#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, October 18, 2016

Working At Home Mom Dan Minyak Ikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Working At Home Mom atau WAHM adalah gelaran bagi ibu2 yang bekerja dari rumah. Contoh seperti ibu2 yang buat perniagaan online dari rumah. Seronok jadi WAHM ni sebab sambil-sambil boleh uruskan rumahtangga dan sambil-sambil jana income sendiri.Tapi kenapa WAHM perlukan minyak ikan pula? Kesihatan tiada masalah pun.




Tapi sebenarnya bukan WAHM sahaja yang memerlukan minyak ikan, dewasa lain juga amat memerlukannya. Kepentingan minyak ikan di sebalik kesihatan...

Meningkatkan fungsi GREY MATTER

Grey matter merupakan komponen otak yang utama, yang berfungsi menghantar signal kepada saraf-saraf yang lain. Ia memainkan peranan di dalam peningkatan tisu otak di bahagian KEGEMBIRAAN.
Jika anda rasa sedih, ambillah Omega Guard untuk kembali gembira dan ceria.

Credit to www.brainscape.com

Disiplin Diri

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Neuroendocrinol Letter, kajian membuktikan bahawa masalah disiplin, ketidakjujuran, malah kecenderungan untuk melakukan perkara yang tidak baik adalah berkaitan dengan kekurangan serum Omega-3 di dalam otak.

Stress

Di dalam terbitan Jurnal Biology Pshyciatry, satu kajian telah diadakan dan menunjukkan bahawa mereka yang mengalami tekanan perasaan turut mengalami kekurangan omega 3 di dalam otak.
Bagi yang selalu stress, amalkan B Complex dan juga Omega Guard setiap hari.


Mudah Mengingati 

Tidak dinafikan memang banyak kajian yang membuktikan bahawa kekurangan Omega 3 berkaitan dengan masalah susah untuk mengingati. Amat bagus diberikan kepada kanak-kanak untuk membantu mereka mudah faham dan mengingati apa yang dipelajari. Di samping itu, doa ibu untuk anak juga menambahkan lagi keupayaan si anak.

Testimoni pengguna Omega Guard Shaklee


Pastikan ibu-ibu serta keluarga mengamalkan pengambilan Omega Guard setiap hari. Selain untuk kesihatan, Omega juga membantu dari segi fungsi otak, disiplin diri dan pengendalian stress.

Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882
Share:

Monday, October 17, 2016

Tips Elak Muka Ketat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Muka ketat? Apa benda ya muka ketat ni? Muka ketat ni perumpamaan sahaja bagi mereka yang sedang stress. Bila kita stress akan terpancar di wajah bahawa kita dalam keadaan stress. Mulut tu muncung orang kata. Tak comel ye.

Kredit to http://abanglongonline.blogspot.my/



Kurangkan stress sebab bila kita terlalu stress orang sekeliling pun akan stress Tenangkan diri. Jom kongsi tip apa yang boleh kita buat apabila stress melanda:
  • take a deep ( i mean really deep) breath. nak buat masa tengah duduk pun boleh, no problem. cuba buat : tarik nafas..... tahan dan kira (dalam hati ye) 1,2,3,4 dan kemudian hembus perlahan-lahan. jangan hembus macam lepaskan penat lelah tu ye. boleh diulang sebanyak 3 kali.
  • minum segelas air kosong. Air kosong tau, bukan yang ada warna-warna atau gula tu. Minum pula secara perlahan-lahan dan bukan sekaligus dalam satu nafas (Rasulullah pun tegah)
  • amalkan pengambilan B COMPLEX kerana ia membantu kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • minum CINCH TEA sama ada panas atau sejuk dapat membantu anda dalam keadaan yang lebih tenang atau berada dalam alfa mode. Polifenol yang terkandung di dalam Cinch Tea membantu untuk memperbetulkan blood circulation dalam badan kita.
  • jangan lupa istighfar dan selawat sebagai vitamin rohani anda.

Semoga kita sama-sama dapat menangani stress dengan sebaiknya.


Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882

Share:

Monday, October 10, 2016

Posisi Sebenar Semasa Menyusu

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers

Entry kali ini saya ingin menekankan sedikit berkenaan posisi sebenar semasa menyusukan bayi atau posisi yang betul. Jika anda yang membaca adalah seorang ibu,tahniah. Jika anda ibu yang menyusukan anak,tahniah juga diucapkan dan teruskan perjalanan penyusuan anda. Jika anda seorang ayah yang membaca,sama-samalah menambah ilmu untuk disampaikan pada isteri anda nanti.

Sumber Google


Saya perhatikan ramai ibu-ibu yang menyusukan anak,bermakna makin ramai ibu- ibu yang mempunyai kesedaran betapa penting dan berharga susu ibu buat si manja. Tetapi ramai yang salah posisi semasa menyusukan anak.

Ibu- ibu apabila ingin makan,tentunya posisi dan kedudukan badan ibu menghadap pada makanan. Kita akan duduk tegak kepala kita menghadap dan memandang pada makanan,betul kan. Tapi kenapa kita biarkan bayi yang menyusu, dalam keadaan yang tidak selesa. Selalunya dalam keadaan kepala dan badan tidak selari. Kasihan pada anak sebab terpaksa menyusu di dalam keadaan tidak selesa. Macam mana nak kenyang ibu-ibu??

Bagaimana posisi sebenar ketika menyusu dan posisi mana menjadi pilihan?
Posisi menyusu sambil baring
Gambar 1: Posisi baring

Posisi Berbaring

Bayi mengiring dan badannya menghadap badan ibu dan melekap pada ibu. Pastikan kedudukan badan bayi adalah selari. Dan posisi ini merupakan posisi pilihan saya.




posisi_football_hold
Gambar 2 : Posisi Football Hold

Posisi Football Hold

Ibu menyusu dalam keadaan duduk dan memangku bayi dengan lengan di mana muka dan kepala bayi menghadap payudara ibu. Badan bayi berada di bawah ketiak ibu.


Gambar 3 : Posisi Cross Cradle Hold

Posisi Cross Cradle Hold

Kedudukan bayi diampu oleh tangan yang satu lagi yang berlawanan dengan payudara ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, bahagian badan, belakang dan kepala bayi diampu oleh lengan kanan ibu. Tapak tangan ibu mengampu kepala bayi. Badan bayi juga boleh disokong dengan bantal untuk meninggikannya. Ibu perlu duduk dalam keadaan tegak, jangan membongkok kerana ia akan menyebabkan ibu tidak selesa dan boleh mengakibatkan sakit belakang. Digalakkan untuk meletakkan bantal di belakang ibu untuk menyokong bahagian belakang ibu.


posisi cradle hold
Gambar 4 : Posisi Cradle Hold

Posisi Cradle Hold

Ibu duduk dalam keadaan tegak dengan bahagian belakang disokong dengan bantal. Belakang badan ibu perlu diberikan sokongan untuk mengelakkan sakit belakang. Bayi diletakkan betul-betul di hadapan ibu dalam keadaan perut bayi bertemu perut ibu. Jika bayi menyusu pada payudara kiri ibu, maka kepala, belakang badan dan punggung bayi diampu oleh lengan kiri ibu. Begitulah juga jika bertukar ke bahagian kanan.


Bagi ibu-ibu yang sedang, atau akan menyusukan anak, pastikan posisi anda adalah betul dan paling penting sokongan pada belakang badan amat penting bagi mengelakkan ibu-ibu sakit belakang. Buat ayah-ayah, bantulah ibu-ibu semasa mereka sedang menyusukan anak dengan memberi sokongan dan menyediakan keperluan mereka agar ibu-ibu merasa selesa dan bahagia ketika menyusu. Ibu happy, anak pun happy.


Love yourself love your famili
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels