#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, October 3, 2017

Upin Ipin New Outlet Store


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Anda dan anak-anak anda peminat Upin Ipin? Watak kartun yang comel, hidup di kampung yang agak sukar buat kanak-kanak zaman sekarang dapat. Kembar pula tu. Dan sebenarnya anak saya yang sulung mula kenal dengan Upin Ipin semenjak berusia setahun dan hingga kini masih lagi peminat Upin dan Ipin walaupun dah berumur 9 tahun.

Upin Ipin dan rakan penaja


Tidak dinafikan pengaruh watak Upin Ipin ni sangat kuat di kalangan kanak-kanak. Sampaikan jika boleh, semuanya nak di Upin Ipin kan. Baju macam Upin Ipin, beg Upin Ipin dan macam-macam lagi.

Pada 1 Oktober 2017 yang lalu, telah diadakan satu Majlis Pelancaran Outlet Upin Ipin yang terbaru. Outlet ini telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Les' Copaque dan merupakan outlet terbaru Upin Ipin Store yang berada di Ampang.
Kalau nak tahu, inilah pemilik suara Tok Dalang

Di antara yang menarik di outlet ini adalah ibu dan bapa dapat membeli belah dengan selesa sambil anak-anak lepak bersama sambil menonton koleksi cerita Upin dan Ipin. Anak-anak pasti leka menonton kartun kegemaran mereka tanpa menganggu ibu dan ayah.
Ruang untuk anak-anak bersantai sambil menonton

Kawasan outlet yang lebih luas dan selesa untuk para pengunjung yang datang serta suasana di dalam outlet yang amat menarik minat dewasa dan kanak-kanak. Terdapat pelbagai cenderahati original Upin Ipin yang terdapat di sini. Dan sangat sesuai juga dihadiahkan buat anak-anak saudara atau sebagai gift buat rakan anak-anak anda ketika sambutan hari lahirnya.

Koleksi majalah Upin Ipin

Koleksi bekas minuman yang comel

Kerongsang yang boleh dijadikan sebagai hadiah

Koleksi pakaian Upin Ipin untuk si kecil anda

Koleksi Beg sekolah Upin Ipin

Pengumpul fridge magnet? Jangan lupa kumpul koleksi ini

Abam dan salah satu buku kegemaran

1alah satu ruang yang menarik di dalam outlet

Koleksi soft toy dari pelbagai watak

Juga turut dilancarkan Kad Kelab Upin Ipin Luar Biasa yang sangat menarik buat anak-anak. Kad ini menawarkan mata ganjaran dan juga hadiah-hadiah menarik serta tawaran hebat dari rakan niaga LC Merchandising. Hanya RM 15.90 sahaja bagi pendaftaran baru bagi pelbagai tawaran yang menarik.


Kenapa perlu datang sebelum atau pada 8 Oktober 2017?

Kerana bersempena pembukaan outlet terbaru Upin Ipin ini, semua barangan diberikan diskaun sehingga 50%. Dan juga lucky draw bagi pengunjung bertuah. Pertandingan selfie juga tidak ketinggalan tetapi anda perlu datang di outlet Upin Ipin Store Ampang dan mengambil gambar di photobooth yang disediakan kemudian upload di Instagram anda (pastikan akaun adalah public) dengan hashtag #uistoreampang #uistore #newoutlet #luarbiasa #originalmerchandise #upinipin
Wajah kegembiraan kesayangan hamba


Untuk makluman lanjut, anda boleh layari:
Facebook Rasmi Upin Ipin
Instagram Rasmi Upin Ipin 
Facebook Rasmi Upin Ipin Store
Instagram Rasmi Upin Ipin Store
Laman Web Upin Ipin Store

So buat ibu-ibu dan ayah-ayah, cepat-cepat dapatkan barangan original Upin Ipin dengan harga super deal dan berpatutan di alamat

Upin Ipin Store, No 31-M (GF), Jalan Mamanda 7, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang , Selangor (Berhampiran dengan RHB Bank)
sebelum 8 Oktober 2017 ye.

Dan juga follow rapat-rapat facebook dan Instagram mereka bagi acara Karnival Upin Ipin yang akan diadakan nanti pada 24 hingga 26 November 2017 di Maeps, Serdang. Banyak sangat acara menarik yang adakan disajikan buat semua.


Love Youself Love You Family



Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels