#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, August 22, 2016

RAWATAN SONOTRON UNTUK BATUK BERKAHAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang pernah dengar tentang rawatan sonotron? Sejujurnya saya baru jek dengar masa checkup Hanan umur setahun. Kisahnya, Hanan semasa checkup ada batuk dan selsema. Batuk pula berkahak yang agak 'berat' bunyinya. Masa misi check,dengar Hanan batuk and dia maklumkan ada patient dia bagi tahu bawa anak dia buat rawatan sonotron (selalu nak salah jadi sinetron). Alhamdulillah anak beliau sihat dari batuk, selsema dan kahak.

Keluar jek dari bilik checkup terus mak google rawatan sonotron ni. Alhamdulillah jumpa Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi. Terus amik nombor phone, call and tanya tentang rawatan. Tapi untuk buat rawatan perlu buat appointment sebab tak nak patient menunggu lama. Lepas call pusat tu, inform hubby nak buat rawatan sonotron ni untuk Hanan dan Abam Daniyal. Abam tu dah lama batuk berkahak dan selsema. Sampai perlu 2 kali neb...tak pernah2 mak bawa anak pergi ambil neb sebelum ni. Esoknya call semula pusat rawatan dan set for appointment.

Sumber Google : Inilah alatnya

Ni la rupanya mesin sonotron tu. Sabtu 13 Ogos 2016 kita orang satu keluarga pergi mencari pusat rawatan ni. Buka Waze, owh...dekat rupanya dengan Putrajaya..idak le jauh bebenor. Yang buat rawatan 3 orang, si ayah untuk sakit kaki dia, abam dan hanan untuk batuk berkahak dan selsema. Masa ayah buat treatment takde gambar sebab ayah sorang je masuk,mak ngan anak2 kat luar. Masa Hanan takde gambar juga sebab dia asik nangis jek....itu adalah biasa bagi Hanan. Untuk abam ada gambar...teng..teng

sonotron
Abam sedang di rawat


Si ayah ada cakap lepas rawatan terasa kaki lebih relax sikit untuk bergerak berbanding sebelum ni. Hanan dan abam terus nampak hingus jernih keluar. Kata perawat tu sonotron ni menggunakan kaedah gelombang. Bagi rawatan batuk berkahak dan selsema, kesan selepas rawatan, anak akan lagi kerap batuk sebab kahak dah cair dan mungkin ada muntah2 bagi mengeluarkan lendir ataupun najis berlendir. Selepas 3 hari jika masih lagi batuk berkahak, adalah digalakkan untuk mendapatkan semula rawatan. Alhamdulillah, batuk, kahak dan selsema dah makin kurang selepas rawatan. 

Rasanya ada pusat rawatan lain yang turut menawarkan kaedah rawatan sonotron ni, tapi yang mak pergi ni detail dia:

Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi
No 43A,Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bangi, Malaysia
Tel : 013-276 2132

Balik dari rawatan, mak sambung abang dan hanan dengan OMEGA GUARD sebiji seorang untuk membantu agar mereka lebih sihat. Semoga anak2 mama dan keluarga kami diberikan kesihatan yang baik...Insyaallah.

Love yourself love your famili
(Shaklee Putrajaya Anda)
Norlen 0124845882

Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels