#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, November 28, 2017

Pengedar Shaklee Putrajaya Aktif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Putrajaya, Pinggiran Putra dan Seri Kembangan, anda boleh mendapatkan produk Shaklee melalui saya. Saya merupakan Pengedar Shaklee Aktif Putrajaya bagi kawasan-kawasan di atas

Saya boleh dihubungi di talian 0124845882 melalui panggilan telefon/SMS/WhatsApp. Saya juga menyediakan khidmat konsultansi secara percuma. Bagi anda yang berada di luar kawasan Putrajaya, Pinggiran Putra dan Seri Kembangan, saya juga menyediakan perkihdmatan penghantaran secara pos buat anda


Apakah Keistimewaan Shaklee?


Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat


8 Sebab Kenapa Anda Boleh Mempercayai Kualiti Dan Keselamatan Produk Shaklee

  1. Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga dan bendasing untuk setiap bahan botani baharu. Shaklee turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob 
  2. Lebih daripada 250 ujian racun serangga dilakukan, melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP) 
  3. Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi memastikan produk Shaklee adalah selamat digunakan oleh anda dan keluarga 
  4. Tiada tambahan pengawet, pemanis atau perasa tiruan 
  5. Produk Shakler adalah Bebas Gluten. Dengan produk bebas gluten, Shaklee inginkan anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.
  6. Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)) dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan 
  7. Shaklee berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Shaklee menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita ini lebih sihat sepanjang masa 
  8. Shaklee tidak melakukan ujian ke atas haiwan


Facebook : Norlen Othman

Facebook Page : Norlen Othman

Instagram : norlenothman

Email : norlen.othman@gmail.com

Telefon : 0124845882

Founder Of RichyMommy Group


Share:

Sunday, November 12, 2017

Vivix Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah dengar tentang Vivix Shaklee? Vivix merupakan minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani khas Shaklee termasuk ekstrak Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. Rasanya sedap seperti rasa ribena.


Tagline Vivix : Feel 25 years younger!

Aging is really a set of progressing diseases. If we can slow them down and cure them, people will live longer, healthier lives” Dr. D Sinclair, Harvard Medical School.

Penuaan tetap akan berlaku secara alaminya tetapi tanpa kita sedar, dan kita sekarang terdedah dengan penuaan sebelum usia. 

Para saintis bersependapat bahawa terdapar empat (4) mekanisma penting penuaan pada peringkat selular :

1. Kerosakan DNA
Setiap hari tanpa kita sedar sel-sel manusia diserang oleh 3 perkara ini yang menyebabkan kerosakan pada DNA. Pengoksidaan yang berlaku disebabkan stress yang berlebihan, pembiakan selular yang tidak betul dan faktor persekitaran seperti pendedahan kepada radiasi tahap rendah atau pendedahan kepada toksin. Apabila sel DNA tidak sempurna untuk fungsi sel tertentu, sel-sel yang terjejas akan rosak dan mati

2. Pengawalan Genetik
Sebatian ini mengawal keseimbangan dinamik antara kerosakan dan pembaikan; termasuk sama ada sel-sel dihidupkan semula atau mati. Semakin kita berusia, pertahanan semula jadi dan keupayaan untuk pembaikan diri berkurangan sehingga kerosakan selular secara semula jadi meningkat

3. Pengeluaran Tenaga Yang Semakin Menurun Oleh Sel-sel
Mitochondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitochondria menurun, fungsi sel turut menurun

4. Penimbunan Protein AGE ( Advanced Glycation End Products)
Seumpama plak yang terbentuk pada gigi anda, dari masa ke masa dinding sel tersumbat dan kurang dapat berfungsi dengan baik untuk pertukaran nutrien dan waste out


Keistimewaan Vivix
Ramuan Vivix dapat memberikan impak kepada 4 mekanisma utama tersebut:

1. Melindungi dan membaiki selular DNA
2. Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
3. Menggalakkan biogenesis mitochondria
4. Melambatkan pembentukan protein AGE



Suami yang liat amalkan vitamin sekarang pengamal tegar Vivix Shaklee



Hanya untuk bulan November 2017 sahaja, setiap pembelian twin pack Vivix Shaklee akan berpeluang untuk berjimat sehingga RM155. 

Untuk pertanyaan berkenaan produk Shaklee : 0124845882 (wassap/sms)

Norlen Othman
RichyMommy Group

Share:

Saturday, November 11, 2017

KENAPA RAMBUT LELAKI CEPAT GUGUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Sejak akhir-akhir ini ramai kita lihat di kalangan kaum adam yang mempunyai masalah keguguran rambut yang serius. Sehingga ada yang menyebabkan ada yang menjadi botak, botak separuh (di kawasan tengah) dan rambut semakin menipis. Tetapi kenapa lelaki botak?



Masalah keguguran rambut bukan sahaja menjadi igauan para wanita. Lelaki turut sama mengalaminya. Dan ini boleh menyebabkan seseorang lelaki rasa 'down' dengan penampilan dirinya. Adalah normal apabila mengalami keguguran rambut antara 50 hingga 100 helai sehari. Tetapi jika anda dapati rambut gugur secara berlebihan setiap hari, bertindaklah untuk mendapatkan rawatan. Kerana ini mungkin tanda-tanda anda akan mengalami proses kebotakan.

Secara naturalnya, setiap helaian rambut yang gugur akan digantikan dengan helaian rambut yang baru dalam tempoh masa tertentu. Tetapi jika helaian rambut baru yang tumbuh kurang daripada helaian rambut yang gugur, itu merupakan tanda anda sedang mengalami proses keguguran rambut yang teruk.


Apakah yang menyebabkan rambut gugur?


1. Tekanan

Lumrah seorang lelaki kuat bekerja untuk menampung keperluan diri dan keluarga. Tetapi jika terlalu kuat bekerja sehingga memberikan tekanan kepada diri, di tambah pula dengan masalah yang sering difikirkan, ini boleh menyebabkan keguguran rambut. Apabila anda stress, peredaran darah ke kulit kepala akan terganggu dan menyebabkan kekurangan bekalan nutrien dan oksigen


2. Genetik / Keturunan

Seperti yang kita sedia maklum, setiap dari kita membawa DNA ibu dan ayah bersama dalam tubuh kita. Ini termasuklah jenis warna kulit, jenis mata, jenis rambut, penyakit keturunan dan juga keguguran rambut


3. Ketidakseimbangan Hormon

Masalah hormon tidak seimbang ini bukan hanya dilalui oleh kaum hawa sahaja, golongan adam juga mengalaminya. Hormon testosteron berlebihan yang bertukar kepada hormon DHT (dihidrotestosteron) akan mengakibatkan folikel rambut menjadi lebih halus dari masa ke semasa. Dan kesannya rambut tidak lagi kelihatan subur dan lebat dan lama-kelamaan, rambut akan mengalami keguguran


4. Kebersihan Kulit Kepala

Kurangnya mengambil berat tentang penjagaan kebersihan kulit kepala juga menyebabkan rambut mengalami keguguran. Tidak seperti wanita yang bertudung, kulit kepala kaum adam terdedah kepada pelbagai kotoran dan habuk yang boleh menyebabkan liang pada kulit kepala tertutup dan seterusnya menyebabkan gangguan pengeluaran minyak semula jadi oleh kilang minyak pada setiap folikel rambut. Penggunaan bahan kimia juga boleh menyumbang kepada faktor keguguran rambut


Bagaimana Cara Untuk Membantu Mengurangkan Keguguran Rambut ?


1. Pemakanan Seimbang

Pemakanan yang seimbang juga penting bagi pertumbuhan rambut dan bukan hanya untuk kesihatan semata-mata. Tahukah anda 90% komponen penting rambut adalah protein khususnya asid amino. Malah rambut juga memerlukan vitamin A, B Kompleks, C dan D untuk kekal sihat


2. Penjagaan Dan Kebersihan Kulit Kepala

Penjagaan rambut juga perlu dititikberatkan. Selalunya golongan adam ni akan sambil lewa tentang penjagaan diri (tidak semuanya). Rambut perlu kerap dibersihkan kerana golongan ini amat terdedah bahagian kepalanya. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan juga tidak digalakkan. Bilas rambut anda dengan bersih setiap kali selepas menggunakan syampu dan pastikan anda memilih syampu yang sesuai dengan kulit kepala anda. Elakkan untuk mengeringkan rambut anda dengan gerakan yang kasar menggunakan tuala selepas mandi serta gunakan sikat rambut yang bersesuaian


3. Healthy Lifestyle

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dari segi penjagaan diet dan pemakanan serta melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari tiga kali seminggu untuk memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas 


Testimoni pengguna yang mengamalkan Vivix dan masalah rambut gugur tidak lagi menjadi igauan




Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels