#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, December 24, 2017

Kepentingan Protein Bagi Ibu Hamil

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kita biasa mendengar ayat ini "ibu mengandung perlu makan untuk dua orang". Tapi bagaimana yang dikatakan makan untuk dua orang? Adakah dua pinggan nasi? Sebenarnya ianya lebih kepada double up nutrisi ketika hamil. Begitu juga keperluan protein bagi ibu hamil. Nutrisi diperlukan bagi perkembangan bayi dan juga untuk ibu itu sendiri.



Apa Itu Protein?
Protein merupakan komponen yang sangat penting bagi setiap sel dalam tubuh badan kita. Malaha rambut dan kuku kita diperbuat daripada protein. Protein digunakan oleh tubuh untuk membina dan memperbaiki tisu. Protein juga penting bagi pembinaan dan pembentukan enzim, hormon, dan bahan kimia badan lain. Protein merupakan important building block bagi tulang, otot, tulang rawan, kulit, dan darah. Banyak kan kegunaan protein ni. Tapi bagaimana bagi ibu hamil?

Kepentingan Protein Bagi Ibu Hamil
Bagi ibu hamil, pengambilan nutrisi yang cukup amat penting bagi membantu proses pembesaran bayi dalam kandungan dan juga keperluan tubuh ibu itu sendiri. It's a must ye. Protein membekalkan asid amino yang diperlukan bagi mencukupi keperluan perkembangan tulang dan otot. Pengambilan protein yang cukup aadalah penting bagi perkembangan sel baru yang sihat di dalam placenta dan maternal tissue dan juga menggalakkan penghasilan darah yang sihat. Keperluan protein meningkat apabila kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga kerana dalam tempoh ini perkembangan bayi sangat cepat.

Kepentingan Protein Bagi Bayi Dalam Kandungan
Seperti yang telah dihuraikan di atas, protein merupakan antara komponen terpenting bagi tubuh manusia. Pengambilan protein memberi kesan kepada perkembangan bayi dalam kandungan terutama bagi perkembangan organ-organ yang penting dan juga otak bayi. Keperluan protein amat penting dan kritikal apabila kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga kerana dalam tempoh ini, bayi berkembang dengan pesat.

Risiko Jika Ibu Hamil Kekurangan Protein
Jika ibu hamil kurang pengambilan protein, ianya boleh menyebabkan masalah kesihatan bagi ibu dan juga bayi dalam kandungan. Ibu yang kekurangan protein akan berasa cepat letih dan lemah dan ini mungkin menyukarkan ibu hamil tadi untuk menguruskan rutin harian. Ibu juga berisiko untuk mendapat anemia (kekurangan sel darah merah). Penghasilan susu ibu juga mungkin akan berkurangan.
Bagi bayi dalam kandungan yang sedang membesar, kekurangan pengambilan protein oleh si ibu boleh memberi kesan kepada perkembangan otot dan sendi yang lemah, tulang, kecacatan otot dan tulang, keguguran, kerosakan otak serta risiko kecacatan ketika lahir yang tinggi. Bayi juga mempunyai risiko dilahirkan tidak cukup bulan. Dan juga kekurangan berat ketika dilahirkan.

ESP Untuk Ibu Hamil
Semasa hamil anak keempat, saya mengamalkan pengambilan ESP setiap hari. Sangat membantu saya yang pada trimester pertama amat kurang selera makan dan sentiasa loya (tapi tidak muntah). Disebabkan pada awal trimester saya sangat kurang makan disebabkan rasa loya, saya amalkan set Hamil Shaklee untuk memastikan keperluan nutrisi badan saya dan juga bayi mencukupi. ESP membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amino Perlu termasuk 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 

ESP dapat  membekalkan tenaga berterusan kerana ESP mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium. Isofalvones yang terkandung di dalam ESP meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat. Dan yang penting rendah Glisemik Index (GI)




Ibu-ibu hamil wajib memastikan pengambilan nutrisi yang cukup bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi sangat cepat dan nutrisi yang cukup dan lengkap amat penting bagi proses ini.



Bagi pertanyaan tentang produk Shaklee, 0124845882

Norlen Othman
RichyMommy Group

Share:

Tuesday, November 28, 2017

Pengedar Shaklee Putrajaya Aktif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Putrajaya, Pinggiran Putra dan Seri Kembangan, anda boleh mendapatkan produk Shaklee melalui saya. Saya merupakan Pengedar Shaklee Aktif Putrajaya bagi kawasan-kawasan di atas

Saya boleh dihubungi di talian 0124845882 melalui panggilan telefon/SMS/WhatsApp. Saya juga menyediakan khidmat konsultansi secara percuma. Bagi anda yang berada di luar kawasan Putrajaya, Pinggiran Putra dan Seri Kembangan, saya juga menyediakan perkihdmatan penghantaran secara pos buat anda


Apakah Keistimewaan Shaklee?


Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat


8 Sebab Kenapa Anda Boleh Mempercayai Kualiti Dan Keselamatan Produk Shaklee

  1. Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu. Shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob 
  2. Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP) 
  3. Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan produk Shaklee adalah selamat digunakan oleh anda dan keluarga 
  4. Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan 
  5. Produk Shakler adalah Bebas Gluten. Dengan produk bebas gluten, Shaklee inginkan anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
  6. Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)) dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan 
  7. Shaklee berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita ini lebih sihat sepanjang masa 
  8. Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan


Facebook : Norlen Othman

Facebook Page : Norlen Othman

Instagram : norlenothman

Email : norlen.othman@gmail.com

Telefon : 0124845882

Founder Of RichyMommy Group


Share:

Sunday, November 12, 2017

Vivix Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah dengar tentang Vivix Shaklee? Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Rasanya sedap seperti rasa ribena.


Tagline Vivix : Feel 25 years younger!

Aging is really a set of progressing diseases. If we can slow them down and cure them, people will live longer, healthier lives” Dr. D Sinclair, Harvard Medical School.

Penuaan tetap akan berlaku secara alaminya tetapi tanpa kita sedar, dan kita sekarang terdedah dengan penuaan sebelum usia. 

Para saintis bersependapat bahawa terdapar empat (4) mekanisma penting penuaan pada peringkat selular :

1. Kerosakan DNA
Setiap hari tanpa kita sedar sel-sel manusia diserang oleh 3 perkara ini yang menyebabkan kerosakan pada DNA. Pengoksidaan yang berlaku disebabkan stress yang berlebihan, pembiakan selular yang tidak betul dan faktor persekitaran seperti pendedahan kepada radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin. Apabila sel DNA tidak sempurna untuk fungsi sel tertentu, sel-sel yang terjejas akan rosak dan mati

2. Pengawalan Genetik
Sebatian ini mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikan; termasuk sama ada sel-sel dihidupkan semula atau mati. Semakin kita berusia, pertahanan semula jadi dan keupayaan untuk pembaikan diri berkurangan sehingga kerosakan selular secara semula jadi meningkat

3. Pengeluaran Tenaga Yang Semakin Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun

4. Penimbunan Protein AGE ( Advanced Glycation End Products)
Seumpama plak yang terbentuk pada gigi anda, dari masa ke masa dinding sel tersumbat dan kurang dapat berfungsi dengan baik untuk pertukaran nutrien dan waste out


Keistimewaan Vivix
Ramuan Vivix dapat memberikan impak kepada 4 mekanisma utama tersebut:

1. Melindungi dan membaiki selular DNA
2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3. Menggalakkan biogenesis mitochondria
4. Melambatkan pembentukan protein AGE



Suami yang liat amalkan vitamin sekarang pengamal tegar Vivix Shaklee



Hanya untuk bulan November 2017 sahaja, setiap pembelian twin pack Vivix Shaklee akan berpeluang untuk berjimat sehingga RM155. 

Untuk pertanyaan berkenaan produk Shaklee : 0124845882 (wassap/sms)

Norlen Othman
RichyMommy Group

Share:

Saturday, November 11, 2017

KENAPA RAMBUT LELAKI CEPAT GUGUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Sejak akhir-akhir ini ramai kita lihat di kalangan kaum adam yang mempunyai masalah keguguran rambut yang serius. Sehingga ada yang menyebabkan ada yang menjadi botak, botak separuh (di kawasan tengah) dan rambut semakin menipis. Tetapi kenapa lelaki botak?



Masalah keguguran rambut bukan sahaja menjadi igauan para wanita. Lelaki turut sama mengalaminya. Dan ini boleh menyebabkan seseorang lelaki rasa 'down' dengan penampilan dirinya. Adalah normal apabila mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari. Tetapi jika anda dapati rambut gugur secara berlebihan setiap hari, bertindaklah untuk mendapatkan rawatan. Kerana ini mungkin tanda-tanda anda akan mengalami proses kebotakan.

Secara naturalnya, setiap helaian rambut yang gugur akan digantikan dengan helaian rambut yang baru dalam tempoh masa tertentu. Tetapi jika helaian rambut baru yang tumbuh kurang daripada helaian rambut yang gugur, itu merupakan tanda anda sedang mengalami proses keguguran rambut yang teruk.


Apakah yang menyebabkan rambut gugur?


1. Tekanan

Lumrah seorang lelaki kuat bekerja untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Tetapi jika terlalu kuat bekerja sehingga memberikan tekanan kepada diri, di tambah pula dengan masalah yang sering difikirkan, ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Apabila anda stress, peredaran darah ke kulit kepala akan terganggu dan menyebabkan kekurangan bekalan nutrien dan oksigen


2. Genetik / Keturunan

Seperti yang kita sedia maklum, setiap dari kita membawa DNA ibu dan ayah bersama dalam tubuh kita. Ini termasuklah jenis warna kulit, jenis mata, jenis rambut, penyakit keturunan dan juga keguguran rambut


3. Ketidakseimbangan Hormon

Masalah hormon tidak seimbang ini bukan hanya dilalui oleh kaum hawa sahaja, golongan adam juga mengalaminya. Hormon testosteron berlebihan yang bertukar kepada hormon DHT (dihidrotestosteron) akan mengakibatkan folikel rambut menjadi lebih halus dari masa ke semasa. Dan kesannya rambut tidak lagi kelihatan subur dan lebat dan lama-kelamaan, rambut akan mengalami keguguran


4. Kebersihan Kulit Kepala

Kurangnya mengambil berat tentang penjagaan kebersihan kulit kepala juga menyebabkan rambut mengalami keguguran. Tidak seperti wanita yang bertudung, kulit kepala kaum adam terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk yang boleh menyebabkan liang pada kulit kepala tertutup dan seterusnya menyebabkan gangguan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Penggunaan bahan kimia juga boleh menyumbang kepada faktor keguguran rambut


Bagaimana Cara Untuk Membantu Mengurangkan Keguguran Rambut ?


1. Pemakanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang juga penting bagi pertumbuhan rambut dan bukan hanya untuk kesihatan semata-mata. Tahukah anda 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Malah rambut juga memerlukan vitamin A, B Kompleks, C dan D untuk kekal sihat


2. Penjagaan Dan Kebersihan Kulit Kepala

Penjagaan rambut juga perlu dititikberatkan. Selalunya golongan adam ni akan sambil lewa tentang penjagaan diri (tidak semuanya). Rambut perlu kerap dibersihkan kerana golongan ini amat terdedah bahagian kepalanya. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga tidak digalakkan. Bilas rambut anda dengan bersih setiap kali selepas menggunakan syampu dan pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala anda. Elakkan untuk mengeringkan rambut anda dengan gerakan yang kasar menggunakan tuala selepas mandi serta gunakan sikat rambut yang bersesuaian


3. Healthy Lifestyle

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi penjagaan diet dan pemakanan serta melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga kali seminggu untuk memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas 


Testimoni pengguna yang mengamalkan Vivix dan masalah rambut gugur tidak lagi menjadi igauan




Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

Saturday, October 28, 2017

Adakah bisnes Shaklee Selamat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai yang bertanya, bisness Shaklee ni ok ke? Adakah bisnes dengan syarikat Shaklee ini selamat? Adakah bisnes Shaklee sama seperti syarikat MLM yang lain? Apakah yang ditawarkan oleh Shaklee? Adakah boleh berjaya dengan Shaklee?



Itu di antara soalan-soalan yang sering diterima oleh mereka yang ingin merisik bisnes dengan Shaklee tapi belum yakin sepenuhnya. Mari saya kongsikan kenapa bisnes Shaklee menjadi pilihan saya yang utama:

  1. Kesihatan

  • Keutamaan saya adalah untuk memastikan saya dan keluarga sentiasa diberikan kesihatan yang baik. Selain melalui pemakanan yang sihat, saya tambahkan juga pengambilan supplement untuk cukupkan keperluan nutrisi 

    

    2. Bisnes yang easy access   

  • Dengan bisnes Shaklee, saya boleh berbisnes dari mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Teknologi di hujung jari


    3. Tidak perlu sediakan stok

  • Saya tidak perlu menyediakan stok yang banyak (seperti ada beberapa jenis bisnes yang memerlukan agen membuat pembelian stok). Sama ada saya hanya terus ke branch berdekatan ataupun membuat pembelian secara atas talian da terus di pos kepada customer

     

    4. Lama web bagi setiap ahli Shaklee

  • Setiap ahli shaklee mempunyai akses ke laman web shaklee2u yang bukan sahaja boleh buat pembelian bagi diri sendiri dan juga customer, tetapi juga ada banyak info berkaitan bisnes dan juga produk yang boleh diakses dan dibaca

    5. Bantuan dan sokongan yg hebat 

  • Tidak dinafikan, dalam bisnes bantuan, sokongan serta coaching amat diperlukan untuk berjaya. Dalam shaklee, anda akan berada dalam circle mereka yang sentiasa positif, dan saling membantu untuk sama-sama berjaya. Tiada istilah berjaya sendiri tetapi berjaya bersama-sama seperti sebuah keluarga

    6. Bisnes Shaklee dan MLM 

  • Bisnes Shaklee tidak seperti bisnes MLM yang lain yang mana sangat menindas mereka yg berada di bawah terutama yang menggunakan sistem piramid. Dalam bisnes Shaklee, anda buat anda dapat. It's your own biz

    7. Produk yang dijamin 

  • Semua produk Shaklee dijamin selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan KKM serta sijil halal daripada badan yang diiktiraf di US dan diperakui oleh JAKIM



Banyak peluang dan ganjaran yang ditawarkan oleh pihak Shaklee bagi pengedarnya yang berjaya. Dan Shaklee belum pernah lagi mengecawakan para pengedarnya. 

Ingin bersama saya untuk sama-sama berjaya menggapai bintang yang tinggi di awan? Hubungi saya seperti di bawah agar saya juga dapat membantu anda


Share:

Tuesday, October 3, 2017

Upin Ipin New Outlet Store


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Anda dan anak-anak anda peminat Upin Ipin? Watak kartun yang comel, hidup di kampung yang agak sukar buat kanak-kanak zaman sekarang dapat. Kembar pula tu. Dan sebenarnya anak saya yang sulung mula kenal dengan Upin Ipin semenjak berusia setahun dan hingga kini masih lagi peminat Upin dan Ipin walaupun dah berumur 9 tahun.

Upin Ipin dan rakan penaja


Tidak dinafikan pengaruh watak Upin Ipin ni sangat kuat di kalangan kanak-kanak. Sampaikan jika boleh, semuanya nak di Upin Ipin kan. Baju macam Upin Ipin, beg Upin Ipin dan macam-macam lagi.

Pada 1 Oktober 2017 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Pelancaran Outlet Upin Ipin yang terbaru. Outlet ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Les' Copaque dan merupakan outlet terbaru Upin Ipin Store yang berada di Ampang.
Kalau nak tahu, inilah pemilik suara Tok Dalang

Di antara yang menarik di outlet ini adalah ibu dan bapa dapat membeli belah dengan selesa sambil anak-anak lepak bersama sambil menonton koleksi cerita Upin dan Ipin. Anak-anak pasti leka menonton kartun kegemaran mereka tanpa menganggu ibu dan ayah.
Ruang untuk anak-anak bersantai sambil menonton

Kawasan outlet yang lebih luas dan selesa untuk para pengunjung yang datang serta suasana di dalam outlet yang amat menarik minat dewasa dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai cenderahati original Upin Ipin yang terdapat di sini. Dan sangat sesuai juga dihadiahkan buat anak-anak saudara atau sebagai gift buat rakan anak-anak anda ketika sambutan hari lahirnya.

Koleksi majalah Upin Ipin

Koleksi bekas minuman yang comel

Kerongsang yang boleh dijadikan sebagai hadiah

Koleksi pakaian Upin Ipin untuk si kecil anda

Koleksi Beg sekolah Upin Ipin

Pengumpul fridge magnet? Jangan lupa kumpul koleksi ini

Abam dan salah satu buku kegemaran

1alah satu ruang yang menarik di dalam outlet

Koleksi soft toy dari pelbagai watak

Juga turut dilancarkan Kad Kelab Upin Ipin Luar Biasa yang sangat menarik buat anak-anak. Kad ini menawarkan mata ganjaran dan juga hadiah-hadiah menarik serta tawaran hebat dari rakan niaga LC Merchandising. Hanya RM 15.90 sahaja bagi pendaftaran baru bagi pelbagai tawaran yang menarik.


Kenapa perlu datang sebelum atau pada 8 Oktober 2017?

Kerana bersempena pembukaan outlet terbaru Upin Ipin ini, semua barangan diberikan diskaun sehingga 50%. Dan juga lucky draw bagi pengunjung bertuah. Pertandingan selfie juga tidak ketinggalan tetapi anda perlu datang di outlet Upin Ipin Store Ampang dan mengambil gambar di photobooth yang disediakan kemudian upload di Instagram anda (pastikan akaun adalah public) dengan hashtag #uistoreampang #uistore #newoutlet #luarbiasa #originalmerchandise #upinipin
Wajah kegembiraan kesayangan hamba


Untuk makluman lanjut, anda boleh layari:
Facebook Rasmi Upin Ipin
Instagram Rasmi Upin Ipin 
Facebook Rasmi Upin Ipin Store
Instagram Rasmi Upin Ipin Store
Laman Web Upin Ipin Store

So buat ibu-ibu dan ayah-ayah, cepat-cepat dapatkan barangan original Upin Ipin dengan harga super deal dan berpatutan di alamat

Upin Ipin Store, No 31-M (GF), Jalan Mamanda 7, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang , Selangor (Berhampiran dengan RHB Bank)
sebelum 8 Oktober 2017 ye.

Dan juga follow rapat-rapat facebook dan Instagram mereka bagi acara Karnival Upin Ipin yang akan diadakan nanti pada 24 hingga 26 November 2017 di Maeps, Serdang. Banyak sangat acara menarik yang adakan disajikan buat semua.


Love Youself Love You Family



Share:

Tuesday, September 19, 2017

Cantik Berseri Dengan Radiant 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada tak dikalangan readers wanita saya yang tak pernah ambil cara tentang kesihatan kulit terutama kulit wajah? Saya percaya kecantikan adalah perkara utama yang mana-mana wanita dambakan dan inginkan. Lebih-lebih lagi kelihatan cantik dan berseri walaupun tanpa solekan yang tebal.



Tapi, bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri dari dalam? Ada empat cara mudah untuk mendapatkannya...

1. Kolagen

Kolagen merupakan antara komponen terpenting bagi kulit. Cuba anda lihat kulit wajah anak-anak. Anda dapat lihat kulit wajah mereka sangat cantik, tegang dan anjal serta berseri. Ini adalah disebabkan penghasilan kolagen dalam badan mereka adalah tinggi. Tetapi seiring dengan faktor usia, penghasilan kolagen semakin menurun apabila umur melebihi 25 tahun. Belum lagi di ambil kira faktor-faktor lain seperti gaya hidup tidak sihat, stress dan sebagainya yang boleh mempercepatkan proses penghasilan kolagen semakin menurun.

Kolagen bertanggungjawab terhadap keanjalan kulit dan juga dan juga hold everything together pada tisu penghubung seperti sendi. Tanda-tanda awal anda kekurangan kolagen adalah apabila munculnya garis-garis halus serta kedutan pada kulit. Adakah sendi anda sudah mula mengeluarkan bunyi setiap kali anda menggerakkannya??



2. Protein

Percaya atau tidak tubuh anda 'diperbuat' daripada protein? 25% daripada tubuh kita adalah protein termasuklah kulit, kuku, rambut, otot. Protin juga penting dalam penghasilan hormon, enzim, antibodi dan juga neurotransmitter. Protein merupakan makanan kepada sel. Dan protein yang baik dapat menghasilkan sel yang baik.

Pengambilan protein yang cukup setiap hari dapat memberikan:

  • asid amino yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh bagi mengoptimumkan fungsi kulit
  • menyokong penghasilan sel kulit yang sihat
  • memperbaiki dan menghasilkan sel kulit dan tisu yang baru
  • menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • menyokong penghasilan asid amino glutathione yang membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan matahari


3. Perlindungan Antioksida Dengan Vitamin C

Vitamin C merupakan antioksida yang meneutralkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Vitamin C juga memberikan banyak manfaat kepada tubuh seperti membantu keupayaan kulit dalam memperbaiki dirinya. 

Walaubagaimanapun, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan sendiri Vitamin C dan kita perlu mendapatkannya melalui diet seharian. Pengambilan Vitamin C secara konsisten dapat membantu:
  • mengurangkan kewujudan kedutan dan garis halus serta melembapkan kulit
  • menggalakkan penghasilan kolagen dan penhasilan kulit 
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka
  • melindungi daripada radikal bebas

4.  Gamma-lLnolenic Acid (GLA)

GLA merupakan asid lemak omega-6 yang menyumbang kepada skin lipid bagi mengekalkan kulit yang sihat. Asid lemak ini sangat penting dalam memainkan peranan dalam memastikan kulit sentiasa lembap dan juga:
  • mengurangkan kegatalan dan pucat pada kulit
  • membantu mengurangkan keradangan



The Radiant 4 diperkenalkan oleh Shaklee bagi wanita-wanita yang inginkan kulit yang cantik dan berseri dari dalam, "Discover Beautiful Skin From Within"

ESP (Mixed Soy Protein Isolate Powder)

  • Shaklee menggunakan non-GMO protein soya yang dihasilkan di bawah Identity Preservation Program (IPP)
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram Low Glycemic Index plant based protein. Protein soya membantu dalam mengurangkan kolestrol
  • mempunyai PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) score of 1.0 – merupakan the highest value of protein digestibility and highest protein quality
  • membekalkan 9 asid amino penting
  • kaya dengan kalsium yang membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat


Collagen Powder

  • membekalkan 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah
  • bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6 
  • Berat molekul rendah untuk penyerapan yang tinggi (1000 Dalton)


Sustained Release Vitamin C

  • produk semula jadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung yang sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif
  • mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengurang pembaziran. Ini bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam
  • diperkayakan dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesananya


GLA Complex

  • diperolehi daripada minyak borage, yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap
  • diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit


Testimoni Pengguna Radiant 4









 Pembelian Terus Secara Online


Ingin dapatkan Radiant 4 ni untuk kegunaan anda? Klik sahaja pada link ini : www.wasap.my/0124845882 

Norlen Othman
Pengedar Shaklee Putrajaya
0124845882



Share:

Saturday, September 9, 2017

Herbal Blend Dan Jerawat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Muka rosak atau breakout disebabkan salah penggunaan produk. Sesuatu yang saya percaya sesiapa pun sama ada lelaki atau wanita tidak mahu mengalaminya. Breakout pada wajah merupakan satu keadaan yang boleh menyebabkan sedikit 'kecacatan' pada rupa, juga boleh menyebabkan gangguan emosi. Tapi bagaimana krim Herbal Blend dapat membantu?

Kredit Google

Baru-baru ini saya menerima WhatsApp dari seorang customer yang bertanyakan tentang krim herbal blend. Proses yang amat mudah dan terus close deal. Tengah harinya saya terus hantar pada customer saya itu.

Then saya bertanya melalui aplikasi yang sama, kenapa dia mencari krim herbal blend. Katanya mukanya breakout teruk disebabkan salah menggunakan produk untuk wajah. Dan kesan breakout tersebut menyebabkan kulit wajahnya berparut agak teruk. 

Selain kesan breakout, customer saya ini juga ada alahan once makan seafood. Akan jadi gatal-gatal pada kulit dan kemerahan. Tapi selepas menggunakan herbal blend, customer saya tiada lagi gatal dan kemerahan selepas makan seafood. Happy for her tau.

Saya kongsikan screen shot perbualan antara saya dan customer tersebut.

Feedback customer saya selepas menggunakan krim herbal blend. No more merah-merah selepas makan seafood




Dan katanya lagi selepas menggunakan krim herbal blend, rasa lebih confident untuk keluar. Dapat membantu menyelasikan masalah orang lain dengan izin Allah amat menggembirakan saya.

Gambar sebelum dan selepas customer menggunakan krim herbal blend


Banyak kegunaan lain yang saya sendiri gunakan. Antaranya:
  • membantu melegakan gigitan nyamuk dan serangga
  • meredakan gatal-gatal pada kulit
  • ruam pada anak-anak
  • boleh disapu pada kawasan yang terkena campak
  • boleh digunakan pada kulit yang kering seperti siku dan tumit kaki (melembapkan)
  • membantu meredakan bengkak pada kulit
  • ruam lampin pada bayi
Saya juga turut sapukan krim herbal blend pada anak-anak apabila mereka demam. Sangat membantu untuk menurunkan suhu badan dengan cepat.

Herbal Blend diformulakan dengan menthol yang menyejukkan dan mengandungi ekstrak ROSEMARY, KAMOMIL, MINYAK JAGUNG & SALVIA yang semulajadi. Jadi ianya selamat digunakan termasuklah pada bayi.


Ingin dapatkan krim serbaguna Herbal Blend ni untuk kegunaan anda? Klik sahaja pada link ini : www.wasap.my/0124845882 

Norlen Othman
Pengedar Shaklee Putrajaya
0124845882






Share:

Wednesday, August 2, 2017

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ada yang belum pernah ke Farm In The City di Seri Kembangan? Kalau belum, ini di antara lokasi yang wajib korang datang bersama keluarga. Dan yang pasti anak-anak pasti suka sebab dapat 'beramah-mesra' dengan haiwan-haiwan yang ada secara live.

Lokasi Farm In Tne City terletak di belakang Giant Seri Kembangan. Search location Farm In The City pun Insyaallah akan sampai ke destinasi tersebut. Saya dan keluarga pergi pada hari Sabtu yang lepas (29 Julai 2017) bersama keluarga adik saya yang datang jauh nun dari utara.

Kaklong dapat bagi burung-burung makan


Harga Tiket

Ini merupakan antara maklumat yang penting sebelum ke sana selepas info tentang lokasi. Saya kongsikan kadar yang saya ambil dari laman Facebook Farm In The City

Sumber Facebook Farm In The City


Kebetulan masa kami ke sana, ada Family Package yang ditawarkan. Family Package untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak. So keluarga saya, family package untuk suami,saya,kaklong dan kakngah. Abam Daniyal 'join' family makngah nye. Hanan dan syakirin (baby makngah) free admission.

Saya belanja sikit gambar-gambar semasa lawatan kami ke sana...

Sebab Hanan tak dapat gelang tangan, so dia dapat pakai badge ni

Masuk je dah jumpa turtle2 yang besar

Abam memang seronok dapat bagi haiwan makan

Sila abaikan wajah saya yang tidak begitu berani untuk memberikan burung makan

Tempat untuk bersihkan tangan ada disediakan

Mak2 sedang meluruskan pinggang dan kaki

Longkang fishing yang sangat best okay

Semua dapat sijil...yeay

End of the trip


Apa yang saya paling suka di Farm In The City ada dua benda, masa bagi burung makan dan juga masa di longkang tangkap ikan. Semasa dalam 'kandang burung', hanya perlu tadah tangan yang berisi makanan burung dan burung-burung yang comel akan datang. Felling like macam princess dalam fairy tale gitu...hahaha
Dan longkang fish sangat best. Airnya sangat sejuk dan jernih. Tapi jangan ingat mudah untuk menangkap ikan yang ada kerana they seem like know the thing yang masuk dalam air tu...hahahaha

Saya puji crew Farm In The City yang agak peramah. Setiap pintu masuk 'station' akan ada seorang crew dengan bekalan makanan untuk diberikan pada pengunjung. Cumanya bagi makanan dried grass penunjung perlu membelinya melalui mesin kiosk yang disediakan.

Sampai rumah je anak-anak dah cakap nanti boleh pergi lagi. Itu maksudnya kids really enjoy it. Mak-mak dan ayah-ayah jika bercadang untuk bawa anak-anak bercuti dalam bandar, Farm In The City boleh dijadikan salah satu lokasi untuk dilawati ya.

Korang juga boleh rujuk di sini Facebook Farm In The City untuk info dan acara.

Share:

Sunday, April 2, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Entry kali ini saya nak berkongsi pengalaman bersalin kali pertama. Pengalaman 9 tahun yang lalu ketika berjuang melahirkan kaklong kami. Dan dengan kehadirannya lah saya dan suami belajar menjadi mama dan ayah, dengan dia juga kami mendapat pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Dan saya percaya setiap ibu mempunyai cerita sendiri tentang pengalaman melahirkan kali pertama bukan.

Kaklong dilahirkan pada 28 Ogos 2008, dan kehadirannya awal 2 minggu daripada tarikh jangka bersalin (EDD). Saya melakukan rutin check up seperti biasa di klinik kesihatan berdekatan di rumah. Sangat tidak dijangkakan pun sebenarnya. Dan hari itu adalah hari Khamis.

Bangun pagi saya seperti biasa untuk solat Subuh dan bersiap untuk ke kerja. Selepas saya membuang air kecil, saya dapati ada darah pada toilet bowl. Agak suspend sebab hanya saya dan suami sahaja pada masa ini. Syukur suami tidak outstation pada waktu itu. Terus saya hubungi mak saya di kampung. Sian mak, pepagi kena kacau dengan anak dengan panggilan telefon.

Mak nasihatkan saya untuk terus ke hospital sambil dia bertanyakan Opah. Opah merupakan kawan mak yang saya kenal dan merupakan seorang pengamal perubatan tradisional termasuk mengurut orang berpantang. Ikut nasihat mak, saya bersiap dengan memakai kain batik (huhuhuhu) dan tshirt. Jam 7.30 pagi kami keluar ke hospital which is saya sebenarnya tidak menjangkakan hari itu merupakan hari saya melahirkan.

Jarak antara rumah dan hospital tidak lebih 10km pun. Buku merah jangan lupa bawa. Sebaik sampai di Hospital Putrajaya, kami terus ke bahagian wad bersalin. Nurse di kaunter bersoal jawab dan minta saya untuk masuk ke dalam. Pada masa ini, ada beberapa orang bakal-bakal ibu seperti saya yang sedang menunggu giliran. Dan masa ini saya sudah mula rasa gundah gulana. Hati tidak tenteram. Macam-macam perasaan sudah mula hadir dalam diri. Suami sedang menunggu di luar kaunter.

Saya diminta oleh nurse bertugas untuk buat urin test. Ini adalah test yang biasa bagi ibu hamil. Kemudian berat ditimbang. Setelah selesai, saya kembali duduk di kerusi menunggu. Saya memandang bakal-bakal ibu yang lain, muka mereka tenang walaupun sedang menahan sakit. Sedangkan saya masa itu masih belum terasa sakit. Rasa macam nak lari balik je dulu......takut.

Kemudian nama saya dipanggil dan diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Hati sudah mula tidak keruan. Doktor yang attend bersoal jawab dengan saya. Dan saya maklumkan lagi sekali yang ada blood spot jam 6 lebih pagi tadi. Dan doktor cakap "kita check bukaan jalan dahulu". Buat saya yang pertama kali,saya merasai apa itu check bukaan jalan. Proses yang bagi saya agak menyakitkan. Tapi sebenarnya jika si ibu dalam keadaan tenang dan relax, dan tidak terlalu stress pada muscle, prosedur ini tidak menyakitkan pun. Pesan saya buat bakal ibu, ketika melalui prosedur ini, tarik nafas seperti biasa, tenang dan relax dan berselawat. Insyaallah it will be smooth.

Doktor yang membuat pemeriksaan maklumkan jalan dah buka 3cm!! Dan saya rasa pelik kenapa saya tidak rasa seperti jalan sudah buka...hihihihi. Terus saya diminta untuk masuk ke labour room dan nurse diminta untuk panggil suami temankan saya dalam labour room. Bila jumpa suami dalam labour room, saya masih boleh tersenyum dan ceritakan semula apa yang berlaku tadi. Seperti biasa, saya diminta untuk menyalin pakaian dan diberikan ubat untuk membuang. Kemudian baring pada katil. Semasa saya masuk dalam labour room jam menunjukkan 8.30 pagi lebih kurang. Dan suami maklumkan rakan pejabat ada call sebelum itu untuk ajak makan pagi. Waaaaaaa..makan pagi apanya, dah masuk labour room dan berita itu mengejutkan mereka.....surprise sebab kata mereka hari sebelumnya saya di pejabat nampak seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang saya akan bersalin.

Dan tak lama selepas itu, saya mula rasa sakit contraction. Air ketuban doktor telah pecahkan semasa pemeriksaan tadi. Dan itulah kali pertama saya merasakan sakit contraction sambil kepala terfikirkan mak dan MIL saya yang pernah rasa semasa melahirkan kami. Sangat-sangat besar pengorbanan seorang ibu sebenarnya kerana sakit yang ditanggung hanya dirasakan sendiri.

Kesilapan saya yang paling besar sebelum melahirkan kaklong adalah saya TIDAK MAKAN. So please pada bakal-bakal ibu, tolong makan sebelum bersalin. Kerana proses bersalin normal memerlukan tenaga yang amat banyak ye. Last saya makan malam sebelumnya jam 10malam dan sebelum bergerak ke hospital saya hanya sempat minum vitagen sebotol itupun berkongsi dengan suami. Maklumkan pada nurse ye jika ibu belum makan. Jangan jadi seperti saya.

Disebabkan suami pun belum makan, saya minta dia pergi untuk makan dahulu. Sebab nurse yang bertugas bagi tahu yang bukaan jalan bagi anak pertama selalunya dalam 1 jam 1cm. So saya kira-kira sempat la suami untuk bersama ketika saya melahirkan nanti. The best part is, semasa saya dalam labor room sendirian, nurse yang bertugas agak kelam kabut mengemas. Katanya ada audit 5S. Dan saya tak tau nak expression macam mana. Hahahaha.

Masa sedang melayan sakit contraction sendirian, ada seorang nurse datang dan menawarkan jika saya ingin mengambil epidural. Apa yang saya tahu tentang epidural waktu itu adalah cucuk di bahagian belakang dan memberikan kesan sampingan sepanjang hayat. Okay saya akui saya tidak buat banyak research untuk bersalin. Dan saya fikir everything just follow the flow, ikut cakap doktor. And my answer is tak nak la kut. Then nurse tu cakap nanti tak tahan sakit lagipun ni anak sulung. Dan saya still say no. Masa tu tak boleh fikir pasal epidural, nak search pun tak de sebab masa tu belum ada smart phone lagi.

Tak lama lepas tu, nurse yang sama datang dengan seorang doktor pakar. Sama, menawarkan untuk saya ambil epidural. And my answer is still no. Kenapa saya say no? Sebab saya tahu mak saya bersalin tanpa ambil epidural dan saya nak rasa sendiri macam mana mak saya melahirkan saya. Dan doktor cakap sekarang maybe boleh senyum-senyum lagi nanti sakit dah tak boleh senyum. Saya reply takpe. Stubborn me...hahaha

Disebabkan saya menolak epidural, nurse berikan suntikan tahan sakit secara injection. Dan kesannya saya akan rasa mengantuk. Dan memang benar saya mengantuk dan tertidur. Melayan contraction juga memerlukan tenaga dan saya sudah mula rasa letih......kan saya tidak makan dari pagi. Please ibu-ibu tolong jangan tidak makan ye.

Saya tidak sedar bila suami masuk semula temankan saya sebab saya tertidur. Cumanya tiap kali contraction makin kuat saya akan terjaga secara mengejut sebab sakit. Saya ada bagi tahu pada nurse yang saya masih belum makan, katanya once dah masuk labor room dah tak boleh makan. Hanya mampu tersenyum.........

Jam 1 tengah hari, contraction makin kuat dan saya sudah tidak boleh tidur. Sakitnya...masyaallah memang tak tertahan. Hanya mampu berdoa di dalam hati sambil genggam erat tangan suami setiap kali sakit menjengah. Jam sebenar saya dah tidak ingat tapi bila doktor check bukaan jalan sudah 9cm. No wonder la sakit kan. Dan doktor serta nurse terus bersiap untuk menyambut kelahiran.

Sesungguhnya saya memang tiada ilmu tentang kelahiran. Hanya pesan dari mak serta orang lama sahaja yang saya ada. Sudah la saya tidak makan dari pagi, energy pun sudah berkurang. Proses melahirkan kaklong agak lama. Dan jika saya tidak silap hampir setengah jam! Hingga doktor yang bertugas meminta nurse untuk ambil vacuum. Masa ini, sokongan suami amatlah penting. Dan saya juga amat berterima kasih pada nurse yang sama-sama memberikan sokongan buat saya. Really appreciate them so much.

Akhirnya jam 3.02 petang, kaklong dilahirkan setelah saya cuba sedaya upaya untuk melahirkannya. Berat kaklong hanya 2.56kg sahaja. Tidak seperti kelahiran lain, kaklong lahir tanpa menangis. Doktor dan nurse terus melihat keadaan kaklong. Hati sudah mula risau kenapa anak saya tidak menangis sedangkan sepatutnya bayi yang diahirkan akan terus menangis. Sejujurnya sama amat penat ketika itu. Rasanya seluruh tenaga saya sudah all out. Tidak lama selepas itu suara kaklong mula kedengaran dan syukur alhamdulillah.....saya rasa lega mendengarnya. Maafkan mama ye kaklong, salah mama kaklong hampir lemas...

Kaklong Day 2


Disebabkan kepenatan yang amat sangat, saya tidak sedar bila prosedur jahitan luka selesai dan bila suami keluar dan masuk. Saya tertidur. Kaklong terus dihantar ke NICU untuk pemerhatian doktor pakar. Saya tidak sempat untuk memeluk dan menyusukan kaklong selepas kelahiran. Moment yang paling saya rasa sedih tidak dapat dilakukan.

Setelah selesai tidak silap pada malamnya saya dimasukkan ke wad maternity. Dan saya masih dalam keadaan lemah. Malam itu juga mak, ayah dan adik-adik saya sampai di hospital. Entah macam mana mak saya boleh masuk walaupun bukan waktu melawat. Hebat mak saya ni.

Esok pagi, suami datang melawat dan bawa saya berjumpa kaklong di NICU. Sebenarnya malam selepas saya masuk wad suami dah ajak ke NICU tapi disebabkan saya amat keletihan, saya terpaksa tolak walaupun dalam hati nak sangat melihat anak sendiri. Suami tolak saya menggunakan kerusi roda ke NICU.

Pengalaman pertama masuk ke NICU, ada anak-anak kecil yang berada dalam incubator. Termasuklah kaklong. Doktor yang merawat kaklong maklumkan keadaan kaklong stabil dan baik. Cuma doktor tunggu untuk kaklong poo poo. Nyenyak kaklong tidur dalam bekas tu.

Menjengah tengah hari, saya menerima pelawat. Macam kekok pun ada sebenarnya. Hahahahaha. Dan kaklong dihantar kepada saya. Nurse yang hantar kaklong bagi tahu, baby okay dan dah berak pun. So kaklong dah discharge dari NICU...alhamdulillah.

Petang itu kami dibenarkan pulang. Dan sayalah orang paling gembira dapat balik ke rumah sebab tak minat stay lama-lama di hospital. Tapi saya amat berterima kasih pada semua petugas di Hospital Putrajaya sepanang tempoh saya di sana. Layanan amat baik. Walaupun sebelum itu ada cerita yang kurang enak tentang hospital kerajaan ni, tapi apa yang saya alami adalah sebaliknya. Syukur......

Alhamdulillah kaklong sekarang sudah darjah 3, dan menjadi kakak buat 3 orang adik. Kaklong seorang anak yang hebat. Because she is really my helper. Semoga kaklong membesar menjadi anak yang solehah dan bejaya dunia dan akhirat.......

Kaklong selepas kayuh basikal



Love yourself love your family

Share:

Saturday, February 11, 2017

BAHAYA BELL'S PALSY

Assalamualaikum dan Salam sejahtera readers.

Pernah dengar tentang penyakit Bell's Palsy? Sejujurnya saya pernah kerana sebelum ini ada seorang rakan sepejabat yang tiba-tiba tanpa tanda awal menghidapi Bell's Palsy apabila beliau bangun pagi. Bahayanya Bell Palsy bukan kerana risiko penyakit tetapi boleh membuatkan pesakit berasa amat rendah diri, tidak selesa, self confidence seperti sudah tiada. Jika dibiarkan, pesakit boleh merasa tertekan.


Apa Itu Bell's Palsy?

Bell's Palsy merupakan satu keadaan di mana otot pada sebelah muka menjadi lemah atau lumpuh. Keadaan ini menyebabkan sebahagian muka pesakit terasa berat dan kaku. Walaupun kelihatan seperti lumpuh, tetapi Bell's Palsy bukanlah dikategorikan sebagai stroke.
Bell 's Palsy boleh terjadi disebabkan saraf yang mengawal otot muka menjadi radang, bengkak atau compress. Dan acapkali ianya terjadi tanpa sebab dan kebanyakkan kes terjadi apabila pesakit bangun pagi dan mendapati sebahagian muka terasa kebas sukar menggerakkan bibir dan mata.

Gejala Bell 's Palsy

Di antara gejala Bell 's Palsy adalah:
  • air liur meleleh
  • kesukaran untuk makan dan minum dengan baik
  • ketidakuapayaan untuk membuat ekspresi muka
  • mata menjadi kering 
  • bibir menjadi kering
  • sakit kepala
  • sensitif terhadap bunyi

Punca Bell 's Palsy Terjadi

Punca Bell 's Palsy berlaku apabila saraf kranial ketujuh menjadi bengkak atau compress menyebabkan wajah menjadi lemah atau lumpuh. Kebanyakkan penyelidik perubatan percaya bahawa Bell 's Palsy disebabkan oleh jangkitan virus di antaranya:
  • herpes simplex, yang menyebabkan kudis sejuk dan genital herpes
  • HIV, merosakkan sistem imun badan
  • sarcoidosis, menyebabkan keradangan pada organ
  • virus herpes zoster, menyebabkan which chickenpox dan kayap
  • virus Epstein-Barr, menyebabkan mononucleosis
Apabila pesakit datang berjumpa dengan doktor, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal terlebih dahulu untuk menentukan sejauh mana kelemahan pada otot muka pesakit. Beberapa ujian lain juga turut dilakukan untuk menentukan sama ada pesakit benar-benar menghidapi Bell 's Palsy. Di antaranya,
  • ujian darah bagi mengesan kehadiran bakteria atau virus 
  • MRI atau CT scan bagi pemeriksaan saraf pada wajah pesakit

Bolehkan Bell 's Palsy Dirawat?

Dalam kebanyakkan kes, gejala Bell 's Palsy akan menjadi lebih baik tanpa rawatan tetapi mungkin mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk otot wajah kembali normal seperti sedia kala. Amat disarankan jika pesakit mula mengalami gejala untuk terus berjumpa doktor dengan segera.
Bagi rawatan secara perubatan atas saranan doktor:
  • ubat corticosteroid bagi mengurangkan keradangan
  • ubat anti-virus jika di dapati virus yang menyebabkan Bell 's Palsy
  • ubat penahan sakit seperti ibuprofen atau acetaminophen bagi membantu melegakan kesakitan ringan
  • ubat titis mata dan eye patch bagi mengelakkan kekeringan mata
  • meletakkan tuala lembap yang suam pada wajah untuk melegakan kesakitan
  • melakukan senaman pada wajah
  • melakukan senaman terapi fizikal muka untuk merangsang otot wajah

Vivix Membantu Pesakit Bell 's Palsy Kembali Sihat

Berikut adalah perkongsian daripada seorang bekas pesakit Bell 's Palsy yang kembali sihat dengan ikhtiarkan pengambilan Vivix:



“2 OKTOBER 2015


Saya bangun pagi, sebelah muka dah jatuh.
Tak boleh senyum, mata tak dapat tutup, air mata mengalir macam menangis.
Sakit, rasa tegang je.




Doktor sahkan saya diserang Bell’s Palsy. Bukan stroke. Tapi kelemahan sebelah otot muka.Saya diberi steroid.



Punca UNKNOWN.



Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin, saya tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu.



Amalkan Supplement Shaklee:
Vivix
Omega Guard
B Complex
Vitamin E



Saya juga menjalani fisioterapi.



Alhamdullilah selepas 90 hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali.”
Puan Faiza Suhada"


Lagi testimoni pesakit Bell's Palsy


Disclaimer : Ini merupakan perkongsian peribadi daripada pengguna hasilnya mungkin berbeza dengan setiap individu. Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels