#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, August 2, 2017

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada yang belum pernah ke Farm In The City di Seri Kembangan? Kalau belum, ini di antara lokasi yang wajib korang datang bersama keluarga. Dan yang pasti anak-anak pasti suka sebab dapat 'beramah-mesra' dengan haiwan-haiwan yang ada secara live.

Lokasi Farm In Tne City terletak di belakang Giant Seri Kembangan. Search location Farm In The City pun Insyaallah akan sampai ke destinasi tersebut. Saya dan keluarga pergi pada hari Sabtu yang lepas (29 Julai 2017) bersama keluarga adik saya yang datang jauh nun dari utara.

Kaklong dapat bagi burung-burung makan


Harga Tiket

Ini merupakan antara maklumat yang penting sebelum ke sana selepas info tentang lokasi. Saya kongsikan kadar yang saya ambil dari laman Facebook Farm In The City

Sumber Facebook Farm In The City


Kebetulan masa kami ke sana, ada Family Package yang ditawarkan. Family Package untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak. So keluarga saya, family package untuk suami,saya,kaklong dan kakngah. Abam Daniyal 'join' family makngah nye. Hanan dan syakirin (baby makngah) free admission.

Saya belanja sikit gambar-gambar semasa lawatan kami ke sana...

Sebab Hanan tak dapat gelang tangan, so dia dapat pakai badge ni

Masuk je dah jumpa turtle2 yang besar

Abam memang seronok dapat bagi haiwan makan

Sila abaikan wajah saya yang tidak begitu berani untuk memberikan burung makan

Tempat untuk bersihkan tangan ada disediakan

Mak2 sedang meluruskan pinggang dan kaki

Longkang fishing yang sangat best okay

Semua dapat sijil...yeay

End of the trip


Apa yang saya paling suka di Farm In The City ada dua benda, masa bagi burung makan dan juga masa di longkang tangkap ikan. Semasa dalam 'kandang burung', hanya perlu tadah tangan yang berisi makanan burung dan burung-burung yang comel akan datang. Felling like macam princess dalam fairy tale gitu...hahaha
Dan longkang fish sangat best. Airnya sangat sejuk dan jernih. Tapi jangan ingat mudah untuk menangkap ikan yang ada kerana they seem like know the thing yang masuk dalam air tu...hahahaha

Saya puji crew Farm In The City yang agak peramah. Setiap pintu masuk 'station' akan ada seorang crew dengan bekalan makanan untuk diberikan pada pengunjung. Cumanya bagi makanan dried grass penunjung perlu membelinya melalui mesin kiosk yang disediakan.

Sampai rumah je anak-anak dah cakap nanti boleh pergi lagi. Itu maksudnya kids really enjoy it. Mak-mak dan ayah-ayah jika bercadang untuk bawa anak-anak bercuti dalam bandar, Farm In The City boleh dijadikan salah satu lokasi untuk dilawati ya.

Korang juga boleh rujuk di sini Facebook Farm In The City untuk info dan acara.

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels