#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Saturday, November 11, 2017

KENAPA RAMBUT LELAKI CEPAT GUGUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Sejak akhir-akhir ini ramai kita lihat di kalangan kaum adam yang mempunyai masalah keguguran rambut yang serius. Sehingga ada yang menyebabkan ada yang menjadi botak, botak separuh (di kawasan tengah) dan rambut semakin menipis. Tetapi kenapa lelaki botak?



Masalah keguguran rambut bukan sahaja menjadi igauan para wanita. Lelaki turut sama mengalaminya. Dan ini boleh menyebabkan seseorang lelaki rasa 'down' dengan penampilan dirinya. Adalah normal apabila mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari. Tetapi jika anda dapati rambut gugur secara berlebihan setiap hari, bertindaklah untuk mendapatkan rawatan. Kerana ini mungkin tanda-tanda anda akan mengalami proses kebotakan.

Secara naturalnya, setiap helaian rambut yang gugur akan digantikan dengan helaian rambut yang baru dalam tempoh masa tertentu. Tetapi jika helaian rambut baru yang tumbuh kurang daripada helaian rambut yang gugur, itu merupakan tanda anda sedang mengalami proses keguguran rambut yang teruk.


Apakah yang menyebabkan rambut gugur?


1. Tekanan

Lumrah seorang lelaki kuat bekerja untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Tetapi jika terlalu kuat bekerja sehingga memberikan tekanan kepada diri, di tambah pula dengan masalah yang sering difikirkan, ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Apabila anda stress, peredaran darah ke kulit kepala akan terganggu dan menyebabkan kekurangan bekalan nutrien dan oksigen


2. Genetik / Keturunan

Seperti yang kita sedia maklum, setiap dari kita membawa DNA ibu dan ayah bersama dalam tubuh kita. Ini termasuklah jenis warna kulit, jenis mata, jenis rambut, penyakit keturunan dan juga keguguran rambut


3. Ketidakseimbangan Hormon

Masalah hormon tidak seimbang ini bukan hanya dilalui oleh kaum hawa sahaja, golongan adam juga mengalaminya. Hormon testosteron berlebihan yang bertukar kepada hormon DHT (dihidrotestosteron) akan mengakibatkan folikel rambut menjadi lebih halus dari masa ke semasa. Dan kesannya rambut tidak lagi kelihatan subur dan lebat dan lama-kelamaan, rambut akan mengalami keguguran


4. Kebersihan Kulit Kepala

Kurangnya mengambil berat tentang penjagaan kebersihan kulit kepala juga menyebabkan rambut mengalami keguguran. Tidak seperti wanita yang bertudung, kulit kepala kaum adam terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk yang boleh menyebabkan liang pada kulit kepala tertutup dan seterusnya menyebabkan gangguan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Penggunaan bahan kimia juga boleh menyumbang kepada faktor keguguran rambut


Bagaimana Cara Untuk Membantu Mengurangkan Keguguran Rambut ?


1. Pemakanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang juga penting bagi pertumbuhan rambut dan bukan hanya untuk kesihatan semata-mata. Tahukah anda 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Malah rambut juga memerlukan vitamin A, B Kompleks, C dan D untuk kekal sihat


2. Penjagaan Dan Kebersihan Kulit Kepala

Penjagaan rambut juga perlu dititikberatkan. Selalunya golongan adam ni akan sambil lewa tentang penjagaan diri (tidak semuanya). Rambut perlu kerap dibersihkan kerana golongan ini amat terdedah bahagian kepalanya. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga tidak digalakkan. Bilas rambut anda dengan bersih setiap kali selepas menggunakan syampu dan pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala anda. Elakkan untuk mengeringkan rambut anda dengan gerakan yang kasar menggunakan tuala selepas mandi serta gunakan sikat rambut yang bersesuaian


3. Healthy Lifestyle

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi penjagaan diet dan pemakanan serta melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga kali seminggu untuk memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas 


Testimoni pengguna yang mengamalkan Vivix dan masalah rambut gugur tidak lagi menjadi igauan




Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels