#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Saturday, December 7, 2013

Keperluan Kalsium Bagi Tubuh Badan


Salam semua.

Taukah saudara & saudari berapa mg kalsium yg kita perlu sehari? Tetiba mama rajin plak nak tanya en google berkaitan keperluan kalsium pada badan manusia.dulu masa sekolah rendah isi cita2 saya nak jadi doktor org,tp skang jd 'doktor' bahagian IT plak.huhuhhu...rezeki Allah, Dia lebih mengetahui kan (ke sebab dlu x rajin blajo??? hmmmmm)

Sumber Google


mula2 jom kita check keperluan kalsium seharian kita berdasarkan umur:

Golongan
Umur
Keperluan sehari
Anak-anak 1-3 tahun 500 mg
Anak-anak 4-8 tahun 800 mg
Remaja 9-18 tahun 1300 mg
Dewasa 19-50 tahun 1000 mg
Dewasa usia 51 tahun ke atas 1200 mg
Ibu hamil dan menyusu 1200 mg

ketika berumur 10 hingga 20 tahun, masa nie tubuh badan menyerap kalsium dengan baik. tetapi ketika mula memasuki usia 30-an, badan akan mula menjadi penyusutan penyerapan kalsium. antara tanda2 kekurangan kalsium (cuba check ada x yg pernah rasa?):
  • jantung berdebar secara tidak normal
  • tekanan darah tinggi
  • kuku rapuh
  • insomnia
  • kram otot
  • kurang sensitiviti pd tgn & kaki (fungsi saraf )

kenapa wanita amat memerlukan kalsium:
  • tulang wanita adalah lebih kecil berbanding lelaki.
  • hormon estrogen yg membantu melindungi tulang dr penyusutan kalsium. ia akan berkurangan apabila seorang wanita memasuki monopause dan jika tidak dijaga boleh menyebabkan osteoporosis.
  • wanita berisiko 6 kali ganda berbanding lelaki terhadap osteoporosis


di antara sumber kalsium yg boleh diperolehi secara kasar, 600mg kalsium bersamaan dgn: 
  • 3 gelas susu
  • 4.6kg daging
  • 15 biji telur
  • 70g cheesee. 
  • 400g ais krimf. 
  • 2 cawan yougurt
Ostematrix
Ostematrix Shaklee
Kenapa Ostematrix dari Shaklee:
1. kandungan yg memastikan kadar penyerapan adalah 99%
2. mengandungi kalsium,magnesium,fosforus,vitamin D,zinc,kuprum,magnes dan boron yg mana nutrien ini diperlu di ambil bersama kalsium utk penyerapan oleh tubuh

Manfaat Ostematrix:

  1. menguatkan tulang
  2. memperbaiki kekejangan & kebas2
  3. meringankan stress 
  4. memperbaiki masalah haid bg wanita
  5. membantu dlm imbangan ph dlm tubuh kerana kalsium adalah mineral alkalin
  6. memperbaiki hiperaktivi perut & sakit gastrik
  7. Vitamin D - diambil bersama kalsium bg penyerapan dalam tubuh badan
  8. magnesium - membantu sistem saraf,mengaktifkan enzim tubuh utk menghasilkan tenaga,pengecutan saraf & otot,menstabilkan denyutan tak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dr perut & usus,halang endapan kalsium,melarut & mengurangkan kewujudan batu karang
  9. zinc,boron,magnes,kuprum - pelihara metabolisma kerangka & pertumbuhan otot,susun enzim yg diperlukan utk membaiki tulang,rawan dan menghalang artritis.

Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882
Share:

Thursday, November 14, 2013

Info Herba : Jangan ingat barang di dapur tiada guna....

Salam semua.

Tempat kerja mama yg baru ni ada Unit Pemakanan n recently ada circulate memo makluman yg agak menarik. nak sihat n kekal langsing hanya godek2 jek barang kat dapur tu.check this out!

Kayu Manis
membantu mengimbangkan kadar gula dlm darah, membuatkan perut terasa kenyang lbh lama & mempercepatkan metabolisma badan.
Cuba : masukkan serbuk kayu manis ke dalam makanan spt roti gandum,oatmeal atau desert. kalo mama pergi kat auty anne's mama suka beli cinamon stick tu.

Halia
membantu menyingkirkan makanan pd saluran penghadaman, mencegah penimbunan lemak n kenaikan berat badan

Bunga Lawang
fungsi sama seperti kunyit yg membantu meningkatkan metabolisma badan & membakar lemak dlm badan

Kunyit
kandungan yg mempunyai beberapa zat dpt membantu menurunkan berat badan. juga mengurangkan pembentukan jaringan lemak n mencegah kenaikan berat badan.
Kunyit hidup makanan mama masa dlm pantang..huhuhuhu.mak mama tumbuk ngan ikan bilis n makan ngan nasi panas.....

Lada Hitam
mengandungi zat piperine yg membantu meningkatkan metabolisma badan. juga melancarkan sistem penghadaman lebih baik utk bakar lemak dgn lbh cepat

Ginseng
selain meningkatkan stamina, juga dpt membantu menambahkan tenaga & mempercepatkan metabolisma badan

Flaxseed
dpt membantu mengelakkan anda makan secara berlebihan & membantu menurukan berat badan

Bunga Raya
kaya dgn zat spt chromium, ascorbic acid & hydroxycitric acid yg membantu utk elak obesiti.
tringat dli masa sek men ada buat eksperimen jem bunga raya

Chill everybody.....

Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882 (wassap/sms)

Share:

Thursday, November 7, 2013

SUAMI MASAK JATUH STANDARD KE?

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.

Mama nak tanya,sapa yg suami dia pandai masak?? mmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Suami saya memang pandai masak dan dialah masterchef kami di rumah. Biasanya orang kata lelaki ni bila masak memang sedap, tapi sebenarnya serious cakap memang sedap si dia ni masak. Syukur Alhamdulillah saya punya MASTERCHEF di rumah.



Selalu kawan-kawan ada juga yang memuji "untunglah cik suami pandai masak". Syukur Alhamdulillah (sambil senyum merenyih).

Tetapi selalu menjadi isu di kalangan lelaki ini adalah (mohon ampun dan maaf ye para lelaki sekelian) ada yg rasa apa class/standard memasak ni. Kerana memasak adalah tugas/tanggungjawab/kerja bagi seorang isteri. biar la dia masak. ish3. kene nye org pompuan tu ada anak kecik mcm mama yg manja2 n daring2 ni mmg x mkn la kut rasanya coz masuk dapur jek anak panggil. x pun masak yg slalu dlm sejam blh siap drag smpai 2 jam coz smbil masak dukung anak,layan anak,pujuk anak,tgk anak......fuhhh. penatnyer la. dan lg satu,keje org pompuan ni especially yg bekerja jugak "membantu keluarga" bukan memasak jek ye.cuba check.betol ke x mama tulis ni.antara keje org pompuan selepas blik keje:
1. masak (sebab nak bg hidangan terbaik utk famili w/pun simple coz air tgn ibu pengikat kasih sayang)
2. kemas umah (anak2 tlg 'kemas' cara derang plak)
3. basuh baju (mmg guna mesin tp baju masuk sendiri dlm mesin ke?)
4. sidai baju (baju x blh terbang n sangkut sendri ye)
5. lipat baju (nape xde mesin yg blh tlg lipatkan)
6. iron baju (x sanggup tgk asben n anak g school n keje pkai baju kedut2)
7. basuh pinggan mangkuk (nak mtk tlg anak kecik lg)
& seterusnya rutin seorang ibu bekerjaya.

mama rasa x salah pun kalo asben tlg wifey dia masak malahan wife akan bertambah2 sayang, anak2 pun akan bertambah sayang jugak.anak2 mama kalo ayahnya masak akan ckp mcm ni "sedap sangat2 ayah masak"- x bangga ke si ayah? kalo x blh nak beria masak pun buat roti bakar utk breakfast pun cukup then you will see how ur wife react to you including your child. x caya? cuba la try test dulu (hohohoho).

so pd suami2,ayah2,bapa2...... jgn la berkira sgt nak tlg si isteri tu ye.byk dah dia tlg anda buat utk melengkapkan hidup anda setiap hari. even KEKASIH ALLAH, Rasulullah sendiri pun jahit baju Baginda yg terkoyak tnpa minta bntuan isteri.kita nie siapa jek kan.

Buat ayah...thx so much for what u have done for us...(owh..jiwang jap mama..miahahahaha)

Buat isteri2, mmmmmmmmm apa mama nak pesan ye? kita cuba buat yg terbaik utk famili kita okies. Doa kepada Allah adalah yg terbaik.just minta jek apa pun (termasuk nak suami tlg kita) Insyaallah Dia Maha Mendengar.....Insyaallah

Jom saling sayang menyayang!! love3 
Share:

Monday, November 4, 2013

INFO: BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Anda seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu? Tahniah kerana anda berjaya menyusukan anak. Satu tugas yang selalu di anggap susah, renyah, tidak kuat untuk di lakukan dan tidak mudah sebenarnya untuk dilakukan. The best milk for our kids is SUSU IBU.



Dalam dunia penyusuan susu ibu, ilmu penyusuan sangatlah penting. Antara yang perlu ibu-ibu perlu tahu adalah bagaimana sebenarnya susu ibu terhasil. Video di bawah menerangkan secara terperinci bagaimana susu ibu terhasil:


Sumber Youtube


Berikut merupakan ringkasan daripada video tersebut: 

Setiap kali susu ibu terhasil, ada dua proses yg terlibat iaitu PROSES PENGHASILAN dan PROSES PENGALIRAN.

Proses Penghasilan:

  1. Apabila bayi menghisap susu pada payudara ibu, ianya akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu.
  2. Signal akan di hantar ke otak ibu
  3. Otak akan merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon PROLAKTIN dan di hantar ke payudara melalui pengaliran darah
  4. Alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan merangsang kelenjar mamari untuk menghasilkan susu ibu
  5. Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin untuk smpai ke reseptor di alveolus.
  6. Apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurang
  7. Apabila alveolus di kosongkan, sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan membenarkan prolaktin melaluinya untuk rangsang kelenjar mamari bagi menghasilkan susu semula.
  8. Perembesan hormon prolaktin dinamakan REFLEKS PROLAKTIN

Proses Pengaliran:

  1. Apabila bayi menghisap, signal akan di hantar ke otak si ibu untuk merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon OKSITOSIN
  2. Hormon oksitosin di bawa ke payudara melalui pengaliran darah
  3. Hormon ini akan merangsang sel mioepitelia mengecut dan merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting.
  4. Refleks ini juga dinamakan let-down reflex

Jadi hormon prolaktin dan oksitosin amat penting dalam penyusuan susu ibu. Konsep DEMAND & SUPPLY juga adalah penting. Jika konsep demand and supply tidak dilakukan dengan baik, proses penghasilan susu boleh berkurangan. Seolah-olah sebuah kilang membuat mainan teddy bear, yang makin lama permintaan terhadap teddy bear makin berkurang, menyebabkan penghasilan teddy bear tersebut pun makin susut.

Dan apa yang penting juga bagi ibu yang menyusukan anaknya, mindset dan fikiran yang sentiasa positif sebelum dan semasa menyusukan anak. 

Breastfeeding journey adalah sesuatu yang indah dan sepatutnya dinikmati saat-saat itu bersama bayi anda. Happy breastfeeding.

I LUV BREASTFEEDING!!
Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882
Share:

Thursday, October 31, 2013

Ayah outstation luar!!!!!!! Mama become supermama

Salam all mama2,ibu2,mak2.....mommies2 too

sape suka kalo asben dia g outstation? seriously kalo ada yg suka mama angkat kening angkat bahu sebab pelik.ahahahaha.nak2 kalo ada 3 little 'army' nak kene jaga mcm mama ni kan. tp nak buat mcm mana kan,asben terikat ngan keje,dia keje cari rezeki halal pun nak bg famili jugak kan. so mama redha n pasrah jek la...huhuhuh (kalo ayah baco ni ape la dia pk nnt)

rini last day ayah kat melaka n mean dah 3 ari mama handle lil army mama yg 3 org tu sensorang.penat jgn cakap la especially time pagi2.fuhhhh....mencabar tahap kesabaran n keimanan.slalu ayah akan uruskan kakak n kakngah, mama uruskan daniyal,siap beg baju,siap bubur,siap beg n lain2 lg lah.bila ayah xde mama kene cover semua keje skali.fuuhhhhhhhhhhhhhhh (take a deep breath). 

tp Alhamdulillah, doa mama agar semua keje dipermudahkan Allah makbulkan juga.drama bersiri setiap pg by kakak yg slalunya duration 20 ke 30 minit just jd 5 ke 10 minit n kakak blh uruskan diri dia sendri jek.dr mandi,gosok gg,pakai baju semua sendri.tudung jek mama pakaikan.kakngah plak trus bangun pergi mandi.daniyal mcm biasa la cuma cuma bila kakak2 siap awal blh teman dia tgk katun.Alhamdulillah selesai tugas dgn senang n mudah dengan izin Allah...syukur.

mlm td smpt wat maggi sup jek,seb baik anak2 ok jek.Alhamdulillah..mlm ni blh mkn ngan ayah dah.pg td buat la bekal bihun goreng ckit coz kakak cuti skolah n semua dok umah ibu rini. semoga Allah memelihara anak2 mama tu comei,ayu n cerdik pndai tu.aminnn.

Semoga perjalanan ayah balik ke sini pun nnt dalam perlindungan Allah sentiasa.aminnnn

Love them always.......
Share:

Tuesday, October 29, 2013

Cabaran Bertukar Tempat Kerja

tgk tajuk.... n yes mama dah pun bertukar tmpt keje baru.kira ni minggu kedua la kat tmpt baru.cabaran mmg ler ada.mana idaknye, nak adapt suasana baru,kawan2 baru,cara kerja yg baru,bos baru....fuhhh!

jadual mama nak buat stok pun berterabur!! mana idaknya,keje tmpt baru agak mencabar nak bandingkan dgn tmpt lama which is lebih relex (bkn ngelat ye).mama still kene adjust schedule utk buat stok.alahai.....nak buat mcm mana kan.kalo sebelum ni blh pam kat tmpt sendri jek coz unit dok dlm blik n semua gegul power,tp skang kene guna lif untuk turun g surau. kalo org x tau sure tanya asal budak baru masuk ni asik ilang. mama tawakal jek la.hanya Allah Maha Mengetahui.

Semoga Allah beri memberikan kekuatan untuk mama terus cekal utk buat stok kat teruna mama yg dah pndai daring maring skang ni.

Untuk all mama2 d luar, apa pun cabaran kita hadapi,dgn niat yg suci murni, Insyaallah kita berdoa agar Allah memudahkan segala urusan kita..aminnnn.

Love bf n support full bf!!
Share:

Saturday, October 26, 2013

Only the best for my kids

Salam to all mommies,mama,ibu,mak,emak,mother.

Anak mama dah 3 org pun....Alhamdulillah yg no 3 dpt gak beboy. Kalo nak ckp pasal penyusuan ni,anak mama yg sulung tidak diberikan susu ibu sepenuhnya. kenapa sedangkan mama seorang yg mmg support penyusuan susu ibu? coz masa tu xde ilmu.lor,penyusuan susu ibu pun kene ilmu ke? org dlu2 xde pun kan.bak kata sesetgh org 'selak jek' kan senang. Nampak senang d mata sesetgh org tetapi hakikatnya tanpa ilmu akan jd susah, nak mkn guna tgn pun kene blajo kan,mana ada yg dr kecik tetiba blh suap makanan ngan tgn masuk mulut cantik jek....kan..kan? ke ada? wahhh! kalo ada mmg mama tabik spring lah.trained anak2 ni guna tgn pun kemain susah lg.masuk mulut separuh,lg separuh x atas meja atas lantai.

Yup,mmg perlu ilmu utk jayakan penyusuan susu ibu.sebab apa utk menguatkan emosi serta blh tepis anasir2 yg cuba utk down kan ibu2 yg ingin melaksanakan penyusuan susu ibu.sape kata xde...mama pun hadapi n yg sedihnya dr org sekeliling yg kita sayang...sedih tau kalo x dpt support.pt bkn mama punya other half la.org lain.

anak sulung mama kene jaundis yg lama nearly 1mth.so decide utk bg fm coz tawakal la masa tu sebabnya dah memacam mama n atoknya buat semua x jd.ayahnya plak kat putrajaya dah kije.so start dr situ la kaklong mama bg fm.bf jugak tp tula,sebab xde ilmu so kaklong x dpt bf lama.smpai 5mth jek.bila teringat balik sedih rasa kat kaklong.tp Alhamdulillah dgn izin Allah,kaklong sihat,bijak,pndai n ayu lg mcm mama...ahahahaha

Alhamdulillah dgn ilmu yg d gali n d cari,mama berjaya bf kakngah smpai 2y5mth (stop coz pregnant again) n for boy mama till now dah nak masuk 9mth.

betapa pentingnya ilmu ye even bg certain people ianya just simple d mata derang...

Jom kita sesama support penyusuan susu ibu ye!!

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels