#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, October 22, 2015

Meningkatkan Pengeluaran Susu Ibu Dengan Herba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Milk Booster memang amat terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Ada berbagai-bagai jenis milk booster di pasaran. Ada jenis bentuk pil, cecair dan sebagainya. Tetapi adakah milk booster ni betul-betul berkesan bagi ibu menyusu yang ingin tambah pengeluaran susu ibu? Sebenarnya ianya bergantung padam penerimaan badan ibu itu sendiri. Disini ibu-ibu perlu try and error kerana ada ibu sesuai dengan bahan A tetapi tidak dengan bahan B begitu juga sebaliknya.

Entry kali ni mama nak kongsikan di antara herba-herba yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mungkin ibu-ibu boleh mencuba.

1. Fenugreek


Fenugreek merupakan salah satu herba yang amat popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dalam membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ianya diakui merupakan remedi yang terbaik dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ini kerana fenigreek berupaya untuk merangsang kelenjar yang menghasilkan susu ibu.
Mengadungi phytoestogens yang berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu dan juga mengaktifkan aktiviti kelenjar peluh. Kelenjar mamari (menghasilkan susu ibu) juga merupakan salah satu kelenjar peluh.


2. Biji Adas (Fennel Seed)


Biji Adas merupakan galactogogue yang bermaksud bahan yang merangsang penghasilan susu ibu. Disamping itu adas juga membantu dari segi penghadaman dan juga mencegah colic pada bayi.


3. Jintan Putih



Jintan putih juga dikatakan dapat membantu penghasilan susu ibu. Disamping itu, ia juga berkesan dalam meningkatkan sistem pencernaan ibu-ibu kerana dapat memberikan kelegaan daripada kembung, keasidan dan juga sembelit.
Jintan putih juga kaya dengan zat besi (iron) dan dapat memberikan tenaga bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.


4. Alfafa


Alfafa mengandungi antioksida dan kaya dengan vitamin dan mineral. Alfafa juga agak popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak. Daun alfafa juga boleh di bru bersama dengan teh.


5. Bawang Putih

Bawang Putih seringkali digunakan dalam masakan. Siapa sangka ianya juga merupakan salah satu galactogogue. Ianya membantu dalam penyusuan disamping memberikan kelebihan dari segi kesihatan buat ibu-ibu. 


6. Halia 
Halia juga seringkali digunakan dalam masakan. Disamping itu halia agak terkenal sebagai herba jika mengalami masalah angin. Dikatakan halia bagus dalam mengekalkan good milk flow. Salah satu cara untuk menikmati halia adalah dengan meminum teh halia dicampur madu.


Walaubagaimanapun, ibu-ibu harus ingat,sebarang pengambilan mil booster tidak akan berkesan jika konsep demand and supply tidak digunakan. Atau dengan kata lain, ibu-ibu tidak mengepam apabila tidak bersama bayi atau kurang menyusukan bayi. Ibu-ibu perlu memahami bagaimana susu ibu dihasilkan. Jika tidak, sebarang milk booster tidak akan berkesan. 

Apa milk booster mama? Mama juga ada milk booster pilihan mama sendiri. Mama mengamalkan Alfafa daripada Shaklee. Kebanyakkan ibu-ibu yang sudah mencuba insyaallah dan alhamdulillah berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Bukan setakat mama dapat meningkatkan penghasilan susu ibu, tetapi mama juga mendapat faedah berikut daripada Alfafa Shaklee ni:


* Alfafa Complex menggunakan daun alfafa yang telah matang dan bebas daripada bahan kimia
* Mencuci hati, darah dan usus (detox)
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol (kesan penggunaan jangka panjang)
* Melegakan keletihan
* Memperbaiki masalah saluran penghadaman
* Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium,potasium,fosforus dan zat besi

dan banyak lagi kebaikan alfafa yang diperolehi. 

Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkannya, boleh hubungi mama di 0124845882. Juga jika ibu-ibu yang ada sebarang pertanyaan, jangan segan-sengan untuk bertanya ya. Teruskan penyusuan susu ibu kerana anda ibu hebat!

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882



Share:

Tuesday, October 13, 2015

Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila kita bercakap tentang ibu yang breastfeed anak, seringkali apa yang terlintas di fikiran orang lain adalah di antaranya susu dia banyak boleh la, ala menyusu macam tu senang tak perlu nak berbotol bagai dan sebagainya. Tapi korang tahu tak apa yang berlaku bila si ibu dah decide untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu? 

sumber dari google.

Menyusukan anak dengan susu ibu bukan hanya selak baju then anak isap susu macam tu sahaja ye. Banyak faktor yang harus di ambil kira untuk menjayakan penyusuan susu ibu tak kira sama ada si ibu bekerja atau seorang suri rumah sepenuh masa. Di antaranya:

1. Ilmu mengenai penyusuan
Ilmu amat penting ye. Bukan mudah untuk berjaya menyusukan anak jika tanpa ilmu. haaaa.... rasa susah ke? Nowadays banyak artikel, blog, buku yang bercerita berkenaan susu ibu ni. Terutama bagi ibu baru, bagaimana cara bayi menyusu dengan betul pun perlu tahu. Ramai ibu2 yang mama tengok menyusukan anak tapi kepala anak terteleng dan tak selari dengan postur badan bayi. Even kita yang dewasa ni pun kalau makan kita duduk betul menghadap makanan. Ada beberapa cara dan teknik yang boleh digunakan semasa menyusukan bayi. Ibu2 perlu google sahaja ye. 

2. Emosi
Ibu2 yang menyusukan anak perlu menjaga emosi agar tidak stress. Ini kerana jika ibu2 stress, pengeluaran susu boleh berkurangan kerana hormon 'bahagia' tidak ada. Jika si ibu kerap sangat stress, production susu boleh berkurangan dan ini boleh menyebabkan si ibu lebih stress. Si ibu perlu bertenang agar tidak menjejaskan pengeluaran susu ibu. Cubalah makan coklat untuk lebih relex.

3. Sokongan ahli keluarga
Ketahuilah bahawa sokongan ahli keluarga terutama si suami amatlah penting dalam membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Pengalaman mama sendiri, mak mama bukan seorang yang menyusukan anak dengan susu ibu dan dia tak yakin mama boleh susukan anak a.k.a cucu dia dengan jaya. Tetapi berkat sokongan suami dan kawan2 alhamdulillah mama berjaya menyusukan anak dah buat stok. Bila mak mama datang dan buka freezer, alangkah terkejutnya bila penuh freezer ngan stok susu. Haaa...best kan tengok stok banyak. Berbincang dengan suami yang ibu2 perlukan sokongan si dia. Carilah kawan2 yang sama2 support breastfeeding agar ibu2 tidak kesunyian.

4. Berdoa

Bagi yang muslim, sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan untuk ibu2 menyusukan anak. Di antara doa yang boleh di baca adalah " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan". 
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku" Doa ini boleh dibaca setiap kali lepas solat, semasa menyusukan anak atau semasa ibu2 mengepam. Jangan putus untuk memohon pada Yang Esa kerana sesungguhnya Dialah pemberi rezeki.


5. Jangan hiraukan kata2 negatif
Betul, masih ada segelintir manusia yang bersikap skeptikal dengan ibu2 yang menyusukan anak ni. Jangan pedulikan mereka kerana ibu2 sudah berazam untuk memberikan hanya yang terbaik buat si manja. Teruskan usaha murni ibu2 itu....

6. Niat
Seeloknya, sebelum bayi dilahirkan, ibu2 tanamkan azam dan niat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Bila ibu2 dah ada mindset sebegitu, insyaallah Allah akan permudahkan.

7. Penjagaan permakanan
Ibu2 menyusu selalunya masih lagi 'berpantang' beberapa jenis makanan untuk mengelakkan ketidakselesaan buat bayi. Namun begitu, ibu2 juga perlu memastikan agar ibu2 mengambil keperluan vitamin dan mineral untuk memastikan ibu2 tidak berasa letih. Jika ibu2 cepat letih, kemungkinan untuk pengurangan jumlah pengeluaran susu ibu boleh berlaku. Semasa proses penyusuan, ibu2 sebenarnya sedang membakar kalori (walaupun sedang baring) dan si anak sedang menerima segala keperluan vitamin dan mineral untuk membesar melalui susu ibu. Sebab itu ibu2 perlu memastikan pemakanan dan diet yang betul di ambil semasa menyusukan anak. Mama sendiri mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sejak dari anak ke 3 hingga sekarang anak ke 4. Alhamdulillah memang sangat membantu mama dari segi diet dan kesihatan.

Ibu2 teruskan menyusukan anak sehingga termampu. Mama menyokong penyusuan susu ibu!!

FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882


Share:

Wednesday, October 7, 2015

DIY Homemade Play Dough

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Homemade play dough ni sebenarnya inspired by seorang ibu yang sangat awesome iaitu Pn Salwa Saleh (salwasaleh.com). Kebetulan mama pun masih lagi dalam maternity leave,cuaca pula berjerebu,sian kat kaklong,kakngah dan abam daniyal terperuk jek dalam rumah. So mama decide nak buat sesuatu yang homemade dan boleh jadi aktiviti anak-anak ni.

Bila mama tengok bahan2 yang digunakan dan cara2 membuat play dough ni,rupanya senang jek. Barang2 pun most memang dah ada kat dapur. Jom mama share ngan korang mana tau pasni ibu2 boleh buat sendiri jek,tak perlu beli play dough.

Bahan2:
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil cream of tartar
* suku cawan gula halus
* 1 sudu besar minyak sayur (mama guna minyak jagung)
* pewarna makanan (ikut suka nak warna apa)

Cara2 untuk masak (kena masak ye play dough ni):
1. Campurkan tepung gandum,air,cream of tartar,garam,minyak sayuran dalam periuk dan kacau bagi rata (ala2 macam nak buat cucur tu)
2. Bila dah sebati,panaskan dengan api perlahan adunan tadi
3. Sentiasa kacau adunan (part ni mama letih sikit sebab guna tenaga tangan yang kuat)
4. Kacau sampai adunan jadi melekit dan macam doh. Bila dah jadi macam doh tu,boleh tutup api dan sejukkan dahulu.
5. Bahagi kepada beberapa doh kemudian campurkan warna dan uli untuk sebatikan warna tu.

Homemade play dough with color
Adunan yang telah masak



Senang kan??  Bila dah siap,it is priceless. Anak2 pun suka boleh main. Play dough ni perlu disimpan dalam air tight container ataupun zip bag. Kalau rasa keras,boleh dititiskan dengan air untuk guna semula. Jimat kan.

Selamat mencuba!
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels