan enzim, hormon, dan bahan kimia badan lain. Protein merupakan important building block bagi tulang, otot, tulang rawan, kulit, dan darah. Banyak kan kegunaan protein ni. Tapi bagaimana bagi ibu hamil?

Kepentingan Protein Bagi Ibu Hamil
Bagi ibu hamil, pengambilan nutrisi yang cukup amat penting bagi membantu proses pembesaran bayi dalam kandungan dan juga keperluan tubuh ibu itu sendiri. It's a must ye. Protein membekalkan asid amino yang diperlukan bagi mencukupi keperluan perkembangan tulang dan otot. Pengambilan protein yang cukup aadalah penting bagi perkembangan sel baru yang sihat di dalam placenta dan maternal tissue dan juga menggalakkan penghasilan darah yang sihat. Keperluan protein meningkat apabila kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga kerana dalam tempoh ini perkembangan bayi sangat cepat.

Kepentingan Protein Bagi Bayi Dalam Kandungan
Seperti yang telah dihuraikan di atas, protein merupakan antara komponen terpenting bagi tubuh manusia. Pengambilan protein memberi kesan kepada perkembangan bayi dalam kandungan terutama bagi perkembangan organ-organ yang penting dan juga otak bayi. Keperluan protein amat penting dan kritikal apabila kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga kerana dalam tempoh ini, bayi berkembang dengan pesat.

Risiko Jika Ibu Hamil Kekurangan Protein
Jika ibu hamil kurang pengambilan protein, ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ibu yang kekurangan protein akan berasa cepat letih dan lemah dan ini mungkin menyukarkan ibu hamil tadi untuk menguruskan rutin harian. Ibu juga berisiko untuk mendapat anemia (kekurangan sel darah merah). Penghasilan susu ibu juga mungkin akan berkurangan.
Bagi bayi dalam kandungan yang sedang membesar, kekurangan pengambilan protein oleh si ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan otot dan sendi yang lemah, tulang, kecacatan otot dan tulang, keguguran, kerosakan otak serta risiko kecacatan ketika lahir yang tinggi. Bayi juga mempunyai risiko dilahirkan tidak cukup bulan. Dan juga kekurangan berat ketika dilahirkan.

ESP Untuk Ibu Hamil
Semasa hamil anak keempat, saya mengamalkan pengambilan ESP setiap hari. Sangat membantu saya yang pada trimester pertama amat kurang selera makan dan sentiasa loya (tapi tidak muntah). Disebabkan pada awal trimester saya sangat kurang makan disebabkan rasa loya, saya amalkan set Hamil Shaklee untuk memastikan keperluan nutrisi badan saya dan juga bayi mencukupi. ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 

ESP dapat  membekalkan tenaga berterusan kerana ESP mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium. Isofalvones yang terkandung di dalam ESP meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Dan yang penting rendah Glisemik Index (GI)




Ibu-ibu hamil wajib memastikan pengambilan nutrisi yang cukup bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi sangat cepat dan nutrisi yang cukup dan lengkap amat penting bagi proses ini.



Bagi pertanyaan tentang produk Shaklee, 0124845882

Norlen Othman
RichyMommy Group

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels