#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, July 23, 2018

BISNES ONLINE DARI RUMAH TANPA MODAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rata-rata zaman ini ramai yang menjalankan perniagaan secara atas talian (online business). Bila scroll Facebook atau Instagram, macam-macam produk yang kita boleh lihat dijual secara online. Dan sebenarnya ramai juga ibu-ibu yang menjalankan bisnes dari rumah. Tapi bagaimana jika bisnes dari rumah TANPA MODAL? Tanpa perlu simpan stok.



Untuk memulakan bisnes online terutama bagi mereka yang baru ingin bermula, pastikan anda memilih bisnes yang tidak membebankan kepada diri dan keluarga. Banyak bisnes yang menawarkan pulangan yang lumayan dan janji seperti bulan dan bintang tetapi pastikan juga bagaimana bisnes tersebut dijalankan.

Saya sendiri buat dua kerja setiap hari (seorang ibu dan multitask itu adalah biasa). Saya seorang ibu bekerja secara tetap setiap hari Isnin hingga Jumaat dan juga melakukan bisnes online setiap hari tanpa masa yang tetap. Kenapa masa saya melakukan bisnes online tidak tetap? Sebab bisnes online yang saya lakukan ni boleh di buat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Sesambil layan anak-anak pun masih mampu menjalankan bisnes online. Dan pilihan saya tentunya bisnes bersama Shaklee.

Dengan Shaklee Online Bisnes, saya tidak perlukan modal untuk menyimpan stok malah tak perlu pun untuk saya buat stok di rumah. Segala urusan untuk customer 100% melalui atas talian sahaja. Mudahnya kerana setiap pengedar sah Shaklee mempunyai akses ke Shaklee2u yang membolehkan order dari customer dapat diuruskan dengan mudah dan pihak Shaklee akan terus menghantar barang yang di order kepada customer tanpa perlu saya perlu bersusah-payah ke pejabat pos untuk urusan pengeposan. 

Bukan itu sahaja, untuk mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee juga tidak membebankan. Ada dua cara yang boleh digunakan.

1. Daftar sebagai ahli dengan bayaran hanya RM65; atau
2. Daftar ahli secara percuma dengan setiap pembelian 200UV (point)

Keduanya ada kelebihan tersendiri. Dan bagi kaedah ke 2, jika customer membeli beberapa jenis produk dan point mencukupi 200UV, saya galakkan mereka untuk terus mendaftar sebagai ahli dan berjimat. Dan secara tidak sengaja akan ada bonus daripada Shaklee di pertengahan bulan. Untung kan, membeli sambil berjimat dan secara tidak sengaja boleh dapat bonus pada bulan berikutnya.

Ingin keluar dari 'zon selesa' yang sebenarnya tidak berapa selesa buat anda dan keluarga? Perlukan dana tambahan bagi keselesaan dan pendidikan anak-anak? Cubalah dengan bisnes online Shaklee Way.


Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels