#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, December 31, 2014

#Prayforpantaitimur

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.
Jom kita sama memberikan sumbangan seikhlas mungkin untuk membantu mangsa2 banjir agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka. Mungkin sesetengah kawasan air dah surut tapi kemusnahan yang terpaksa mereka hadapi agak memberikan kesan buat mangsa banjir. Marilah bersama memberi tanpa had agar kita nanti menerima tanpa syarat. Semoga usaha kita diberkati Allah.
Share:

Dilema Ibu Bekerja Tapi Nak Menyusukan Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Ibu2 yang fully support breastfeeding sudah tentu mengimpikan untuk menyusukan anak sehingga anak berumur 2 tahun. Unfortunately, tak semua impian begitu dapat dicapai dan ada kalanya, si ibu terkandas di tengah jalan. Antara faktor utama penyusuan anak sehingga 2 tahun tidak tercapai adalah disebabkan oleh kesibukan ibu yang bekerja dan kekurangan stok susu serta jumlah susu yang dikumpul semasa sesi mengepam adalah mengecewakan. Ini semua boleh menyebabkan ibu2 menjadi stress dan kemudian menyebabkan pengeluaran susu semakin berkurangan. Mama sendiri pernah berjumpa dengan golongan ibu2 yang begini, amat mengharapkan agar dapat menyusukan anak hingga 2 tahun tetapi tidak berjaya. Even mama sendiri pernah merasai situasi begini.

Bila kita sibuk bekerja, sesi mengepam yang sepatutnya 3 jam sekali akan drag kadang2 hingga lebih dari 4 ke 5 jam. Bila ini berlaku, signal untuk menghasilkan susu tidak dapat dihantar kerana susu sedia ada tidak dikosongkan dari payudara. Panjang ye kalau nak cerita berkenaan penyusuan ni.

Meh mama belanja video dari seorang ibu yang struggle untuk menyediakan stok susu ibu buat anak tersayang dan pada yang sama perlu bekerja secara shift. Mama rasa mama beruntung lagi sebab mama bekerja normal working hour. Selamat nonton ibu2. Semoga menjadi inspirasi buat anda untuk meneruskan penyusuan susu ibu.



Share:

Nak Suami Lagi Sayang????

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Nak encik suami lagi sayang bagi anda2 yang dah berkahwin?? Salah satu caranya kita buat apa yang suami kita suka buat. Betul tak? Kalau tanya encik2 suami maybe jawapan derang adalah YES. Tapi kita ni yang ada kengkangan nak join aktiviti suami kan.

Jom tengok video ni and tengok apa yang puan ni buat:


Rahsia Dia Tambat Hati Suami Kaw2, Sambil Tersenyum Manja


Love yourself love your family
Share:

Kenapa Asid Folik Perlu Jika Anda Hamil?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Jika anda seorang wanita dan pernah hamil atau sedang hamil, asid folik adalah menjadi kebiasaan dan kewajipan untuk di ambil setiap hari. Betul kan? Tapi ada yang kelaut ataupun culas dalam pengambilan asid folik setiap hari. Meh sini mama kongsi sikit story pasal asid folik ni.



Asid Folik atau juga dipanggil folat merupakan salah satu vitamin di dalam kumpulan Vitamin B. Juga dikenali sebagai Vitamin B9. Wujud secara semulajadi di dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa jenis buah, yis dan juga dalam daging seperti hati.

Tapi kenapa asid folik ni penting sangat di ambil oleh ibu2 hamil terutama di awal kehamilan? Ini kerana dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan, perkembangan otak dan sistem saraf bayi terbentuk ddan berkembang dengan pesat. Dan fungsi asid folik ni adalah diperlukan untuk membina sel2 baru dalam badan. Bayangkan jika keperluan bagi pembinaan sel2 baru tidak mencukupi?

Ibu2 hamil yang mengambil asid folik setiap hari dapat mengurangkan risiko di antaranya mendapat anak yang mempunyai masalah bibir dan lelangit bercelah, kecacatan jantung dan risiko bayi lahir pramatang, perkembangan fizikal bayi dalam kandungan terganggu dan pre eclampsia. Yang paling UTAMA adalah asid folik dapat membantu melindungi bayi di dalam kandungan daripada kecacatan saraf seperti spina bifida. Spina Bifida atau dikenali juga sebagai sumbing tulang belakang berlaku apabila sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.




Berapa jumlah dos yang diperlukan? Ibu2 hamil memerlukan 400mikrogram (mcg) setiap hari bagi awal kehamilan dan boleh diteruskan sehingga ibu2 bersalin. Jika ibu2 ada mempunyai anak2 yang mempunyai anak dengan kacacatan tiub neural, doktor mungkin akan meningkatkan dos pengambilan asid folik. 

Sumber makanan terbaik (sumber dari http://www.babycenter.com.my/)

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.



Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.


So ibu2, sila take note dengan keperluan nutrien anda semasa hamil. Minta consultation dengan doktor anda. Jadikanlah pengalaman anda hamil sebagai satu pengalaman yang mengembirakan anda okay tak kisah la jika ianya bukan kehamilan pertama anda sekalipun!


Love yourself love your family
Share:

Monday, November 17, 2014

Jom Jadi Mak Tak Marah Anak Pula!

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Jom Tukar Mak Tak Marah Anak

Tajuk mama rini mak tak marah anak. Aishhh....bagi mama sendiri,susah nak jadi mak tak marah anak ni. Mama dengan weekdays kerja kat pejabat, balik kena settle kerja di rumah pula. Anak2 mama kaklong 6y,kakngah 5y yang adik lelaki pula 1y9mth. Kakak ngan kakngah Alhamdulillah boleh diharap tapi kadang2 mencabar kesabaran juga tau. Especially bila gaduh. Jangan ingat gegirl ni tak pandai gaduh,terpengaruh lagi dengan dunia luar bab gaduh and berebut ni,balik rumah derang implement kan pula. Yang adik pula,mmmmm. Baru mama tau, tak sama jaga anak lelaki sorang ni. Masa kaklong ngan kakngah dulu,takde la lasak sampai macam ni. Memang mencabar jaga anak teruna sorang ni tau.

Base on pengalaman mama, kadang2 kita balik dari pejabat dalam keadaan yang penat. Betul kerja di pejabat duduk jek,bukan buat workout pun. Tapi memerlukan otak kita bekerja. Bila otak kita letih,badan pun turut letih. Dan bila badan dah letih,mula la kita akan mula hilang pertimbangan. Mula la kita rasa nak marah bila balik rumah anak2 bising,buat sepah. Kita yang mak2 ni nak kena masak lagi,kain baju nak cuci,rumah perlu kemas. Penat kan jadi mak. Then mula la yang akan jadi `tarzan` kat rumah tu. Pernah tak mak2 yang lain jadi macam ni? Even sebenarnya kita cuba untuk bersabar and menjadi mak tak marah anak. Dari apa yang mama pernah dengar dari ceramah ustaz, bila kita mohon pada Allah agar diberikan kesabaran pada kita, Allah akan uji sedikit  kesabaran kita tu sebab  Allah sayang  pada kita mak2 ni.

Selalunya mama kalau sebelum balik rumah,mama akan makan dulu. Tak perlu la makan nasi. Just cukup untuk alas perut untuk elak kita lapar bila sampai rumah nanti. So takde la nanti nak marah tak tentu pasal sangat kan. Bagi mama,just biskut dengan air milo campur esp pun dah cukup. Insyaallah dapat la tahan rasa lapar sementara tunggu makan malam kan.

Berdoalah banyak2 pada Allah agar kita mak2 ni sentiasa diberikan kesabaran. Kalau boleh bangun pagi jek niat mak tak marah anak hari ni. Mama pernah baca, contoh kita ambil satu kejadian. Kalau kawan pejabat  tertumpahkan air atas meja kita,kita tak marah kan. Kadang boleh senyum and cakap it`s okay. Tapi bila anak kita tertumpah kan air atas lantai,kita punya marah kadang tak ingat dunia. Ada kan macam tu. Mama try untuk ingat macam tu. Tapi kadang2 terbabas. Ya Allah,semoga diberikan kekuatan kesabaran buat semua ibu2.

Korang boleh join group dalam fb nama Mak Tak Marah Anak. Dalam tu banyak info dan pengalaman yang korang boleh dapat dan insyaallah dapat membantu mak2 yang berusaha untuk jadi mak tak marah anak.
Sesungguhnya Allah akan membantu hamba2 yang sentiasa berusaha. Mama doakan agar mak2 semua dapat menjadi mak tak marah anak nanti. Dan semoga semua mak2 diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan agar dapat menguruskan anak dan keluarga dengan lebih  baik. Amiinnnnnnn.


Love yourself love your family
Share:

Tuesday, November 4, 2014

Keselamatan Data Peribadi

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Pernah tak anda menghadapi masalah seperti di bawah apabila melibatkan keselamatan data peribadi ataupun password atau juga dipanggil kata laluan?
  • Setiap tiga bulan sekali perlu menukar kata laluan bagi komputer pejabat
  • Susah nak cipta kata laluan disebabkan polisi yang ditetapkan
  • Sukar untuk mengingati kata laluan yang telah di cipta (walaupun baru tempoh satu jam)
  • Meletakkan kata laluan pada monitor dengan harapan tiada siapa pun yang tahu itu adalah kata laluan anda

Credit to Pixabay

Saya yakin anda mesti biasa dengan password atau kata laluan kan. Dan ada tak di antara anda yang selalu lupa apa kata laluan anda? Terutama bagi anda yang mempunyai lebih dari satu akaun. 

Tidak dinafikan, sekarang seorang pengguna akan mempunyai lebih dari satu akaun. Sekurang-kurangnya akaun facebook,gmail,yahoo,email rasmi di tempat kerja (bagi yang bekerja) dan juga internet banking. Susah juga untuk kita mengingati kesemua password bagi semua akaun yang ada.

Untuk mencipta password juga bukan satu tugas yang mudah sebenarnya. Selalunya, di antara kriteria yang diperlukan adalah:
  • strong password
  • perlu lebih 8 aksara
  • perlu ada gabungan simbol, nombor dan huruf besar kadang kala
Walaupun nampak mudah tapi boleh memeningkan kepala pengguna. Dan kadangkala untuk cipta satu password memerlukan masa yang agak lama. 

Kriteria menyediakan password di atas adalah bertujuan untuk menjaga keselamat data peribadi anda. Jika password anda lemah dan boleh memudahkan orang lain mengagak dan menggunakan password anda untuk akses kepada sesuatu data. Perbuatan ini boleh mengundang bahaya di mana mungkin terdapat data-data sulit yang tidak sepatutnya diketahui umum.

Tapi anda tidak perlu bimbang lagi untuk mecipta kata laluan yang mudah untuk anda ingat tanpa perlu meletakkan kata laluan tersebut pada monitor anda lagi. Dan yang penting tanpa perlu bersusah payah untuk memikirkan apakah gabungan yang sesuai untuk mencipta kata laluan anda. Tip perkongsian cara mudah untuk cipta kata laluan ini saya perolehi semasa menghadiri seminar keselamatan ICT. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda terutama bagi mereka yang selalu terlupa kata laluan
  1. Guna perkataan yang anda suka. Contoh perkataan ORANG (dicadangkan anda guna perkataan yang lebih dari 8 huruf)
  2. Terbalikkan perkataan tersebut. Contoh macam ni: gnaro
  3. Tukar huruf kepada simbol. contoh: gn@ro
  4. Tambahkan nombor pada password tadi. Contoh gn@ro123
  5. Cipta kata laluan mengikut akaun anda. Contoh bagi akaun facebook: facegn@ro123book. Bagi akaun gmail: ggn@ro123mail.
Maka terhasillah sudah kata laluan anda yang diklasifikasi kan sebagai strong password. Mudah bukan. Tapi jangan pula anda dedahkan kata laluan ini pada tontonan umum. Dan juga digalakkan untuk anda menukar kata laluan anda setiap tiga bulan.

Semoga tip ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!


Share:

Monday, November 3, 2014

Apa Dia Omega?

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Readers.


Mama nak cerita sikit tentang Omega hari nie.

Apakah Omega?

  • merupakan kumpulan asid lemak tak tepu yang penting
  • tidak disentisis oleh tubuh manusia dan diperolehi dari diet, vitamin, makanan tambahan (supplement)
  • komponen utama dalam omega 3 ialah EPA (eicosapentaenoic acid), DHA (docosahexaenoic acid) dan ALA (alphalinolenic acid)
  • EPA dapat megurangkan risiko penyakit jantung,sistem imun dan tidak balas keradangan
  • DHA dapat meningkatkan kepintaran otak, mata, sistem saraf utama yang penting untuk ibu mengandung, bayi dalam kandungan dan ibu menyusu dan juga dapat membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran

Kepentingan Omega
  • untuk mengekalkan pengeluaran hormon yang seimbang seperti hormon prostaglandin
  • hormon prostaglandin membantu mengawal banyak fungsi fisiologi penting termasuk tekanan darah,pembekuan darah,penghantaran saraf, radang dan tindak balas alergi, fungsi buah pinggang dan saluran gastrousus dan pengeluaran hormon lain.
  • peranan omega 3 dalam pengeluaran hormon prostaglandin yang bermanfaat memberikan faedah kesihatan seperti mencegah penyakit jantung,meningkatkan fungsi kognitif, pengawalan keradangan.

Omega bagi Ibu Mengandung dan Menyusukan Anak
  • penting bagi perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi dalam kandungan
  • memberikan kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi dalam kandungan
  • ibu menyusu yang mengambil omega bagus bagi perkembangan bayi
  • dapat mengurangkan risiko alergi pada bayi
  • dapat mencegah kelahiran pramatang,mengurangkan risiko pre-eklampsia dan dapat meningkat berat badan bayi dalam kandungan
  • kekurangan omega 3 boleh meningkatkan risiko kemurungan bagi ibu mengandung

Sumber Omega

  • ikan air sejuk seperti salmon,tuna,sardin
  • rakyat Eskimo didapati berisiko rendah terhadap penyakit jantung disebabkan diet makanan yang kaya dengan lemak dan minyak ikan
Share:

Friday, October 31, 2014

Keperluan Nutrisi Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Selalu mesti korang selalu dengar golongan dewasa especially wanita perlu mengambil makanan tambahan, supplement, vitamin atau multivitamin untuk menjaga kesihatan kan.

Tapi tahu kah anda2 semua bahawa kanak2 pun sepatutnya dipastikan keperluan nutrisi mereka mencukupi agar tumbesaran fizikal dan mental mereka seimbang. Perlu sangat ke bagi vitamin,multivitamin, supplement untuk kanak2 ni? Nie jawapan mama. Kalau ibu2 boleh memastikan pemakanan anak2 anda mengikut kepada piramid makanan yang disarankan, dan cara masak yang tidak mengurangkan khasiat asal pada makanan tersebut, so ibu2 tak perlu nak fikir tentang vitamin tambahan untuk anak.

Macam mana corak pemakanan anak2 kita sekarang? Dengan jajannya, keropok, aiskrim, minuman berkarbonat. Dan kebanyakkan ibu2 mengeluh anak2 mereka lebih suka makan benda2 yang tak berkhasiat daripada nasi (tipikal kita di Malaysia makanan ruji adalah nasi). Bagi ibu2 yang rajin memasak untuk keluarga, mama ucapkan tahniah sebab mereka cuba untuk memastikan anak2 dan keluarga mendapat makanan yang berkhasiat. Air tangan seorang ibu amat berharga okay.

vita-c mealshakes
Vitamin anak mama kata kaklong

Chewable Vita-C plus ngan Meal Shakes dari Shaklee mama bekalkan untuk anak2 mama setiap hari. Kaklong ngan kakngah suka sangat dengan vita-c tu sedap rasanya macam buah oren katanya.

Ibu2 sila pastikan anak2 anda mendapat nutrisi yang secukupnya setiap hari. Bukan seminggu sahaja tetapi setiap hari kerana ada vitamin yang diperlukan oleh badan kita tetapi tidak dihasilkan sendiri oleh badan manusia contohnya vitamin c. Nanti mama story detail ye berkenaan vita-c dengan mealshakes ni.

Love Yourself...Love Your Family

Share:

Thursday, October 23, 2014

Susu drop...1oz..2oz...30ml je????

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bagi ibu2 menyusu mungkin ada yang pernah menghadapi masalah susu drop...susu sikit. Dan ibu2 mesti rasa susah hati kan. Rada sedih... even ada yang rasa stress. Alasan terbesar nanti anak mesti tak cukup susu. Dalam tak sedar bila ibu2 mempunyai rasa macam tu sebenarnya membuatkan susu yang dikeluarkan lebih sedikit disebabkan gangguan pada hormon prolactin dan oxylactin.

Mama sekarang dalam keadaan pam pagi untuk petang, pam petang untuk esok pagi. Umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang la macam tu. Tapi apa yang penting, mama still berusaha untuk pam di pejabat 4 kali sehari untuk make sure bekalan untuk adik sentiasa ada. Dan so far, kuasa Allah, alhamdulillah bekalan adik masih belum putus.

Beberapa minggu lepas, adik tak sihat. Demam, batuk dan selsema. Selalu ibu2 akan cakap pakej la ni. Bila bawa jumpa doktor, katanya tekak adik dah merah. So suggest untuk bagi banyak minum air kosong. Lagi bagus air suam katanya. Tak boleh air manis2 ni. Kalau nak bagi, buat air epal hijau dan bagi adik minum.

Apa yang mama perasan, adik lagi kerap nak menyusu. Asik2 nak menempel je ngan mama. Bila menyusu tu, adik akan peluk mama kuat2. Masa ni bonding antara ibu dan anak terasa kuat sangat. Best tau. Rasa diri diperlukan. Hahahaha. Tapi bila mama dekat office dan pam, hasil pam drop daripada biasa. 2oz kadang nak dapat 3oz pun susah sepanjang adik demam tu. Pelik kan. Kenapa macam tu.

Tapi mama cuba untuk tidak berfikiran negatif. Apa yang mampu mama buat, setiap kali pam, dalam hati "Alhamdulillah ada rezeki adik. Ya Allah, banyak mana pun susu yang dapat, berkatilah. Semoga mencukupi bagi anakku". Kalau mama rasa sedih pun cepat2 buang jauh2. Positif semula.

Apa yang mengejutkan mama, pengasuh cakap, walaupun dia pun tengok bekalan susu tu sikit buat adik, tapi sebenarnya CUKUP!!!. Sebab adik tak menangis pun. And even ada lebihan sedikit pada botol susu. "Tengok sikit jek lyn, tapi cukup ye untuk daniyal ni". Itu kata2 pengasuh pada mama. Alhamdulillah....syukur sangat rasanya. Mungkin ada keberkatan dari Allah buat adik. Tiada siapa yang tahu. Dan benarlah juga kata orang, susu terhasil juga berdasarkan keperluan anak2. Masa adik demam, dia agak banyak minum air suam. Maybe itu keperluan dia untuk cepat baik merah pada tekak.

So ibu2, yang mana rasa susu drop (bukan drop sebab tak mengepam ye), jangan sedih. Positif dan bersyukur dengan hasil yang diperolehi. Doa agar mencukupi buat anak. Kadang2 kita rasa tak cukup tapi sebenarnya memadai buat anak. Buang perasaan negatif jauh2. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui. Serahkan segalanya pada Allah....Insyallah.

Apa yang penting, konsep supply and demand jangan dilupakan. Kerapkan pam. Amalkan pemakanan yang sihat. Kalau perlu amalkan supplement, carilah supplement yang selamat. Minum air secukupnya. Jaga emosi, jangan rasa stress atau tertekan. Sesungguhnya Allah itu Lebih Tahu. Jangan difikirkan sangat berapa yang dapat. Kuatkan semangat untuk terus menyusukan anak biarlah sehingga 2 tahun....Insyaallah.


Happy breastfeeding Mommies!!!!
Love Yourself.... Love Your Family.
Share:

Tuesday, October 21, 2014

Pengedar shaklee putrajaya

Assalamualaikum dan dalam sejahtera readers.

Mama nak kabo sikit. Mama merupakan pengedar shaklee yang sah bagi kawasan putrajaya. Kawasan sekitar putrajaya pun boleh kalau nak bershaklee dengan mama.

Mama juga menyediakan konsultasi percuma kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan produk shaklee.

So readers,tak perlu malu dan tak perlu rasa segan. Insyaallah mama akan cuba membantu.

Fb mama : norlen othman
Email mama : norlen.othman@gmail.com
Whatsapp/telegram/sms : 0124845882

Share:

Thursday, October 16, 2014

Kenapa Mama Pilih Mealshake Buat Anak2

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Readers.

Macam mana mama boleh terjebak dengan mealshake ni? Best sangat ke untuk bagi kat anak2 mama sampai setiap hari mesti bancuh mealshake dengan minuman anak2? Yang pasti, rasa vanilla yang ada pada mealshake membuatkan minuman anak2 mama bertambah sedap.

Mama mula beli mealshake untuk kakak. Masa tu umur kakak dalam 2 ke 3 tahun. Masa tu kakak menghadapi masalah sembelit yang agak teruk. Yang mama sendiri tak pernah bayang anak mama boleh kena sampai macam tu. Setiap kali dia nak membuang, kakak akan genggam tangan mama kuat2 dan mama kena sentiasa temankan kakak dalam toilet agar dia lebih tenang dan selesa. Kadang2 sampai terpaksa jumpa doktor masukkan ubat bontot untuk memudah kan dia berak. Kesian sangat kakak masa tu. Dan masa tu mama langsung tak terpikir untuk tukar susu formula (kakak hanya sempat bf sehingga 5 bulan sahaja). Memang tak terlintas langsung untuk cuba susu formula lain. Sebelum mama decide untuk beli mealshake, kakak batuk dan selsema lebih dari sebulan. Puas mama google, baca blog, baca forum berkenaan masalah kakak ni. Banyak testimoni yang menarik berkenaan mealshake, so mama pun dengan secara gamble nya beli mealshake untuk kakak.

Mama cuma bancuh 1 sudu kecil mealshake dengan susu formula setiap hari sekali sahaja untuk kakak. Seminggu lepas tu selsema dan batuk kakak dah makin hilang. And kakak dah takde sembelit!!!. Ya Allah, syukur sangat. But still mama kena teman kakak dalam toilet lagi:-) Tak kisah janji kakak dah tak sukar membuang macam sebelum ni. Tambahan dari tu, kakak dah banyak makan dari selalu. Ibu mana tak seronok tengok anak makan banyak especially bila ibu sendiri yang masak kan. Lagi la kita bersemangat nak masak untuk anak2 makan. Betul tak? 

Kanak2 pun sebenarnya perlu dipastikan mengambil pemakanan yang seimbang dan keperluan nutrisi, vitamin dan mineral adalah mencukupi agar tumbesaran mereka tidak terganggu. Jika tidak, kanak2 akan cepat letih, selalu tidak sihat dan tidak lalu makan. Cuba bandingkan dengan negara yang mana kekurangan bekalan nutrisi, Bagaimana rupa mereka. Kesian kan. Kita di sini ada yang sampai terlebih-lebih makan tapi sayangnya kebanyakkan makanan tersebut kurang berkhasiat terutama junk food dan makanan segera. Kita perlu didik anak2 kita dari kecil agar mengamalkan diet pemakanan yang seimbang.

Ok, mama share sikit pasal apa kelebihan dan kebaikan mealshake ni secara ringkas. Di antaranya:

  1. Membantu meningkatkan selera makan anak
  2. Membantu mengatasi masalah sembelit
  3. Bagi tumbesaran anak yang sihat
  4. Membekalkan keperluan nutrisi, vitamin dan mineral yang diperlukan
  5. Membantu meningkatkan berat badan anak
  6. Juga sesuai dari peringkat kanak2 hingga dewasa 



Bagi ibu2 yang ingin mengetahui lanjut tentang mealshake ni, boleh contact mama:
Wassap/SMS/Telegram - 0124845882
Email - norlen.othman@gmail.com

Love Yourself.... Love Your Family

Share:

Friday, October 3, 2014

Kuasa Doa Seorang Ibu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Untuk Readers Semua.

Mama nak cerita tentang ajaibnya kuasa doa seorang ibu. Rasanya semua readers pun biasa dengar kan tentang kuasa doa seorang ibu ni. Dan sesungguhnya doa seorang ibu ni special sebab tiada khilaf dan terus sampai kepada Allah, Insyaallah. Cerita ni bukan rekaan ye tetapi dari kenalan rapat mama sendiri dan mama pun amat terharu dengan cerita dia.

Selepas seminggu si ibu berdoa pada Allah dan bercakap2 dengan bayinya setiap malam agar si anak kembali menyusu seperti biasa, nah..... Doa ibu di makbulkan. Dengan kuasa Allah SWT, si anak boleh menyusu secara direct feed dengan si ibu seperti biasa. Ibu mana tak seronok bila keajaiban seperti ini berlaku. Actually, keseronokan dapat menyusukan kembali si anak amatlah berharga. Hanya Allah Maha Mengetahui.

Sebelum tu si ibu ada masalah pada bahagian aerola sebelum tu dan menyebabkan kesakitan dan kesukaran buat ibu dan bayi. Anak cuma minum dengan botol dan kadang2 guna shrink. Ibu mana tak sedih kan kalau tengok anak macam tu. Si ibu ada berwassap dengan mama minta pendapat. Apa yang mama boleh katakan, teruskan pam dan doa agar dipermudahkan antara ibu dan anak.

Power kan doa seorang ibu, jangan memain.hihihi... So pada ibu2 di luar sana, walau apa pun masalah yang kita hadapi, mohonlah penyelesaian dengan Allah. Berdoalah. Lagi bagus jika kita spesifik semasa berdoa. Doa ni umpama kita merayu-rayu padaNya. Allah kan suka kita meminta-minta padaNya.

Sebagai seorang ibu juga, fikir dan sebutlah yang baik2 tentang anak. Kerana setiap sebutan kita even apa yang kita fikir pun tentang anak adalah doa. So berhati-hati dengan tutur kata dan fikiran terhadap anak ye.

Maybe ibu2 boleh cuba petua ni: bila2 masa teringatkan anak2, bacalah surah Al-Fatihah dan berdoalah buat mereka. 

Ingat ye, kuasa doa seorang ibu tiada siapa yang tahu dan sesungguhnya Allah Maha Besar dan Berkuasa akan sesuatu.

Love Yourself.... Love Your Family


Share:

Tuesday, September 16, 2014

Kaklong Patah Gigi!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Mesti korang tau kan gigi kanak-kanak yang tumbuh tu dipanggil gigi susu. Mama sedih kalau tengok gigi kanak-kanak yang rosak, lepas tu jadi rapuh dan mereput. Mama tengok macam sakit jek. Kesian mama tengok. Alhamdulillah, anak-anak mama tiada masalah dengan gigi. Kaklong ngan kakngah rajin berus gigi dengan ubat gigi (mama guna non-florida) while yang adik mama gosok ngan towel lembap. Itu pun kadang-kadang 'berperang' juga ngan adik.

Tapi entry kali ini mama bukan nak cerita tentang gigi susu. It's about gigi kaklong. Sebenarnya gigi dia ni dah lebih 2 minggu longgar. Asalnya sebab tergigit tulang ayam uncle bob. Ayam Uncle Bob tu kegemaran dia sangat. Ntah macam mana dia makan, tetiba kaklong nangis cakap gigi dah longgar. Nak gelak pun ada masa tu,tapi kesian kat dia. 

Nak dipendekkan cerita, malam tadi masa makan buah kiwi dengan ayahnya, tetiba dengar dia nangis. Gigi berdarah katanya. Ayah suruh dia kumur-kumur then dia datang jumpa mama. Mama pujuk la suruh tidur dulu. Esok mama bawa jumpa doktor gigi kalau ada klinik buka. Kan cuti Hari Malaysia....kut-kut klinik tutup jek. 

Bangun pagi check gigi kakak, memang dah longgar sangat dah. Mama cakap ngan kaklong, cuba kaklong tolak kuat sikit dengan lidah. Mana tau cabut ke. Baca Bismillah dulu. Then kaklong baring and tetiba dengar dia jerit gigi dah cabut!!! Alhamdulillah dipermudahkan.Kaklong gelak2, kakngah pun sama sibuk nak tengok gigi kaklong dia tu. Hahahahahaha.....tapi kaklong cakap lupa la baca Bismillah....kaklong...kaklong

Mama ada buat 'upacara' tanam gigi.Hahahahaha....kaklong tanam sendiri gigi dia. Let her feel and know what she should do. Learning process kan.

Well kaklong, if you read this one day....mama wanna say that mama proud of you. Really you are so brave my girl. Actually mama pun takut nak tolong cabutkan.Hahahahaha......

Love you kakak!!  
Share:

Thursday, September 4, 2014

Risiko Pengambilan Supplement Tambahan Atau Multivitamin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat readers semua.

Mama nak kongsi sedikit tentang risiko kita sebagai manusia dalam pengambilan supplement ni berdasarkan pengalaman mama sendiri dan keluarga.

Bila kita decide untuk mengambil supplement tambahan untuk tubuh badan kita, kita harus dan WAJIB pastikan apakah jenama produk yang sesuai dan yang paling penting yang selamat dan boleh dipercayai. Haruslah tidak boleh hentam kromo jek bila kita nak pilih supplement ni ye. Kita yang perempuan ni pun kalau nak beli handbag ke, kasut ke,kereta pun kita buat survey dulu kan. Jenama apa yang ok, tahan lama, berpatutan. Pendek kata is it worth buying it?

Bila dah pilih jenama tu, semak pula produk-produk dia. Kadang-kadang kita badan kita tidak perlukan semua supplement yang dijual. Peranan kita di sini pula haruslah kita sebagai tuan punya badan tahu apa keperluan tubuh badan kita. Pengambilan diet kita seharian macam mana? Cukup ke keperluan nutrisi bagi tubuh badan kita dengan diet yang di ambil? Kalau yang nak kurus, kene tahu juga kegemukan kita tu disebabkan apa? Kalau yang dah kurus tu nak tambah berat badan pun perlu tahu apa yang sesuai untuk di ambil. Dan yang paling penting, JANGAN TIRU ORANG LAIN. Badan kita tak sama dengan badan orang lain ye. Kadang-kadang ada yang ingin mencuba supplement disebabkan masalah kesihatan. Sila rujuk dengan doktor dahulu sebelum mencuba apa-apa supplement. Kalau boleh pinjam dulu sample atau contoh bawa jumpa doktor untuk dapatkan pengesahan. Ini adalah salah satu cara precaution untuk tubuh badan kita juga. Takut nanti, tujuan lain tapi hasil dapatan lain. Dah mula finger point pula. Aniaya orang lain nanti.

Kemudian, bila dah decide, refer kepada pakar jualan, Kalau beli dekat farmasi, jumpa pharmacist dahulu. Jangan main redah je. Bahaya juga. Kalau yang beli dengan distributor mana-mana jenama, jumpa dan tanya. Kalau tak jumpa pun boleh wassap ke, PM ke, atau apa2 sahaja cara. Minta pendapat dan pandangan. Produk mana yang sesuai dan kegunaannya. Sila pastikan ye. Mama minta tolong sangat kalau nak ambil supplement atau multivitamin ke, refer dahulu. Nak beli bawang kat pasar pun kita pilih yang elok. Ni kan pula nak masuk dalam badan, hati-hati ya. Pernah mama belikan untuk husband supplement, bila dah nak habis sekotak tetiba keluar TV dimaklumkan terdapat bahan larangan dalam kandungan. Ya Allah, masa tu serious mama rasa bersalah sangat-sangat. Terus mama buang kotak tu. Mama lebih berhati-hati sekarang nak pilih produk. 

Lagi satu, bagi mereka yang jenis amik lebih dari satu produk atau jenama, tolong berhati-hati. Dulu masa mama sekolah, pernah kawan-kawan cakap kalau nak tukar pencuci muka kene 'puasa' dulu dari basuh muka. Maksudnya tak boleh terus menukar dari produk A kepada produk B serta merta ye. Sebab kita nak tau kesannya. Kalau tidak macam mana kita nak tau kan produk mana yang berkesan, yang beri kita kesan sampingan ke atau yang tidak berkesan langsung.

So nasihat mama, buat research sikit dahulu sebelum mencuba apa-apa jenis produk pun. Tak rugi malah mana tahu mungkin memberikan manfaat dan ilmu yang lebih buat kita. Dan jangan terpengaruh sangat dengan iklan-iklan tu ye. Sayangilah diri anda tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. Di antara pesan Rasulullah dalam Ingat 5 Perkara Sebelum 5 Perkara adalah SIHAT SEBELUM SAKIT.


Share:

Tuesday, March 25, 2014

Jantung Pisang Sebagai Milk Booster??!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang tak suka makan jantung pisang? Ish2....... sedap tu. Rugi kalau ada yang tak suka makan. Banyak khasiat jantung pisang ni.

Rupa jantung pisang

Ibu-ibu pernah dengar tak kenyataan jantung pisang antara makanan yang boleh membanyakkan penghasilan susu ibu? Kalau rajin membaca dan bertanya mesti pernah dengar kan.

Berdasarkan pengalaman mama, ya betul jantung pisang dapat membantu bagi penghasilan susu ibu atau 'milk booster'. Semasa anak ke-2, mama belum jumpa lagi supplement atau makanan tambahan lain tapi ada terbaca jantung pisang boleh jadi 'milk booster'. So setiap hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) waktu lunch, jantung pisang adalah ulam WAJIB bagi mama. Alhamdulillah masa tu kat kafe tempat mama kerja memang ada jual ulam jantung pisang ni setiap hari. Kalau takde mama tanya kat tuan kedai tu kenapa takde jantung pisang hari ni. Mama bukan makan sehari jek ye boleh jadi 'milk booster', tapi setiap hari untuk lebih 3 BULAN!. Dan alhamdulillah memang rezeki anak terbukti berkesan. Seriously mama pun takde rasa bosan makan jantung pisang ni hari2.

Selain buat ulam, ada yang masak jantung pisang ni sebagai gulai/kari, masak lemak dan macam2 lagi mengikut citarasa masing2 (chef sendiri2).

Apa yang faedah yang kita dapat bila makan jantung pisang?

  1. Mengandungi : 1.2 protein, 0.3% lemak, 7% karbohidrat, serta mengandunggi fosfurus dan zat besi. 
  2. Memberi tenaga dan membersihkan organ-organ dalam badan seperti jantung, hati dan membersihkan buah pinggang.
  3. Ia membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi dan mengurangkan risiko diserang strok.
  4. Rendah kalori lemak dan sodium yang membantu menurunkan kolestrol.
  5. Potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat cirit-birit.
  6. Anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
  7. Orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
  8. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. (yang ni mama belum cuba lagi)
Banyak sebenarnya khasiat yang diperolehi. Tapi masa tu mama cuma nak buat as milk booster jek.

Tapi sekarang ni agak susah nak dapatkan jantung pisang. Mahal pun satu hal juga lagi2 tinggal kat bandar ni. Masa mama beli tu 1 jantung pisang potong 4, suku tu rm0.50 satu. Agak mahal tapi anak punya pasal kan. Mama sanggupkan aja. 

Tapi Alhamdulillah mama dah jumpa supplement yang membantu. Apa lagi kalau bukan ALFAFA dari Shaklee tu. Sama juga kene la berterusan atau consistent pengambilan baru la nampak kesan. Jangan la macam setengah orang cakap 'ke laut' cara pengambilan, memang tak nampak la kesannya. 

Walaupun pemakanan dapat membantu tetapi di ingatkan, proses DEMAND & SUPPLY perlu ada bagi menjayakan penyusuan susu ibu. Kalau perkara paling asas tidak dibuat, makan la apa pun atau supplement apa pun kesannya mungkin tiada.

Mama menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu...!!
Share:

Friday, February 28, 2014

Mama Outstation....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

mama baru balik kursus 3 hari 2 malam. masa dapat confirmation untuk pergi kursus tu, mama dah gelabah. Mau tak gelabah, Daniyal masih BF, malam memang tidur ngan mama. Macam mana Daniyal nanti??? Mama pulak boleh ke survive masa kursus??? nak pump lagi,schedule pump confirm lari. Adusssss.....

Benda pertama mama buat, minta pendapat husband tentang penjagaan Daniyal. Of course ayah pun pening kepala. Mau nye dak macam mana la nak jaga yang kecik nie coz dia kan menyusu lagi. Tidur malam pun ngan mama celah ketiak. Kaklong ngan Kakngah tak pe ayah boleh handle lagi. Kesian kat ayah.

Then mama ada post pertanyaan kat group support bagi ibu2 yang bf. macam mana kalau tempat takde peti sejuk? Reply comment amat memberangsangkan. Bagus ada group support ni untuk bf.

Mama survey ada peti sejuk tak kat sana. Urusetia cakap ada. Alhamdulillah...syukur. Tinggal nak fikirkan nanti nak tinggal Daniyal ngan ayah dia jek ni. Pengasuh pun willing untuk buat bubur bagi 2 hari yang mama takde tu. Syukur Alhamdulillah...rezeki Daniyal.

Ahad tu mama settle kan semua baju sekolah kakak ngan kakngah, baju kerja ayah, susun baju untuk 3 hari bagi daniyal, siap kemas umah. Tak nak la tinggal umah comot2 ni. Isnin, pagi hantar kaklong ngan kakngah pergi sekolah,mama peluk & pesan please jadi good girl masa mama takde. Jangan susahkan ayah. Macam biasa, derang akan jawab, OK mama. hihihihihi....bagus anak2 mama. Masa gi hantar Daniyal, dia macam tau-tau jek mama nak tinggal. Ibu (panggilan kepada Pengasuh) nak ambil dia tak nak. Peluk leher mama kuat2. Mama dalam hati dah sebak ni tapi tahan jek. At last kena tarik juga Daniyal ngan Ibu. Daniyal NANGIS!!!. sabarlah wahai mama.......... ayah pun mama tinggalkan kejap ye.

Masa sampai ke lokasi di tuju, peti ais memang ada tapi tak cukup sejuk! Dugaan ni. Tapi Allah bagi pertolongan, kat kantin ada tempat ais (mama stay hostel). So letak ais dalam bekas dalam peti ais. Bekas tu pula dapat dari urusetia tempat kursus yang sediakan gula2 bagi setiap peserta dalam bekas. Bantuan Allah lagi. 

Rasa pelik tidur malam tanpa anak2. takde sape nak berkepit ngan mama ni. hihihihihi. Walaupun Daniyal tiada, mama tetap pump. Ada masa terluang je mama pump. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, rezeki Daniyal mama dapat kumpul 12 botol 5oz penuh susu untuk di bawa pulang. Syukur Alhamdulillah. Rasa seronok sangat. Tapi mama tak boleh stress sangat, just relax jek.

So outstation yang pertama ni menjadi pengalaman pertama mama berjauhan ngan anak2 dan suami. Dan juga preparation bagi mama as BF mother. So mama kena take note keperluan mama bila berjauhan ni.

Daniyal masa mama takde ayah cakap ok jek. Takde nangis sangat pun. Bangun sekali je malam nak menyusu. Mmmmmmmm...pelik jap mama dengar sebab bila mama ada setiap masa kena ada tepi dia.

So bagi mana2 mommy yang bf dan kene outstation, jangan risau. Jangan stress. Doa banyak2 moga Allah mudahkan urusan kita. Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan sebaik-baik pemberi pertolongan.

Share:

Monday, February 17, 2014

Denggi Sedang Menyerang!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kawasan Lembah Kelang terutamanya sekarang terlalu banyak kes denggi. Last Jumaat malam mama bawa Daniyal pergi klinik sebab demam. Rasanya demam sebab vaksin setahun sebab 1 week before Daniyal kena cucuk setahun & misi pesan kalau demam selalunya selepas seminggu. So mama memang dah standby in case Daniyal demam.

Klinik Presint 9 Putrajaya ni memang extend smpai malam. So mama n ayah bawa Daniyal sekali ngan Kaklong n Kakngah g klinik. Masa tu dah jam 9 tapi masih lagi ramai patient yang tunggu giliran. Most of the patient dengan kapas di tangan sebab lepas baru amik darah. Ishhh......gerun plak rasa.

Sampai giliran Daniyal, bawa jumpa Doktor. Pas bersoal jawab doktor cakap "Saya book dia untuk amik darah tomorrow. So esok bawa dia amik darah". Mmmmmmmmmmmm..... Alaaaaaa. Daniyal nak kene amik darah ke? Malam tu balik dengan bekalan paracetamol dahulu untuk Daniyal.

Hari Sabtu malam bawa Daniyal amik darah sebab petang tu dia still demam lagi untuk hari ke 3. Alhamdulillah blood test result ok. So Daniyal demam biasa jek.. (ke adik tahu mama nak tinggal dia ni).

Tapi apa yang mama nak share kat sini, kes denggi sekarang telah meningkat. Klinik Presint 9 open 7 days termasuk cuti umum! Kalau demam masuk hari ke-3 jek terus kena amik darah. Tak boleh tunggu2 lagi. Kepada semua, please be alert ye. Kalau demam tu dah masuk hari ke 3 cepat2 bawa ke klinik. 



Bagi mereka yang berada di kawasan sekitar lembah kelang, boleh semak sama ada klinik berdekatan buka atau tidak. Senarai klinik dalam imej tu mama snap dari klinik. Semua klinik tersebut beroperasi 7 hari bermula jam 8 hingga 11 malam sepanjang tempoh wabak denggi. Di doakan wabak ini cepat reda....amin.


Info tentang Denggi (source from http://www.myhealth.gov.my/)

Apakah demam denggi?

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat (4) jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4).
** kalau tak silap mama, ayah mama pernah cakap denggi ni ada 4 stage, bila dah kene sekali, badan dah imun stage tu. maks sampai 4. Tapi tak pasti betul ke idak....wallahualam 

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Tanda & Gejala:
  • Demam
  • Sakit kepala, otot dan sendi-sendi
  • Sakit bahagian belakang mata
  • Ruam pada badan
  • Loya dan muntah
** adik mama pernah kena denggi tahun 2008 dan 2009 (kalau tak silap) dan dia cakap kulit kalau terkena air rasa pedih macam terkena pisau.

Rawatan:
  • Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.
  • Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.
  • Mandi jerlum.
  • Antibiotik tidak diperlukan.
** selalu orang pesan makan sup ketam banyak2 untuk naikkan palet darah merah

Bersama-samalah kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dan keluarga. Kalau ternampak ada air bertakung tu, cepat2 buang ye....

<untuk pertanyaan sebarang produk Shaklee, boleh sms/wassap di 0124845882>
Share:

Friday, February 7, 2014

Saya perlu ambil supplemen/makanan tambahan tak?

Kalau tanya mama soalan tu, mama akan tanya balik.... pemakanan harian anda ikut atau tidak piramid makanan seperti yang di syorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia?

Kalau jawapan, ya saya memang mengambil diet mengikut piramid makanan. TAHNIAH mama ucapkan sebab tak semua orang boleh buat macam tu dan sebenarnya memang agak susah untuk memastikan diet seharian adalah seimbang. 

Tapi saya masak sendiri di rumah, of course la seimbang......mmmmm. are you sure yang di masak especially sayur di masak tidak hilang segala zat dan vitamin semasa proses memasak? cara memasak yang salah juga boleh menyebabkan kehilangan zat dan vitamin yang sedia ada ye.

Piramid Makanan 

Kalau makan dekat luar, lagi tak boleh nak cakap apa la kan. Zat dengan vitamin rasanya ke laut (bahasa orang sekarang) la kut.

Kenapa perlukan supplemen?
  1. Manusia sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar dan radikal bebas yang boleh menjejaskan kesihatan badan manusia
  2. Terdapat nutrien yang diperlukan oleh badan dalam dos yang agak tinggi jika dibandingkan diambil dari sumber pemakanan
  3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai risiko terjejas dengan racun serangga atau bahan kimia yang lain
  4. Amalan gaya hidup yang kurang sihat seperti kurang bersenam atau merokok
  5. Rutin pemakanan yang tidak seimbang
  6. Pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan boleh menggangu penyerapan nutrien oleh tubuh badan
  7. Nutrien hilang dalam makanan seperti makanan segera, kedai makan dan sebagainya.


Harus di ingat, supplemen atau makanan tambahan bukanlah ubat bagi merawat sesuatu penyakit. Ianya berfungsi bagi mencukupkan keperluan nutrien di dalam tubuh badan manusia. Dalam memilih supplemen yang diperlukan, pengguna perlu tahu nutrien apa yang diperlukan oleh tubuh badan. Pilihlah supplemen yang bersesuaian dan mampu untuk mengimbangi keperluan nutrien seharian anda.

Tip pemilihan supplemen:
  1. Pastikan manfaat yang diperolehi berbaloi dengan wang yang akan dibelanjakan
  2. Dikeluarkan oleh syarikat-syarikat yang boleh dipercayai terutama sekali dari segi penjagaan keselamatan
  3. Pilih supplemen bersesuaian dengan keperluan tubuh badan anda.
  4. Pastikan produk mempunyai kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia

<untuk pertanyaan sebarang produk Shaklee, boleh sms/wassap di 0124845882>
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

ARKIB

Labels

Blog Archive