#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, January 31, 2018

5 Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers

Saya pasti ramai sudah maklum tentang manfaat Omega-3 terhadap kesihatan. Omega-3 merupakan lemak sihat yang diperlukan oleh tubuh dan lemak ini tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Omega-3 terdiri daripada 3 jenis lemak utama iaitu Eicosa Pentanoic Acid (EPA), Docosa Hexanoic Acid (DHA) dan Alpha Linolenic Acid (ALA). DHA dan EPA merupakan dua jenis asid lemak Omega-3 yang sangat penting dan mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Jika ibu-ibu atau ayah-ayah perasan, ketika membeli susu formula untuk anak-anak anda, mesti anda akan nampak perkataan EPA dan DHA pada label bukan.




Manfaat Omega-3 Untuk Kesihatan Jantung

Seperti yang kita sedia maklum dan tahu, jantung merupakan satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh kita. Jantung kita sentiasa bekerja tanpa henti walaupun dalam keadaan kita tidur.

Omega-3 yang mempunyai ciri-ciri anti-radang yang memainkan peranan penting dalam melindungi jantung kita. Keradangan/inflammation yang berlaku boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah dan menyumbang kepada penyakit jantung dan strok.


1. Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat

Profil Lipid merupakan bacaan jumlah keseluruhan kolestrol, Kolestrol HDL (Kolestrol Baik), Kolestrol LDL (Kolestrol Jahat) dan juga Trigliserida. Profil Lipid merupakan penilaian untuk menentukan risiko kita terhadap penyakit jantung. 

Pengambilan Omega-3 secara konsisten dan teratur didapati dapat meningkatkan Profil Lipid secara positif dengan cara 

  • meningkatkan paras Kolestrol HDL (Kolestrol Baik)
  • mengurangkan tahap Trigliserida iaitu lemak dalam darah. Jika Trigliserida dalam badan tinggi, ianya boleh meningkatkan risiko sakit jantung dan strok
  • merendahkan risiko penyakit jantung


2. Mengawal Tekanan Darah



Semakin tinggi tekanan darah kita, semakin tinggi risiko untuk kita mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Apabila tekanan darah tinggi berlaku, tekanan darah memberikan tekanan pada salur darah dan ini meningkatkan beban kerja pada jantung untuk mengepam darah. 

Pengambilan Omega-3 dapat membantu untuk mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.


3. Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Tahukah anda, jantung anda mengepam kira-kira 2000 gelen darah sehari setiap hari tanpa henti? saluran darah berfungsi untuk membawa darah yang di pam ke setiap organ dalam tubuh anda. Bayangkan jika salur darah ini tersumbat, bagaimana darah yang dipam hendak sampai ke organ lain? 


Omega-3 dapat membantu mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri agar pengaliran darah lebih lancar. Sifat anti-radang yang ada pada Omega-3 membantu melegakan keradangan pada lapisan dalaman salur darah.


4. Ritma Degupan Jantung Yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantang kita berdegup bagi setiap minit. Manakala ritma jantung merupakan corak degupan jantung kita. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil. Dan kadar degupan jantung adalah berdasarkan keperluan badan anda contohnya seperti dalam keadaan berlari dan tidur, kadar degupan jantung adalah berbeza. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa Omega-3 dapat membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil serta menurunkan risiko kematian mengejut.


5. Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah yang dipam membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel dalam badan kita. Omega-3 dapat membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan meningkatkan aliran darah dengan cara menormalkan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah.


Kesihatan jantung amat penting untuk dipeliharan kerana jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh kita yang berfungsi untuk mengepam dan membekalkan darah ke seluruh organ dalam tubuh kita. 


Shaklee Omega Guard 



Omega Guard merupakan Minyak Ikan Tulen Berkepekatan Tinggi. Setiap kapsulnya mengandungi 606mg minyak ikan yang menyediakan 
Omega-3: 333 mg;
EPA : 182 mg
DHA : 120 mg

Keistimewaan Shaklee

Minyak Ikan Berpekatan Tinggi
OmegaGuard™ membekalkan spektrum lengkap tujuh jenis asid lemak perlu Omega-3 tulen, yang biasanya ditemui secara semula jadi dalam ikan kecil di habitat lautan dalaman air sejuk. Setiap hidangan mengandungi kepekatan 999mg Omega-3 (546mg EPA yang bermanfaat untuk kesihatan anda dan 360mg DHA yang penting untuk perkembangan dan fungsi normal tubuh).

Penyulingan Molekul Berganda
Untuk memastikan ketulenan dan kepekatan, minyak ikan di dalam OmegaGuard™ menjalani proses moden Penyulingan Molekul Tiga Peringkat yang memekatkan asid lemak Omega-3 dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PBC dan lain-lain bahan cemar. Mengurangkan bau dan rasa kesan hanyir.

Sahabat Laut
Diiktiraf oleh Friend of the Sea® untuk membantu memastikan bekalan berterusan minyak ikan berkualiti tinggi yang stabil untuk produk Shaklee tanpa menjejaskan alam sekitar.

Untuk mendapatkan produk Omega Guard, anda boleh hubungi saya melalui WhatsApp, Telegram, SMS di talian 0124846882. 


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels