#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, February 22, 2018

NIKMATI 18% PULANGAN TUNAI SEMPENA KEMPEN HARI GAJI SHOPEE DARI 26 HINGGA 28 FEBRUARI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers

Selalunya bila Hari Gaji, apa yang korang buat? Tentunya ramai yang akan reward diri sendiri dengan online shopping selepas memerah keringat berhempas pulas untuk dibayar gaji. Dan oleh sebab itu, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan iaitu Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula 26 hingga 28 Februari 2018 nanti. 

Inisiatif ini terhasil daripada trend membeli-belah oleh pengguna-pengguna Shopee dalam tempoh penerimaan gaji. Apa yang menarik tentang kempen ini adalah korang boleh menikmati pelbagai tawaran dan potongan harga yang menarik, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Dan bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.



“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee

Korang nak tau waktu puncak bagi kaki-kaki shopping online? Aktiviti membeli-belah menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi memudahkan pengguna, pembayaran secara pemindahan wang secara dalam talian, pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan pemindahan bank boleh digunakan. Paling digemari adalah pembayaran secara pemindahan wang secara dalam talian.



Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur


Tetapi sebelum tibanya Kempen Hari Gaji, Shopee akan mengadakan jualan pra-kempen yang bermula 21 Februari. Tawaran Ekslusif daripada perlbagai jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 



Shopee juga turut bekerjasama dengan jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok. 

Shopee juga melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Sebelum itu, bagi yang belum memuat turun aplikasi Shopee, korang boleh muat turun aplikasi tersebut secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Laman Web : www.shopee.com.my
Facebook : www.facebook.com/shopeeMY
Instagram : www.instagram/shopee_MY

Share:

Wednesday, February 21, 2018

DETIK BAHAGIA SEBAGAI AZAM UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ibu dan ayah pastinya akan bekerja keras membanting tulang 4 kerat yang ada bagi memberikan segala kebahagian yang termampu buat anak-anak mereka. 



Bagi saya sendiri, berada di samping suami dan anak-anak memberikan kebahagian yang tiada nilai dan gantinya. Mungkin bila bersama 4 Iman tu,mereka berjaya mengeluarkan 12 warna saya sebagai emaknya dari pelbagai sudut,kaedah dan cara

Hebat kan 4 Iman ni




Walaupun banyak warna dikeluarkan, sentiasa bersama mereka merupakan yang terbaik

Watching they grow
Watching they play
Watching their achievement all thr way long


Ikutkan senarai memang banyak.

Dan sebab 4 Iman ni la saya tidak boleh nak lepak saja

Dan sebab 4 Iman ni la saya tidak boleh sentiasa rasa selesa

Dan sebab 4 Iman ni la, harta dunia akhirat saya dan suami

Takkan hanya berpeluk tubuh,menggoyangkan kaki, menanam impian dan harapan semata-mata?

Out of the comfort zone.... itu yang utama


Tetapi berapa ramai di antara kita yang betul-betul berani mencabar diri untuk keluar dari comfort zone yang tidak begitu selesa sebenarnya?

Tepuk dada tanya iman...
Share:

Tuesday, February 20, 2018

RUMAH IMPIAN BUAT KELUARGA TERSAYANG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pastinya setiap daripada kita mempunyai rumah impian, rumah idaman yang diimpikan sejak kita mengenali erti sebuah rumah bukan. Sama seperti saya, pantang nampak rumah-rumah yang mempunyai design yang cantik, pasti rasa teruja dan berimpian.



Rumah walau bagai mana pun bentuknya,tetap menjadi satu kepentingan bagi keluarga untuk berteduh dari hujan dan panas
  • Tempat untuk berehat
  • Tempat untuk bersuka ria
  • Tempat untuk tangis dan tawa
  • Tempat untuk diserikan dengan segala penuh emosi bagi sebuah keluarga

Dan semestinya setiap keluarga punya rumah impian tersendiri.

Setiap keluarga punya rumah idaman sendiri yang menjadikan mereka berusaha dan bekerja keras untuk merealisasikan nya.

Saya impikan rumah dengan suasana kampung. Penat rasanya tinggal di bandar yang sentiasa sibuk dan bergemerlapan tanpa henti.

Suasana yang masih dapat menikmati hijaunya pemandangan,segarnya oksigen dengan kurangnya asap.

Ada kawasan untuk bercucuk tanam sebatas dua. Ada pokok rambutan,pokok ciku,pokok manggis dan pokok durian kalau boleh la

Rumah yang tidaklah semewah rumah agam baru Datuk Alif Syukri tapi cukup mewah buat kami sekeluarga. Dengan izinNya dapat melihat anak-anak membesar. 

Best kan berimpian tapi tak best kalau tak dapat dilaksanakan

Kalau nak double best (berimpian dan terlaksana) korbankan sekejap masa santai yang ada.


Impian tidak salah, tidak merealisasikannya adalah salah
Share:

INSPIRASI UNTUK BERBISNES

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ada orang terinspirasi utk berbisnes kerana mahu keluarganya menikmati hidup selesa yang belum pernah dirasai sebelum ini. Ada orang terinspirasi kerana mahu memberi peluang kpd orang-orang lain untuk mengubah diri menjadi lebih baik.



Kita biasa mendengar kata-kata seperti ini:

"Orang kata buat apa jadi kaya jika nanti sombong bongkak di dunia"

"Orang kata buat apa jadi kaya bukannya mati dibawa harta bersama"

"Orang kata kita perlu bersederhana baru bahagia"
Tetapi cuba kita fikir semula...
  • Berapa ramai suami isteri bergaduh berperang sebab duitnya tiada
  • Berapa ramai keluarga berantakan kerana duitnya tidak pernah cukup
  • Berapa ramai pasangan berkahwin bercerai sebab punca utama nafkah tidak cukup

Ini bukan cakap kosong, tetapi inilah realitinya

Betul, duit bukan segala-galanya
Tapi

Segala-galanya perlukan duit

  • Nak cipta bahagia perlukan duit (cuba tanya diri semula)
  • Nak berikan pendidikan terbaik buat anak2 perlukan duit
  • Nak beri keselesaan pada keluarga perlukan duit

Cuba fikirkan sejenak (dikongsikan oleh upline saya)

Jika takdirnya kamu meninggal malam ini, adakah semua hutang kamu telah diselesaikan?
Hutang rumah,kenderaan,peribadi dan lain2.
Adakah bebanan hutang itu kamu sanggup beri pada waris kamu untuk selesaikan bagi pihak kamu?

Siapa kata orang Islam tidak boleh jadi jutawan?

Cuba lihat semula sirah Nabi,sirah sahabat2 Nabi

Memberi lebih baik dari menerima
Memberi tanpa perlu berkira-kira

Inspirasi saya untuk terus dan terus ke depan. Bergerak,melangkah melawan diri



Ingin menjana pendapatan tambahan untuk keluar dari zon selesa yang mungkin tidak sebegitu selesa buat anda dan keluarga? Email saya di norlen.othman@gmail.com dengan tajuk : Side Income
Share:

Monday, February 19, 2018

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kebanyakkan kita pergi bercuti atas beberapa sebab. Ada yang memang menjadi kewajipan untuk pergi bercuti bersama keluarga setiap tahun. Ada yang pergi bercuti atas sebab menenangkan fikiran. Ada juga yang bercuti sambil bekerja. Dan banyak sebenarnya lokasi menarik untuk bercuti. Untuk saya dan keluarga, kami suka untuk bercuti di Cameron Highland, Pahang.



“To travel is to take a journey into yourself” -Danny Kaye.
Kata-kata Danny Kaye bermaksud apabila kita bercuti atau travel, kita akan lebih kenal akan potensi diri dan tujuan hidup kita. Kita akan sentiasa bertemu dengan cabaran-cabaran baru, berjumpa dengan orang baru, mengenali budaya baru dan gaya hidup baru yang mungkin jauh berbeza dari kehidupan seharian kita. Sebab itu bercuti memberikan bermacam-macam kenangan dan nostalgia untuk disimpan dan diceritakan.

Sejak berkahwin dalam tahun 2007, kami agak jarang sangat untuk pergi bercuti. Mungkin juga disebabkan faktor kerja dan masa, membuatkan kami tidak merancang untuk keluar bercuti. Tetapi sejak tahun 2010, saya dan suami berbincang kami perlu membawa anak-anak pergi bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Idea ini terhasil selepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland pada tahun 2010. 

Mungkin bagi sesetangah di kalangan kita beranggapan bercuti di Cameron Highland hanyalah percutian biasa dan tiada apa yang menarik. Tetapi tidak bagi anak-anak kami. Anak-anak sangat sukakan cuaca yang sejuk dan nyaman ketika berada di sana. Di tambah pula akses untuk mendapatkan buah strawberi yang mudah, amat mengujakan mereka.




Gambar ni masa kami bercuti di Cameron Highlands pada tahun 2017. The most memorable vacation bagi saya. Kenapa? Bukannya baru pertama kali datang pun. One of the reason is sebab sehari sebelum bercuti, anak ke tiga saya, Abam batuk-batuk yang teruk dan wheezing sehingga perlu ambil neb. Dan masa pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan yang Daniyal mula untuk menjadi asma. Bayangkan nak bercuti dengan anak yang belum betul-betul sihat. Sungguh saya hanya mampu bertawakal. Terpaksa bercuti dalam keadaan siap sedia dengan bekalan ubat, bam serta vitamin (vitamin wajib di bawa setiap kali saya pergi bercuti).

Apa yang menarik tentang Cameron Highlands ni (ini personal opinion saya ye) adalah cuaca yang sejuk, dan bak kata orang sekarang, acah-acah di luar negara tapi dalam Malaysia. Warna environment yang kebanyakkannya masih hijau tak seperti tempat kami bermastautin yang kebanyakkannya warna bangunan di sana sini. Udara yang masih lagi segar jika dihirup sedalamnya memenuhi paru-paru yang berkembang. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. And at this point, terasa betapa besar dan agungnya ciptaan Yang Maha Esa.

Dan semestinya, setiap kali percutian bersama keluarga, saya akan belajar banyak benda baru daripada anak-anak saya. Betul tidak mudah untuk pergi bercuti dengan anak-anak yang masih kecil tambahan tidak sihat, tetapi itulah cabaran dan dugaan. Dan tatkala ini, hanya Dia tempat saya bermohon agar dipermudahkan segala urusan. 

Tidak boleh dilupa, semasa kami bercuti di sini tahun 2017, sehari sebelumnya bangunan di Kea Farm baru terbakar. Dan kesannya kebakaran masih ada tetapi urus niaga jualan berjalan seperti biasa esoknya.

Saya akan update lokasi-lokasi menarik untuk dilawati semasa di Cameron Highland dalam entry yang lain ya.


Selamat bercuti
Share:

Thursday, February 15, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang pernah berurusan jual beli di Shopee? The best e-dagang yang saya pernah gunakan setakat ini. Macam-macam keperluan yang saya boleh perolehi dengan Shopee dan jangan tak tau saya juga telah mula membuat persediaan sempena Hari Raya nanti melalui Shopee, mudah kan.


Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, platform e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Asia Tenggara dan Taiwan ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee yang bermula pada 15 Januari, Shopee menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta. Menarik bukan.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Korang nak tau apa carian paling popular yang tengah trending di Shopee?? Nah ini dia... pastikan korang pun membuat carian yang sama juga ye:

No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas



Korang nak tau pula apa yang paling banyak rakyat Malaysia membeli di Shopee sempena musim perayaan ni?

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas




Apa Yang Menarik Lagi Di Shopee?

Jangan korang lepaskan peluang untuk berjimat sambil berbelanja di Shopee sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Terdapat lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, anda boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. 

Jangan lupa untuk menyertai permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. 

Bukan sampai di situ sahaja, Shopee juga akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula daripada 26 hingga 28 Februari yang akan menawarkan tawaran super hebat dari pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Sebelum itu, bagi yang belum memuat turun aplikasi Shopee, korang boleh muat turun aplikasi tersebut secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Nak berbelanja sambil berjimat sambil dapat hadiah.... muat turun aplikasi Shopee sekarang


Berkenalan dengan Shopee

Shopee, sebuah syarikat Sea, yang mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.



Laman Web : www.shopee.com.my
Share:

Sunday, February 11, 2018

Penjenamaan Diri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Sumber daripada laman web MyGovernment, maksud penjenamaan adalah:

"Jenama ialah identiti bagi sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan. Ia boleh berupa dalam berbagai bentuk seperti nama, istilah, tanda, simbol, campuran warna dan slogan. Sesuatu jenama itu melambangkan identiti perniagaan yang berterusan dan juga membayangkan perwatakan, kualiti, asalan, kegemaran dan lain-lain.

Penjenamaan ialah suatu proses yang dapat melahirkan persepsi dan pengalaman yang tersendiri dan berterusan di dalam minda pengguna."



Sinonimnya Vivy Yusof dengan duCk scarves dan Fashion Valet
Sinonimnya Facebook dengan Mark Zuckerberg
Sinonimnya #terlajak laris dengan Datuk Alif Syukri

Dan untuk saya sendiri, mana-mana entrepreneur perlu mempunyai branding sendiri agar orang ramai lebih mengenali perniagaannya. Saya menggunakan #makanak4 jual shaklee dan RichyMommy Group merupakan group bisnes saya yang sedang melebarkan sayap.

Umpama tag pengenalan jika disebut terus mengingatkan kita pada seseorang atau sesuatu

Bila disebut #makanak4 jual shaklee terus ingat saya

Ingat ye 😉


Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang super ohsem, boleh hubungi saya di 0124845882 (WhatsApp, Telegram, SMS, Call)
Share:

Inspirasi Kehidupan Kepada Orang Lain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Memberikan inspirasi kepada orang lain adalah impian mereka yang ingin berjaya. Memberikan inspirasi kepada kehidupan orang lain agar menjadi insan maju ke hadapan dan berjaya dunia dan juga akhirat.



Semua orang sebenarnya mampu memberikan inspirasi kepada orang lain. Walaupun untuk perkara yang kecil. Menjadi sumber inspirasi kepada orang lain merupakan impian dan keinginan saya which i dream so much

Bagi tahun 2018 ini, saya pasti ramai yang mempunyai target, impian, senarai/checklists serta goal untuk dicapai pada tahun ini bukan. Dan mungkin ada juga yang telah mencapainya atau mungkin sedang dalam perjalanan menuju apa yang di impikan.

Menjadi mak kepada 4 orang cahaya mata dan berkeluarga, bekerja dan juga seorang entrepreneur bukan mudah seperti cerita dogeng yang kelihatan hidupnya tenang dan mudah mencapai impian dalam setengah jam pembacaan tapi itu semua tidak mustahil untuk dicapai. Apa yang penting percaya pada diri sendiri, never under estimate yourself

Semoga tahun ini memberikan lebih kemanisan,lebih kerajinan, lebih yakin diri buat kita semua



Selamat memberikan inspirasi semua 
Share:

Tuesday, February 6, 2018

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Kolagen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila sebut tentang kolagen, ianya merupakan topik yang diminati kaum Hawa. Dan secara automatik kebanyakkan dari kita akan bercerita tentang kulit. Betul, kolagen sangat penting untuk memastikan kulit kita sentiasa anjal dan berseri. Terdapat banyak fungsi kolagen di dalam tubuh manusia. Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu mengamalkan kolagen setiap hari. Yang pasti kolagen bukan hanya untuk kulit yang cantik berseri sahaja ye.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 16 jenis kolagen, dan 80 hingga 90 peratus adalah kolagen Jenis 1, 2 dan 3. Kolagen yang berbeza jenis ini mempunyai struktur dan fungsinya sendiri. Kolagen merupakan protein yang paling banyak ada di dalam tubuh manusia, dan kolagen terdapat dalam tulang, otot, kulit, dan tendon. 

Terdapat banyak fungsi kolagen di dalam tubuh manusia. Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu mengamalkan kolagen setiap hari. Yang pasti kolagen bukan hanya untuk kulit yang cantik berseri sahaja ye.



5 Sebab Kenapa Perlu Kolagen


1. Kolagen Merupakan Bahan Utama Untuk Kulit Yang Sihat

30% daripada protein di dalam tubuh kita adalah kolagen. Kolagen ini seumpama 'gam' memegang sel-sel kulit kita, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan 'ikatan' di antara inner dan outer part kulit kita kekal kuat. 

Pendedahan kepada faktor-faktor seperti penuaan boleh menyebabkan kulit kita secara beransur-ansur hilang keanjalan. Pengambilan kolagen tambahan ke dalam diet seharian dapat membantu untuk mengatakan bye-bye kepada kulit kendur dan berkedut sebelum usianya.


2. Kolagen Menyokong Sendi Yang Sihat

Kolagen merupakan blok bangunan asas kepada sendi, ia memainkan peranan penting dalam menyokong fleksibiliti dan mobility pada sendi. 50% dari tulang rawan adalah terdiri daripada kolagen.  Shaklee Collagen Powder kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan pada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen.


3. Kuku Dan Rambut Yang Sihat

Kuku dan rambut kita memerlukan kolagen untuk kekal sihat dan anjal. Kolagen yang mencukupi membantu memberikan nutrisi yang mencukupi pada kulit kepala dan membina semula struktur kuku menjadikan rambut lebih bersinar dan kuku lebih kuat.


4. Pengeluaran Kolagen Semakin Berkurangan Setiap Tahun

Menurut Pembantu Profesor Dermatology di University of Pittsburgh dan Pengarah Cosmetic Surgery and Skin Health Center, pada umur 20 tahun, badan kita mula menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan proses kolagen ini menyebabkan wujudnya garis-garis halus, kedutan, kulit kusam dan kulit kering. 


5. Kolagen Mengalami Kerosakan Setiap Hari

Pencemaran alam sekitar, penggunaan bahan kimia yang berbahaya pada kulit, dan sinaran UV menyebabkan berlakunya radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor-faktor tersebut pada jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan, dan menyebabkan penuaan pramatang. 

Kita mungkin tidak dapat mengawal faktor-faktor tersebut tetapi kita boleh memastikan paras kolagen dalam badan berada pada tahap yang optimum untuk mendapatkan kulit yang sihat dan muda remaja melalui pengambilan supplemen kolagen setiap hari.


Shaklee Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.

Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Berat molekul rendah (1000 Dalton) untuk penyerapan yang tinggi berbanding kolagen yang mempunyai berat molekul yang lebih.


Ingin dapatkan Shaklee Collagen Powder? Boleh hubungi saya melalui WhatsApp/Telegram/SMS/Call di talian 0124845882

Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels