#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, November 8, 2018

11.11 FESTIVAL MEMBELI BELAH - JUALAN SEHARI TERBESAR KINI BERMULA DI LAZADA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Rasanya semua kaki-kaki shopping sudah bersedia untuk menantikan kemunculan 11 November di Lazada. Festival membeli-belah atas talian terbesar yang boleh buat kaki shopping 'pecah kepala' untuk memasukkan senarai dalam trolley cart mereka. Potongan sehingga 90%, baucer yang ditawarkan sehingga sebelas juta ringgit dan juga nilai pembelian serendah seringgit sahaja kakak, adik abang. 



Bayangkan jika ada yang bertanyakan kepada anda soalan ini : Apakah 3 produk yang anda rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Okay ini adalah senarai impian saya sempena Lazada 11-11 ni:




1. NAK LARI

Sejak berada dalam group mak-mak kaki berlari ni, memang rasa tak senang duduk di buatnya. Hampir setiap hari ada sahaja mak-mak yang update larian mereka. Ada yang join Virtual Run, ada yang join Fun Run di kawasan terdekat bahkan jika cuaca tidak secerah diharapkan pun, lari dalam rumah pun boleh. 

Bukan update pasal larian sahaja, gajet-gajet yang digunakan pun ada dikongsikan bersama. Since saya juga dah mula suka berlari dan akan terus berlari (bukan lari dari rumah tau), rasanya Waist Bag seperti ini sangatlah diperlukan. Sekurang-kurangnya dapat di isi telefon dan kunci rumah. Tidaklah berat poket seluar nak menampung berat telefon tu kan. Dan ada yang kongsikan, apabila menggunakan bag seperti ini, rasa sangat selesa pada bahagian perut. Ala-ala seperti memakai bengkung. Nak berlari pun best katanya. So wajib la kan dapatkan Waist Bag ini untuk meneruskan keseronokan larian nanti.




2. UNTUK KELUARGA

Apa kena mengena menyediakan pencetak untuk keluarga? Bagi ibu dan ayah yang mempunyai anak-anak yang sudah bersekolah, pasti tahu pencetak di rumah sangat membantu. Kadangkala ada dokumen yang Cikgu perlukan secara salinan yang perlu dihantar. Mudah kan jika ada pencetak All In One ni. Tak perlu bersusah payah bersiap untuk ke kedai fotostat. Dan tatkala musim peperiksaan, banyak soalan-soalan ulangkaji yang boleh diperolehi dalam talian. Dengan pencetak di rumah, mudah untuk kita sebagai ibu cetak soalan-soalan berkaitan untuk digunakan oleh anak-anak mengulangkaji. 

Tambahan dengan kemudahan tanpa wayar (wireless) pada pencetak, mudahkan juga untuk kita mencetak terus gambar-gambar comel anak-anak di telefon tanpa perlu ke kedai gambar. Nampak tak penjimatan yang berlaku? Jimat dan mudah bukan.




3. UNTUK KESELESAAN BERDUA

Di antara perabot yang sangat jarang ditukar dalam kamar beradu. Pemilihan rangka katil dan tilam yang selesa dan sesuai sangat memberi keselesaan pada tidur yang lena. Kita kan perlukan tidur yang berkualiti untuk menghadapi hari esok yang lebih mencabar bukan. Lagipun bukan selalu perabut yang satu ni ditukar. Bukan sleeping beauty yang di dambakan tetapi quality sleep yang lebih utama. Bila badan dapat rehat secukupnya, barulah tiada masalah untuk bangun pagi esoknya dalam keadaan yang lebih ceria.


Mudahkan untuk membeli-belah sekarang. Tidak lagi perlu beratur, bersesak, bersusun dan pening mencari kotak parkir. Bagi yang ada anak-anak masih kecil, keluar untuk shopping dalam tempoh yang lama bukan lagi satu keseronokkan. Dengan Lazada 11-11 Shopping Festival segala keperluan, idaman, impian boleh menjadi kenyataan hanya di hujung jari sahaja. Pastikan anda telah menanda kalendar anda pada 11 November 2018 ini dengan Lazada Shopping Festival agar tidak ketinggalan. 

Jumpa di Lazada nanti ya!

  


Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels