#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, June 1, 2018

AKUARIUM PENANG TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang semasa Cuti Aidilfitri nanti? Nak cari tempat menarik di Pulau Pinang? Jangan tak tau, di sana ada tempat menarik untuk dilawati ala-ala Aquaria KLCC (walaupun tidak sebesar Aquaria KLCC)

Sempena cuti panjang PRU14 yang lepas, adik saya cadangkan untuk kami berjalan-jalan di kawasan pulau bersama anak-anak serta mak dan ayah. Kata adik dia sangat teringin untuk pergi ke akuarium Penang yang katanya lebih kurang seperti Aquaria KLCC.

3iman dan sepupu sepapatnya 

Pagi-pagi lagi kumpulan ibu-ibu sibuk menyiapkan anak-anak. Syukur anak-anak saya Kaklong dan Kakngah sudah mahir menguruskan diri sendiri. Abam boleh uruskan diri sendiri tetapi ada benda seperti sediakan baju untuk di pakai masih perlukan pertolongan saya. Hanan totally saya uruskan dia. Like a magic, kami semua siap untuk bergerak jam 10 pagi (selalunya tak dapat nak gerak pagi macam ni melayan karenah anak-anak).

Untuk ke sana, kami merentasi Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5km. Rumah mak dan ayah saya di Tanah Besar. Kenapa tidak menggunakan feri? Sebab lokasi yang kami nak pergi lebih dekat menggunakan Jambatan berbanding feri walaupun menaiki feri agak menyeronokkan.

Lokasi Akuarium Penang ini tidak susah untuk di cari. Terletak di Batu Maung, guna Waze pun boleh dijumpai. Nama sebenar lokasi adalah Akuarium Tunku Abdul Rahman dan tempat tarikan ini merupakan di bawah seliaan Institut Penyelidikan Perikanan.

Bayaran masuk tidak begitu mahal, mampu milik sangat rasanya.

Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 2.00
Warga Emas : Percuma
Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun : Percuma

Masuk sahaja ke dalam, terdapat banyak jenis ikan yang boleh dilihat. Anak-anak apa lagi, keseronokkan bagi mereka melihat ikan besar yang berenang-renang di dalam kolam yang begitu mengasyikkan. 

Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa sesi lawatan kami anak-beranak ke sana:

Di antara penyambut tetamu

Koleksi ikan-ikan kecil menyambut tetamu yang datang

Laluan masuk ke ruang pameran

Antara kolam yang menempatkan spesis ikan 













Ruang menonton tayangan kartun 
Kolam besar yang menempatkan beberapa spesis ikan laut dan penyu

 Gambar sekeluarga dilupa jangan



Kolam besar di laluan keluar ruang pameran

Kami semua bersaudara



Bagi korang yang ada perancangan untuk ke Pulau Pinang, mungkin boleh pertimbangkan untuk memasukkan Akuarium Tunku Abdul Rahman sebagai salah satu pit stop bersama anak-anak. Pasti anak-anak sukakan pengalaman ini.


Love yourself, love your family




Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels