#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, February 19, 2018

BERCUTI DI CAMERON HIGHLAND

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kebanyakkan kita pergi bercuti atas beberapa sebab. Ada yang memang menjadi kewajipan untuk pergi bercuti bersama keluarga setiap tahun. Ada yang pergi bercuti atas sebab menenangkan fikiran. Ada juga yang bercuti sambil bekerja. Dan banyak sebenarnya lokasi menarik untuk bercuti. Untuk saya dan keluarga, kami suka untuk bercuti di Cameron Highland, Pahang.



“To travel is to take a journey into yourself” -Danny Kaye.
Kata-kata Danny Kaye bermaksud apabila kita bercuti atau travel, kita akan lebih kenal akan potensi diri dan tujuan hidup kita. Kita akan sentiasa bertemu dengan cabaran-cabaran baru, berjumpa dengan orang baru, mengenali budaya baru dan gaya hidup baru yang mungkin jauh berbeza dari kehidupan seharian kita. Sebab itu bercuti memberikan bermacam-macam kenangan dan nostalgia untuk disimpan dan diceritakan.

Sejak berkahwin dalam tahun 2007, kami agak jarang sangat untuk pergi bercuti. Mungkin juga disebabkan faktor kerja dan masa, membuatkan kami tidak merancang untuk keluar bercuti. Tetapi sejak tahun 2010, saya dan suami berbincang kami perlu membawa anak-anak pergi bercuti sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Idea ini terhasil selepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Cameron Highland pada tahun 2010. 

Mungkin bagi sesetangah di kalangan kita beranggapan bercuti di Cameron Highland hanyalah percutian biasa dan tiada apa yang menarik. Tetapi tidak bagi anak-anak kami. Anak-anak sangat sukakan cuaca yang sejuk dan nyaman ketika berada di sana. Di tambah pula akses untuk mendapatkan buah strawberi yang mudah, amat mengujakan mereka.




Gambar ni masa kami bercuti di Cameron Highlands pada tahun 2017. The most memorable vacation bagi saya. Kenapa? Bukannya baru pertama kali datang pun. One of the reason is sebab sehari sebelum bercuti, anak ke tiga saya, Abam batuk-batuk yang teruk dan wheezing sehingga perlu ambil neb. Dan masa pemeriksaan doktor, doktor memaklumkan yang Daniyal mula untuk menjadi asma. Bayangkan nak bercuti dengan anak yang belum betul-betul sihat. Sungguh saya hanya mampu bertawakal. Terpaksa bercuti dalam keadaan siap sedia dengan bekalan ubat, bam serta vitamin (vitamin wajib di bawa setiap kali saya pergi bercuti).

Apa yang menarik tentang Cameron Highlands ni (ini personal opinion saya ye) adalah cuaca yang sejuk, dan bak kata orang sekarang, acah-acah di luar negara tapi dalam Malaysia. Warna environment yang kebanyakkannya masih hijau tak seperti tempat kami bermastautin yang kebanyakkannya warna bangunan di sana sini. Udara yang masih lagi segar jika dihirup sedalamnya memenuhi paru-paru yang berkembang. Satu perasaan yang sukar untuk digambarkan. And at this point, terasa betapa besar dan agungnya ciptaan Yang Maha Esa.

Dan semestinya, setiap kali percutian bersama keluarga, saya akan belajar banyak benda baru daripada anak-anak saya. Betul tidak mudah untuk pergi bercuti dengan anak-anak yang masih kecil tambahan tidak sihat, tetapi itulah cabaran dan dugaan. Dan tatkala ini, hanya Dia tempat saya bermohon agar dipermudahkan segala urusan. 

Tidak boleh dilupa, semasa kami bercuti di sini tahun 2017, sehari sebelumnya bangunan di Kea Farm baru terbakar. Dan kesannya kebakaran masih ada tetapi urus niaga jualan berjalan seperti biasa esoknya.

Saya akan update lokasi-lokasi menarik untuk dilawati semasa di Cameron Highland dalam entry yang lain ya.


Selamat bercuti
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels