#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, April 23, 2018

TERPERANGKAP DALAM LIF DI KIPMALL BANGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

7 April 2018, mungkin sukar kami anak-beranak untuk lupakan. Bukan tidak biasa ke Kipmall Bangi tu (dulu dikenali sebagai Warta Bangi). Sejak dari hidup berdua sampai dah ada 4 orang anak, mesti jejak kaki ke situ. Tambahan ada kedai Mr DIY di tingkat 3. Tapi tidak sekali pun pernah terlintas untuk terperangkap di dalam lif.

Selalu saya tonton di berita atau drama atau filem tentang terperangkap di dalam lif ni. Tapi hari itu, Allah nak bagi kami rasa bagaimana terperangkap di dalam lif. Jam melebihi 3 petang semasa kami 6 beranak beredar dari kedai MR DIY untuk pulang. Selalunya kami gunakan lif dari tingkat 3 ke B2 (kawasan tempat meletak kenderaan). 

Dalam lif waktu itu ada kami 6 beranak dan 3 orang lelaki warga asing (dari gaya percakapan seperti warga Indonesia). Kemudian lif berhenti di tingkat G, masuk 3 orang dewasa (2 wanita, 1 lelaki) dan troli barang. Selepas pintu lif ditutup, lif seumpama 'stuck', tidak bergerak. 

Salah seorang warga asing cuba untuk tekan loceng kecemasan. Tetapi tiada jawapan. Suami saya cuba untuk hubungi nombor yang tertera pada lif. Jawapan yang suami terima agak mengejutkan, dimaklumkan syarikat tersebut sudah tidak lagi bertanggungjawab terhadap penyelenggaraan lif di situ. Allah.... hati dah berdebar. Hanan sudah minta di dukung. Keadaan dalam lif semakin panas kerana tiada 'air circulation'.

Saya terus hubungi talian kecemasan 999. Panggilan terus di jawab:

Saya : " Cik, tolong kami terperangkap di dalam lif"
999 : "Lokasi puan di mana?"
Saya : "Kipmall Bangi"
999 : "Alamat di mana ye? Seksyen berapa?"
Saya : "Maaf cik, saya tak pasti alamat. Tapi sebelum ni nama bangunan ni Warta Bangi"
999 : " Berapa ramai dalam lif?"
Saya : " Dewasa dalam 8 orang termasuk saya. Kanak2 4 orang, semua anak saya"

Lebih kurang begitu perbualan sebelum panggilan saya disambungkan terus kepada Balai Bomba Bangi dan pegawai memaklumkan Bomba dalam perjalanan.

Sementara saya berhubung dengan talian kecemasan, suami saya masih lagi cuba untuk mendapatkan bantuan melalui nombor yang tertera. Agak mengecewakan apabila pihak bertanggungjawab mengambil endah tak endah tentang keselamatan pelawat. Kenapa saya berkata begitu? Nombor wakil penyelenggara bangunan sepatutnya sentiasa dikemaskini. Loceng kecemasan juga tidak berjawab. 



Keadaan agak tegang dan panas menyebabkan warga asing tadi cuba untuk memaksa pintu dibuka (walaupun telah dipesan oleh pihak 999 untuk tidak paksa membuka pintu lif). 

Lebih 15 minit terperangkap, pintu lif dibuka oleh wakil penyelenggara bangunan (warga asing?). Lif kami berada di antara tingkat G dan B1. 3 orang warga asing tadi terus memanjat dan keluar dari lif. Mereka ajak kami keluar bersama tapi disebabkan tidak pasti lif tersebut stabil atau tidak, kami pilih untuk tunggu dahulu. Tak lama ada yang datang membawa tangga. Setelah suami dapatkan kepastian (jenuh nak bersoal jawab dengan warga asing) sama ada lif stabil atau tidak, baru kami menaiki tangga yang disediakan untuk keluar. 

Anak2 keluar dulu, kemudian saya. Hanan disambut oleh orang yang berada di luar. Terasa sangat lapang apabila dapat keluar dari lif yang terperangkap. Baju kami sudah basah dengan peluh.

Ya, waktu ini, pihak Bomba masih belum sampai. Saya minta suami call 999 dan maklumkan semula bahawa kami telah selamat keluar dari lif. Syukur Alhamdulillah kami selamat. Cuma anak2 nampak letih dan takut. Kaklong nangis dan sempat berkata "mama, Allah tolong kita"

Ye kakak, Allah tolong kita. Tak putus2 mak berdoa. Sesuatu yang sangat tidak dijangka untuk terjadi, sudah tentu tidak bersedia dari segi mental terutamanya. 

Terdetik juga di hati, kenapa penyelenggara bangunan tidak mengambil perkara ini sebagai sesuatu yang serius. Sebab tak lama selepas itu, ada rakan-rakan suami dan saya maklumkan (melalui Facebook) lif di situ kerap kali rosak dan pernah ada kes terperangkap. Aduh, takkan di biarkan?

Yang penting kami semua syukur alhamdulillah selamat. Tapi kaklong masih punya rasa fobia untuk menggunakan lif. Takut tersangkut lagi katanya. Pelan-pelan perlu pulihkan semangat kakak.

Saya kongsikan sedikit tips apa yang perlu dibuat apabila terperangkap di dalam lif:
1. Tekan loceng kecemasan yang ada pada lif
2. Jika tiada jawapan, hubungi nombor yang tertera
3. Tidak memaksa pintu lif untuk dibuka
4. Jangan panik dan cuba untuk bertenang
5. Jika tidak dapat dihubungi, segera hubungi talian kecemasan 999
6. Tunggu untuk bantuan

Pengalaman yang mungkin menjadi sejarah dalam keluarga kami.
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels