#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Tuesday, February 6, 2018

5 Sebab Kenapa Kita Perlu Ambil Kolagen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Bila sebut tentang kolagen, ianya merupakan topik yang diminati kaum Hawa. Dan secara automatik kebanyakkan dari kita akan bercerita tentang kulit. Betul, kolagen sangat penting untuk memastikan kulit kita sentiasa anjal dan berseri. Terdapat banyak fungsi kolagen di dalam tubuh manusia. Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu mengamalkan kolagen setiap hari. Yang pasti kolagen bukan hanya untuk kulit yang cantik berseri sahaja ye.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya 16 jenis kolagen, dan 80 hingga 90 peratus adalah kolagen Jenis 1, 2 dan 3. Kolagen yang berbeza jenis ini mempunyai struktur dan fungsinya sendiri. Kolagen merupakan protein yang paling banyak ada di dalam tubuh manusia, dan kolagen terdapat dalam tulang, otot, kulit, dan tendon. 

Terdapat banyak fungsi kolagen di dalam tubuh manusia. Saya kongsikan 5 sebab kenapa kita perlu mengamalkan kolagen setiap hari. Yang pasti kolagen bukan hanya untuk kulit yang cantik berseri sahaja ye.



5 Sebab Kenapa Perlu Kolagen


1. Kolagen Merupakan Bahan Utama Untuk Kulit Yang Sihat

30% daripada protein di dalam tubuh kita adalah kolagen. Kolagen ini seumpama 'gam' memegang sel-sel kulit kita, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan 'ikatan' di antara inner dan outer part kulit kita kekal kuat. 

Pendedahan kepada faktor-faktor seperti penuaan boleh menyebabkan kulit kita secara beransur-ansur hilang keanjalan. Pengambilan kolagen tambahan ke dalam diet seharian dapat membantu untuk mengatakan bye-bye kepada kulit kendur dan berkedut sebelum usianya.


2. Kolagen Menyokong Sendi Yang Sihat

Kolagen merupakan blok bangunan asas kepada sendi, ia memainkan peranan penting dalam menyokong fleksibiliti dan mobility pada sendi. 50% dari tulang rawan adalah terdiri daripada kolagen.  Shaklee Collagen Powder kaya dengan asid amino untuk memberikan sokongan dan keanjalan pada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon dan ligamen.


3. Kuku Dan Rambut Yang Sihat

Kuku dan rambut kita memerlukan kolagen untuk kekal sihat dan anjal. Kolagen yang mencukupi membantu memberikan nutrisi yang mencukupi pada kulit kepala dan membina semula struktur kuku menjadikan rambut lebih bersinar dan kuku lebih kuat.


4. Pengeluaran Kolagen Semakin Berkurangan Setiap Tahun

Menurut Pembantu Profesor Dermatology di University of Pittsburgh dan Pengarah Cosmetic Surgery and Skin Health Center, pada umur 20 tahun, badan kita mula menghasilkan kurang 1% kolagen berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan proses kolagen ini menyebabkan wujudnya garis-garis halus, kedutan, kulit kusam dan kulit kering. 


5. Kolagen Mengalami Kerosakan Setiap Hari

Pencemaran alam sekitar, penggunaan bahan kimia yang berbahaya pada kulit, dan sinaran UV menyebabkan berlakunya radikal bebas yang menyebabkan kerosakan pada kolagen. Pendedahan berterusan kepada faktor-faktor tersebut pada jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kekurangan kolagen dalam badan, dan menyebabkan penuaan pramatang. 

Kita mungkin tidak dapat mengawal faktor-faktor tersebut tetapi kita boleh memastikan paras kolagen dalam badan berada pada tahap yang optimum untuk mendapatkan kulit yang sihat dan muda remaja melalui pengambilan supplemen kolagen setiap hari.


Shaklee Collagen Powder



Shaklee Collagen Powder menyediakan kepada 4,000mg Kolagen proprietari RSS (Sisik Ikan Merah), kolagen yang dipilih dengan teliti yang diekstrak daripada sisik Ikan Merah.

Bukan sekadar memberikan kolagen, ia turut mengandungi tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camellia Japonica, ekstrak Pfaffia, eskstrak kerang-kerangan, Laktobasilus asidofilus, Vitamin C, B2 dan B6.

Berat molekul rendah (1000 Dalton) untuk penyerapan yang tinggi berbanding kolagen yang mempunyai berat molekul yang lebih.


Ingin dapatkan Shaklee Collagen Powder? Boleh hubungi saya melalui WhatsApp/Telegram/SMS/Call di talian 0124845882

Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels