#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, November 17, 2014

Jom Jadi Mak Tak Marah Anak Pula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Jom Tukar Mak Tak Marah Anak

Tajuk mama rini mak tak marah anak. Aishhh....bagi mama sendiri,susah nak jadi mak tak marah anak ni. Mama dengan weekdays kerja kat pejabat, balik kena settle kerja di rumah pula. Anak2 mama kaklong 6y,kakngah 5y yang adik lelaki pula 1y9mth. Kakak ngan kakngah Alhamdulillah boleh diharap tapi kadang2 mencabar kesabaran juga tau. Especially bila gaduh. Jangan ingat gegirl ni tak pandai gaduh,terpengaruh lagi dengan dunia luar bab gaduh and berebut ni,balik rumah derang implement kan pula. Yang adik pula,mmmmm. Baru mama tau, tak sama jaga anak lelaki sorang ni. Masa kaklong ngan kakngah dulu,takde la lasak sampai macam ni. Memang mencabar jaga anak teruna sorang ni tau.

Base on pengalaman mama, kadang2 kita balik dari pejabat dalam keadaan yang penat. Betul kerja di pejabat duduk jek,bukan buat workout pun. Tapi memerlukan otak kita bekerja. Bila otak kita letih,badan pun turut letih. Dan bila badan dah letih,mula la kita akan mula hilang pertimbangan. Mula la kita rasa nak marah bila balik rumah anak2 bising,buat sepah. Kita yang mak2 ni nak kena masak lagi,kain baju nak cuci,rumah perlu kemas. Penat kan jadi mak. Then mula la yang akan jadi `tarzan` kat rumah tu. Pernah tak mak2 yang lain jadi macam ni? Even sebenarnya kita cuba untuk bersabar and menjadi mak tak marah anak. Dari apa yang mama pernah dengar dari ceramah ustaz, bila kita mohon pada Allah agar diberikan kesabaran pada kita, Allah akan uji sedikit  kesabaran kita tu sebab  Allah sayang  pada kita mak2 ni.

Selalunya mama kalau sebelum balik rumah,mama akan makan dulu. Tak perlu la makan nasi. Just cukup untuk alas perut untuk elak kita lapar bila sampai rumah nanti. So takde la nanti nak marah tak tentu pasal sangat kan. Bagi mama,just biskut dengan air milo campur esp pun dah cukup. Insyaallah dapat la tahan rasa lapar sementara tunggu makan malam kan.

Berdoalah banyak2 pada Allah agar kita mak2 ni sentiasa diberikan kesabaran. Kalau boleh bangun pagi jek niat mak tak marah anak hari ni. Mama pernah baca, contoh kita ambil satu kejadian. Kalau kawan pejabat  tertumpahkan air atas meja kita,kita tak marah kan. Kadang boleh senyum and cakap it`s okay. Tapi bila anak kita tertumpah kan air atas lantai,kita punya marah kadang tak ingat dunia. Ada kan macam tu. Mama try untuk ingat macam tu. Tapi kadang2 terbabas. Ya Allah,semoga diberikan kekuatan kesabaran buat semua ibu2.

Korang boleh join group dalam fb nama Mak Tak Marah Anak. Dalam tu banyak info dan pengalaman yang korang boleh dapat dan insyaallah dapat membantu mak2 yang berusaha untuk jadi mak tak marah anak.
Sesungguhnya Allah akan membantu hamba2 yang sentiasa berusaha. Mama doakan agar mak2 semua dapat menjadi mak tak marah anak nanti. Dan semoga semua mak2 diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan agar dapat menguruskan anak dan keluarga dengan lebih  baik. Amiinnnnnnn.


Love yourself love your family
Share:

Tuesday, November 4, 2014

Keselamatan Data Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Pernah tak anda menghadapi masalah seperti di bawah apabila melibatkan keselamatan data peribadi ataupun password atau juga dipanggil kata laluan?
  • Setiap tiga bulan sekali perlu menukar kata laluan bagi komputer pejabat
  • Susah nak cipta kata laluan disebabkan polisi yang ditetapkan
  • Sukar untuk mengingati kata laluan yang telah di cipta (walaupun baru tempoh satu jam)
  • Meletakkan kata laluan pada monitor dengan harapan tiada siapa pun yang tahu itu adalah kata laluan anda

Credit to Pixabay

Saya yakin anda mesti biasa dengan password atau kata laluan kan. Dan ada tak di antara anda yang selalu lupa apa kata laluan anda? Terutama bagi anda yang mempunyai lebih dari satu akaun. 

Tidak dinafikan, sekarang seorang pengguna akan mempunyai lebih dari satu akaun. Sekurang-kurangnya akaun facebook,gmail,yahoo,email rasmi di tempat kerja (bagi yang bekerja) dan juga internet banking. Susah juga untuk kita mengingati kesemua password bagi semua akaun yang ada.

Untuk mencipta password juga bukan satu tugas yang mudah sebenarnya. Selalunya, di antara kriteria yang diperlukan adalah:
  • strong password
  • perlu lebih 8 aksara
  • perlu ada gabungan simbol, nombor dan huruf besar kadang kala
Walaupun nampak mudah tapi boleh memeningkan kepala pengguna. Dan kadangkala untuk cipta satu password memerlukan masa yang agak lama. 

Kriteria menyediakan password di atas adalah bertujuan untuk menjaga keselamat data peribadi anda. Jika password anda lemah dan boleh memudahkan orang lain mengagak dan menggunakan password anda untuk akses kepada sesuatu data. Perbuatan ini boleh mengundang bahaya di mana mungkin terdapat data-data sulit yang tidak sepatutnya diketahui umum.

Tapi anda tidak perlu bimbang lagi untuk mecipta kata laluan yang mudah untuk anda ingat tanpa perlu meletakkan kata laluan tersebut pada monitor anda lagi. Dan yang penting tanpa perlu bersusah payah untuk memikirkan apakah gabungan yang sesuai untuk mencipta kata laluan anda. Tip perkongsian cara mudah untuk cipta kata laluan ini saya perolehi semasa menghadiri seminar keselamatan ICT. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda terutama bagi mereka yang selalu terlupa kata laluan
  1. Guna perkataan yang anda suka. Contoh perkataan ORANG (dicadangkan anda guna perkataan yang lebih dari 8 huruf)
  2. Terbalikkan perkataan tersebut. Contoh macam ni: gnaro
  3. Tukar huruf kepada simbol. contoh: gn@ro
  4. Tambahkan nombor pada password tadi. Contoh gn@ro123
  5. Cipta kata laluan mengikut akaun anda. Contoh bagi akaun facebook: facegn@ro123book. Bagi akaun gmail: ggn@ro123mail.
Maka terhasillah sudah kata laluan anda yang diklasifikasi kan sebagai strong password. Mudah bukan. Tapi jangan pula anda dedahkan kata laluan ini pada tontonan umum. Dan juga digalakkan untuk anda menukar kata laluan anda setiap tiga bulan.

Semoga tip ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!


Share:

Monday, November 3, 2014

Apa Dia Omega?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Readers.


Mama nak cerita sikit tentang Omega hari nie.

Apakah Omega?

  • merupakan kumpulan asid lemak tak tepu yang penting
  • tidak disentisis oleh tubuh manusia dan diperolehi dari diet, vitamin, makanan tambahan (supplement)
  • komponen utama dalam omega 3 ialah EPA (eicosapentaenoic acid), DHA (docosahexaenoic acid) dan ALA (alphalinolenic acid)
  • EPA dapat megurangkan risiko penyakit jantung,sistem imun dan tidak balas keradangan
  • DHA dapat meningkatkan kepintaran otak, mata, sistem saraf utama yang penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu menyusu dan juga dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran

Kepentingan Omega
  • untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin
  • hormon prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah,pembekuan darah,penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain.
  • peranan omega 3 dalam pengeluaran hormon prostaglandin yang bermanfaat memberikan faedah kesihatan seperti mencegah penyakit jantung,meningkatkan fungsi kognitif, pengawalan keradangan.

Omega bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan Anak
  • penting bagi perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi dalam kandungan
  • memberikan kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi dalam kandungan
  • ibu menyusu yang mengambil omega bagus bagi perkembangan bayi
  • dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi
  • dapat mencegah kelahiran pramatang,mengurangkan risiko pre-eklampsia dan dapat meningkat berat badan bayi dalam kandungan
  • kekurangan omega 3 boleh meningkatkan risiko kemurungan bagi ibu mengandung

Sumber Omega

  • ikan air sejuk seperti salmon,tuna,sardin
  • rakyat Eskimo didapati berisiko rendah terhadap penyakit jantung disebabkan diet makanan yang kaya dengan lemak dan minyak ikan
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels