#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, April 18, 2021

PROGRAM VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.


Sejak bermulanya pandemic Covid-19 melanda seluruh dunia, semakin ramai peniaga-peniaga online yang muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Kak Lyn ucapkan tahniah buat mereka yang berani keluar dari zon selesa dan cabar diri dengan memulakan perniagaan.


Semakin hari semakin ramai yang menggunakan media sosial sebagai platform membina bisnes. Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd, sebenarnya banyak peluang yang ada untuk jana pendapatan dalam era digitalisasi ini dengan ramai orang meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.

NAK-MULA-BERNIAGA


Kak Lyn faham, ramai menyangkakan berniaga atas talian ini mudah tertutama menggunakan platform media sosial. Tetapi sebenarnya tanpa ilmu yang betul, tanpa panduan dan bimbingan yang betul bisnes yang diusahakan mungkin semakin hari semakin suram dan paling dirisaukan bisnes yang dibina awalnya tenggelam begitu sahaja.


RICHWORKS LANCAR PROGRAM VIRTUAL ONLINE BINA BISNES BERJAYA -EDISI KHAS NAK MULA BERNIAGA 2021


“Ada segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju.

“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah,”
 ~ Radz Mohd, Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd.

NAK-MULA-BERNIAGA


RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran program ini menerusi Facebook Page,YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.

Pelancaran ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih 300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).



RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.

Tambahnya, RichWorks nak melatih dan bimbing lebih ramai orang untuk dapat membina
bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirka ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.



“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian.

“MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya


Sehubungan itu, Radz memberitahu, program Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya -Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.


"Bakal peserta cuma perlu membuat pendaftaran menerusi laman web di www.BinaBisnesBerjaya.com untuk menempahkan tiket untuk hadir program virtual online ini.

“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi.


TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL


Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online). Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN



Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author

Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing &Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.


PERTANYAAN

Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor, MALAYSIA

Tel: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my ; omkarini.rich@gmail.com ; azrin.richworks@gmail.com
  

Love Yourself.
Share:

Thursday, March 25, 2021

UBAH DIRI UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.


Setahun telah berlalu. Sejak 18 Mac 2020 di mana PKP 1.0 bermula disebabkan pandemic Covid-19. Tidak dinafikan, begitu ramai golongan yang terjejas dengan kesannya. Kak Lyn sendiri menyaksikan bertapa mereka yang terjejas ini ada yang berhempas-pulas untuk mengisi perut dan keperluan lain bagi keluarga. Sama ada bujang atau yang bekeluarga, kesannya tetap ada.

Mungkin ada yang tidak sedar, tetapi pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia khususnya dengan ratusan ribu pekerja telah di berhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan. Ada juga dipotong elaun atau gaji. Bahkan ada yang diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain dihadapi.



Cerita tentang kesusahan yang dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar. Di antaranya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Nilai yang mungkin sesetengah orang nampak kecil tetapi bagi kebanyakkan orang begitu besar nilainya.


KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK

Dalam ramai yang sedang merasai impak pandemik ini, mungkin ada yang secara tidak sedar yang mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menyebabkan kemurungan atau kegelisahan jika tidak diuruskan dengan baik.

Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion.

Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.


JOM UBAH BERSAMA RichWorks

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.


RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.

Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.

Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.


APA YANG ANDA PERLU BUAT SEKARANG?

Bagi yang betul-betul ingin ubah hidup mereka, Kak Lyn sangat galakkan anda join program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Jika bukan sekarang bila lagi kan? Pendaftaran secara percuma di sini : www.binabisnesberjaya.com




Love Yourself.
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels