#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, November 4, 2014

Keselamatan Data Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Pernah tak anda menghadapi masalah seperti di bawah apabila melibatkan keselamatan data peribadi ataupun password atau juga dipanggil kata laluan?
  • Setiap tiga bulan sekali perlu menukar kata laluan bagi komputer pejabat
  • Susah nak cipta kata laluan disebabkan polisi yang ditetapkan
  • Sukar untuk mengingati kata laluan yang telah di cipta (walaupun baru tempoh satu jam)
  • Meletakkan kata laluan pada monitor dengan harapan tiada siapa pun yang tahu itu adalah kata laluan anda

Credit to Pixabay

Saya yakin anda mesti biasa dengan password atau kata laluan kan. Dan ada tak di antara anda yang selalu lupa apa kata laluan anda? Terutama bagi anda yang mempunyai lebih dari satu akaun. 

Tidak dinafikan, sekarang seorang pengguna akan mempunyai lebih dari satu akaun. Sekurang-kurangnya akaun facebook,gmail,yahoo,email rasmi di tempat kerja (bagi yang bekerja) dan juga internet banking. Susah juga untuk kita mengingati kesemua password bagi semua akaun yang ada.

Untuk mencipta password juga bukan satu tugas yang mudah sebenarnya. Selalunya, di antara kriteria yang diperlukan adalah:
  • strong password
  • perlu lebih 8 aksara
  • perlu ada gabungan simbol, nombor dan huruf besar kadang kala
Walaupun nampak mudah tapi boleh memeningkan kepala pengguna. Dan kadangkala untuk cipta satu password memerlukan masa yang agak lama. 

Kriteria menyediakan password di atas adalah bertujuan untuk menjaga keselamat data peribadi anda. Jika password anda lemah dan boleh memudahkan orang lain mengagak dan menggunakan password anda untuk akses kepada sesuatu data. Perbuatan ini boleh mengundang bahaya di mana mungkin terdapat data-data sulit yang tidak sepatutnya diketahui umum.

Tapi anda tidak perlu bimbang lagi untuk mecipta kata laluan yang mudah untuk anda ingat tanpa perlu meletakkan kata laluan tersebut pada monitor anda lagi. Dan yang penting tanpa perlu bersusah payah untuk memikirkan apakah gabungan yang sesuai untuk mencipta kata laluan anda. Tip perkongsian cara mudah untuk cipta kata laluan ini saya perolehi semasa menghadiri seminar keselamatan ICT. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda terutama bagi mereka yang selalu terlupa kata laluan
  1. Guna perkataan yang anda suka. Contoh perkataan ORANG (dicadangkan anda guna perkataan yang lebih dari 8 huruf)
  2. Terbalikkan perkataan tersebut. Contoh macam ni: gnaro
  3. Tukar huruf kepada simbol. contoh: gn@ro
  4. Tambahkan nombor pada password tadi. Contoh gn@ro123
  5. Cipta kata laluan mengikut akaun anda. Contoh bagi akaun facebook: facegn@ro123book. Bagi akaun gmail: ggn@ro123mail.
Maka terhasillah sudah kata laluan anda yang diklasifikasi kan sebagai strong password. Mudah bukan. Tapi jangan pula anda dedahkan kata laluan ini pada tontonan umum. Dan juga digalakkan untuk anda menukar kata laluan anda setiap tiga bulan.

Semoga tip ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!


Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels