#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, February 2, 2020

TRANSFORM DIRI DENGAN PROGRAM NAK UBAH HIDUP (#NUH2020) DR AZIZAN OSMAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Cuti panjang sempena perayaan Tahun Baru Cina yang lepas, saya telah berpeluang untuk menghadiri program bersama Dr Azizan Osman di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam. Impian menjadi kenyataan! Pada tahun 2019, saya ada masukkan wish list untuk hadir ke kelas/program Dr Azizan Osman selepas saya mula menjadi follower beliau. Subhanallah, terima kasih Allah atas nikmat ini. Dan terima kasih juga buat si dia yang sudi menjaga 4 Iman sepanjang saya menghadiri program tersebut. 



Program NAK UBAH HIDUP (NUH2020) 

Program NAK UBAH HIDUP (#NUH2020) merupakan program bagi membantu usahawan atau bakal usahawan untuk meningkatkan tahap potensi diri, tahap kehidupan serta tahap kewangan melalui perniagaan yang berjaya dan menguntungkan. Program yang sarat dengan pengisian dan tidak mengecewakan ini telah dihadiri oleh lebih 13ribu orang peserta dari seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Saya sendiri menyaksikan peserta yang hadir terdiri daripada ibu-ibu hamil, mereka yang lebih berusia, pasangan suami dan isteri, ibu dan anak dan individu yang sanggup melepaskan masa cuti selama 3 hari untuk datang dengan semangat dan impian untuk mengubah hidup mereka. Tak kurang juga yang berhadapan dengan cabaran untuk hadir tetapi tidak menjadi penghalang buat mereka untuk berada bersama di dalam dewan SCCC. 


Energy para peserta yang sangat luar biasa


“9 daripada 10 punca rezeki berasal daripada perniagaan” 


Ramai yang ingin berniaga tetapi ramai juga yang menemui kegagalan kerana tidak mempunyai ilmu dan hala tuju sebenar dalam dunia perniagaan. Ada yang tidak dapat bertahan bagi tempoh 3 tahun pun. Ada yang gulung tikar, menanggung kerugian bahkan muflis dek kerana berniaga tanpa ilmu. Oleh kerana itulah RichWorks International bersama pengasasnya Dr Azizan Osman mengadakan program-program bagi membantu para usahawan sejak tahun 2008 lagi. 


13,000 orang peserta memenuhi dewan SCCC selama 3 hari



Kejutan Buat Peserta #NUH2020 

Siapa sangka rupanya ada kejutan buat semua peserta program #NUH2020 kali ini. Pada hari kedua, semua peserta dikejutkan dengan kunjungan daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun sekejap, tetapi kunjungan itu sangat memberi makna buat semua peserta. 

Surprise visit by Tun Mahathir

YAB Tun Dr Mahathir Mohamad juga tidak lupa memberikan pesanan buat para peserta. Pesanan yang pastinya dicoretkan buat peringatan.



Kisah Kejayaan 

Beberapa orang peserta program telah sudi berkongsi kisah kejayaan mereka di bawah bimbingan Dr Azizan.Hasil jualan mereka bukan lagi biasa-biasa setelah mempunyai MenThor. Di antara usahawan Melayu yang telah berjaya mencecah hasil jualan jutaan ringgit adalah: 


1) Eriyca Baiduri, Noir Health & Beauty. 

Pada tahun 2017, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu telah memulakan bisnes melalui FB Live. Pada awalnya beliau berkongsi tips-tips kecantikan walaupun tidak mahir tentang FB Live. Dalam masa sebulan, followers beliau naik mendadak dari hanya 10 orang menjadi 8000 orang. Kemudian beliau mula mengikuti program Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi ahli Titanium (program Mentorship yang dibimbing secara dekat oleh Dr Azizan Osman). Dan hasilnya jumlah jualan RM3.2 juta pada tahun 2018 naik kepada RM18.3 juta pada tahun 2019. Selain itu, beliau juga telah mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Dan paling membahagiakan apabila beliau mampu untuk menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya mencapai hasil jualan yang wow! 


2) Siti Noor Sabrina, Mamasab Bakery 

Siti Noor Sabrina, lebih dikenali sebagai Mamasab. Menjalankan perniagaan membuat kek sahaja tetapi hasil jualan mencecah RM15.4 juta pada tahun 2019 berbanding RM5.1 juta pada tahun 2018. Siapa sangka bisnes yang asalnya suka-suka kini menjadi punca rezeki utama Mamasab. Bekas radiographer ini dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Kini Mamasab telah mempunyai 7 buah cawangan dalam tempoh 2 tahun sahaja. Dan telah menerima anugerah Nona Best Growing F&B Award dan 100 Top Young CEO 2019. Wow kan! 


3) Rosli Ismail, Oli Collection 

Pernigaan beliau adalah cadar dan telah dijalankan selama 20 tahun. Tetapi pada tahun 2016 hingga 2018 hasil jualan beliau menurun ditambah lagi dengan pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Tetapi sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Bahkan beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini. 



Dr Azizan Osman – Pengasas & Master Coach RichWorks International 

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial
Entrepreneur & Best-Selling Author

Siapa sangka seorang tokoh yang dihormati oleh anak-anak didiknya pernah melalui liku hidup yang sukar dalam membangunkan perniagaan dan pernah bermula dengan hanya menjual sabun dan kelapa serta gagal dalam perniagaan. Asbab itulah Dr Azizan Osman tekad membantu usahawan untuk menjadi ahli perniagaan yang benar-benar berjaya. Beliau punya visi yang jelas iaitu: 
  1. Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia 
  2. Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun 
  3. Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030 



Program selama 3 hari ini benar-benar membuka mata saya tentang betapa hebatnya kita ini yang diciptakan olehNya. Kita semua adalah sama pada asalnya tetapi dengan bimbingan dan ilmu yang betul, kita dapat mempamerkan potensi luar biasa yang ada dalam diri kita. Setiap manusia dilahirkan dengan kehebatan masing-masing. Pilihan ada di tangan kita untuk menentukan bagaimana kita di masa hadapan. 


Dipetik daripada falsafah Buya Hamka : 

“Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. 
Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja” 


Moga akan ada lagi peluang dan ruang untuk saya hadir dalam program akan datang. Kalau korang pun nak join program Nak Ubah Hidup ni, boleh dapatkan info terkini di https://nakubahhidup.com/. Semoga kita tidak lagi hanyut dan leka dengan comfort zone yang sebenarnya tidak selesa pun. 



Love Yourself.
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels