#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Saturday, July 28, 2018

ATASI KULIT BERJERAWAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila mulanya timbul tanda-tanda seperti jerawat akan muncul di wajah, mulalah rasa gundah gulana  di hati. Mulalah mencari solusi di sana sini. Tapi untuk menyelesaikan masalah jerawat tu, kita perlu tahu dahulu bagaimana jerawat boleh muncul. Barulah kita boleh mengatasi kulit berjerawat dengan berkesan kan.


Bagaimana jerawat boleh terjadi?

Menurut Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, jerawat merupakan keadaan di mana terdapat bintik ataupun benjolan pada permukaan kulit. Jerawat terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. 

Tetapi tahukah anda jerawat yang tumbuh di kawasan yang berbeza pada kulit wajah juga antara petanda ada yang tidak kena dengan tubuh kita. Detail tentang ini saya akan kongsikan pada artikel yang lain okay.


Bagaimana Mengatasi Kulit Berjerawat?

Ada banyak kaedah, tip dan petua yang boleh di amalkan apabila kulit berjerawat. Cumanya anda perlu bijak memilih yang mana sesuai dengan situasi diri anda. Saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan untuk mengatasi kulit berjerawat agar kulit lebih sihat dan berseri....ting..ting



1. CUCI MUKA DUA KALI SEHARI

Gunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah anda. Sebelum itu, anda perlu tahu apakah jenis kulit wajah anda terlebih dahulu. Dan semestinya pencuci yang digunakan sebaiknya tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. 

Kenapa kita sangat perlu untuk mencuci muka setiap hari? Setiap hari kulit wajah kita terdedah kepada make up, kotoran, debu. Walaupun anda bekerja dalam bilik ber aircond, debu kotoran tetap ada tau. Cumanya mungkin tak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Mencuci muka dapat membersihkan kulit wajah dari kotoran, sisa-sisa make up serta lebihan minyak yang terdapat pada kulit wajah.

Cucian sebanyak dua kali sehari sudah cukup. Jika lebih dikhuatiri kulit hilang kelembapan semulajadinya. 

Kemudian gunakan towel muka yang bersih untuk dap dap pada wajah. Jangan di tonyoh seperti anda lap badan anda selepas mandi ye. Dan elakkan menggunakan tuala mandi yang sama untuk lap badan dan kulit wajah. Hygiene purpose ladies.


2. TONER

Gunakan toner setiap kali selepas wajah dicuci. Tujuannya adalah untuk mengecilkan kembali liang pori yang terbuka semasa anda mencuci muka sebentar tadi. 

Dan jangan tidak tahu, toner pun bertindak sebagai second cleanse. Cuba check kapas yang anda gunakan selepas sapuan toner. Ada nampak apa-apa tak?

Dan diingatkan untuk sapuan toner,sapuan wajiblah mengarah ke atas untuk elakkan kulit 'jatuh selebeh' nanti


3. MOISTURIZER

Pakai moisturizer. Seeloknya jenis non-comedogenic iaitu tidak menyumbatkan liang pori. Lagi best yang mempunyai SPF pelindung daripada sinaran Matahari. 

Moisturizer penting untuk memberikan kelembapan pada kulit. Macam saya yang 8 jam di dalam aircond, moisturizer sangat membantu saya agar kulit tidak kering sepanjang hari.


4. JAGA TANGAN ANDA

Jaga pergerakan tangan anda. Iye jaga tangan. Kita tak nampak apa yang ada pada tapak tangan kita, mungkin ada bakteria selain kotoran. Kemudian dengan tanpa rasa bersalah pula picit-picit jerawat yang ada. Ini semua boleh menjadi punca keradangan dan jerawat lain pula akan muncul.


5. MAKE UP

Jangan bebankan kulit wajah dengan penggunaan make up berlebihan. Simple is better kan. Penggunaan make up yang lama boleh memberikan kesan kepada kulit lebih-lebih lagi jika kulit yang bermasalah. Just simple and natural look make up okay ladies.


6. AIR KOSONG

Sila minum air kosong 2 liter setiap hari. Inilah cara paling mudah, paling selamat dan paling murah untuk memastikan kulit sentiasa lembap dan berseri. Air kosong yang mencukupi bukan sahaja membantu melembapkan kulit bahkan dapat flush toksin yang ada dalam badan kita keluar. Sebab itu kita digalakkan untuk mengamalkan air kosong dan menjauhi/kurangkan air manis.


7. SUNBLOCK 

Pastikan sebelum anda keluar rumah, hitamkan dahulu kulit wajah anda dengan sunblock. Di antara kesan sinaran matahari pada kulit adalah penuaan pra matang, jeragat, pigmentasi dan juga kanser kulit. Sebab itu penggunaan sunblock amat penting dalam melindungi kulit kita setiap hari.


8. PEMAKANAN

Jaga pemakanan anda. Mungkin nampak remeh tapi You Are What You Eat ye. Amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Bagi kulit berjerawat, kurangkan/elakkan makanan yang berminyak. Ramai dari kita nampak remeh tentang pengambilan makanan tetapi kesan serta impaknya amat besar pada tubuh dan kulit wajah kita.


Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri secara semulajadi. Apa yang penting adalah kerajinan. Kalau malas, memang susah untuk mendapatkan hasil yang terbaik. 







YOUTH Skin Care merupakan produk skin care terbaru dari Shaklee. Baru dipasarkan pada awal tahun 2018 dan telah memberikan kesan yang baik kepada penggunanya. Ramai pengguna yang telah berpuas hati sama ada lelaki atau wanita. Iye, YOUTH sesuai buat semua, tidak mengira umur atau jantina dan paling penting sesuai untuk kulit Asia.

Berminat?
Hubungi saya sekarang okay
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

Share:

2 comments:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels