#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, December 21, 2018

SEMAI ZAKAT TUAI BERKAT DI KALANGAN ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.


Zakat merupakan salah satu Rukun Islam yang kelima. Korang ingat tak lagi apa yang ada dalam Rukun Islam? Jom refresh sikit tentang Rukun Islam. Pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua mendirikan solat, ketiga puasa di bulan Ramadhan, keempat MENGELUARKAN ZAKAT dan kelima menunaikan haji. 

Seperti yang kita sedia maklum, zakat diwajibkan ke atas umat Islam. Seperti di dalam surat Al Baqarah ayat 267 yang bermaksud: 

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memincingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."


Baru-baru ini Pusat Pungutan Zakat Kuala Lumpur (PPZ- MAIWP) telah melancarkan Tabung Didik Zakat dengan melantik PU Azman sebagai dutanya. Bak kata orang tua-tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. 

Tujuan Tabung Didik Zakat dilancarkan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak tentang kepentingan berzakat. Berzakat tidak wajib bagi kanak-kanak tetapi tidak salah bukan jika kita mula menerapkan kepentingan serta keperluan berzakat sebagai seorang Muslim. 

Lagipun, anak-anak zaman sekarang juga sudah pandai berniaga mengalahkan ibu ayahnya, apa kata hasil keuntungan yang mereka terima kita galakkan untuk anak-anak masukkan dalam Tabung Didik Zakat ni. 



Jom kita dengar perkongsian daripada PU-Azman tentang Tabung Didik Zakat ni :




Jom ibu ayah kita bantu anak-anak membuka akaun TABUNG DIDIK ZAKAT di mana-mana kaunter Pusat Pungutan Zakat - MAIWP yang terdekat. Moga anak-anak kita membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah serta sentiasa membantu mereka yang memerlukan. Insyaallah....Amin Ya Mujib


SENARAI KAUNTER PPZ-MAIWP (SUMBER LAMAN WEB PPZ-MAIWP)

SHAMELIN
Wisma PPZ
68-1-6 Dataran Shamelin, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa,
56100 Kuala Lumpur

DARUZZAKAH
Pusat Pungutan Zakat
Plaza Rah, Unit 1-4, Plaza Rah,
No.111, Jalan Raja Abdullah, Kg. Baru,
50300 Kuala Lumpur

MASJID NEGARA
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Masjid Negara,
Masjid Negara, Jalan Perdana,
50480 Kuala Lumpur

WANGSA MAJU
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Wangsa Maju, No 50, Wangsa Delima 6,
Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC),
Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur

PUTRAJAYA PRESINT 9
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Putrajaya, 10, Jalan P9B/1A, Presint 9,
62250 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan

PUTRAJAYA PRESINT DIPLOMATIK
Pusat Pungutan Zakat
Kaunter Putrajaya, No.3A&3B, 5A&5B,
Jalan 2/2, Presint 15,
62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan

TAMAN TUN DR. ISMAIL
Pusat Pungutan Zakat,
Kaunter Masjid At-Taqwa,
Taman Tun Dr Ismail, Jalan Datuk Sulaiman,
60000 Kuala Lumpur

PUCHONG
Pusat Pungutan Zakat
Masjid Abdul Rahman Bin Auf
Batu 5 1/2, Jalan Puchong,
Kuala Lumpur

KEPONG
Pusat Pungutan Zakat
Masjid Imam Al Ghazali, Bandar Manjalara,
Kepong, Kuala Lumpur

UTC-PUDU SENTRAL
Pusat Pungutan Zakat,
Lot 3-4, Aras 3,
Bangunan UTC Kuala Lumpur,
Jalan Pudu (Pudu Sentral), 55100 Kuala Lumpur

LABUAN
Pusat Pungutan Zakat
Lot 1-20 & 2-20
Labuan Time Square, Jalan Merdeka,
87000 Wilayah Persekutuan Labuan







Share:

Thursday, November 8, 2018

11.11 FESTIVAL MEMBELI BELAH - JUALAN SEHARI TERBESAR KINI BERMULA DI LAZADA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rasanya semua kaki-kaki shopping sudah bersedia untuk menantikan kemunculan 11 November di Lazada. Festival membeli-belah atas talian terbesar yang boleh buat kaki shopping 'pecah kepala' untuk memasukkan senarai dalam trolley cart mereka. Potongan sehingga 90%, baucer yang ditawarkan sehingga sebelas juta ringgit dan juga nilai pembelian serendah seringgit sahaja kakak, adik abang. 



Bayangkan jika ada yang bertanyakan kepada anda soalan ini : Apakah 3 produk yang anda rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Okay ini adalah senarai impian saya sempena Lazada 11-11 ni:




1. NAK LARI

Sejak berada dalam group mak-mak kaki berlari ni, memang rasa tak senang duduk di buatnya. Hampir setiap hari ada sahaja mak-mak yang update larian mereka. Ada yang join Virtual Run, ada yang join Fun Run di kawasan terdekat bahkan jika cuaca tidak secerah diharapkan pun, lari dalam rumah pun boleh. 

Bukan update pasal larian sahaja, gajet-gajet yang digunakan pun ada dikongsikan bersama. Since saya juga dah mula suka berlari dan akan terus berlari (bukan lari dari rumah tau), rasanya Waist Bag seperti ini sangatlah diperlukan. Sekurang-kurangnya dapat di isi telefon dan kunci rumah. Tidaklah berat poket seluar nak menampung berat telefon tu kan. Dan ada yang kongsikan, apabila menggunakan bag seperti ini, rasa sangat selesa pada bahagian perut. Ala-ala seperti memakai bengkung. Nak berlari pun best katanya. So wajib la kan dapatkan Waist Bag ini untuk meneruskan keseronokan larian nanti.




2. UNTUK KELUARGA

Apa kena mengena menyediakan pencetak untuk keluarga? Bagi ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, pasti tahu pencetak di rumah sangat membantu. Kadangkala ada dokumen yang Cikgu perlukan secara salinan yang perlu dihantar. Mudah kan jika ada pencetak All In One ni. Tak perlu bersusah payah bersiap untuk ke kedai fotostat. Dan tatkala musim peperiksaan, banyak soalan-soalan ulangkaji yang boleh diperolehi dalam talian. Dengan pencetak di rumah, mudah untuk kita sebagai ibu cetak soalan-soalan berkaitan untuk digunakan oleh anak-anak mengulangkaji. 

Tambahan dengan kemudahan tanpa wayar (wireless) pada pencetak, mudahkan juga untuk kita mencetak terus gambar-gambar comel anak-anak di telefon tanpa perlu ke kedai gambar. Nampak tak penjimatan yang berlaku? Jimat dan mudah bukan.




3. UNTUK KESELESAAN BERDUA

Di antara perabot yang sangat jarang ditukar dalam kamar beradu. Pemilihan rangka katil dan tilam yang selesa dan sesuai sangat memberi keselesaan pada tidur yang lena. Kita kan perlukan tidur yang berkualiti untuk menghadapi hari esok yang lebih mencabar bukan. Lagipun bukan selalu perabut yang satu ni ditukar. Bukan sleeping beauty yang di dambakan tetapi quality sleep yang lebih utama. Bila badan dapat rehat secukupnya, barulah tiada masalah untuk bangun pagi esoknya dalam keadaan yang lebih ceria.


Mudahkan untuk membeli-belah sekarang. Tidak lagi perlu beratur, bersesak, bersusun dan pening mencari kotak parkir. Bagi yang ada anak-anak masih kecil, keluar untuk shopping dalam tempoh yang lama bukan lagi satu keseronokkan. Dengan Lazada 11-11 Shopping Festival segala keperluan, idaman, impian boleh menjadi kenyataan hanya di hujung jari sahaja. Pastikan anda telah menanda kalendar anda pada 11 November 2018 ini dengan Lazada Shopping Festival agar tidak ketinggalan. 

Jumpa di Lazada nanti ya!

  


Share:

Thursday, October 18, 2018

DI ANTARA IPHONE XS, XS MAX, XR YANG MANA PALING MURAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

12 September 2018 yang lalu, syarikat multinational technology yang berpengkalan di  Cupertino, California, APPLE telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka. 3 model yang dilancarkan adalah iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Setiap model ini pastinya mempunyai ciri uniknya yang tersendiri dan bagi peminat iPhone, sudah pasti tertunggu-tunggu apa yang menarik tentangnya.




Jom kita kenal lanjut dengan setiap model iPhone ini:

iPhone XS


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Silver, Space Grey dan Gold
  • Saiz paparan 5.8" Super Retina custom OLED display
  • Resolusi 2436×1125
  • 458 pixel per inch
  • Paparan HDR
  • Dwi kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • Kapasiti : 64GB     256GB     512GB
  • Berat : 177 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XS di Malaysia? 
  • 64 GB : RM 4999.00
  • 256 GB : RM 5699.00
  • 512 GB : RM 6649.00

iPhone XS Max


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Silver, Space Grey dan Gold
  • Saiz paparan 6.5" Super Retina custom OLED display (yang terbesar dalam keluarga iPhone)
  • Resolusi 2688×1242
  • 458 pixel per inch
  • Paparan HDR
  • Dwi kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone X
  • Kapasiti : 64GB     256GB     512GB
  • Berat : 208 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XS Max di Malaysia? 
  • 64 GB : RM  5,399.00
  • 256 GB : RM 6,099.00
  • 512 GB : RM 7,049.00

iPhone XR


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Red, Yellow, White, Coral, Black, Blue
  • Saiz paparan 6.1" LCD Multi‑Touch dengan teknologi IPS
  • Paparan Liquid Retina HD
  • Resolusi 1792x828
  • 326 pixel per inch
  • Kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 8 Plus
  • Kapasiti : 64GB     128GB     256GB
  • Berat : 194 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XR di Malaysia? 
  • 64 GB : RM  3,599.00
  • 256 GB : RM 3,849.00
  • 512 GB : RM 4,299.00


Apa yang menarik lagi tentang model iPhone XS dan iPhone XS Max adalah:
  • Ketahanan air bagi kedalaman 2 meter bagi tempoh 30 minit bagi model iPhone XS dan XS Max. Manakala model iPhone XR mempunyai ketahanan sedalam 1 meter bagi tempoh 30 minit
  • FACE ID sebagai password kepada aplikasi atau akaun anda (tanpa perlu mengingati banyak kata laluan)
  • Pemprosessan A12 Bionic chip dengan next-generation Neural Engine
  • Dual SIM (nano-SIM dan e-SIM)



Tunggu apa lagi iPhone lovers? Sila pecahkan tabung anda dan bersedia menantikan kehadiran iPhone terbaru masuk dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

pssttt..... ada yang nak belanja saya??

Share:

Thursday, August 30, 2018

E-BOOK TIPS KECANTIKAN PERCUMA UNTUK ANDA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Siapa yang tidak ingin kelihatan cantik berseri. Lebih-lebih lagi jika boleh kelihatan cantik dengan kos yang murah. Tapi kadang-kala jika kos yang murah mungkin memberi kesan kepada kulit anda. Tapi bagaimana jika ada tips kecantikan yang tiada kos?



Melalui e-book ini saya kongsikan beberapa tips kecantikan tanpa sebarang kos khas buat anda. Anda hanya perlu mengisi maklumat (nama penuh serta alamat e-mail yang masih aktif) di link berikut:


goo.gl/5VFUqD
Copy short URL
Jangan lepaskan peluang. Kerana e-book ini hanya untuk masa yang terhad sahaja.



Share:

Monday, August 27, 2018

TEKANAN DARAH TINGGI APA YANG PERLU KITA TAHU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai di kalangan kita tidak sedar yang diri mereka sebenarnya mempunyai tekanan darah tinggi. Sebab itu tekanan darah tinggi atau Hipertensi (Hypertension) juga dikenali sebagai silent killer. Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, pada tahun 2008, seramai 80 peratus daripada seramai 2.8 juta rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap darah tinggi. Dan angka ini semakin tahun semakin meningkat dan sangat membimbangkan.




TEKANAN DARAH TINGGI

Seperti kita semua sedia maklum, fungsi jantung adalah mengepam darah ke seluruh tubuh kita. Aktiviti ini membuatkan jantung kita mengucup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh tubuh badan kita. Perlu kita ingat, bahawa kadar tekanan darah tidak semestinya sama sepanjang masa. Kadar tekanan sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita dan tidak sama bagi setiap individu.

Apabila kita mengambil bacaan tekanan darah, kita akan ada dua ukuran. Dan ukuran tersebut  seperti berikut - 120 /80 mmHg (contoh). Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat. Ia dipanggil tekanan diastolik.



Bacaan yang perlu di ambil kira:

Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tahap 1 tekanan darah tinggi : 130-139 / 80-89
Tahap 2 tekanan darah tinggi : 140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120


PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI

Di antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi adalah:
  • keturunan yang mempunyai sejarah 
  • kegemukan / obes
  • tekanan / stress terlampau
  • diabetes
  • merokok
  • kurang melakukan aktiviti fizikal
  • gaya hidup yang tidak sihat 
  • pemakanan yang tidak seimbang
  • pengambilan alkhohol yang berlebihan



BAHAYA TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila bacaan melebihi 140/90, ianya merupakan keadaan yang membahayakan kepada pesakit kerana bacaan tersebut (salah satunya) merupakan amaran kepada darah tinggi. Dan memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana penyakit tekanan darah tinggi tidak menunjukkan apa-apa tanda awal seperti penyakit yang lain. Tekanan darah tinggi adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan kepada :
  • kerosakan jantung
  • kerosakan pada otak
  • kerosakan pada buah pinggang
  • kerosakan pada fungsi mata

Mereka yang mempunyai darah tinggi berisiko:
  • 4 kali ganda diserang angin ahmar
  • 2 kali ganda diserang sakit jantung


APA PESAKIT DARAH TINGGI BOLEH LAKUKAN

  • Selalu lakukan pemeriksaan dengan doktor dan ikuti arahan doktor
  • Kerap mengambil bacaan tekanan darah sekurang-kurangnya dua kali sehari waktu pagi dan malam. The best time adalah semasa kita baru bangun tidur dan belum bangun dari katil, terus ambil dahulu bacaan tekanan darah.
  • Jaga pemakanan dan elakkan makanan yang masin 
  • Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berat badan berlebihan
  • Berhenti merokok dan alkhohol
  • Kawal stress


Saya kongsikan video bagaimana seorang suami yang mempunyai darah tinggi dan juga kolestrol yang tinggi berjaya mengawal tekanan darahnya kembali normal.

Share:

Monday, August 13, 2018

SEBAB WANITA SUKAR HAMIL DAN FUNGSI VITAMIN UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila sudah berumah tangga, sudah pasti tujuan utama adalah untuk membina sebuah keluarga. Tetapi ada yang masih menanti dengan sabar kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga. Dan mulalah bisikan-bisikan seperti mungkin si isteri tidak subur dan lain-lain lagi.



Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), statistik dari 2010 hingga 2015 menunjukkan kadar kesuburan pasangan di Malaysia semakin merosot sehingga 1.97 kanak-kanak untuk setiap isi rumah. Dan angka terbabit dijangkakan akan merudum ke 1.90 kanak-kanak untuk setiap isi rumah menjelang 2020 dan berterusan sehingga 1.72 pada 2050.

Masalah kesuburan bukan hanya pada wanita sahaja. Lelaki juga menyumbang kepada ketidaksuburan. Cumanya masyarakat kita sangat cenderung untuk membicarakan tentang kesuburan wanita berbanding lelaki.

Sebenarnya banyak faktor yang terlibat dalam masalah kesuburan. Cuma untuk entry kali ini, saya fokuskan kepada kesuburan wanita.


Di antara masalah kepada kesuburan wanita adalah:
  1. Mengalami keluar darah haid terlalu banyak - salah satu simptom menorrhagia
  2. Kitaran haid yang tidak tetap - berkemungkinan tiada ovulasi
  3. Mengalami senggugut yang sangat teruk - dikhuatiti endometriosis 
  4. Berat badan yang berlebihan - tingkat hormon boleh dipengaruhi oleh berat badan
  5. Tiub Falopio tersumbat - menghalang sperma untuk sampai ke telur
  6. Tekanan / Stress
  7. PCOS (Polisistik Ovari)
  8. Adanya fibroid




Set Kesuburan Wanita bukanlah ubat untuk subur. Tetapi merupakan nutrisi yang diperlukan untuk membantu dalam kesuburan.


GLA Complex
Di antara fungsi GLA Complex adalah:
  • meningkatkan kesuburan wanita dengan membantu penghasilan cecair servik yang berkualiti
  • membantu mengatasi masalah senggugut
  • membantu dalam menstabilkan haid yang tidak normal.
  • membantu menstabilkan hormon
  • membantu wanita dalam penghasilan lendiran subur supaya sperma dapat hidup lebih lama sehingga 5 hari dan melancarkan perjalanan sperma untuk persenyawaan


B-Complex
Sekurang-kurangnya bagi yang ingin hamil, digalakkan untuk mengamalkan asid folik tiga bulan sebelum hamil. B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 jenis Vitamin B yang sangat penting untuk tubuh badan termasuklah Asid Folik. 




Alfafa
Alfafa turut dikenali sebagai Raja Tumbuhan. Akarnya boleh tumbuh membesar hingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai zat dan mineral.

Alfafa dapat membantu:

  • mengurangkan masalah keputihan
  • bertindak seperti Kacip Fatimah bagi isteri
  • mengetatkan vagina


Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

Wednesday, August 8, 2018

TIPS KULIT CANTIK TANPA MAKE UP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ingin selalu kelihatan cantik tetapi tidak punya masa yang banyak untuk merias wajah sebelum keluar terutama ibu-ibu yang punya anak kecil yang sering berpaut di kaki. Ingin cantik tapi tidak punya skill yang baik dalam menata rias. Ingin kelihatan cantik tanpa make up? 



Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri, apa yang perlu di beri perhatian adalah penjagaan secara dalaman dan penjagaan secara luaran. 

Untuk entry kali ini, saya fokuskan penjagaan kulit secara dalaman dahulu. Penjagaan kulit dari dalam juga sama pentingnya dengan penjagaan kulit secara luaran. Apabila sel-sel kulit sihat, secara natural akan terlihat pada luaran. Dan ini dapat menyerlahkan kecantikan kulit secara semulajadi walaupun tanpa make up yang tebal. 


4 Langkah Penting Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Berseri Adalah:

              1. Membina
              2. Menganjalkan
              3. Melindungi
              4. Melembapkan



MEMBINA

Tubuh badan kita dihasilkan dari protein, oleh itu untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  • membekalkan asid amino yang penting yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita dan juga untuk fungsi kulit yang optimum
  • menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat
  • protein membantu dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit 
  • menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit
  • menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari



MENGANJALKAN

Kolagen merupakan struktur penting dalam kulit kita. Di antara fungsi kolagen adalah mengekalkan keanjalan kulit dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. 

Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri. Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, dan ini menyebabkan kulit semakin berkedut dan kendur. 

Pengambilan kolagen sebagai makanan tambahan dapat membantu:
  • menjadikan kulit lebih anjal
  • mengurangkan kedutan
  • mengurangkan parut



MELEMBAPKAN

Asid Linolenik Gamma (GLA) adalah asid lemak penting Omega-6 penting yang digunakan oleh tubuh kita untuk menghasilkan prostaglandin - bahan yang membantu dalam mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuklah kesihatan kulit kita. 

GLA membantu :
  • meningkat kelembapan kulit
  • mengembalikan kehalusan dan kelembutan kulit
  • mengurangkan kegatalan dan kulit yang bersisik
  • sebagai anti-keradangan



MELINDUNGI

Umum mengetahui manfaat Vitamin C pada kulit. Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C sendiri. 

Pengambilan vitamin C membantu untuk : 
  • mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar
  • menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit
  • membantu dalam penyembuhan luka
  • mempertahankan kulit daripada radikal bebas


Kombinasi 4 langkah ini terhasil dengan Set Radiant 4.




Radiant 4 membantu dalam memperbaiki struktur kulit dari dalam. 

ESP membantu dalam membina sel-sel yang lebih sihat dengan sumber protein yang terbaik.
Collagen Powder membantu meningkatkan semula keanjalan kulit serta mengurangkan kedutan dan garis halus.
GLA Complex membantu dalam memberikan kelembapan pada kulit dan mengurangkan keradangan pada kulit.
Sustained Release Vitamin C membantu melindungi kulit daripada radikal bebas serta membantu dalam menggalakkan penghasilan kolagen.


Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

Friday, August 3, 2018

BISNES ONLINE TERBAIK 2018

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Anda dalam berkira-kira untuk mencari bisnes online yang boleh memberikan keuntungan kepada anda? Bisnes yang tidak memerlukan modal yang banyak. Bisnes yang mempunyai support team yang sangat kuat seperti sebuah keluarga? Anda sedang mencari bisnes online terbaik 2018?




Peluang bisnes online menarik untuk anda.
  • Modal yang sangat rendah
  • Tidak perlu buat stok
  • 100% boleh dibuat atas talian sahaja
  • Ada support team yang sangat ohsem (antara team yang terbaik di Malaysia)
  • Bonus setiap bulan bergantung kepada berapa yang anda nak (dari 2 angka hingga 6 angka sebulan)
  • Semua telah tersedia, hanya di hujung jari sahaja


Tetapi tempat untuk setiap bulan sangat-sangat limited. Siapa cepat dia dapat.

Saya mencari mereka yang:
  • ingin tambah pendapatan
  • suri rumah tidak bekerja dan ingin membantu keluarga
  • student yang ingin mencari duit poket setiap bulan
  • mereka yang mempunyai impian yang besar
  • yang sanggup buat apa sahaja demi mencapai impian dan cita-cita
  • yang tidak punya banyak alasan tapi punya banyak semangat dan keazaman

Jika anda ada ciri-ciri seperti itu, saya jemput anda untuk bersama saya dan group yang hebat. Tiada bulan dan bintang di janjikan tetapi Berimpianlah sampai ke bulan 


Berminat?
Hubungi saya sekarang okay
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

Thursday, August 2, 2018

SET BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Saya selalu perhatikan terutama ibu-ibu muda yang kali pertama melahirkan anak, amat risau tentang penyusuan susu ibu. Saya selalu terjumpa soalan yang hampir sama dalam kebanyakkan group-group tentang bagaimana untuk banyakkan susu ibu dan apakah milkbooster yang terbaik untuk ibu-ibu atau set untuk banyakkan susu ibu?



Berbicara tentang penyusuan susu ibu, apa yang ibu-ibu perlu faham dan hadamkan dengan baik adalah bagaimana proses penghasilan susu ibu itu terhasil. Apakah yang dikatakan demand and supply. Dan adakah benar jumlah kuantiti susu ibu yang terhasil bergantung kepada saiz payu dara ibu semata-mata?



Dalam menjayakan proses penyusuan susu ibu, apa yang paling utama untuk ibu-ibu ambil kira adalah mindset ibu itu sendiri. Adakah ibu benar-benar nekad untuk menyusukan anak dengan susu ibu? Jika ya,jangan ada sesekali terlintas di fikiran ibu yang susunya tidak cukup buat anaknya. Mindset sebegini boleh menyebabkan pengeluaran susu ibu terganggu.

Bagaimana dengan milk booster? Fungsi sebenar milk booster membantu untuk memperbanyakkan susu ibu. Tetapi harus di ingat, susu ibu tidak akan menjadi banyak secara tiba-tiba jika konsep demand dan supply tidak di amalkan atau kata mudahnya, ibu sendiri perlu rajin untuk pam dan menyusukan anak. Jika konsep tidak dilakukan dengan baik, mungkin pengambilan milk booster bolehjadi sia-sia.


Milk booster terbaik 2018? 

Saya menyusukan anak kedua (2009) hingga anak ke empat (2018) dan setiap seorangnya bagi tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun. Saya memilih milk booster Set Penyusuan dari Shaklee. Bagi saya set ini bukan sahaja sebagai milk booster tetapi juga membantu dalam mencukupkan keperluan nutrisi yang tubuh saya perlukan setiap hari. 

Pasti ibu-ibu menyusu akan berasa cepat penat,letih serta cepat rasa lapar kan. Kita cepat penat kerana nutrisi yang ada dalam tubuh kita kongsikan dengan anak tersayang. Bila tubuh kurang nutrisi, kita akan cepat penat dan boleh menyebabkan emosi turut terganggu.


Set Banyakkan Susu Badan Paling Ohsem 2018?


ALFAFA

Alfalfa bermaksud 'raja segala makanan' dan semestinya ada sebab kenapa gelaran tersebut diberikan ; kerana ianya sangat berkhasiat. Alfalfa mempunyai sistem akar tunjang yang boleh mencecah sehingga sedalam 6 meter ke bawah tanah, membolehkan ia menyerap lebih banyak nutrien dari tanah. Tumbuhan ini membekalkan lebih 300 nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, Alfalfa antara milk booster terbaik kerana mempunyai 1001 khasiat. Alfafa juga membantu dalam memekatkan susu ibu. 



ESP - Soy Protein Isolate Powder

ESP merupakan minuman berasaskan soya yang dapat membantu memberikan tenaga segera secara berterusan. ESP juga merupakan sumber protein yang berasaskan tumbuhan. 

ESP juga merupakan antara kegemaran ibu-ibu yang menyusukan anak selain Alfafa. Ianya juga sebagai milk booster kepada ibu-ibu yang menyusu. ESP membantu ibu-ibu menyusu untuk kekal bertenaga dan memberika rasa kenyang lebih lama. Amat membantu para ibu yang ingin kembali langsing.

Di antara kelebihan lain ESP bagi ibu-ibu menyusu adalah 
* memekatkan susu ibu
* memberikan rasa kenyang. Ini kerana ibu-ibu menyusu akan cepat berasa lapar terutama selepas menyusukan bayi
* menjadikan kulit ibu kembali sihat dan memudarkan stretch mark 
* sel memerlukan makanan yang sihat. ESP membekalkan protein sihat kepada sel kerana ESP daripada soya non-GMO. Apabila sel sihat, secara langsung antara yang ketara adalah kulit yang lebih sihat dan cantik. 
• membantu ibu-ibu menurunkan berat badan selepas bersalin



B COMPLEX

Selain Vitamin C, Vitamin B juga tidak boleh dihasilkan secara semulajadi oleh badan, maka penting untuk ibu-ibu, untuk mengambil Vitamin B setiap hari. 

Di antara fungsi vitamin B adalah menukarkan makanan kepada tenaga, kesihatan kulit, menstabilkan hormon, kesuburan, membantu dalam mengawal stress dan lain-lain lagi. Dan sebenarnya banyak organ dan sistem yang dijalankan oleh badan memerlukan bantuan daripada Vitamin B untuk bekerja dengan lebih efisien. 



SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Selain untuk kulit, Vitamin C juga memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan sistem imun tubuh kita. Kita sedia maklum, bayi yang berumur dua tahun ke bawah mempunyai sistem imun yang masih lemah dan amat mudah untuk diserang penyakit. Apabila ibu menyusukan bayi, secara langsung nutrisi di dalam susu ibu membantu menguatkan sistem imun bayi. 

Selain itu, pengambilan Vitamin C setiap hari dapat memberikan kesan pada kulit iaitu kulit lebih cerah, sihat dan cantik secara semulajadi.



VITA-LEA

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Dengan Vita-Lea, ibu-ibu dapat membantu melengkapkan kekurangan nutrisi dalam tubuh. 

Dengan mengamalkan Vita-Lea setiap hari, dapat membantu ibu-ibu menyusu: 
* meningkat tahap kesihatan dengan lebih baik
* meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
* membantu tubuh dalam memberikan perlindungan pada kerosakan radikal bebas



OSTEMATRIX

Ostematrix merupakan tablet bewarna putih yang mengandungi 250mg kalsium pada setiap tabletnya. Tidak hanya mengandungi kalsium semata-mata, Ostematrix juga dilengkapi dengan Magnesium yang mana sangat membantu proses pembuangan najis dan mengelakkan sembelit.

Apabila menyusukan anak, segala nutrisi yang ada dalam tubuh si ibu akan dikongsikan bersama dengan si anak. Dan ibu menyusu memerlukan 1000mg kalsium setiap hari. 

Pengambilan Ostematrix sangat membantu ibu-ibu menyusu untuk mendapatkan tidur berkualiti yang lebih baik dan bangun pagi dengan lebih segar. Menjadi lumrah seorang ibu menyusukan anak kerap terbangun malam untuk memenuhi keperluan si bayi. Dan kerap kali juga ibu-ibu bangun pagi dalam keadaan yang letih dan kurang bersemangat. 

Saya sangat sukakan Ostematrix sehingga sekarang kerana sangat membantu saya untuk bangun pagi, memberikan kesegaran (badan lebih fresh), mengurangkan rasa lenguh-lenguh dan sakit badan. 

Ketika hamil, Ostematrix sangat membantu saya untuk tidak kena cramp kaki. Dan tidak sembelit juga.



OMEGA GUARD

DHA yang terkandung di dalam Omega Guard sangat memberikan manfaat kepada otak. Lebih-lebih lagi bagi bayi yang sedang membesar, perkembangan otak mereka juga sangat cepat. Ibu-ibu menyusu dan mengamalkan Omega Guard dapat memberikan kebaikan DHA kepada anaknya. 

Omega Guard juga membantu mengawal paras kolesterol di dalam darah dan menjaga kesihatan jantung.



Perkongsian daripada Puan Farah Wahida tentang kisah penyusuan beliau:


Cara Tambah Susu Badan Supaya Tak PANIK Anak Menangis Kelaparan






Berminat?
Hubungi saya sekarang okay
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com

Share:

Saturday, July 28, 2018

NAK BUAT BISNES APA YE?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rasa macam nak buat part time bisnes, tapi tak pasti bisnes apa yang sesuai. Modal sendiri (duit di tangan) rasa tak banyak. Tapi dalam masa yang sama nak kena jaga anak-anak lagi. Rasa-rasa nak buat bisnes apa yang sesuai ye?



Bila lihat kawan-kawan lain yang berjaya dalam bisnes mereka, mulalah hati pun meronta-ronta sama untuk nak buat bisnes. Tapi bila fikir bisnes apa yang sesuai? Kebanyakkan dari kita stuck di situ. Lama memikirkan nak buat bisnes apa ye?

Saya kongsikan beberapa tips untuk anda yang sedang mencari nak buat bisnes apa bagi tujuan tambah pendapatan.


1. Bisnes VS Modal

Anda baru ingin memulakan bisnes tapi perlu melabur sekian jumlah RM sebagai modal. Untung belum tentu lagi ni. Saya perhatikan ada yang menawarkan bisnes menarik tetapi perlukan sebanyak lebih RM300. 

Ada juga yang menawarkan pulangan beribu ringgit pada bulan pertama tetapi perlukan anda untuk membuat pinjaman bank (personal loan) sebanyak puluhan ribu ringgit. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis seller/leader/ejen/stokis. Belum mula lagi sudah perlu berhutang. 

Jika tanya kepada saya, sudah tentu saya pilih yang tidak memerlukan saya untuk mengeluarkan modal yang banyak. Bisnes yang saya jalankan sekarang hanya perlukan modal sebanyak RM65 atau percuma (ada syaratnya). Mudah kan


2. Bisnes VS Stok

Jika kediaman anda mempunyai ruang atau stor yang luas untuk menyimpan stok, mungkin anda boleh memilih bisnes yang perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan barang yang hendak dijual. Tetapi jika ruang kediaman anda hanya selesa untuk anda dan keluarga sahaja, bagaimana? Di mana anda akan simpan semua stok jualan anda? Bisnes saya sekarang tidak memerlukan saya menyediakan stok di rumah. Sangat mudah bukan.

3. Bisnes VS Offline/Online

Ada yang mahir berniaga secara offline ada yang segan untuk mula buka mulut untuk berniaga. Ada yang berniaga secara offline dengan membuka kiosk atau gerai/kedai. 

Bisnes seperti ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari segi masa dan wang ringgit. Sebab itu ramai di kalangan perniaga memilih online bisnes kerana semua urusan bisnes hanya melalui atas talian tanpa perlu bersua muka. 

Ada bisnes yang sesuai untuk offline ada yang sesuai untuk online dan ada yang sesuai untuk keduanya. Dan saya lebih memilih menjalankan bisnes secara online kerana ianya mudah dan boleh dibuat di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Secara offline pun saya boleh lakukan dengan hanya sembang-sembang santau sahaja. Best kan.


4. Bisnes VS Demand

Cuba cari bisnes yang sentiasa mempunyai demand yang tinggi. Bukan demand wujud pada musim tertentu sahaja. Ini adalah untuk memastikan bisnes anda sentiasa mempunyai transaksi setiap hari. Ada ke bisnes yang mempunyai demand setiap hari? Sudah tentu anda.


5. Bisnes VS Support

Untuk memulakan bisnes, seeloknya carilah mentor atau leader yang dapat membimbing serta membantu anda. Sekurang-kurangnya anda lebih jelas tentang matlamat serta target dalam bisnes. 

Matlamat serta target amat penting dalam memastikan kelangsungan bisnes anda. Sudah pasti anda tidak mahu bisnes terhenti di tengah jalan. Saya rasa sangat bertuah sebab ditemukan dengan bisnes-bisnes leader yang hebat di dalam team saya. 

Group yang sentiasa positif dan komited serta saling bantu-membantu seperti sebuah keluarga yang besar. You'll never walk alone caranya.



5 tips saya kongsikan untuk anda yang sedang dalam dilema nak buat bisnes apa selepas ini. Saya faham, kita semua mempunyai alasan tersendiri kenapa kita ingin berbisnes. Lagipun Rasulullah sendiri pernah bersabda, " 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan"




Nak tahu apa bisnes yang saya buat sekarang ini? 
Klik sahaja link ni dan saya akan bongkar rahsia saya bersama kawan-kawan lain yang telah berjaya : http://bit.ly/2Oh6mcF

Selamat berbisnes!
Share:

ATASI KULIT BERJERAWAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila mulanya timbul tanda-tanda seperti jerawat akan muncul di wajah, mulalah rasa gundah gulana  di hati. Mulalah mencari solusi di sana sini. Tapi untuk menyelesaikan masalah jerawat tu, kita perlu tahu dahulu bagaimana jerawat boleh muncul. Barulah kita boleh mengatasi kulit berjerawat dengan berkesan kan.


Bagaimana jerawat boleh terjadi?

Menurut Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, jerawat merupakan keadaan di mana terdapat bintik ataupun benjolan pada permukaan kulit. Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. 

Tetapi tahukah anda jerawat yang tumbuh di kawasan yang berbeza pada kulit wajah juga antara petanda ada yang tidak kena dengan tubuh kita. Detail tentang ini saya akan kongsikan pada artikel yang lain okay.


Bagaimana Mengatasi Kulit Berjerawat?

Ada banyak kaedah, tip dan petua yang boleh di amalkan apabila kulit berjerawat. Cumanya anda perlu bijak memilih yang mana sesuai dengan situasi diri anda. Saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan untuk mengatasi kulit berjerawat agar kulit lebih sihat dan berseri....ting..ting



1. CUCI MUKA DUA KALI SEHARI

Gunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda. Sebelum itu, anda perlu tahu apakah jenis kulit wajah anda terlebih dahulu. Dan semestinya pencuci yang digunakan sebaiknya tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. 

Kenapa kita sangat perlu untuk mencuci muka setiap hari? Setiap hari kulit wajah kita terdedah kepada make up, kotoran, debu. Walaupun anda bekerja dalam bilik ber aircond, debu kotoran tetap ada tau. Cumanya mungkin tak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Mencuci muka dapat membersihkan kulit wajah dari kotoran, sisa-sisa make up serta lebihan minyak yang terdapat pada kulit wajah.

Cucian sebanyak dua kali sehari sudah cukup. Jika lebih dikhuatiri kulit hilang kelembapan semulajadinya. 

Kemudian gunakan towel muka yang bersih untuk dap dap pada wajah. Jangan di tonyoh seperti anda lap badan anda selepas mandi ye. Dan elakkan menggunakan tuala mandi yang sama untuk lap badan dan kulit wajah. Hygiene purpose ladies.


2. TONER

Gunakan toner setiap kali selepas wajah dicuci. Tujuannya adalah untuk mengecilkan kembali liang pori yang terbuka semasa anda mencuci muka sebentar tadi. 

Dan jangan tidak tahu, toner pun bertindak sebagai second cleanse. Cuba check kapas yang anda gunakan selepas sapuan toner. Ada nampak apa-apa tak?

Dan diingatkan untuk sapuan toner,sapuan wajiblah mengarah ke atas untuk elakkan kulit 'jatuh selebeh' nanti


3. MOISTURIZER

Pakai moisturizer. Seeloknya jenis non-comedogenic iaitu tidak menyumbatkan liang pori. Lagi best yang mempunyai SPF pelindung daripada sinaran Matahari. 

Moisturizer penting untuk memberikan kelembapan pada kulit. Macam saya yang 8 jam di dalam aircond, moisturizer sangat membantu saya agar kulit tidak kering sepanjang hari.


4. JAGA TANGAN ANDA

Jaga pergerakan tangan anda. Iye jaga tangan. Kita tak nampak apa yang ada pada tapak tangan kita, mungkin ada bakteria selain kotoran. Kemudian dengan tanpa rasa bersalah pula picit-picit jerawat yang ada. Ini semua boleh menjadi punca keradangan dan jerawat lain pula akan muncul.


5. MAKE UP

Jangan bebankan kulit wajah dengan penggunaan make up berlebihan. Simple is better kan. Penggunaan make up yang lama boleh memberikan kesan kepada kulit lebih-lebih lagi jika kulit yang bermasalah. Just simple and natural look make up okay ladies.


6. AIR KOSONG

Sila minum air kosong 2 liter setiap hari. Inilah cara paling mudah, paling selamat dan paling murah untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan berseri. Air kosong yang mencukupi bukan sahaja membantu melembapkan kulit bahkan dapat flush toksin yang ada dalam badan kita keluar. Sebab itu kita digalakkan untuk mengamalkan air kosong dan menjauhi/kurangkan air manis.


7. SUNBLOCK 

Pastikan sebelum anda keluar rumah, hitamkan dahulu kulit wajah anda dengan sunblock. Di antara kesan sinaran matahari pada kulit adalah penuaan pra matang, jeragat, pigmentasi dan juga kanser kulit. Sebab itu penggunaan sunblock amat penting dalam melindungi kulit kita setiap hari.


8. PEMAKANAN

Jaga pemakanan anda. Mungkin nampak remeh tapi You Are What You Eat ye. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Bagi kulit berjerawat, kurangkan/elakkan makanan yang berminyak. Ramai dari kita nampak remeh tentang pengambilan makanan tetapi kesan serta impaknya amat besar pada tubuh dan kulit wajah kita.


Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Apa yang penting adalah kerajinan. Kalau malas, memang susah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 







YOUTH Skin Care merupakan produk skin care terbaru dari Shaklee. Baru dipasarkan pada awal tahun 2018 dan telah memberikan kesan yang baik kepada penggunanya. Ramai pengguna yang telah berpuas hati sama ada lelaki atau wanita. Iye, YOUTH sesuai buat semua, tidak mengira umur atau jantina dan paling penting sesuai untuk kulit Asia.

Berminat?
Hubungi saya sekarang okay
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

Share:

Monday, July 23, 2018

BISNES ONLINE DARI RUMAH TANPA MODAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rata-rata zaman ini ramai yang menjalankan perniagaan secara atas talian (online business). Bila scroll Facebook atau Instagram, macam-macam produk yang kita boleh lihat dijual secara online. Dan sebenarnya ramai juga ibu-ibu yang menjalankan bisnes dari rumah. Tapi bagaimana jika bisnes dari rumah TANPA MODAL? Tanpa perlu simpan stok.



Untuk memulakan bisnes online terutama bagi mereka yang baru ingin bermula, pastikan anda memilih bisnes yang tidak membebankan kepada diri dan keluarga. Banyak bisnes yang menawarkan pulangan yang lumayan dan janji seperti bulan dan bintang tetapi pastikan juga bagaimana bisnes tersebut dijalankan.

Saya sendiri buat dua kerja setiap hari (seorang ibu dan multitask itu adalah biasa). Saya seorang ibu bekerja secara tetap setiap hari Isnin hingga Jumaat dan juga melakukan bisnes online setiap hari tanpa masa yang tetap. Kenapa masa saya melakukan bisnes online tidak tetap? Sebab bisnes online yang saya lakukan ni boleh di buat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sesambil layan anak-anak pun masih mampu menjalankan bisnes online. Dan pilihan saya tentunya bisnes bersama Shaklee.

Dengan Shaklee Online Bisnes, saya tidak perlukan modal untuk menyimpan stok malah tak perlu pun untuk saya buat stok di rumah. Segala urusan untuk customer 100% melalui atas talian sahaja. Mudahnya kerana setiap pengedar sah Shaklee mempunyai akses ke Shaklee2u yang membolehkan order dari customer dapat diuruskan dengan mudah dan pihak Shaklee akan terus menghantar barang yang di order kepada customer tanpa perlu saya perlu bersusah-payah ke pejabat pos untuk urusan pengeposan. 

Bukan itu sahaja, untuk mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee juga tidak membebankan. Ada dua cara yang boleh digunakan.

1. Daftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM65; atau
2. Daftar ahli secara percuma dengan setiap pembelian 200UV (point)

Keduanya ada kelebihan tersendiri. Dan bagi kaedah ke 2, jika customer membeli beberapa jenis produk dan point mencukupi 200UV, saya galakkan mereka untuk terus mendaftar sebagai ahli dan berjimat. Dan secara tidak sengaja akan ada bonus daripada Shaklee di pertengahan bulan. Untung kan, membeli sambil berjimat dan secara tidak sengaja boleh dapat bonus pada bulan berikutnya.

Ingin keluar dari 'zon selesa' yang sebenarnya tidak berapa selesa buat anda dan keluarga? Perlukan dana tambahan bagi keselesaan dan pendidikan anak-anak? Cubalah dengan bisnes online Shaklee Way.


Share:

Friday, June 1, 2018

AKUARIUM PENANG TEMPAT MENARIK DI PULAU PINANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada yang bercadang untuk bercuti di Pulau Pinang semasa Cuti Aidilfitri nanti? Nak cari tempat menarik di Pulau Pinang? Jangan tak tau, di sana ada tempat menarik untuk dilawati ala-ala Aquaria KLCC (walaupun tidak sebesar Aquaria KLCC)

Sempena cuti panjang PRU14 yang lepas, adik saya cadangkan untuk kami berjalan-jalan di kawasan pulau bersama anak-anak serta mak dan ayah. Kata adik dia sangat teringin untuk pergi ke akuarium Penang yang katanya lebih kurang seperti Aquaria KLCC.

3iman dan sepupu sepapatnya 

Pagi-pagi lagi kumpulan ibu-ibu sibuk menyiapkan anak-anak. Syukur anak-anak saya Kaklong dan Kakngah sudah mahir menguruskan diri sendiri. Abam boleh uruskan diri sendiri tetapi ada benda seperti sediakan baju untuk di pakai masih perlukan pertolongan saya. Hanan totally saya uruskan dia. Like a magic, kami semua siap untuk bergerak jam 10 pagi (selalunya tak dapat nak gerak pagi macam ni melayan karenah anak-anak).

Untuk ke sana, kami merentasi Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5km. Rumah mak dan ayah saya di Tanah Besar. Kenapa tidak menggunakan feri? Sebab lokasi yang kami nak pergi lebih dekat menggunakan Jambatan berbanding feri walaupun menaiki feri agak menyeronokkan.

Lokasi Akuarium Penang ini tidak susah untuk di cari. Terletak di Batu Maung, guna Waze pun boleh dijumpai. Nama sebenar lokasi adalah Akuarium Tunku Abdul Rahman dan tempat tarikan ini merupakan di bawah seliaan Institut Penyelidikan Perikanan.

Bayaran masuk tidak begitu mahal, mampu milik sangat rasanya.

Dewasa : RM 5.00
Kanak-kanak : RM 2.00
Warga Emas : Percuma
Kanak-Kanak Bawah 7 Tahun : Percuma

Masuk sahaja ke dalam, terdapat banyak jenis ikan yang boleh dilihat. Anak-anak apa lagi, keseronokkan bagi mereka melihat ikan besar yang berenang-renang di dalam kolam yang begitu mengasyikkan. 

Saya kongsikan beberapa keping gambar semasa sesi lawatan kami anak-beranak ke sana:

Di antara penyambut tetamu

Koleksi ikan-ikan kecil menyambut tetamu yang datang

Laluan masuk ke ruang pameran

Antara kolam yang menempatkan spesis ikan 













Ruang menonton tayangan kartun 
Kolam besar yang menempatkan beberapa spesis ikan laut dan penyu

 Gambar sekeluarga dilupa jangan



Kolam besar di laluan keluar ruang pameran

Kami semua bersaudara



Bagi korang yang ada perancangan untuk ke Pulau Pinang, mungkin boleh pertimbangkan untuk memasukkan Akuarium Tunku Abdul Rahman sebagai salah satu pit stop bersama anak-anak. Pasti anak-anak sukakan pengalaman ini.


Love yourself, love your family




Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive