#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Sunday, December 13, 2015

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Entry kali ni mama nak share testimoni berkenaan set berpantang shaklee ni. Mama sendiri menggunakan set ini semasa berpantang anak ke 4 baru2 ni. Memang terasa berbeza, badan lebih bertenaga dan tidak terlalu lemah. Jahitan bersalin sembuh dalam tempoh tidak sampai 2 minggu!!! Sebelum ni hampir 3 minggu pun rasa takut2 lagi kat bahagian jahitan tu....seriau tau. Jom mama kongsikan koleksi testimoni pengguna Set Berpantang Shaklee.

Share:

Kenali Serangan Jantung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Entry kali ni mama nak share info tentang serangan jantung. Rasanya semua sedia maklum bahawa serangan jantung antara pembunuh nombor 1 di dunia dan kebanyakkannya terjadi dalam keadaan yang tak disangka-sangka. Kalau readers masih ingat, bulan September 2015 yang lalu dunia dikejutkan dengan kematian Putera Raja Dubai, Sheikh Rashid bin Mohammed yang meninggal disebabkan serangan jantung pada usia 33 tahun. Masih muda lagi kan. Di Malaysia sahaja, serangan jantung adalah sekitar 141 bagi setiap 100,000 orang dalam setahun. Mengikut rekod perubatan di Malaysia, pesakit paling muda yang pernah mendapat serangan jantung adalah berusia 19 TAHUN!



Share:

Wednesday, December 2, 2015

Takziah Buat Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bulan November lepas kita semua didengarkan dengan desas desus khabarnya penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza hamil. Pasti peminat2 siti teruja kan,ye la,9 tahun menunggu untuk mendengar khabar gembira.

Tapi hari ini tanggal 1 Disember,siti sendiri telah mengumumkan bahawa beliau telah pun keguguran di saat usia kandungan mencecah 2 bulan. Besar ujian dan dugaan buatmu. Semoga siti tabah menghadapinya. Insyaallah,anak syurga itu akan menanti ibunya di sana nanti.

sumber dari google

Share:

Friday, November 13, 2015

Cuti Menjaga Anak Bagi Penjawat Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Jika anda seorang ibu yang bekerja di sektor kerajaan, korang tau tak berkenaan Kemudahan Cuti Menjaga Anak? Kemudahan ini khas buat para ibu sahaja ye, ayahnya takde. Jom mama kongsikan secara ringkas berkenaan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (CMA):

  1. Boleh merujuk kepada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014
  2. Merupakan cuti tanpa gaji
  3. Tidak terikat dengan Cuti Bersalin
  4. Bukan hanya untuk anak kandung sahaja, kemudahan ini turut diperluaskan buat anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat, anak pelihara
  5. Maksima pengambilan CMA adalah 5 tahun bagi sepanjang tempoh perkhidmatan



Macam mana nak apply cuti ni? Mula2 ibu2 perlu discuss dengan husband. Ni penting ye especially ibu2 yang bekerja untuk bantu suami. Mama rancang untuk ambil cuti sehingga baby Hanan berumur 6 bulan. 3 bulan dan cuti bersalin so mama tambah lagi 3 bulan untuk cuti menjaga anak. To be exact mama tambah 100 hari. Bila discuss dengan husband, si dia pun setuju coz kebetulan cuti bersalin 3 bulan mama habis seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Maksudnya elok mama naik kerja, kaklong dan kakngah pun mula cuti sekolah. Kesian pula kat anak2. So mama pun decide nak ambil cuti menjaga anak dan ayah derang pun setuju. Alhamdulillah.

Kat pejabat perlu la maklumkan dekat bos pula ye. Berdebor nak cakap ngan bos tapi alhamdulillah bos luluskan untuk ambil cuti menjaga anak. Position mama di pejabat tidak di 'float' maksudnya nanti mama masih bekerja di tempat yang sama bila mula bekerja nanti. 

Bagi ibu2 yang dah biasa, bagi permohonan cuti bersalin perlu isi borang dan hantar kepada pihak pentadbiran. Borang ni hantar sebelum bersalin. Tapi bagi borang cuti menjaga anak (mama pilih option bersambung dari cuti bersalin) perlu hantar borang CMA tersebut paling lewat 30 hari sebelum cuti bersalin tamat. Sebab masa nak hantar borang ni, perlu sertakan bersama salinan surat beranak baby. And mama pun hantar borang bila dah habis tempoh berpantang kepada pihak pentadbiran. Alhamdulillah permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Ada yang tanya mama macam mana dengan komitmen potongan bulanan yang dibuat melalui pemotongan gaji? Bagi komitmen tersebut, ibu2 perlu uruskan sendiri dengan pihak berkenaan. Contoh pinjaman peribadi ke, so ibu2 perlu ke bank berkenaan untuk berurusan.

Bagi ibu2 yang mungkin ingin meluangkan masa bersama anak2 buat sementara waktu, mungkin boleh menggunakan kemudahan cuti menjaga anak ini. Walau apapun yang ibu2 pilih, pastinya hanya yang terbaik buat keluarga kan. Mama doakan agar segala urusan ibu2 semua dipermudahkan Allah sentiasa. 

Sekarang ni merasa la mama jadi surirumah dan ibu sepenuh masa...sebelum ni part time jek....

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882

Share:

Thursday, October 22, 2015

Meningkatkan Pengeluaran Susu Ibu Dengan Herba

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Milk Booster memang amat terkenal di kalangan ibu-ibu yang menyusu. Ada berbagai-bagai jenis milk booster di pasaran. Ada jenis bentuk pil, cecair dan sebagainya. Tetapi adakah milk booster ni betul-betul berkesan bagi ibu menyusu yang ingin tambah pengeluaran susu ibu? Sebenarnya ianya bergantung padam penerimaan badan ibu itu sendiri. Disini ibu-ibu perlu try and error kerana ada ibu sesuai dengan bahan A tetapi tidak dengan bahan B begitu juga sebaliknya.

Entry kali ni mama nak kongsikan di antara herba-herba yang dikatakan dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Mungkin ibu-ibu boleh mencuba.

1. Fenugreek


Fenugreek merupakan salah satu herba yang amat popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dalam membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ianya diakui merupakan remedi yang terbaik dalam meningkatkan pengeluaran susu ibu. Ini kerana fenigreek berupaya untuk merangsang kelenjar yang menghasilkan susu ibu.
Mengadungi phytoestogens yang berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu dan juga mengaktifkan aktiviti kelenjar peluh. Kelenjar mamari (menghasilkan susu ibu) juga merupakan salah satu kelenjar peluh.


2. Biji Adas (Fennel Seed)


Biji Adas merupakan galactogogue yang bermaksud bahan yang merangsang penghasilan susu ibu. Disamping itu adas juga membantu dari segi penghadaman dan juga mencegah colic pada bayi.


3. Jintan Putih



Jintan putih juga dikatakan dapat membantu penghasilan susu ibu. Disamping itu, ia juga berkesan dalam meningkatkan sistem pencernaan ibu-ibu kerana dapat memberikan kelegaan daripada kembung, keasidan dan juga sembelit.
Jintan putih juga kaya dengan zat besi (iron) dan dapat memberikan tenaga bagi ibu-ibu yang baru melahirkan.


4. Alfafa


Alfafa mengandungi antioksida dan kaya dengan vitamin dan mineral. Alfafa juga agak popular di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak. Daun alfafa juga boleh di bru bersama dengan teh.


5. Bawang Putih

Bawang Putih seringkali digunakan dalam masakan. Siapa sangka ianya juga merupakan salah satu galactogogue. Ianya membantu dalam penyusuan disamping memberikan kelebihan dari segi kesihatan buat ibu-ibu. 


6. Halia 
Halia juga seringkali digunakan dalam masakan. Disamping itu halia agak terkenal sebagai herba jika mengalami masalah angin. Dikatakan halia bagus dalam mengekalkan good milk flow. Salah satu cara untuk menikmati halia adalah dengan meminum teh halia dicampur madu.


Walaubagaimanapun, ibu-ibu harus ingat,sebarang pengambilan mil booster tidak akan berkesan jika konsep demand and supply tidak digunakan. Atau dengan kata lain, ibu-ibu tidak mengepam apabila tidak bersama bayi atau kurang menyusukan bayi. Ibu-ibu perlu memahami bagaimana susu ibu dihasilkan. Jika tidak, sebarang milk booster tidak akan berkesan. 

Apa milk booster mama? Mama juga ada milk booster pilihan mama sendiri. Mama mengamalkan Alfafa daripada Shaklee. Kebanyakkan ibu-ibu yang sudah mencuba insyaallah dan alhamdulillah berpuas hati dengan hasil yang diperolehi. Bukan setakat mama dapat meningkatkan penghasilan susu ibu, tetapi mama juga mendapat faedah berikut daripada Alfafa Shaklee ni:


* Alfafa Complex menggunakan daun alfafa yang telah matang dan bebas daripada bahan kimia
* Mencuci hati, darah dan usus (detox)
* Menyingkirkan lemak dan kolestrol (kesan penggunaan jangka panjang)
* Melegakan keletihan
* Memperbaiki masalah saluran penghadaman
* Mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium,potasium,fosforus dan zat besi

dan banyak lagi kebaikan alfafa yang diperolehi. 

Bagi ibu-ibu yang ingin mendapatkannya, boleh hubungi mama di 0124845882. Juga jika ibu-ibu yang ada sebarang pertanyaan, jangan segan-sengan untuk bertanya ya. Teruskan penyusuan susu ibu kerana anda ibu hebat!

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882



Share:

Tuesday, October 13, 2015

Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bila kita bercakap tentang ibu yang breastfeed anak, seringkali apa yang terlintas di fikiran orang lain adalah di antaranya susu dia banyak boleh la, ala menyusu macam tu senang tak perlu nak berbotol bagai dan sebagainya. Tapi korang tahu tak apa yang berlaku bila si ibu dah decide untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu? 

sumber dari google.

Menyusukan anak dengan susu ibu bukan hanya selak baju then anak isap susu macam tu sahaja ye. Banyak faktor yang harus di ambil kira untuk menjayakan penyusuan susu ibu tak kira sama ada si ibu bekerja atau seorang suri rumah sepenuh masa. Di antaranya:

1. Ilmu mengenai penyusuan
Ilmu amat penting ye. Bukan mudah untuk berjaya menyusukan anak jika tanpa ilmu. haaaa.... rasa susah ke? Nowadays banyak artikel, blog, buku yang bercerita berkenaan susu ibu ni. Terutama bagi ibu baru, bagaimana cara bayi menyusu dengan betul pun perlu tahu. Ramai ibu2 yang mama tengok menyusukan anak tapi kepala anak terteleng dan tak selari dengan postur badan bayi. Even kita yang dewasa ni pun kalau makan kita duduk betul menghadap makanan. Ada beberapa cara dan teknik yang boleh digunakan semasa menyusukan bayi. Ibu2 perlu google sahaja ye. 

2. Emosi
Ibu2 yang menyusukan anak perlu menjaga emosi agar tidak stress. Ini kerana jika ibu2 stress, pengeluaran susu boleh berkurangan kerana hormon 'bahagia' tidak ada. Jika si ibu kerap sangat stress, production susu boleh berkurangan dan ini boleh menyebabkan si ibu lebih stress. Si ibu perlu bertenang agar tidak menjejaskan pengeluaran susu ibu. Cubalah makan coklat untuk lebih relex.

3. Sokongan ahli keluarga
Ketahuilah bahawa sokongan ahli keluarga terutama si suami amatlah penting dalam membantu dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Pengalaman mama sendiri, mak mama bukan seorang yang menyusukan anak dengan susu ibu dan dia tak yakin mama boleh susukan anak a.k.a cucu dia dengan jaya. Tetapi berkat sokongan suami dan kawan2 alhamdulillah mama berjaya menyusukan anak dah buat stok. Bila mak mama datang dan buka freezer, alangkah terkejutnya bila penuh freezer ngan stok susu. Haaa...best kan tengok stok banyak. Berbincang dengan suami yang ibu2 perlukan sokongan si dia. Carilah kawan2 yang sama2 support breastfeeding agar ibu2 tidak kesunyian.

4. Berdoa

Bagi yang muslim, sentiasa berdoa pada Allah agar dipermudahkan untuk ibu2 menyusukan anak. Di antara doa yang boleh di baca adalah " Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan". 
"Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku" Doa ini boleh dibaca setiap kali lepas solat, semasa menyusukan anak atau semasa ibu2 mengepam. Jangan putus untuk memohon pada Yang Esa kerana sesungguhnya Dialah pemberi rezeki.


5. Jangan hiraukan kata2 negatif
Betul, masih ada segelintir manusia yang bersikap skeptikal dengan ibu2 yang menyusukan anak ni. Jangan pedulikan mereka kerana ibu2 sudah berazam untuk memberikan hanya yang terbaik buat si manja. Teruskan usaha murni ibu2 itu....

6. Niat
Seeloknya, sebelum bayi dilahirkan, ibu2 tanamkan azam dan niat untuk menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Bila ibu2 dah ada mindset sebegitu, insyaallah Allah akan permudahkan.

7. Penjagaan permakanan
Ibu2 menyusu selalunya masih lagi 'berpantang' beberapa jenis makanan untuk mengelakkan ketidakselesaan buat bayi. Namun begitu, ibu2 juga perlu memastikan agar ibu2 mengambil keperluan vitamin dan mineral untuk memastikan ibu2 tidak berasa letih. Jika ibu2 cepat letih, kemungkinan untuk pengurangan jumlah pengeluaran susu ibu boleh berlaku. Semasa proses penyusuan, ibu2 sebenarnya sedang membakar kalori (walaupun sedang baring) dan si anak sedang menerima segala keperluan vitamin dan mineral untuk membesar melalui susu ibu. Sebab itu ibu2 perlu memastikan pemakanan dan diet yang betul di ambil semasa menyusukan anak. Mama sendiri mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sejak dari anak ke 3 hingga sekarang anak ke 4. Alhamdulillah memang sangat membantu mama dari segi diet dan kesihatan.

Ibu2 teruskan menyusukan anak sehingga termampu. Mama menyokong penyusuan susu ibu!!

FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882


Share:

Wednesday, October 7, 2015

DIY Homemade Play Dough

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Homemade play dough ni sebenarnya inspired by seorang ibu yang sangat awesome iaitu Pn Salwa Saleh (salwasaleh.com). Kebetulan mama pun masih lagi dalam maternity leave,cuaca pula berjerebu,sian kat kaklong,kakngah dan abam daniyal terperuk jek dalam rumah. So mama decide nak buat sesuatu yang homemade dan boleh jadi aktiviti anak-anak ni.

Bila mama tengok bahan2 yang digunakan dan cara2 membuat play dough ni,rupanya senang jek. Barang2 pun most memang dah ada kat dapur. Jom mama share ngan korang mana tau pasni ibu2 boleh buat sendiri jek,tak perlu beli play dough.

Bahan2:
* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan air
* 2 sudu kecil cream of tartar
* suku cawan gula halus
* 1 sudu besar minyak sayur (mama guna minyak jagung)
* pewarna makanan (ikut suka nak warna apa)

Cara2 untuk masak (kena masak ye play dough ni):
1. Campurkan tepung gandum,air,cream of tartar,garam,minyak sayuran dalam periuk dan kacau bagi rata (ala2 macam nak buat cucur tu)
2. Bila dah sebati,panaskan dengan api perlahan adunan tadi
3. Sentiasa kacau adunan (part ni mama letih sikit sebab guna tenaga tangan yang kuat)
4. Kacau sampai adunan jadi melekit dan macam doh. Bila dah jadi macam doh tu,boleh tutup api dan sejukkan dahulu.
5. Bahagi kepada beberapa doh kemudian campurkan warna dan uli untuk sebatikan warna tu.

Homemade play dough with color
Adunan yang telah masak



Senang kan??  Bila dah siap,it is priceless. Anak2 pun suka boleh main. Play dough ni perlu disimpan dalam air tight container ataupun zip bag. Kalau rasa keras,boleh dititiskan dengan air untuk guna semula. Jimat kan.

Selamat mencuba!
Share:

Wednesday, September 30, 2015

7 Perubahan Apabila Menerima Orang Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Tahniah mama ucapkan jika anda baru menerima kehadiran orang baru dalam hidup anda. Orang baru mama refer to new born ye,bukan yang lain. Bagi ibu bapa yang baru menambah bilangan ahli keluarga,mama ucapkan tahniah juga. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini memberikan keberkatan dan dimurahkan rezeki anda semua...amin.

Sape yang tak seronok kan bila ada baby ni. Semua parents akan rasa seronok,gembira dan akan memberikan sepenuh kasih dan sayang buat bayi yang baru dilahirkan. Tapi ibu dan ayah semua perasaan tak perubahan yang berlaku selepas bayi dilahirkan? Jom mama senaraikan di antaranya:

1. Tiada lagi tidur yang lena
Selalunya kita akan dengar kawan-kawan ataupun sedara kita kata "lepas ni tak tidur malam la korang". Setiap bayi mempunyai rutin yang berbeza. Bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu,akan lebih kerap bangun untuk menyusu kerana susu ibu lebih cepat dihadam. Kadang kala lampin perlu ditukar di waktu malam disebabkan bayi berak. Takkan ibu nak tunggu pagi baru nak tukar lampin anak kan. Ayah perlu la bantu ibu juga ye. Sian ibu sorang2 ada panda eye nanti.

2. Baby talk
Bayi akan mula mengeluarkan bunyi sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya. Dan secara tidak sedar ibu bapa turut berkomunikasi dengan menggunakan bahasa bayi atau baby talk seolah-olah anda memahami apa yang cuba bayi anda sampaikan. Comelkan

3. Mandikan bayi
Mandikan bayi tidak sama seperti mandikan anak yang lebih besar. Seeloknya si ayah yang uruskan mandi bayi semasa ibu berpantang. Bayi perlu dimandikan dengan air suam tidak panas dan tidak sejuk. Bertanya kepada yang lebih arif bagaimana untuk mandikan dan uruskan bayi agar si ayah tidak terlalu kekok kerana tulang bayi masih lagi lembut.

4. Automatic alarm system
Mungkin anda tidak perlukan jam loceng kerana tangisan bayi akan membuatkan ibu dan ayah bangun dan secara tidak sedar ibu dan ayah akan peka kepada tangisan bayi walaupun anda sedang tidur lena.

5. Menyusukan anak
Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu,mama ucapkan tahniah kerana ibu2 memberikan susu yang terbaik buat bayi. Teruskan. Tetapi bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak,mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan ibu perlu dibantu cara untuk menyusukan anak dengan betul. Posisi yang sesuai untuk menyusu dan cara bayi menyusu dengan betul. Ibu2 jangan malu untuk bertanya jika ada kemusykilan. Nak tanya dengan mama pun boleh ye.

6. Cium bayi
Anda akan suka untuk cium bayi anda setiap masa terutama sekali di waktu pagi. Bau bayi waktu pagi agak masam tetapi bagi mama itulah terapi untuk sepanjang hari. Bau masam itulah yang paling wangi bagi anda walaupun anda sebelum ini mungkin sensitif dengan bau. Best bau masam baby ni.

7. Bersihkan bayi
Bagi yang pertama kali menjadi ibu dan ayah,anda perlu belajar untuk tidak berasa geli untuk membersihkan najis bayi ataupun muntah bayi. Selalunya si ayah akan menghadapi sedikit masalah dengan ini tetapi lama kelamaan si ayah juga akan biasa. Don't give up ye.

Sebenarnya masih banyak lagi senarai perubahan yang berlaku kepada ibu dan ayah setelah menyambut kehadiran ahli baru. Yang mama senaraikan ni adalah di antaranya dan berdasarkan pengalaman mama sendiri yang dah ada 4 orang anak. Setiap anak berbeza dan istimewa. Kerjasama antara ibu dan ayah perlu dalam membesarkan anak2. Enjoy every moment with them coz the time will not come back.

Love yourself love your family.
Share:

Thursday, September 24, 2015

Rawatan Selepas Berpantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Alhamdulilah, mama dah selesai menjalani tempoh berpantang dengan selamat dengan izin drNya. Syukur sangat. Tapi,sebelum ni masa berpantang sepenuhnya di kampung,mama ada buat urut untuk abis berpantang. Kali ni masa abis berpantang di rumah sendiri,so kena cari sendiri untuk buat urutan tu. So 2 minggu sebelum habis tempoh berpantang,mama google pasal rawatan selepas habis berpantang. Then mama terjumpa pakej rawatan semalu dari mumdreams. Mama compare juga dengan search result yang lain,tapi mama lebih berat untuk memilih pakej tersebut. Makanya mama pun wassap nombor yang tertera untuk pertanyaan lebih lanjut.

Rawatan penutup pantang ni sebenarnya di buat untuk menaikkan seri dan as preparation sebelum bersama suami. Selalunya dibuat semasa hari ke 44,45 atau 46 macam tu. Pakej semalu dari mumdreams ni merangkumi bertungku,berurut,scrub badan (ni kalo orang buatkan memang best kan),bertangas dan mandi bunga. Ahli terapi yang datang kak rozita memang best sangat. Tak lokek dengan ilmu. Boleh bersoal jawab dengan yakin dan mama rasa amat selesa dengan kak rozita ni. Beliau ada juga pesan,komputer pun ada masa kena shutdown,inikan pula badan kita. Maknanya at least sebulan sekali kita perlu berurut dan paling lama 3 bulan sekali. Mama ni jenis cerewet dengan berurut ni tapi dengan kak rozita ni,very recommended la.

Bagi ibu ibu yang tak lama lagi akan habis berpantang,boleh la mencari pakej rawatan penutup pantang ni. At least dapat menyediakan badan kita untuk memulakan tugas rasmi sebagai ibu,isteri dan suri rumah.

Selamat berpantang dan habis berpantang you all!
Share:

Monday, September 21, 2015

Kesan Ambil Shaklee Terlalu Lama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pada sesiapa yang biasa dengan produk shaklee ni,mesti tahu trademark dia adalah 'Sentiasa Selamat, Berkesan dan Mesra Alam' (Always Safe, Always Work, Always Green). Tapi apa jadi jika pengguna terlalu lama mengambil produk shaklee ni?

                           
Ini testimoni dari pengguna tegar yang amat tegar produk shaklee ni. Semenjak tahun 1997 sehingga siekarang tahun 2015 masih menggunakan shaklee. Hampir 18 tahun telah menggunakan shaklee. Umur puan kita ni dah 52 tahun tapi masih lagi sihat dan aktif. Mama suka jika kesihatan kita kekal baik walaupun melewati umur emas sebab kita boleh beribadat tanpa sebarang masalah. Itu yang utama.

Kepada sesiapa yang ingin sama merasai shaklee effect seperti pengguna shaklee lain,boleh hubungi mama 0124845882.
Share:

Friday, September 18, 2015

Perbezaan Antara Ubat Dan Vitamin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang tau tak apa beza ubat dan vitamin atau makanan tambahan ni? Ramai dikalangan kita beranggapan vitamin sama seperti ubat dan juga menggelarkan vitamin sebagai ubat. Mungkin kerana ada sebahagian vitamin yang berbentuk seperti ubat. Jom kita tengok perbezaan keduanya.




Apa itu ubat?
  1. Ubat merupakan dadah atau bahan yang diambil bagi mengurangkan simptom atau sakit. 
  2. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan:
    • tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan,
    • dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor
  3. Ubat di ambil ketika sakit sahaja dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh doktor.
  4. Jika diambil secara berlebihan (overdose) boleh memberikan kesan yang buruk kepada pengguna.

Apa itu vitamin/makanan tambahan?
  1. Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.
  2. Makan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.
  3. Boleh di ambil pada bila-bila masa.
  4. Supplement diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk manusia. Walaubagaimanapun,pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk supplement kerana ada syarikat pengeluar supplement yang menggunakan bahan kimia dalam produk mereka.

Jika dilihat semula, ubat-ubatan hanya di ambil apabila sakit dan di bawah pengawasan doktor serta mengikut arahan yang telah ditetapkan. Dan seperti yang kita sedia maklum,pengambilan ubat bagi tempoh yang lama boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia. Overdose boleh membawa maut.

Bagi makanan tambahan/supplement/vitamin pula,ianya bukan pengganti kepada makanan. Supplement adalah untuk mencukupkan keperluan vitamin,mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang mana dengan gaya hidup manusia sekarang,untuk melengkapkan keperluan vitamin dalam badan agak sukar dilakukan. Vitamin yang diambil membantu  mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dalam tubuh manusia. Pengambilan supplement dapat merawat terhadap punca penyakit. Pastikan anda mengambil produk supplement yang selamat dan semulajadi serta terbukti berkesan agar tidak menyesal dikemudian hari.

Jika anda perlukan supplement yang selamat dan semulajadi serta terbukti berkesan,boleh hubungi mama di 0124845882. Mama sudi membantu.



Share:

Wednesday, August 5, 2015

Risiko Penggunaan Minyak Masak Yang Berulang

Pisang Goreng (Sumber Dari Google Image)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers semua.

Mama belanja gambar pisang goreng untuk entry kali ni. Amat rare kan kalo ada insan yang tak suka makan pisang goreng ni. Rugi bagi insan tersebut. Cewah. Tapi bagus sebenarnya bagi insan yang tidak makan pisang goreng tu. Kenapa? Sebelum tu, pernah tak korang mengulang guna minyak masak kat rumah korang? Contoh untuk goreng ikan atau ayam. Berapa kali korang guna minyak yang sama??

Kesan Penggunaan Minyak Masak Berulang
Sebenarnya penggunaan minyak masak yang sama berulang kali boleh memudaratkan kesihatan manusia. Apabila setiap kali suhu yang tinggi dikenakan pada minyak, molekul-molekul pada minyak tersebut akan bertindakbalas kimia dan akan ada perubahan pada minyak tersebut seperti warna, bau dan rasa. Sebab tu kita boleh nampak warna minyak yang lebih gelap dan bau yang tengit pada minyak yang digunakan berulang kali. 

Minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang boleh menghasilkan radikal bebas. Radikal bebas sering kali dikaitkan dengan penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegeneratif. 

Minyak sayuran yang dikayakan (enriched) dengan vitamin seperti omega dan sebagainya, jika dipanaskan berulang kali akan menyebabkan segala vitamin yang ada terhapus. Maknanya minyak tersebut tidak memberikan apa-apa kebaikan buat tubuh badan.

Minyak sawit yang digunakan 5 hingga 10 kali boleh menyebabkan penekanan darah tinggi dan kerosakan pada tisu jantung. Bagi wanita yang menopaus pula, boleh meningkatkan risiko untuk mendapat peyakit aterosklerosis. Aterosklerosis merupakan salah satu penyakit kardiovaskular di mana terdapat pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan. Pembentukan lesi aterosklerosis ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan seterusnya boleh membawa maut.


Berhati-hati jika terlalu kerap menggunakan minyak masak secara berulang. Elakkan menggunakan minyak yang telah berubah warna dan bau. Minyak masak tersebut jangan dibuang di dalam sinki, korang boleh simpan, kumpul dan hantar ke Pusat Kitar Semula.

Happy Cooking Everybody
Share:

Thursday, July 2, 2015

Tips Bersahur Dengan Cara Yang Sihat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers!

Kita dah masuk separuh bulan dah dalam Ramadhan yang mulia ni. Mesti ramai yang dah berjaya diet kan? Ye la, semua mesti ada perasaan untuk kelihatan cantik dan berseri di pagi hari raya nanti. Dengan pakaian yang cantik dan menarik, kalau yang perempuan belum masuk solekan di pagi raya lagi kan. Walau apa pun, jangan lupa bersederhana ye di pagi raya.


Ada yang tak berjaya diet lagi? Semak balik cara pengambilan makanan semasa bersahur dan berbuka tu. Jom mama share sikit tips nak bersahur:




Dari tips di atas, mama nak kongsi sedikit bagi #5 dan #6. 
Bagi tips #5, mama mengamalkan pengambilan Performance Drink sebab ianya merupakan minuman isotonik tanpa karbonat. Bukan mama jek, anak2 pun sama. Rasa memang sedap tau.
Bagi tips #6, mama mengambil ESP yang dibancuh bersama air. Kenapa? Sebab ESP sumber protein yang sihat, buat mama bertenaga (dah 34weeks pregnant, ikutkan memang la penat), Dan yang paling best indeks glisemik (GI) bagi ESP hanya 39 sahaja. 

So readers, jangan lupa bersahur dengan mengamalkan cara pengambilan makanan yang sihat ye. Menurut hadis Rasulullah SAW : "Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"
Share:

Saturday, March 28, 2015

Atasi Sembelit Anak Dengan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers!!

Entry kali ni mama fokus untuk ibu2 dan bapa2 di luar saya yang mengambil berat tentang anak2. Ye la,mak ayah mana tak sayangkan anakkan. Lagi pula anak itu adalah anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai dan tiada galang gantinya. (syahdu plak tetiba coz masa entry ni mama tulis kaklong ngan kakngah tiada di sisi.....sob..sob..sob)


Mesti ada parents yang biasa hadapi peristiwa anak sembelit atau dengan kata lain susah nak berak. Secara jujurnya, kaklong masa umur dalam 2 tahun memang kena masalah sembelit yang teruk. Kesian sangat kalau tengok kaklong dalam toilet nak membuang. Mama akan sentiasa temankan dia setiap kali kaklong nak membuang ni. Mama akan bagi sokongan moral untuk kaklong. Sampai bagi sokongan moral??? Yes, coz mama boleh nampak kesusahan kaklong masa kena sembelit tu. Mama akan pegang tangan dia, usap2 belakang badan dia so that kaklong rasa lebih selesa walaupun sebenarnya susah nak membuang masa tu. And mama percaya, mana2 ibu yang hadap situasi macam ni akan terlintas di hati, "Kalaulah boleh ditukar ganti tempat anak dengan aku". Betulkan. Rasa nak nangis sama bila tengok kaklong sembelit. Mama akan bagi kata2 yang menyenangkan kaklong masa dalam toilet. And bila kaklong kena sembelit, memang lama la dalam toilet. Sampai kaklong cakap sakit kaki mama. The most critical moment, bila terpaksa bawa kaklong ke klinik and doktor masukkan ubat bontot untuk bagi berak coz najis tak boleh nak keluar. Masa tu mama and famili ada di kampung. Memang kesian sangat tengok kaklong. Nangis2 masa doktor masukkan ubat bontot tu.



Lama juga ye kaklong sembelit macam tu. Mama bagi makan macam2 dah. Pisang, betik, sayur hijau. But not working so much. Then mama cuba tanya mr google. Terjumpa artikel berkenaan MEALSHAKE yang dapat membantu anak sembelit ni. Mama tawakal membeli MEALSHAKE untuk kaklong. Bancuh susu dengan satu sudu kecil MEALSHAKE setiap hari. Dan hasilnya, Alhamdulillah syukur pada Allah. Sembelit kaklong dah tiada. Bonus lagi masa ambil MEALSHAKE kaklong tengah batuk dan selsema lebih dari seminggu, turut beransur baik dari batuk dan selsema. Betapa gembiranya mama masa tu hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Sama seperti ibu dalam video di atas, kami berusaha untuk memberikan yang terbaik buat anak2. Parents selalunya akan cuba mencari yang terbaik agar anak2 sentiasa sihat, cergas dan ceria. Kerana mereka itu adalah amanah dariNya.

Fb mama : norlen othman
Email mama : norlen.othman@gmail.com
Whatsapp/telegram/sms : 0124845882
Love yourself love your family
Share:

Friday, March 20, 2015

Suami Pemalas Atau Isteri Yang Rajin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah tak korang dengar kat pejabat ke atau tengah bergosip2 ke ayat2 macam ni? "Husband aku tu, aku tinggal kejap je dia ngan anak2 tak sampai 2 jam. Bila balik Ya Allah, pening kepala terus aku. Rasa macam nak pitam!" ataupun ayat macam ni "Kalau aku minta tolong jaga anak kejap, memang dia buat tapi yang lain takde nya nak buat" ataupun paling teruk yang mama pernah dengar "aku kalau anak tak mati bila balik rumah, kira syukur la". Sama tak situasi ngan video di bawah:




Dahsyatkan kita ni sebagai isteri kadang-kadang complain pasal suami. Silap-silap memang ada yang stress kalau terpaksa tinggal rumah ngan anak-anak dengan suami. Most of housewives akan rasa kita 'sempurna' dalam menguruskan anak dan rumahtangga. 

Isteri-isteri sekalian, kita ini wanita yang dijadikan Allah sebagai insan yang istimewa. Kelebihan wanita @ isteri boleh multitasking kerja dalam satu masa. Sambil masak boleh jaga anak,sempat sidai atau basuh kain (guna mesin basuh la),boleh siapkan anak dan yang paling best boleh berbisnes lagi. Itu istimewanya wanita ciptaan Allah. Lelaki yang diciptakan Allah tidak seperti wanita. Mereka fokus melaksanakan satu kerja dalam satu masa. Salahkah mereka wahai si suami ni? Tidak, kerana itu adalah lumrah mereka. Jangan kita pertikaikan kejadian Allah ye sayang2 semua.

Ini antara tips yang mama boleh kongsikan buat isteri2 dan ibu2 hebat di luar sana:

  • Niatkan apa sahaja perkara yang kita lakukan buat suami dan anak adalah kerana Allah Ta'ala kerana sesungguhnya ganjaran yang menanti isteri2 nanti amatlah hebat
  • Jika terasa penat, take 5. Cuba untuk rehatkan badan dan minda sejenak. Don't push over the limit sehingga melampaui batas kesihatan dan fizikal
  • Banyakkan bersabar dalam menguruskan rumah tangga
  • Sebelum tidur, berzikirlah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar 33 kali (pesan Rasulullah buat anak kesayangan Baginda - cuba teka siapa?)
  • Pastikan kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan dan pengambilan supplement agar badan sentiasa cergas dan bertenaga
Wanita sekalian, anda adalah insan ciptaan Allah yang paling istimewa. Jadikanlah keistimewaan anda itu sebagai satu kekuatan buat anda!

Love yourself love your family

Share:

Friday, February 27, 2015

Berpantang Tradisional VS Berpantang Moden??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ibu2 yang pernah melalui proses berpantang especially berpantang secara kampung memang akan rasa "arrgghhh!!!. bosannya. Tak suka!". Betul tak? Even mama sendiri yang berpantang secara tradisional (mak mama memang particular orangnya) rasa macam bila la nak habis 45 hari ni?

Pernah tak ibu2 kena sembelit yang teruk masa berpantang macam ibu dalam video ni? Seriously mama pernah okay. Rasa macam nak keluarkan batu tau. Nak keluar baby pun tak teruk macam tu. Kalau rasa nak membuang tu, memang terasa azabnya. Hanya Allah Yang Tahu macam mana susah dan seksa sembelit tu. Dah la mak tak bagi minum air banyak2 katanya nanti perut buncit. Makan herba2 ni lagi. Tapi mama tak boleh makan ubat2 herba ni sampai anak dah 3 sebab tak serasi. Yang ruginya mama rasa, serious rugi masa berpantang belum kenal shaklee.

Jom tonton video, testimoni live dari ibu ni yang mula berpantang dengan set pantang shaklee masa anak ke dua. Terus dah takde rasa serik nak bersalin lagi. Syukur Allah mudahkan proses berpantang dengan Shaklee ni. No more sembelit plus badan lebih sihat dan luka2 cepat sembuh. Bahaya tau kalau ibu2 yang dalam berpantang ni sakit.




Set yang puan ni ambil semasa berpantang adalah ESP, Zinc, Ostematrix dan Vita-Lea. Kepada bakal2 ibu yang nak rasa seronok masa berpantang macam puan kita ni, meh jangan sengan dan malu untuk pm mama ye. Kalau malu nanti rugi.....

Fb mama : norlen othman
Email mama : norlen.othman@gmail.com
Whatsapp/telegram/sms : 0124845882

Happy berpantang you ollss...
Share:

Friday, January 2, 2015

Promosi Berganda-Ganda Dari Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Dah 2015 pun kita kan. Kejap jek. Umur dah bertambah la maknanya kan. Tapi takpe, even umur bertambah pun jangan biarkan anda2 semua kelihatan tua atau lebih tua dari umur anda tau. Tak kisah la lelaki ke perempuan ke. Kesihatan ni salah satu nikmat dari Allah so jagalah sebelum kita sakit.

Oleh sebab itu, bulan Januari ni mama nak berkongsi promosi daripada Shaklee sendiri. Selalu korang mesti tengok satu promosi jek kan, kali ini Shaklee kasi 3 promosi.

Promosi Vitalea Kids

promosi alfafa

promosi vivix

Sape2 yang nak tanya berkenaan promosi dari Shaklee ni, boleh pm mama ye. Jangan malu atau segan. Untuk kecantikan dan kesihatan anda juga ye.

Love yourself love your family
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive