#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, April 2, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Pertama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Entry kali ini saya nak berkongsi pengalaman bersalin kali pertama. Pengalaman 9 tahun yang lalu ketika berjuang melahirkan kaklong kami. Dan dengan kehadirannya lah saya dan suami belajar menjadi mama dan ayah, dengan dia juga kami mendapat pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan sampai bila-bila. Dan saya percaya setiap ibu mempunyai cerita sendiri tentang pengalaman melahirkan kali pertama bukan.

Kaklong dilahirkan pada 28 Ogos 2008, dan kehadirannya awal 2 minggu daripada tarikh jangka bersalin (EDD). Saya melakukan rutin check up seperti biasa di klinik kesihatan berdekatan di rumah. Sangat tidak dijangkakan pun sebenarnya. Dan hari itu adalah hari Khamis.

Bangun pagi saya seperti biasa untuk solat Subuh dan bersiap untuk ke kerja. Selepas saya membuang air kecil, saya dapati ada darah pada toilet bowl. Agak suspend sebab hanya saya dan suami sahaja pada masa ini. Syukur suami tidak outstation pada waktu itu. Terus saya hubungi mak saya di kampung. Sian mak, pepagi kena kacau dengan anak dengan panggilan telefon.

Mak nasihatkan saya untuk terus ke hospital sambil dia bertanyakan Opah. Opah merupakan kawan mak yang saya kenal dan merupakan seorang pengamal perubatan tradisional termasuk mengurut orang berpantang. Ikut nasihat mak, saya bersiap dengan memakai kain batik (huhuhuhu) dan tshirt. Jam 7.30 pagi kami keluar ke hospital which is saya sebenarnya tidak menjangkakan hari itu merupakan hari saya melahirkan.

Jarak antara rumah dan hospital tidak lebih 10km pun. Buku merah jangan lupa bawa. Sebaik sampai di Hospital Putrajaya, kami terus ke bahagian wad bersalin. Nurse di kaunter bersoal jawab dan minta saya untuk masuk ke dalam. Pada masa ini, ada beberapa orang bakal-bakal ibu seperti saya yang sedang menunggu giliran. Dan masa ini saya sudah mula rasa gundah gulana. Hati tidak tenteram. Macam-macam perasaan sudah mula hadir dalam diri. Suami sedang menunggu di luar kaunter.

Saya diminta oleh nurse bertugas untuk buat urin test. Ini adalah test yang biasa bagi ibu hamil. Kemudian berat ditimbang. Setelah selesai, saya kembali duduk di kerusi menunggu. Saya memandang bakal-bakal ibu yang lain, muka mereka tenang walaupun sedang menahan sakit. Sedangkan saya masa itu masih belum terasa sakit. Rasa macam nak lari balik je dulu......takut.

Kemudian nama saya dipanggil dan diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan. Hati sudah mula tidak keruan. Doktor yang attend bersoal jawab dengan saya. Dan saya maklumkan lagi sekali yang ada blood spot jam 6 lebih pagi tadi. Dan doktor cakap "kita check bukaan jalan dahulu". Buat saya yang pertama kali,saya merasai apa itu check bukaan jalan. Proses yang bagi saya agak menyakitkan. Tapi sebenarnya jika si ibu dalam keadaan tenang dan relax, dan tidak terlalu stress pada muscle, prosedur ini tidak menyakitkan pun. Pesan saya buat bakal ibu, ketika melalui prosedur ini, tarik nafas seperti biasa, tenang dan relax dan berselawat. Insyaallah it will be smooth.

Doktor yang membuat pemeriksaan maklumkan jalan dah buka 3cm!! Dan saya rasa pelik kenapa saya tidak rasa seperti jalan sudah buka...hihihihi. Terus saya diminta untuk masuk ke labour room dan nurse diminta untuk panggil suami temankan saya dalam labour room. Bila jumpa suami dalam labour room, saya masih boleh tersenyum dan ceritakan semula apa yang berlaku tadi. Seperti biasa, saya diminta untuk menyalin pakaian dan diberikan ubat untuk membuang. Kemudian baring pada katil. Semasa saya masuk dalam labour room jam menunjukkan 8.30 pagi lebih kurang. Dan suami maklumkan rakan pejabat ada call sebelum itu untuk ajak makan pagi. Waaaaaaa..makan pagi apanya, dah masuk labour room dan berita itu mengejutkan mereka.....surprise sebab kata mereka hari sebelumnya saya di pejabat nampak seperti biasa. Tiada tanda-tanda yang saya akan bersalin.

Dan tak lama selepas itu, saya mula rasa sakit contraction. Air ketuban doktor telah pecahkan semasa pemeriksaan tadi. Dan itulah kali pertama saya merasakan sakit contraction sambil kepala terfikirkan mak dan MIL saya yang pernah rasa semasa melahirkan kami. Sangat-sangat besar pengorbanan seorang ibu sebenarnya kerana sakit yang ditanggung hanya dirasakan sendiri.

Kesilapan saya yang paling besar sebelum melahirkan kaklong adalah saya TIDAK MAKAN. So please pada bakal-bakal ibu, tolong makan sebelum bersalin. Kerana proses bersalin normal memerlukan tenaga yang amat banyak ye. Last saya makan malam sebelumnya jam 10malam dan sebelum bergerak ke hospital saya hanya sempat minum vitagen sebotol itupun berkongsi dengan suami. Maklumkan pada nurse ye jika ibu belum makan. Jangan jadi seperti saya.

Disebabkan suami pun belum makan, saya minta dia pergi untuk makan dahulu. Sebab nurse yang bertugas bagi tahu yang bukaan jalan bagi anak pertama selalunya dalam 1 jam 1cm. So saya kira-kira sempat la suami untuk bersama ketika saya melahirkan nanti. The best part is, semasa saya dalam labor room sendirian, nurse yang bertugas agak kelam kabut mengemas. Katanya ada audit 5S. Dan saya tak tau nak expression macam mana. Hahahaha.

Masa sedang melayan sakit contraction sendirian, ada seorang nurse datang dan menawarkan jika saya ingin mengambil epidural. Apa yang saya tahu tentang epidural waktu itu adalah cucuk di bahagian belakang dan memberikan kesan sampingan sepanjang hayat. Okay saya akui saya tidak buat banyak research untuk bersalin. Dan saya fikir everything just follow the flow, ikut cakap doktor. And my answer is tak nak la kut. Then nurse tu cakap nanti tak tahan sakit lagipun ni anak sulung. Dan saya still say no. Masa tu tak boleh fikir pasal epidural, nak search pun tak de sebab masa tu belum ada smart phone lagi.

Tak lama lepas tu, nurse yang sama datang dengan seorang doktor pakar. Sama, menawarkan untuk saya ambil epidural. And my answer is still no. Kenapa saya say no? Sebab saya tahu mak saya bersalin tanpa ambil epidural dan saya nak rasa sendiri macam mana mak saya melahirkan saya. Dan doktor cakap sekarang maybe boleh senyum-senyum lagi nanti sakit dah tak boleh senyum. Saya reply takpe. Stubborn me...hahaha

Disebabkan saya menolak epidural, nurse berikan suntikan tahan sakit secara injection. Dan kesannya saya akan rasa mengantuk. Dan memang benar saya mengantuk dan tertidur. Melayan contraction juga memerlukan tenaga dan saya sudah mula rasa letih......kan saya tidak makan dari pagi. Please ibu-ibu tolong jangan tidak makan ye.

Saya tidak sedar bila suami masuk semula temankan saya sebab saya tertidur. Cumanya tiap kali contraction makin kuat saya akan terjaga secara mengejut sebab sakit. Saya ada bagi tahu pada nurse yang saya masih belum makan, katanya once dah masuk labor room dah tak boleh makan. Hanya mampu tersenyum.........

Jam 1 tengah hari, contraction makin kuat dan saya sudah tidak boleh tidur. Sakitnya...masyaallah memang tak tertahan. Hanya mampu berdoa di dalam hati sambil genggam erat tangan suami setiap kali sakit menjengah. Jam sebenar saya dah tidak ingat tapi bila doktor check bukaan jalan sudah 9cm. No wonder la sakit kan. Dan doktor serta nurse terus bersiap untuk menyambut kelahiran.

Sesungguhnya saya memang tiada ilmu tentang kelahiran. Hanya pesan dari mak serta orang lama sahaja yang saya ada. Sudah la saya tidak makan dari pagi, energy pun sudah berkurang. Proses melahirkan kaklong agak lama. Dan jika saya tidak silap hampir setengah jam! Hingga doktor yang bertugas meminta nurse untuk ambil vacuum. Masa ini, sokongan suami amatlah penting. Dan saya juga amat berterima kasih pada nurse yang sama-sama memberikan sokongan buat saya. Really appreciate them so much.

Akhirnya jam 3.02 petang, kaklong dilahirkan setelah saya cuba sedaya upaya untuk melahirkannya. Berat kaklong hanya 2.56kg sahaja. Tidak seperti kelahiran lain, kaklong lahir tanpa menangis. Doktor dan nurse terus melihat keadaan kaklong. Hati sudah mula risau kenapa anak saya tidak menangis sedangkan sepatutnya bayi yang diahirkan akan terus menangis. Sejujurnya sama amat penat ketika itu. Rasanya seluruh tenaga saya sudah all out. Tidak lama selepas itu suara kaklong mula kedengaran dan syukur alhamdulillah.....saya rasa lega mendengarnya. Maafkan mama ye kaklong, salah mama kaklong hampir lemas...

Kaklong Day 2


Disebabkan kepenatan yang amat sangat, saya tidak sedar bila prosedur jahitan luka selesai dan bila suami keluar dan masuk. Saya tertidur. Kaklong terus dihantar ke NICU untuk pemerhatian doktor pakar. Saya tidak sempat untuk memeluk dan menyusukan kaklong selepas kelahiran. Moment yang paling saya rasa sedih tidak dapat dilakukan.

Setelah selesai tidak silap pada malamnya saya dimasukkan ke wad maternity. Dan saya masih dalam keadaan lemah. Malam itu juga mak, ayah dan adik-adik saya sampai di hospital. Entah macam mana mak saya boleh masuk walaupun bukan waktu melawat. Hebat mak saya ni.

Esok pagi, suami datang melawat dan bawa saya berjumpa kaklong di NICU. Sebenarnya malam selepas saya masuk wad suami dah ajak ke NICU tapi disebabkan saya amat keletihan, saya terpaksa tolak walaupun dalam hati nak sangat melihat anak sendiri. Suami tolak saya menggunakan kerusi roda ke NICU.

Pengalaman pertama masuk ke NICU, ada anak-anak kecil yang berada dalam incubator. Termasuklah kaklong. Doktor yang merawat kaklong maklumkan keadaan kaklong stabil dan baik. Cuma doktor tunggu untuk kaklong poo poo. Nyenyak kaklong tidur dalam bekas tu.

Menjengah tengah hari, saya menerima pelawat. Macam kekok pun ada sebenarnya. Hahahahaha. Dan kaklong dihantar kepada saya. Nurse yang hantar kaklong bagi tahu, baby okay dan dah berak pun. So kaklong dah discharge dari NICU...alhamdulillah.

Petang itu kami dibenarkan pulang. Dan sayalah orang paling gembira dapat balik ke rumah sebab tak minat stay lama-lama di hospital. Tapi saya amat berterima kasih pada semua petugas di Hospital Putrajaya sepanang tempoh saya di sana. Layanan amat baik. Walaupun sebelum itu ada cerita yang kurang enak tentang hospital kerajaan ni, tapi apa yang saya alami adalah sebaliknya. Syukur......

Alhamdulillah kaklong sekarang sudah darjah 3, dan menjadi kakak buat 3 orang adik. Kaklong seorang anak yang hebat. Because she is really my helper. Semoga kaklong membesar menjadi anak yang solehah dan bejaya dunia dan akhirat.......

Kaklong selepas kayuh basikal



Love yourself love your family

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels