#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, June 10, 2019

HB RENDAH KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Berita kehamilan adalah antara berita yang amat menggembirakan buat bakal ibu dan ayah malah keseluruhan keluarga secara amnya. Tetapi di antara masalah yang sering dialami dan menghantui ibu-ibu hamil adalah bacaan hemoglobin yang rendah (hb low).



Hemoglobin mempunyai fungsi untuk membawa bekalan oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh badan. Anemia merupakan keadaan di mana paras bacaan Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah berkurangan. Bagi wanita normal dalam keadaan tidak hamil, bacaan normal Hb adalah 12-15,8 gram/dL.

Semasa seorang ibu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah bagi menampung dan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Kekurangan Hemoglobin boleh mendedahkan ibu dan bayi dalam kandungan kepada risiko.

Menurut World Health Organization (WHO), kadar Hb normal adalah:
  • Wanita hamil trimester 1: 11,6-13,9 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 2: 9,7-14,8 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 3: 9,5-15,0 gr/dl

Di antara risiko yang mungkin berlaku jika ibu hamil mengalami anemia adalah :
  1. Pendarahan ketika kehamilan dan ketika bersalin
  2. Keletihan dan berasa lemah serta lesu kerana kekurangan bekalan oksigen
  3. Keguguran jika anemia yang di alami adalah serius
  4. Masalah kepada tumbesaran bayi dalam kandungan
  5. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami kekurangan berat badan
  6. Bayi dilahirkan pra-matang
  7. Bayi mungkin meninggal di dalam kandungan
  8. Ibu mungkin terpaksa menerima darah (blood transfusion) semasa proses kelahiran.

Bagi ibu-ibu hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan akan diberikan beberapa jenis bekalan pil yang dipanggil pil hematinik dan pil tambahan seperti Zincofer atau Iberet bagi yang mempunyai masalah Hb yang rendah. 

Penyebab utama Hb rendah adalah kekurangan zat besi. "Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan" (Sumber Portal MyHealth)

Selain melalui pengambilan pil yang dibekalkan, ibu-ibu juga boleh mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi. Di antaranya :



PANTANG-LARANG

Jika anda ibu hamil yang sedang mengambil makanan untuk menaikkan Hb, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk di ambil bersama. Ini kerana ada makanan yang boleh menganggu kadar penyerapan zat besi dalam tubuh. Di antaranya adalah :
  • KAFEIN 
  • PRODUK TENUSU - susu perlu bagi membekalkan kalsium tetapi perlu dijarakkan 2 ke 3 jam dengan pengambilan zat besi


TIP

Bagi membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk di ambil bersama dengan sumber Vitamin C.  Pil yang dibekalkan boleh di ambil bersama jus. 




Apa yang penting adalah bakal-bakal ibu perlu menjaga pemakanan serta gaya hidup yang sihat walaupun dalam tempoh kehamilan. Ini adalah penting bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan juga buat ibu itu sendiri. Pastikan pemeriksaan berjadual di patuhi. 

Raikan tempoh kehamilan dengan tenang dan feel the enjoyment!


Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels