#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, November 14, 2013

Info Herba : Jangan ingat barang di dapur tiada guna....

Salam semua.

Tempat kerja mama yg baru ni ada Unit Pemakanan n recently ada circulate memo makluman yg agak menarik. nak sihat n kekal langsing hanya godek2 jek barang kat dapur tu.check this out!

Kayu Manis
membantu mengimbangkan kadar gula dlm darah, membuatkan perut terasa kenyang lbh lama & mempercepatkan metabolisma badan.
Cuba : masukkan serbuk kayu manis ke dalam makanan spt roti gandum,oatmeal atau desert. kalo mama pergi kat auty anne's mama suka beli cinamon stick tu.

Halia
membantu menyingkirkan makanan pd saluran penghadaman, mencegah penimbunan lemak n kenaikan berat badan

Bunga Lawang
fungsi sama seperti kunyit yg membantu meningkatkan metabolisma badan & membakar lemak dlm badan

Kunyit
kandungan yg mempunyai beberapa zat dpt membantu menurunkan berat badan. juga mengurangkan pembentukan jaringan lemak n mencegah kenaikan berat badan.
Kunyit hidup makanan mama masa dlm pantang..huhuhuhu.mak mama tumbuk ngan ikan bilis n makan ngan nasi panas.....

Lada Hitam
mengandungi zat piperine yg membantu meningkatkan metabolisma badan. juga melancarkan sistem penghadaman lebih baik utk bakar lemak dgn lbh cepat

Ginseng
selain meningkatkan stamina, juga dpt membantu menambahkan tenaga & mempercepatkan metabolisma badan

Flaxseed
dpt membantu mengelakkan anda makan secara berlebihan & membantu menurukan berat badan

Bunga Raya
kaya dgn zat spt chromium, ascorbic acid & hydroxycitric acid yg membantu utk elak obesiti.
tringat dli masa sek men ada buat eksperimen jem bunga raya

Chill everybody.....

Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882 (wassap/sms)

Share:

Thursday, November 7, 2013

SUAMI MASAK JATUH STANDARD KE?

Assalamualaikum n Salam Sejahtera.

Mama nak tanya,sapa yg suami dia pandai masak?? mmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Suami saya memang pandai masak dan dialah masterchef kami di rumah. Biasanya orang kata lelaki ni bila masak memang sedap, tapi sebenarnya serious cakap memang sedap si dia ni masak. Syukur Alhamdulillah saya punya MASTERCHEF di rumah.



Selalu kawan-kawan ada juga yang memuji "untunglah cik suami pandai masak". Syukur Alhamdulillah (sambil senyum merenyih).

Tetapi selalu menjadi isu di kalangan lelaki ini adalah (mohon ampun dan maaf ye para lelaki sekelian) ada yg rasa apa class/standard memasak ni. Kerana memasak adalah tugas/tanggungjawab/kerja bagi seorang isteri. biar la dia masak. ish3. kene nye org pompuan tu ada anak kecik mcm mama yg manja2 n daring2 ni mmg x mkn la kut rasanya coz masuk dapur jek anak panggil. x pun masak yg slalu dlm sejam blh siap drag smpai 2 jam coz smbil masak dukung anak,layan anak,pujuk anak,tgk anak......fuhhh. penatnyer la. dan lg satu,keje org pompuan ni especially yg bekerja jugak "membantu keluarga" bukan memasak jek ye.cuba check.betol ke x mama tulis ni.antara keje org pompuan selepas blik keje:
1. masak (sebab nak bg hidangan terbaik utk famili w/pun simple coz air tgn ibu pengikat kasih sayang)
2. kemas umah (anak2 tlg 'kemas' cara derang plak)
3. basuh baju (mmg guna mesin tp baju masuk sendiri dlm mesin ke?)
4. sidai baju (baju x blh terbang n sangkut sendri ye)
5. lipat baju (nape xde mesin yg blh tlg lipatkan)
6. iron baju (x sanggup tgk asben n anak g school n keje pkai baju kedut2)
7. basuh pinggan mangkuk (nak mtk tlg anak kecik lg)
& seterusnya rutin seorang ibu bekerjaya.

mama rasa x salah pun kalo asben tlg wifey dia masak malahan wife akan bertambah2 sayang, anak2 pun akan bertambah sayang jugak.anak2 mama kalo ayahnya masak akan ckp mcm ni "sedap sangat2 ayah masak"- x bangga ke si ayah? kalo x blh nak beria masak pun buat roti bakar utk breakfast pun cukup then you will see how ur wife react to you including your child. x caya? cuba la try test dulu (hohohoho).

so pd suami2,ayah2,bapa2...... jgn la berkira sgt nak tlg si isteri tu ye.byk dah dia tlg anda buat utk melengkapkan hidup anda setiap hari. even KEKASIH ALLAH, Rasulullah sendiri pun jahit baju Baginda yg terkoyak tnpa minta bntuan isteri.kita nie siapa jek kan.

Buat ayah...thx so much for what u have done for us...(owh..jiwang jap mama..miahahahaha)

Buat isteri2, mmmmmmmmm apa mama nak pesan ye? kita cuba buat yg terbaik utk famili kita okies. Doa kepada Allah adalah yg terbaik.just minta jek apa pun (termasuk nak suami tlg kita) Insyaallah Dia Maha Mendengar.....Insyaallah

Jom saling sayang menyayang!! love3 
Share:

Monday, November 4, 2013

INFO: BAGAIMANA SUSU IBU TERHASIL?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Anda seorang ibu yang menyusukan anaknya dengan susu ibu? Tahniah kerana anda berjaya menyusukan anak. Satu tugas yang selalu di anggap susah, renyah, tidak kuat untuk di lakukan dan tidak mudah sebenarnya untuk dilakukan. The best milk for our kids is SUSU IBU.



Dalam dunia penyusuan susu ibu, ilmu penyusuan sangatlah penting. Antara yang perlu ibu-ibu perlu tahu adalah bagaimana sebenarnya susu ibu terhasil. Video di bawah menerangkan secara terperinci bagaimana susu ibu terhasil:


Sumber Youtube


Berikut merupakan ringkasan daripada video tersebut: 

Setiap kali susu ibu terhasil, ada dua proses yg terlibat iaitu PROSES PENGHASILAN dan PROSES PENGALIRAN.

Proses Penghasilan:

  1. Apabila bayi menghisap susu pada payudara ibu, ianya akan merangsang reseptor pada puting dan areola ibu.
  2. Signal akan di hantar ke otak ibu
  3. Otak akan merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon PROLAKTIN dan di hantar ke payudara melalui pengaliran darah
  4. Alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan merangsang kelenjar mamari untuk menghasilkan susu ibu
  5. Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin untuk smpai ke reseptor di alveolus.
  6. Apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurang
  7. Apabila alveolus di kosongkan, sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan membenarkan prolaktin melaluinya untuk rangsang kelenjar mamari bagi menghasilkan susu semula.
  8. Perembesan hormon prolaktin dinamakan REFLEKS PROLAKTIN

Proses Pengaliran:

  1. Apabila bayi menghisap, signal akan di hantar ke otak si ibu untuk merangsang kelenjar pituitari (anterior) untuk merembeskan hormon OKSITOSIN
  2. Hormon oksitosin di bawa ke payudara melalui pengaliran darah
  3. Hormon ini akan merangsang sel mioepitelia mengecut dan merangsang pancutan susu melalui duktus laktiferus ke arah areola dan puting.
  4. Refleks ini juga dinamakan let-down reflex

Jadi hormon prolaktin dan oksitosin amat penting dalam penyusuan susu ibu. Konsep DEMAND & SUPPLY juga adalah penting. Jika konsep demand and supply tidak dilakukan dengan baik, proses penghasilan susu boleh berkurangan. Seolah-olah sebuah kilang membuat mainan teddy bear, yang makin lama permintaan terhadap teddy bear makin berkurang, menyebabkan penghasilan teddy bear tersebut pun makin susut.

Dan apa yang penting juga bagi ibu yang menyusukan anaknya, mindset dan fikiran yang sentiasa positif sebelum dan semasa menyusukan anak. 

Breastfeeding journey adalah sesuatu yang indah dan sepatutnya dinikmati saat-saat itu bersama bayi anda. Happy breastfeeding.

I LUV BREASTFEEDING!!
Love yourself love your famili
Pengedar Shaklee Anda
Norlen 0124845882
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels