#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, June 11, 2019

VITAMIN UNTUK MENAIKKAN HB BAGI IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Di antara masalah yang selalu menghantui ibu-ibu hamil setiap kali hadir pemeriksaan di klinik adalah bacaan Hemoglobin yang rendah (Hb rendah). Saya juga dulu sama seperti bakal-bakal ibu yang lain. Punya masalah Hb yang rendah. Sampai di minta untuk mengambil pil Iberet sebagai tambahan.

Tetapi saya ingin kongsikan pengalaman adik saya sendiri yang mempunyai masalah yang sama seperti kebanyakkan ibu-ibu hamil yang lain.

Sebelum cuti hari raya yang lepas, adik saya yang sedang hamil anak ke-3 bertanya kepada saya tentang multivitamin Vita-Lea. Bacaan paras hemoglobin adik saya di bawah 10g/dl setelah beberapa kali pemeriksaan di klinik. Pihak klinik ada membekalkan pil Iberet sebelumnya. Kemudian ditukar pula ke Zincofer. 

Tidak semua ibu-ibu hamil dapat makan pil tambahan ini termasuklah adik saya. Adik saya mengalami muntah dan perut berangin dan membuatkan dia rasa tidak selesa selepas mengambil pil tersebut sehingga terpaksa ke klinik untuk pemeriksaan. 

Semasa hamil anak ke-2, adik saya pernah mengamalkan multivitamin Vita-Lea dan antara kesannya bacaan Hb adalah cantik melebihi paras minimum. Oleh sebab risau dengan bacaan Hb yang sentiasa rendah, adik saya minta untuk saya bawa balik bersama multivitamin Vita-Lea. 

Kebetulan selepas 3 hari mengamalkan Vita-Lea yang di ambil selepas sahur, adalah rutin lawatan pemeriksaan ke klinik. Alhamdulillah bacaan Hb yang selama ini 'merah' telah kembali 'biru'. Dan adik saya juga maklumkan lebih bertenaga di siang hari berbanding sebelum pengambilan Vita-Lea yang mana dia sentiasa keletihan dan kepenatan. 




Vita-Lea sudah melebihi 100 tahun usianya. Diperkenalkan pada tahun 1915 oleh Dr.
Forrest C. Shaklee merupakan multivitamin pertama di A.S. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.



RamuanAmaun Setiap Tablet
Vitamin A (sebagai Beta Karotena)1250 IU
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat)1250 IU
Vitamin C (sebagai asid askorbik)60 mg
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)200 IU
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat)30 IU
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat)0.75 mg
Riboflavin0.85 mg
Niasin (sebagai niasinamida)10 mg
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida)1 mg
Folat (sebagai asid folik)200 mcg
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin)3 mcg
Biotin (sebagai biotin-d)150 mcg
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat)5 mg
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat)225 mg
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat)175 mg
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut)75 mg
Magnesium (sebagai magnesium oksida)100mg
Zink (sebagai zink glukonat)7.5 mg
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)35 mcg
Kumprum (sebagai kuprum glukonat)1 mg
Mangan (sebagai mangan glukonat)1 mg
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)60 mcg
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein)37.5 mcg
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein)7.5 mcg
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein)5 mcg
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)10 mcg
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)0.5 mg
Zat Besi (sebagai ferus fumarat)9 mg

Multivitamin Vita-Lea bukan hanya untuk ibu-ibu hamil sahaja tetapi sesuai untuk semua termasuk lelaki dan juga wanita.

Share:

Monday, June 10, 2019

HB RENDAH KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Berita kehamilan adalah antara berita yang amat menggembirakan buat bakal ibu dan ayah malah keseluruhan keluarga secara amnya. Tetapi di antara masalah yang sering dialami dan menghantui ibu-ibu hamil adalah bacaan hemoglobin yang rendah (hb low).



Hemoglobin mempunyai fungsi untuk membawa bekalan oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh badan. Anemia merupakan keadaan di mana paras bacaan Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah berkurangan. Bagi wanita normal dalam keadaan tidak hamil, bacaan normal Hb adalah 12-15,8 gram/dL.

Semasa seorang ibu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah bagi menampung dan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Kekurangan Hemoglobin boleh mendedahkan ibu dan bayi dalam kandungan kepada risiko.

Menurut World Health Organization (WHO), kadar Hb normal adalah:
  • Wanita hamil trimester 1: 11,6-13,9 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 2: 9,7-14,8 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 3: 9,5-15,0 gr/dl

Di antara risiko yang mungkin berlaku jika ibu hamil mengalami anemia adalah :
  1. Pendarahan ketika kehamilan dan ketika bersalin
  2. Keletihan dan berasa lemah serta lesu kerana kekurangan bekalan oksigen
  3. Keguguran jika anemia yang di alami adalah serius
  4. Masalah kepada tumbesaran bayi dalam kandungan
  5. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami kekurangan berat badan
  6. Bayi dilahirkan pra-matang
  7. Bayi mungkin meninggal di dalam kandungan
  8. Ibu mungkin terpaksa menerima darah (blood transfusion) semasa proses kelahiran.

Bagi ibu-ibu hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan akan diberikan beberapa jenis bekalan pil yang dipanggil pil hematinik dan pil tambahan seperti Zincofer atau Iberet bagi yang mempunyai masalah Hb yang rendah. 

Penyebab utama Hb rendah adalah kekurangan zat besi. "Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan" (Sumber Portal MyHealth)

Selain melalui pengambilan pil yang dibekalkan, ibu-ibu juga boleh mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi. Di antaranya :



PANTANG-LARANG

Jika anda ibu hamil yang sedang mengambil makanan untuk menaikkan Hb, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk di ambil bersama. Ini kerana ada makanan yang boleh menganggu kadar penyerapan zat besi dalam tubuh. Di antaranya adalah :
  • KAFEIN 
  • PRODUK TENUSU - susu perlu bagi membekalkan kalsium tetapi perlu dijarakkan 2 ke 3 jam dengan pengambilan zat besi


TIP

Bagi membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk di ambil bersama dengan sumber Vitamin C.  Pil yang dibekalkan boleh di ambil bersama jus. 




Apa yang penting adalah bakal-bakal ibu perlu menjaga pemakanan serta gaya hidup yang sihat walaupun dalam tempoh kehamilan. Ini adalah penting bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan juga buat ibu itu sendiri. Pastikan pemeriksaan berjadual di patuhi. 

Raikan tempoh kehamilan dengan tenang dan feel the enjoyment!


Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels