#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, January 31, 2018

5 Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers

Saya pasti ramai sudah maklum tentang manfaat Omega-3 terhadap kesihatan. Omega-3 merupakan lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh dan lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Omega-3 terdiri daripada 3 jenis lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). DHA dan EPA merupakan dua jenis asid lemak Omega-3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Jika ibu-ibu atau ayah-ayah perasan, ketika membeli susu formula untuk anak-anak anda, mesti anda akan nampak perkataan EPA dan DHA pada label bukan.




Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Seperti yang kita sedia maklum dan tahu, jantung merupakan satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh kita. Jantung kita sentiasa bekerja tanpa henti walaupun dalam keadaan kita tidur.

Omega-3 yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memainkan peranan penting dalam melindungi jantung kita. Keradangan/inflammation yang berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dan menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.


1. Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat

Profil Lipid merupakan bacaan jumlah keseluruhan kolestrol, Kolestrol HDL (Kolestrol Baik), Kolestrol LDL (Kolestrol Jahat) dan juga Trigliserida. Profil Lipid merupakan penilaian untuk menentukan risiko kita terhadap penyakit jantung. 

Pengambilan Omega-3 secara konsisten dan teratur didapati dapat meningkatkan Profil Lipid secara positif dengan cara 

  • meningkatkan paras Kolestrol HDL (Kolestrol Baik)
  • mengurangkan tahap Trigliserida iaitu lemak dalam darah. Jika Trigliserida dalam badan tinggi, ianya boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan strok
  • merendahkan risiko penyakit jantung


2. Mengawal Tekanan Darah



Semakin tinggi tekanan darah kita, semakin tinggi risiko untuk kita mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Apabila tekanan darah tinggi berlaku, tekanan darah memberikan tekanan pada salur darah dan ini meningkatkan beban kerja pada jantung untuk mengepam darah. 

Pengambilan Omega-3 dapat membantu untuk mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.


3. Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Tahukah anda, jantung anda mengepam kira-kira 2000 gelen darah sehari setiap hari tanpa henti? saluran darah berfungsi untuk membawa darah yang di pam ke setiap organ dalam tubuh anda. Bayangkan jika salur darah ini tersumbat, bagaimana darah yang dipam hendak sampai ke organ lain? 


Omega-3 dapat membantu mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri agar pengaliran darah lebih lancar. Sifat anti-radang yang ada pada Omega-3 membantu melegakan keradangan pada lapisan dalaman salur darah.


4. Ritma Degupan Jantung Yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantang kita berdegup bagi setiap minit. Manakala ritma jantung merupakan corak degupan jantung kita. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil. Dan kadar degupan jantung adalah berdasarkan keperluan badan anda contohnya seperti dalam keadaan berlari dan tidur, kadar degupan jantung adalah berbeza. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.


5. Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah yang dipam membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel dalam badan kita. Omega-3 dapat membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan meningkatkan aliran darah dengan cara menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.


Kesihatan jantung amat penting untuk dipeliharan kerana jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh kita yang berfungsi untuk mengepam dan membekalkan darah ke seluruh organ dalam tubuh kita. 


Shaklee Omega Guard 



Omega Guard merupakan Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi. Setiap kapsulnya mengandungi 606mg minyak ikan yang menyediakan 
Omega-3: 333 mg;
EPA : 182 mg
DHA : 120 mg

Keistimewaan Shaklee

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Untuk mendapatkan produk Omega Guard, anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp, Telegram, SMS di talian 0124846882. 


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
Share:

Monday, January 22, 2018

Sijil Halal Shaklee 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Dengan sukacitanya saya ingin memaklumkan kepada anda semua, Shaklee telah pun mempunyai Sijil Halal bagi tahun 2018. Kadang kala saya juga ada menerima soalan dari rakan-rakan atau prospek adakah produk Shaklee mempunyai logo halal?

Untuk makluman semua, logo halal yang ada bukanlah daripada JAKIM tetapi daripada Islamic Services of America ( ISA ) yang berpejabat di IOWA, USA. Shaklee merupakan produk keluaran USA dan semestinya sijil halal dikeluarkan oleh pihak di sana. 

Islamic Services of America ( ISA ) merupakan salah satu badan Islam luar negara  yang diiktiraf oleh JAKIM. Anda boleh dapatkan senarai  badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM di luar negara di sini : Senarai Badan Islam Di Iktiraf JAKIM

Sijil Halal


Saya merupakan Pengedar Shaklee Aktif Putrajaya, Seri Kembangan, Bangi, Pinggiran Putra serta kawasan sekitarnya. Pembelian melalui pos juga disediakan setiap hari. Untuk mendapatkan produk Shaklee, anda boleh hubungi saya di 0124845882 (WhatsApp/Telegram/SMS/Call) atau boleh email di norlen.othman@gmail.com



Share:

Friday, January 19, 2018

Testimoni Shaklee Baby

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Entry kali ini saya kongsikan beberapa testimoni shaklee baby yang telah digunakan oleh ibu-ibu pada anak-anak mereka. Yang pastinya produk bayi ini organik,selamat dan sangat membantu ibu-ibu dalam menguruskan anak-anak mereka setiap hari
















Rata-rata ibu-ibu berpuas hati dengan shaklee baby. Penggunaan yang sedikit, serta massage oil yang membantu anak-anak menjadi lebih tenang dan mudah tidur malam tanpa kerap terjaga.

Ingin dapatkan juga Set Shaklee Baby ini? Percuma fiber towel dan toiletries bag exclusive buat anda. Hubungi saya melalui wassap/telegram/sms/call di 0124845882

Share:

Thursday, January 18, 2018

Produk Bayi Organik Dan Bebas Paraben

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila bercerita tentang menyambut kelahiran orang baru, banyak senarai yang perlu dituliskan. Bakal-bakal ibu dan ayah pasti pening memikirkan segala keperluan yang disediakan. Termasuklah bagi produk penjagaan bayi. Sudah semestinya produk bayi yang selamat, produk bayi organik dan produk bayi terbaik yang menjadi pilihan ibu-ibu serta ayah.


Masih ingat lagi waktu saya berpantang anak pertama di kampung. Ayah saya berpesan jangan gunakan bedak biasa pada anak sebab kulit bayi baru lahir masih sensitif. Ayah saya belikan bedak Pureen Baby Powder Pure Cornstarch untuk digunakan pada anak saya. Kasih sayang seorang Tok Ayah pada cucu sulungnya.

Tidak dinafikan, sekarang ini ramai ibu-ibu yang mencari produk yang selamat, organik, bebas bahan kimia untuk digunakan pada bayi mereka. Sebab itu Shaklee melancarkan produk Shaklee Baby pada November 2017 yang lepas. Rangkaian produk ini merangkumi Message Oil, Gentle Wash dan Soothing Lotion.

Shaklee Baby Gentle Wash



Mandian Baby Gentle Wash sangat sesuai untuk bayi malah juga sesuai untuk dewasa dan mereka yang mempunyai kulit sensitif. Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik, mandian yang lembut ini menenteramkan, menenangkan dan melegakan kulit. Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut. Dan yang penting, mandian lembut ini mengandungi formula yang tidak memedihkan mata si manja anda.


Shaklee Baby Soothing Lotion


Losyen lembut ini membantu mengekalkan kelembapan pada kulit si manja anda. Juga sesuai bagi mereka yang sentiasa berkulit kering. Ianya mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik. Soothing Lotion dapat menenangkan dan melegakan kulit serta mengembalikan nutrien pada kulit si manja.

Shaklee Baby Massage Oil



Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian. Mengandungi  minyak biji bunga matahari, lavender dan chamomile, ia memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang. Urutan lembut dengan menggunakan Shaklee Baby Massage Oil membantu memberikan ketenangan bagi bayi anda agar tidur si manja lebih lena. 


Kenapa Ibu-ibu wajib menggunakan Set Shaklee Baby Ini?



Setiap produk Shaklee Baby diformulasikan :
  • TANPA PARABEN
  • TANPA 1,4-DIOXAN
  • TANPA NATRIUM LAURIL SULFAT (SLS)
  • TANPA WARNA TIRUAN ATAU WANGIAN
  • TANPA PHTHALATES
  • TANPA BISPHENOL-A (BPA)
  • TANPA FORMALDEHID




Cepat dapatkan sementara stok masih ada kerana stok di Malaysia adalah terhad. Setiap pembelian Set Shaklee Baby, ibu-ibu akan menerima Plush Microfiber Towel dan Handy Baby Toiletry Bag secara percuma, Eksklusif dan Limited Edition khas buat ibu-ibu


Bagaimana ingin mendapatkan set ini?

Hanya hubungi saya di talian 0124845882 sama ada melalui aplikasi WhatsApp, Telegram, SMS atau panggilan telefon. Cepat ye ibu-ibu sebelum stok habis di gudang.



Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels