#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, March 25, 2021

UBAH DIRI UNTUK BERJAYA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.


Setahun telah berlalu. Sejak 18 Mac 2020 di mana PKP 1.0 bermula disebabkan pandemic Covid-19. Tidak dinafikan, begitu ramai golongan yang terjejas dengan kesannya. Kak Lyn sendiri menyaksikan bertapa mereka yang terjejas ini ada yang berhempas-pulas untuk mengisi perut dan keperluan lain bagi keluarga. Sama ada bujang atau yang bekeluarga, kesannya tetap ada.

Mungkin ada yang tidak sedar, tetapi pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia khususnya dengan ratusan ribu pekerja telah di berhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan. Ada juga dipotong elaun atau gaji. Bahkan ada yang diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain dihadapi.



Cerita tentang kesusahan yang dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar. Di antaranya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Nilai yang mungkin sesetengah orang nampak kecil tetapi bagi kebanyakkan orang begitu besar nilainya.


KESIHATAN MENTAL SEMASA PANDEMIK

Dalam ramai yang sedang merasai impak pandemik ini, mungkin ada yang secara tidak sedar yang mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menyebabkan kemurungan atau kegelisahan jika tidak diuruskan dengan baik.

Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak.

Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion.

Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.


JOM UBAH BERSAMA RichWorks

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.


RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.

Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.

Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.


APA YANG ANDA PERLU BUAT SEKARANG?

Bagi yang betul-betul ingin ubah hidup mereka, Kak Lyn sangat galakkan anda join program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini. Jika bukan sekarang bila lagi kan? Pendaftaran secara percuma di sini : www.binabisnesberjaya.com




Love Yourself.
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels