#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, November 4, 2013

INFO: BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Anda seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu? Tahniah kerana anda berjaya menyusukan anak. Satu tugas yang selalu di anggap susah, renyah, tidak kuat untuk di lakukan dan tidak mudah sebenarnya untuk dilakukan. The best milk for our kids is SUSU IBU.



Dalam dunia penyusuan susu ibu, ilmu penyusuan sangatlah penting. Antara yang perlu ibu-ibu perlu tahu adalah bagaimana sebenarnya susu ibu terhasil. Video di bawah menerangkan secara terperinci bagaimana susu ibu terhasil:


Sumber Youtube


Berikut merupakan ringkasan daripada video tersebut: 

Setiap kali susu ibu terhasil, ada dua proses yg terlibat iaitu PROSES PENGHASILAN dan PROSES PENGALIRAN.

Proses Penghasilan:

  1. Apabila bayi menghisap susu pada payudara ibu, ianya akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu.
  2. Signal akan di hantar ke otak ibu
  3. Otak akan merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon PROLAKTIN dan di hantar ke payudara melalui pengaliran darah
  4. Alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan merangsang kelenjar mamari untuk menghasilkan susu ibu
  5. Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin untuk smpai ke reseptor di alveolus.
  6. Apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurang
  7. Apabila alveolus di kosongkan, sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan membenarkan prolaktin melaluinya untuk rangsang kelenjar mamari bagi menghasilkan susu semula.
  8. Perembesan hormon prolaktin dinamakan REFLEKS PROLAKTIN

Proses Pengaliran:

  1. Apabila bayi menghisap, signal akan di hantar ke otak si ibu untuk merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon OKSITOSIN
  2. Hormon oksitosin di bawa ke payudara melalui pengaliran darah
  3. Hormon ini akan merangsang sel mioepitelia mengecut dan merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting.
  4. Refleks ini juga dinamakan let-down reflex

Jadi hormon prolaktin dan oksitosin amat penting dalam penyusuan susu ibu. Konsep DEMAND & SUPPLY juga adalah penting. Jika konsep demand and supply tidak dilakukan dengan baik, proses penghasilan susu boleh berkurangan. Seolah-olah sebuah kilang membuat mainan teddy bear, yang makin lama permintaan terhadap teddy bear makin berkurang, menyebabkan penghasilan teddy bear tersebut pun makin susut.

Dan apa yang penting juga bagi ibu yang menyusukan anaknya, mindset dan fikiran yang sentiasa positif sebelum dan semasa menyusukan anak. 

Breastfeeding journey adalah sesuatu yang indah dan sepatutnya dinikmati saat-saat itu bersama bayi anda. Happy breastfeeding.

I LUV BREASTFEEDING!!
Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels