#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Saturday, July 28, 2018

NAK BUAT BISNES APA YE?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rasa macam nak buat part time bisnes, tapi tak pasti bisnes apa yang sesuai. Modal sendiri (duit di tangan) rasa tak banyak. Tapi dalam masa yang sama nak kena jaga anak-anak lagi. Rasa-rasa nak buat bisnes apa yang sesuai ye?



Bila lihat kawan-kawan lain yang berjaya dalam bisnes mereka, mulalah hati pun meronta-ronta sama untuk nak buat bisnes. Tapi bila fikir bisnes apa yang sesuai? Kebanyakkan dari kita stuck di situ. Lama memikirkan nak buat bisnes apa ye?

Saya kongsikan beberapa tips untuk anda yang sedang mencari nak buat bisnes apa bagi tujuan tambah pendapatan.


1. Bisnes VS Modal

Anda baru ingin memulakan bisnes tapi perlu melabur sekian jumlah RM sebagai modal. Untung belum tentu lagi ni. Saya perhatikan ada yang menawarkan bisnes menarik tetapi perlukan sebanyak lebih RM300. 

Ada juga yang menawarkan pulangan beribu ringgit pada bulan pertama tetapi perlukan anda untuk membuat pinjaman bank (personal loan) sebanyak puluhan ribu ringgit. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis seller/leader/ejen/stokis. Belum mula lagi sudah perlu berhutang. 

Jika tanya kepada saya, sudah tentu saya pilih yang tidak memerlukan saya untuk mengeluarkan modal yang banyak. Bisnes yang saya jalankan sekarang hanya perlukan modal sebanyak RM65 atau percuma (ada syaratnya). Mudah kan


2. Bisnes VS Stok

Jika kediaman anda mempunyai ruang atau stor yang luas untuk menyimpan stok, mungkin anda boleh memilih bisnes yang perlu mengeluarkan modal untuk mendapatkan barang yang hendak dijual. Tetapi jika ruang kediaman anda hanya selesa untuk anda dan keluarga sahaja, bagaimana? Di mana anda akan simpan semua stok jualan anda? Bisnes saya sekarang tidak memerlukan saya menyediakan stok di rumah. Sangat mudah bukan.

3. Bisnes VS Offline/Online

Ada yang mahir berniaga secara offline ada yang segan untuk mula buka mulut untuk berniaga. Ada yang berniaga secara offline dengan membuka kiosk atau gerai/kedai. 

Bisnes seperti ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi dari segi masa dan wang ringgit. Sebab itu ramai di kalangan perniaga memilih online bisnes kerana semua urusan bisnes hanya melalui atas talian tanpa perlu bersua muka. 

Ada bisnes yang sesuai untuk offline ada yang sesuai untuk online dan ada yang sesuai untuk keduanya. Dan saya lebih memilih menjalankan bisnes secara online kerana ianya mudah dan boleh dibuat di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Secara offline pun saya boleh lakukan dengan hanya sembang-sembang santau sahaja. Best kan.


4. Bisnes VS Demand

Cuba cari bisnes yang sentiasa mempunyai demand yang tinggi. Bukan demand wujud pada musim tertentu sahaja. Ini adalah untuk memastikan bisnes anda sentiasa mempunyai transaksi setiap hari. Ada ke bisnes yang mempunyai demand setiap hari? Sudah tentu anda.


5. Bisnes VS Support

Untuk memulakan bisnes, seeloknya carilah mentor atau leader yang dapat membimbing serta membantu anda. Sekurang-kurangnya anda lebih jelas tentang matlamat serta target dalam bisnes. 

Matlamat serta target amat penting dalam memastikan kelangsungan bisnes anda. Sudah pasti anda tidak mahu bisnes terhenti di tengah jalan. Saya rasa sangat bertuah sebab ditemukan dengan bisnes-bisnes leader yang hebat di dalam team saya. 

Group yang sentiasa positif dan komited serta saling bantu-membantu seperti sebuah keluarga yang besar. You'll never walk alone caranya.



5 tips saya kongsikan untuk anda yang sedang dalam dilema nak buat bisnes apa selepas ini. Saya faham, kita semua mempunyai alasan tersendiri kenapa kita ingin berbisnes. Lagipun Rasulullah sendiri pernah bersabda, " 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan"




Nak tahu apa bisnes yang saya buat sekarang ini? 
Klik sahaja link ni dan saya akan bongkar rahsia saya bersama kawan-kawan lain yang telah berjaya : http://bit.ly/2Oh6mcF

Selamat berbisnes!
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels