#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, October 18, 2018

DI ANTARA IPHONE XS, XS MAX, XR YANG MANA PALING MURAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

12 September 2018 yang lalu, syarikat multinational technology yang berpengkalan di  Cupertino, California, APPLE telah melancarkan model terbaru telefon pintar mereka. 3 model yang dilancarkan adalah iPhone XS, iPhone XS Max dan juga iPhone XR. Setiap model ini pastinya mempunyai ciri uniknya yang tersendiri dan bagi peminat iPhone, sudah pasti tertunggu-tunggu apa yang menarik tentangnya.




Jom kita kenal lanjut dengan setiap model iPhone ini:

iPhone XS


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Silver, Space Grey dan Gold
  • Saiz paparan 5.8" Super Retina custom OLED display
  • Resolusi 2436×1125
  • 458 pixel per inch
  • Paparan HDR
  • Dwi kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 30 minit lebih lama berbanding iPhone X
  • Kapasiti : 64GB     256GB     512GB
  • Berat : 177 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XS di Malaysia? 
  • 64 GB : RM 4999.00
  • 256 GB : RM 5699.00
  • 512 GB : RM 6649.00

iPhone XS Max


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Silver, Space Grey dan Gold
  • Saiz paparan 6.5" Super Retina custom OLED display (yang terbesar dalam keluarga iPhone)
  • Resolusi 2688×1242
  • 458 pixel per inch
  • Paparan HDR
  • Dwi kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone X
  • Kapasiti : 64GB     256GB     512GB
  • Berat : 208 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XS Max di Malaysia? 
  • 64 GB : RM  5,399.00
  • 256 GB : RM 6,099.00
  • 512 GB : RM 7,049.00

iPhone XR


  • Hadir dalam 3 warna super ohsem : Red, Yellow, White, Coral, Black, Blue
  • Saiz paparan 6.1" LCD Multi‑Touch dengan teknologi IPS
  • Paparan Liquid Retina HD
  • Resolusi 1792x828
  • 326 pixel per inch
  • Kamera 12 megapiksel
  • Jangka hayat bateri tahan 1.5 jam lebih lama berbanding iPhone 8 Plus
  • Kapasiti : 64GB     128GB     256GB
  • Berat : 194 gram

Bagaimana dengan harga pasaran bagi iPhone XR di Malaysia? 
  • 64 GB : RM  3,599.00
  • 256 GB : RM 3,849.00
  • 512 GB : RM 4,299.00


Apa yang menarik lagi tentang model iPhone XS dan iPhone XS Max adalah:
  • Ketahanan air bagi kedalaman 2 meter bagi tempoh 30 minit bagi model iPhone XS dan XS Max. Manakala model iPhone XR mempunyai ketahanan sedalam 1 meter bagi tempoh 30 minit
  • FACE ID sebagai password kepada aplikasi atau akaun anda (tanpa perlu mengingati banyak kata laluan)
  • Pemprosessan A12 Bionic chip dengan next-generation Neural Engine
  • Dual SIM (nano-SIM dan e-SIM)



Tunggu apa lagi iPhone lovers? Sila pecahkan tabung anda dan bersedia menantikan kehadiran iPhone terbaru masuk dalam pasaran Malaysia tidak lama lagi.

pssttt..... ada yang nak belanja saya??

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels