#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, August 22, 2016

PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL AZ ZAHRAH BANGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Hari ni, syukur Alhamdulillah sudah sebulan usia Nur Iman Hanan. Semoga Hanan diberikan kesihatan yang baik sentiasa olehNya. Amin

Kenapa mama pilih Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)? Sebenarnya ini kali kedua mama bersalin di sana. Sebab utama, biarlah rahsia. Hihihi. Tetapi mama jatuh cinta dengan khidmat yang diterima semasa melahirkan Abang Daniyal pada tahun 2013.

Ini juga kali kedua mama refer dengan Dr Mashita. She is best. Sebenarnya masa pregnant Abang Daniyal,mama nak refer dengan doktor lain tapi que agak lama. Dan nurse syor kan Dr Mashita since que tidak ramai sebab beliau masih baru. So mama pun setuju. Alhamdulillah,mama rasa best dengan Dr Mashita ni. Setiap kali checkup mama ngan husband boleh bertanya apa sahaja dengan doktor, segala kemusykilan boleh ditanya dan akan dijawab secara berhemah oleh Dr Mashita.


Sumber Google


Bukan servis dari doktor sahaja yang terbaik,layanan daripada nurse serta bidan juga memang best. Masa dalam labour room,bidan yang bertugas serta nurse banyak membantu mama yang sedang struggle menahan sakit. Tutur kata pun lembut sahaja. Dan yang best juga,dalam labor room sentiasa dipasang alunan bacaan al-quran disamping ada doa-doa yang dilekat di dinding,untuk bacaan si ibu. Tenang je rasa.

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah ada menawarkan pakej buat ibu dan bakan ibu bersalin. Pada tahun 2013, pakej yang ditawarkan kalau tak silap pakej Nur Kasih yang mama ambil. Pakej ni beharga RM1200 lebih (mama tak ingat harga sebenar) dengan tawaran 4 katil satu bilik. Tapi masa mama decide bersalin di sana untuk Hanan, pakej dah berubah. Pakej terbaru adalah Pakej Bersalin Ummi berharga RM1688 (tak termasuk GST).

Kat sini mama copy paste tawaran pakej dari laman web HIAZ:
Setiap pakej yang ditawarkan termasuk:
  • Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Ujian, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP B)
  • Pemeriksaan CTG (2 kali 10 minit setiap sesi) CTG check-up (2 times 10 minutes per session)
  • Pemeriksaan bayi oleh Pakar
  • Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
  • Bilik 2 katil


Untuk info penuh, boleh rujuk di laman web HIAZ http://www.azzahrah.my

Pemilihan hospital untuk bersalin amat penting kecuali jika berlaku kecemasan la. Ini adalah untuk memberikan keselesaan buat bakal ibu. Tidak kira hospital kerajaan atau swasta, pilihan di tangan ibu-ibu. Jangan lupa untuk berbincang dengan suami ye.

Wassalam...
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels