#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, November 13, 2015

Cuti Menjaga Anak Bagi Penjawat Awam

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Jika anda seorang ibu yang bekerja di sektor kerajaan, korang tau tak berkenaan Kemudahan Cuti Menjaga Anak? Kemudahan ini khas buat para ibu sahaja ye, ayahnya takde. Jom mama kongsikan secara ringkas berkenaan Kemudahan Cuti Menjaga Anak (CMA):

  1. Boleh merujuk kepada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2014
  2. Merupakan cuti tanpa gaji
  3. Tidak terikat dengan Cuti Bersalin
  4. Bukan hanya untuk anak kandung sahaja, kemudahan ini turut diperluaskan buat anak tiri tanggungan, anak angkat de facto, anak angkat, anak pelihara
  5. Maksima pengambilan CMA adalah 5 tahun bagi sepanjang tempoh perkhidmatan



Macam mana nak apply cuti ni? Mula2 ibu2 perlu discuss dengan husband. Ni penting ye especially ibu2 yang bekerja untuk bantu suami. Mama rancang untuk ambil cuti sehingga baby Hanan berumur 6 bulan. 3 bulan dan cuti bersalin so mama tambah lagi 3 bulan untuk cuti menjaga anak. To be exact mama tambah 100 hari. Bila discuss dengan husband, si dia pun setuju coz kebetulan cuti bersalin 3 bulan mama habis seminggu sebelum cuti sekolah bermula. Maksudnya elok mama naik kerja, kaklong dan kakngah pun mula cuti sekolah. Kesian pula kat anak2. So mama pun decide nak ambil cuti menjaga anak dan ayah derang pun setuju. Alhamdulillah.

Kat pejabat perlu la maklumkan dekat bos pula ye. Berdebor nak cakap ngan bos tapi alhamdulillah bos luluskan untuk ambil cuti menjaga anak. Position mama di pejabat tidak di 'float' maksudnya nanti mama masih bekerja di tempat yang sama bila mula bekerja nanti. 

Bagi ibu2 yang dah biasa, bagi permohonan cuti bersalin perlu isi borang dan hantar kepada pihak pentadbiran. Borang ni hantar sebelum bersalin. Tapi bagi borang cuti menjaga anak (mama pilih option bersambung dari cuti bersalin) perlu hantar borang CMA tersebut paling lewat 30 hari sebelum cuti bersalin tamat. Sebab masa nak hantar borang ni, perlu sertakan bersama salinan surat beranak baby. And mama pun hantar borang bila dah habis tempoh berpantang kepada pihak pentadbiran. Alhamdulillah permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Ada yang tanya mama macam mana dengan komitmen potongan bulanan yang dibuat melalui pemotongan gaji? Bagi komitmen tersebut, ibu2 perlu uruskan sendiri dengan pihak berkenaan. Contoh pinjaman peribadi ke, so ibu2 perlu ke bank berkenaan untuk berurusan.

Bagi ibu2 yang mungkin ingin meluangkan masa bersama anak2 buat sementara waktu, mungkin boleh menggunakan kemudahan cuti menjaga anak ini. Walau apapun yang ibu2 pilih, pastinya hanya yang terbaik buat keluarga kan. Mama doakan agar segala urusan ibu2 semua dipermudahkan Allah sentiasa. 

Sekarang ni merasa la mama jadi surirumah dan ibu sepenuh masa...sebelum ni part time jek....

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882

Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels