#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, April 24, 2018

PAP SMEAR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kesedaran rakyat Malaysia (wanita) terhadap kanser serviks makin meningkat. Mungkin disebabkan teknologi yang sedia ada sekarang ini membolehkan info dan maklumat mudah dicapai. Tetapi masih ramai yang tidak melakukan ujian saringan pap smear.


Apa Itu Pap Smear?
Pap Smear merupakan ujian saringan bagi mengesan kanser serviks. Merupakan proses pengambilan sampel pangkal rahim (serviks). Ianya dilakukan dengan cara pengambilan biopsi daripada bukaan serviks.

Kedudukan kanser serviks


Kenapa Perlu Lakukan Ujian Pap Smear?
  • Di Malaysia, kanser serviks merupakan yang kedua tertinggi selepas kanser payudara bagi kalangan wanita. 
  • Kanser serviks merupakan keadaan di mana sel pada serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser.
  • Tujuan ujian pap smear adalah untuk mengesan perubahan pada sel serviks di peringkat awal sebelum ia dapat merebak menjadi sel kanser.
  • Kanser serviks adalah disebabkan oleh jangkitan virus Human Pappilomavirus ataupun lebih dikenali sebagai HPV.
  • Jangkitan kanser serviks boleh berlaku kepada mana-mana wanita yang aktif dalam hubungan seksual pada bila-bila masa sahaja.
  • Menurut Dr. Komathy Thiagarajan, (Pegawai Perubatan Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), "Satu lagi kita perlu ingat bahawa HPV biasanya tidak menampakkan gejala atau tanda, jadi sukar untuk mengetahui sama ada seseorang itu terkena jangkitan ataupun tidak"

Waktu Bilakah Yang Sesuai Untuk Melakukan Ujian Pap Smear?
  • Berumur 21 hingga 65 tahun
  • Ujian saringan dilakukan dalam tempoh 3 tahun sekali (jika keputusan ujian adalah normal)
  • Tidak dalam keadaan haid atau nifas. Jika haid, seeloknya 10 hari selepas kedatangan haid. Ini adalah kerana darah haid boleh mengganggu proses pengambilan sampel sel serviks dan juga menyebabkan keputusan ujian makmal menjadi kurang tepat
  • Tidak melakukan hubungan seksual dalam tempoh 24 jam sebelum ujian dilakukan
  • Tidak menggunakan sebarang bahan kimia untuk mencuci vagina (seperti douching) dan tidak memasukkan sebarang ubatan ke dalam faraj sebelum ujian dilakukan
  • Bagi ibu selepas bersalin, ujian boleh dilakukan selepas 3 bulan bersalin

Bagaimana Ujian Saringan Pap Smear Dilakukan?
  • Ujian ini dilakukan oleh doktor atau jururawat terlatih
  • Anda akan diminta untuk menanggalkan seluar dan berbaring. Kedudukan adalah seperti ibu hamil yang diperiksa bukaan serviks sebelum bersalin
  • Alat yang dipanggil speculum akan dimasukkan untuk membuka ruang vagina bagi membolehkan serviks dapat dilihat dengan jelas. Semasa proses ini, doktor atau jururawat akan meminta anda untuk menahan nafas sebentar
  • Sampel sel permukaan serviks di ambil menggunakan spatula/berus serviks dan di hantar ke makmal
  • Proses ini dilakukan tanpa bius dan mengambil masa kurang dari 5 minit
  • Proses ini sepatutnya tidak begitu menyakitkan. Dan anda haruslah dalam keadaan tenang dan relax

Speculum

Gambarajah bagaimana sampel di ambil



Di Mana Ujian Saringan Pap Smear Boleh Dilakukan?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Klinik dan hospital swasta (ada bayaran yang dikenakan)
  • Federation of Family Planning Association of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)  (ada bayaran yang dikenakan)

Saya sendiri telah melakukan ujian saringan pap smear pada tahun 2014 dan 2016 sebelum ini. Prosedur yang dijalankan tidak menyakitkan tetapi ada sedikit rasa kurang selesa sahaja. Surat keputusan akan sampai ke rumah bersama dengan jadual untuk ujian saringan seterusnya. 

Tak perlu untuk rasa malu atau takut untuk melakukan ujian saringan pap smear. Ianya adalah untuk kebaikan diri sendiri sebenarnya. Kan mencegah itu lebih baik dari merawat. Jika anda belum lagi melakukan ujian saringan pap smear, silalah pujuk diri untuk melakukannya ya.

Love Yourself Love Your Family

Share:

Monday, April 23, 2018

TERPERANGKAP DALAM LIF DI KIPMALL BANGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

7 April 2018, mungkin sukar kami anak-beranak untuk lupakan. Bukan tidak biasa ke Kipmall Bangi tu (dulu dikenali sebagai Warta Bangi). Sejak dari hidup berdua sampai dah ada 4 orang anak, mesti jejak kaki ke situ. Tambahan ada kedai Mr DIY di tingkat 3. Tapi tidak sekali pun pernah terlintas untuk terperangkap di dalam lif.

Selalu saya tonton di berita atau drama atau filem tentang terperangkap di dalam lif ni. Tapi hari itu, Allah nak bagi kami rasa bagaimana terperangkap di dalam lif. Jam melebihi 3 petang semasa kami 6 beranak beredar dari kedai MR DIY untuk pulang. Selalunya kami gunakan lif dari tingkat 3 ke B2 (kawasan tempat meletak kenderaan). 

Dalam lif waktu itu ada kami 6 beranak dan 3 orang lelaki warga asing (dari gaya percakapan seperti warga Indonesia). Kemudian lif berhenti di tingkat G, masuk 3 orang dewasa (2 wanita, 1 lelaki) dan troli barang. Selepas pintu lif ditutup, lif seumpama 'stuck', tidak bergerak. 

Salah seorang warga asing cuba untuk tekan loceng kecemasan. Tetapi tiada jawapan. Suami saya cuba untuk hubungi nombor yang tertera pada lif. Jawapan yang suami terima agak mengejutkan, dimaklumkan syarikat tersebut sudah tidak lagi bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan lif di situ. Allah.... hati dah berdebar. Hanan sudah minta di dukung. Keadaan dalam lif semakin panas kerana tiada 'air circulation'.

Saya terus hubungi talian kecemasan 999. Panggilan terus di jawab:

Saya : " Cik, tolong kami terperangkap di dalam lif"
999 : "Lokasi puan di mana?"
Saya : "Kipmall Bangi"
999 : "Alamat di mana ye? Seksyen berapa?"
Saya : "Maaf cik, saya tak pasti alamat. Tapi sebelum ni nama bangunan ni Warta Bangi"
999 : " Berapa ramai dalam lif?"
Saya : " Dewasa dalam 8 orang termasuk saya. Kanak2 4 orang, semua anak saya"

Lebih kurang begitu perbualan sebelum panggilan saya disambungkan terus kepada Balai Bomba Bangi dan pegawai memaklumkan Bomba dalam perjalanan.

Sementara saya berhubung dengan talian kecemasan, suami saya masih lagi cuba untuk mendapatkan bantuan melalui nombor yang tertera. Agak mengecewakan apabila pihak bertanggungjawab mengambil endah tak endah tentang keselamatan pelawat. Kenapa saya berkata begitu? Nombor wakil penyelenggara bangunan sepatutnya sentiasa dikemaskini. Loceng kecemasan juga tidak berjawab. 



Keadaan agak tegang dan panas menyebabkan warga asing tadi cuba untuk memaksa pintu dibuka (walaupun telah dipesan oleh pihak 999 untuk tidak paksa membuka pintu lif). 

Lebih 15 minit terperangkap, pintu lif dibuka oleh wakil penyelenggara bangunan (warga asing?). Lif kami berada di antara tingkat G dan B1. 3 orang warga asing tadi terus memanjat dan keluar dari lif. Mereka ajak kami keluar bersama tapi disebabkan tidak pasti lif tersebut stabil atau tidak, kami pilih untuk tunggu dahulu. Tak lama ada yang datang membawa tangga. Setelah suami dapatkan kepastian (jenuh nak bersoal jawab dengan warga asing) sama ada lif stabil atau tidak, baru kami menaiki tangga yang disediakan untuk keluar. 

Anak2 keluar dulu, kemudian saya. Hanan disambut oleh orang yang berada di luar. Terasa sangat lapang apabila dapat keluar dari lif yang terperangkap. Baju kami sudah basah dengan peluh.

Ya, waktu ini, pihak Bomba masih belum sampai. Saya minta suami call 999 dan maklumkan semula bahawa kami telah selamat keluar dari lif. Syukur Alhamdulillah kami selamat. Cuma anak2 nampak letih dan takut. Kaklong nangis dan sempat berkata "mama, Allah tolong kita"

Ye kakak, Allah tolong kita. Tak putus2 mak berdoa. Sesuatu yang sangat tidak dijangka untuk terjadi, sudah tentu tidak bersedia dari segi mental terutamanya. 

Terdetik juga di hati, kenapa penyelenggara bangunan tidak mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Sebab tak lama selepas itu, ada rakan-rakan suami dan saya maklumkan (melalui Facebook) lif di situ kerap kali rosak dan pernah ada kes terperangkap. Aduh, takkan di biarkan?

Yang penting kami semua syukur alhamdulillah selamat. Tapi kaklong masih punya rasa fobia untuk menggunakan lif. Takut tersangkut lagi katanya. Pelan-pelan perlu pulihkan semangat kakak.

Saya kongsikan sedikit tips apa yang perlu dibuat apabila terperangkap di dalam lif:
1. Tekan loceng kecemasan yang ada pada lif
2. Jika tiada jawapan, hubungi nombor yang tertera
3. Tidak memaksa pintu lif untuk dibuka
4. Jangan panik dan cuba untuk bertenang
5. Jika tidak dapat dihubungi, segera hubungi talian kecemasan 999
6. Tunggu untuk bantuan

Pengalaman yang mungkin menjadi sejarah dalam keluarga kami.
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels