#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, August 8, 2019

DOA MURAH REZEKI KARANGAN NEELOFA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Baru-baru ni tular di media sosial video perkongsian dari Neelofa doa murah rezeki yang sering di amalkannya. Siap Neelofa minta hadirin yang hadir take note doa tersebut. Doa karangan Neelofa sendiri. Bait-bait doanya indah dan sangat menyentuh hati.


Dikenali dengan nama Neelofa, Noor Neelofa binti Mohd Noor dilahirkan pada 10 Februari 1989 di Pasir Mas, Kelantan. Neelofa berketurunan Arab, Pakistan dan Melayu. Itu kelebihan yang ada pada Neelofa.

Neelofa mula dikenali selepas memenangi pentas Dewi Remaja 2009/10. Bakat berkembang sebagai pelakon, model dan juga pengacara. Rasanya semua tahu yang Neelofa juga seorang usahawan muda yang berjaya. I so in love dengan pencapaian beliau. 

Pencapaian Neelofa:
  • Pengarah di NH Prima Sdn Bhd - Naelofar Hijab turut berada di pasaran di lebih 37 buah negara termasuklah Brunei, Indonesia, Australia, UAE. United Kingdom dan Eropah
  • Dilantik sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif bagi Air Asia
  • Tersenarai di dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017
  • Mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan dijemput menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, Amerika Syarikat pada September 2017
  • Wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019 
  • Tercalon di dalam kategori usahawan bagi anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco. Anugerah itu bakal berlangsung di Monaco pada 5 dan 6 Oktober nanti

Dalam satu video temu ramah dengan MHNews, Neelofa ada berkongsi cerita tentang doa yang diamalkan. Menurutnya banyak karangan doa adalah daripada ibunya sendiri. Dan beliau sendiri mengamalkan untuk mengambil masa untuk mengarang sendiri doa, menghayati dan menghafal. Kata Neelofa, berdoa tidak semestinya selepas solat, boleh di amalkan setiap masa tak kira waktu. 



Semoga doa yang dikongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama. Seeloknya jika kita sendiri dapat mengarang doa yang ingin kita panjatkan pada Ilahi, doa yang datang dari hati kerana ianya lebih tulus dan suci.


Love,
@norlenothman
Share:

Tuesday, July 9, 2019

MENCARI CO WORKING SPACE YANG SELESA DAN MURAH?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Sejujurnya saya baru sahaja tahu berkenaan wujudnya ruang/tempat/lokasi khas secara sewaan yang membolehkan kita bekerja secara sendirian atau berkumpulan. Co working space antara trend masa kini terutama bagi mereka yang bekerja secara freelancer, digital nomad, pelajar ataupun yang inginkan suasana berlainan daripada suasana standard di pajabat.

co working space


Pertama kali menjejakkan kaki ke DNA Workspace, mata saya terus terpukau dengan keindahan susun atur dalaman yang sangat menarik. The interior design is so wow. Pemilihan warna perabut juga sedap mata memandang. Sesuai dengan namanya DNA, discuss. network. be awesome menyediakan ruang kerja sama ada bagi individu atau secara berkumpulan.

Terletak di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi, lokasinya amat strategik dan amat mudah di akses. Dengan menggunakan aplikasi navigasi juga mudah di cari. Ruang kerja yang menghadap Taman Tasik Cempaka dapat memberikan rasa stress relief bagi mereka yang sangat asyik bekerja.


dna co workspace
Ruang kerja individu yang menghadap Tasik Cempaka


Rehatkan mata dengan pemandangan hijau Taman Tasik Cempaka


dna co workspace
Ruang kerja pilihan yang disediakan


dna co workspace
Ruang kerja individu



Di antara fasiliti yang disediakan di DNA Workspace adalah:
  • kemudahan surau yang berasingan 
  • kemudahan tandas yang berasingan
  • Wifi percuma dengan kelajuan yang tidak mengecewakan
  • Locker untuk simpanan barang-barang peribadi
  • free flow drink and snack 
  • premis di awasi oleh CCTV setiap masa
  • alamat boleh digunakan bagi perkhidmatan penghantaran makanan
  • plug point pada setiap workstation





Locker untuk kemudahan pengguna


Coffee break anyone?


Coffee machine Arissto for coffee lover


Ruang solat yang selesa



Bagi mereka yang ingin mengadakan mesyuarat atau perbincangan, DNA Workspace juga menyediakan bilik mesyuarat yang boleh memuatkan 5 hingga 6 orang dalam satu-satu masa. Personal coaching pun boleh.

Sumber Ig @D.N.A_WORKSPACE


DNA Workspace juga menyediakan ruang privasi berserta akses yang dinamakan Glass Box. Setiap cubicle boleh menempatkan sehingga 4 orang dalam satu masa.




Saya kongsikan sedikit ruang di dalam DNA Workspace:

Ruang menyambut anda tetapi saya bukanlah penyambutnya






Sumber Ig @D.N.A_WORKSPACE


Sumber Ig @D.N.A_WORKSPACE


Sumber Ig @D.N.A_WORKSPACE


Sumber Ig @D.N.A_WORKSPACE




Kadar sewaan? Anda boleh pilih mengikut kesesuaian anda.

MEMBERSHIP MONTHLY PACKAGES:
THE EFFICIENT (MONDAY - SATURDAY  8AM TO 7PM)

Glass Box
Normal Rate : RM370
Promo Rate : RM340

Residents
Normal Rate : RM310
Promo Rate : RM280

Nomads
Normal Rate : RM230
Promo Rate : RM200



THE ACCOMPLISHER (MONDAY - SATURDAY  8AM TO 11PM)

Glass Box
Normal Rate : RM420
Promo Rate : RM390

Residents
Normal Rate : RM360
Promo Rate : RM330

Nomads
Normal Rate : RM280
Promo Rate : RM250

Kadar sewaan secara per hour juga disediakan.



D.N.A Workspace
Facebook : D.N.A Workspace
Instagram : @d.n.a_workspace
Alamat: 8-23-03 (tingkat 2), Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
Waktu operasi : Isnin hingga Sabtu dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Bagi yang memiliki membership, boleh sehingga jam 11 malam. Hari Ahad hanya dibuka jika ada tempahan.
Call/ WhatsApp : +60122016541 & +60122284468



So adik-adik yang nak siapkan assignment atau nak study sempena exam, kakak-kakak atau abang-abang yang perlu siapkan kerja dengan ruang kerja yang selesa, bolehlah singgah di DNA Workspace. Pastinya tidak mengecewakan anda.




















































Share:

Tuesday, June 11, 2019

VITAMIN UNTUK MENAIKKAN HB BAGI IBU HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Di antara masalah yang selalu menghantui ibu-ibu hamil setiap kali hadir pemeriksaan di klinik adalah bacaan Hemoglobin yang rendah (Hb rendah). Saya juga dulu sama seperti bakal-bakal ibu yang lain. Punya masalah Hb yang rendah. Sampai di minta untuk mengambil pil Iberet sebagai tambahan.

Tetapi saya ingin kongsikan pengalaman adik saya sendiri yang mempunyai masalah yang sama seperti kebanyakkan ibu-ibu hamil yang lain.

Sebelum cuti hari raya yang lepas, adik saya yang sedang hamil anak ke-3 bertanya kepada saya tentang multivitamin Vita-Lea. Bacaan paras hemoglobin adik saya di bawah 10g/dl setelah beberapa kali pemeriksaan di klinik. Pihak klinik ada membekalkan pil Iberet sebelumnya. Kemudian ditukar pula ke Zincofer. 

Tidak semua ibu-ibu hamil dapat makan pil tambahan ini termasuklah adik saya. Adik saya mengalami muntah dan perut berangin dan membuatkan dia rasa tidak selesa selepas mengambil pil tersebut sehingga terpaksa ke klinik untuk pemeriksaan. 

Semasa hamil anak ke-2, adik saya pernah mengamalkan multivitamin Vita-Lea dan antara kesannya bacaan Hb adalah cantik melebihi paras minimum. Oleh sebab risau dengan bacaan Hb yang sentiasa rendah, adik saya minta untuk saya bawa balik bersama multivitamin Vita-Lea. 

Kebetulan selepas 3 hari mengamalkan Vita-Lea yang di ambil selepas sahur, adalah rutin lawatan pemeriksaan ke klinik. Alhamdulillah bacaan Hb yang selama ini 'merah' telah kembali 'biru'. Dan adik saya juga maklumkan lebih bertenaga di siang hari berbanding sebelum pengambilan Vita-Lea yang mana dia sentiasa keletihan dan kepenatan. 




Vita-Lea sudah melebihi 100 tahun usianya. Diperkenalkan pada tahun 1915 oleh Dr.
Forrest C. Shaklee merupakan multivitamin pertama di A.S. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.



RamuanAmaun Setiap Tablet
Vitamin A (sebagai Beta Karotena)1250 IU
Vitamin A (sebagai Vitamin A asetat)1250 IU
Vitamin C (sebagai asid askorbik)60 mg
Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol)200 IU
Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat)30 IU
Tiamina (sebagai tiamina mononitrat)0.75 mg
Riboflavin0.85 mg
Niasin (sebagai niasinamida)10 mg
Vitamin B6 (sebagai piridoksin hidroklorida)1 mg
Folat (sebagai asid folik)200 mcg
Vitamin B12 (sebagai sinokobalamin)3 mcg
Biotin (sebagai biotin-d)150 mcg
Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantotenat)5 mg
Kalsium (sebagai dikalsium fosfat)225 mg
Fosforus (sebagai dikalsium fosfat)175 mg
Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut)75 mg
Magnesium (sebagai magnesium oksida)100mg
Zink (sebagai zink glukonat)7.5 mg
Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)35 mcg
Kumprum (sebagai kuprum glukonat)1 mg
Mangan (sebagai mangan glukonat)1 mg
Kromium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)60 mcg
Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein)37.5 mcg
Nikel (sebagai mineral surih hidrolisat protein)7.5 mcg
Tin (sebagai mineral surih hidrolisat protein)5 mcg
Vanadium (sebagai mineral surih hidrolisat protein)10 mcg
Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein)0.5 mg
Zat Besi (sebagai ferus fumarat)9 mg

Multivitamin Vita-Lea bukan hanya untuk ibu-ibu hamil sahaja tetapi sesuai untuk semua termasuk lelaki dan juga wanita.

Share:

Monday, June 10, 2019

HB RENDAH KETIKA HAMIL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Berita kehamilan adalah antara berita yang amat menggembirakan buat bakal ibu dan ayah malah keseluruhan keluarga secara amnya. Tetapi di antara masalah yang sering dialami dan menghantui ibu-ibu hamil adalah bacaan hemoglobin yang rendah (hb low).



Hemoglobin mempunyai fungsi untuk membawa bekalan oksigen dan zat makanan ke seluruh tubuh badan. Anemia merupakan keadaan di mana paras bacaan Hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah berkurangan. Bagi wanita normal dalam keadaan tidak hamil, bacaan normal Hb adalah 12-15,8 gram/dL.

Semasa seorang ibu hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah bagi menampung dan menyokong perkembangan bayi dalam kandungan. Kekurangan Hemoglobin boleh mendedahkan ibu dan bayi dalam kandungan kepada risiko.

Menurut World Health Organization (WHO), kadar Hb normal adalah:
  • Wanita hamil trimester 1: 11,6-13,9 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 2: 9,7-14,8 gr/dl
  • Wanita hamil trimester 3: 9,5-15,0 gr/dl

Di antara risiko yang mungkin berlaku jika ibu hamil mengalami anemia adalah :
  1. Pendarahan ketika kehamilan dan ketika bersalin
  2. Keletihan dan berasa lemah serta lesu kerana kekurangan bekalan oksigen
  3. Keguguran jika anemia yang di alami adalah serius
  4. Masalah kepada tumbesaran bayi dalam kandungan
  5. Bayi yang dilahirkan mungkin mengalami kekurangan berat badan
  6. Bayi dilahirkan pra-matang
  7. Bayi mungkin meninggal di dalam kandungan
  8. Ibu mungkin terpaksa menerima darah (blood transfusion) semasa proses kelahiran.

Bagi ibu-ibu hamil yang membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan akan diberikan beberapa jenis bekalan pil yang dipanggil pil hematinik dan pil tambahan seperti Zincofer atau Iberet bagi yang mempunyai masalah Hb yang rendah. 

Penyebab utama Hb rendah adalah kekurangan zat besi. "Zat besi merupakan elemen yang penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi mengakibatkan badan tidak boleh menghasilkan hemoglobin (Hb) iaitu protein penting dalam sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh badan. Ini mengakibatkan badan kekurangan sel darah merah dan akan mengalami tanda-tanda seperti pucat dan mudah keletihan" (Sumber Portal MyHealth)

Selain melalui pengambilan pil yang dibekalkan, ibu-ibu juga boleh mengamalkan diet yang kaya dengan zat besi. Di antaranya :



PANTANG-LARANG

Jika anda ibu hamil yang sedang mengambil makanan untuk menaikkan Hb, ada beberapa jenis makanan yang perlu dielakkan untuk di ambil bersama. Ini kerana ada makanan yang boleh menganggu kadar penyerapan zat besi dalam tubuh. Di antaranya adalah :
  • KAFEIN 
  • PRODUK TENUSU - susu perlu bagi membekalkan kalsium tetapi perlu dijarakkan 2 ke 3 jam dengan pengambilan zat besi


TIP

Bagi membantu penyerapan zat besi dengan lebih baik, adalah digalakkan untuk di ambil bersama dengan sumber Vitamin C.  Pil yang dibekalkan boleh di ambil bersama jus. 




Apa yang penting adalah bakal-bakal ibu perlu menjaga pemakanan serta gaya hidup yang sihat walaupun dalam tempoh kehamilan. Ini adalah penting bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan juga buat ibu itu sendiri. Pastikan pemeriksaan berjadual di patuhi. 

Raikan tempoh kehamilan dengan tenang dan feel the enjoyment!


Share:

Monday, February 4, 2019

KUTU MUSUH UTAMA RAMBUT ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kutu kepala merupakan sejenis parasit yang menghisap darah pada kulit kepala. Secara fizikalnya, kutu kepala bersaiz antara 2-4mm dan tidak bersayap. Kutu betina boleh menghasilkan sebanyak 6 biji sehari selama 30 hari. Dan telur-telur kutu ini biasanya kita boleh temui di bahagian pangkal rambut dan kulitnya kuat melekat pada helaian rambut. 



Telur-telur kutu ini mengambil masa dalam 7 hingga 10 hari untuk menetas dan selepas 6 hingga 10 hari menetas, anak-anak kutu tadi akan menjadi kutu dewasa dan mula merayap-rayap di kepala.

Lagi fakta menarik tentang kutu adalah,telur kutu hanya menetas pada suhu kulit kepala sahaja. Dan walaupun kutu tidak bersayap tetapi ia mampu merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit. Sebab itu kita agak sukar untuk mencari ibu-ibu kutu ni kan.



KAKNGAH DAN KUTU

Masalah kutu sebenarnya telah lama wujud. Saya masih ingat waktu itu saya dalam darjah lima atau enam, bila ibu saya dapat tahu saya mempunyai kutu di atas kepala, terus tanpa sesi berbincang rambut dipotong pendek. Zasssss.

Dan baru-baru ini tatkala di awal tahun baru 2019, Kakngah mengadu gatal di kepala. Dan dah boleh di agak punca kegatalan itu kenapa.

Sejujurnya saya agak rimas dengan masalah kutu ini terutamanya Kakngah. Sebab dia mempunyai rambut yang sangat tebal dan lebat berbanding Kakak atau adik-adik yang lain. Memang kalau nak mencari ibu kutu, tak jumpa lah.


RAWATAN SENDIRI

Sebelum-sebelum ini Kaklong dan Kakngah pernah juga dijangkiti kutu. Malah adik si Hanan pun pernah. Tapi masa menggunakan ubat kutu pada Kaklong dan Kakngah, kesannya kurang memberangsangkan saya. Hanan pula rambutnya agak nipis,mudahkan saya untuk lakukan secara manual untuk mencari ibu kutu dan membuang telur-telur kutu dengan agak mudah.

Kali ini saya tekad untuk menggunakan BASIC H sebagai shampoo kutu. Sebelum ini ada dikongsikan oleh rakan-rakan SID yang lain mereka menggunakan Basic H untuk 'menghapuskan' kutu rambut.

Petang 1 Januari 2019, saya shampoo rambut Kakngah dengan Basic H. Caranya sama seperti menggunakan shampoo biasa. Cuma saya biarkan beberapa minit di atas kepala. Kemudian saya akan ramas rambut Kakngah untuk beberapa kali.

Dan akhirnya...

Lebih 20 ekor ibu kutu yang tidak sedarkan diri melekat pada buih-buih. Disebabkan geram,saya penyet-penyetkan kutu-kutu tersebut dengan kuku. Pap..pap..pap....bunyi yang memberikan kepuasan pada saya.

Rupanya ibu-ibu kutu telah pun berpesta awal tahun di kepala Kakngah. 

Proses ini saya lakukan lagi selang beberapa hari untuk 3 kali. Bukan setakat ibu kutu yang tak sedarkan diri, anak-anak kutu yang baru menetas pun terkena sama. 

Alhamdulillah selesai 3 sesi, Kakngah maklumkan tiada lagi rasa gatal pada kepala. Dan saya sebagai ibu pun terasa leganya.

Tapi bukan itu sahaja,segala alatan peribadi seperti tuala mandi,tudung,anak tudung,sarung bantal dan sebagainya saya ambil dan cuci. Mana tahu masih ada yang hidup. Banyak kepala di rumah yang saya perlu jaga.


KENAPA BASIC H?

Kenapa saya pilih Basic H berbanding shampoo kutu? Yang paling utama sebab tiada farmasi berdekatan yang dibuka pada hari tersebut. Mungkin di sebabkan cuti umum kebanyakan kedai tutup. 

Perkongsian dari rakan-rakan yang pernah menggunakan Basic H dalam merawat kutu anak-anak mereka yang terbukti berkesan. 

Basic H merupakan kaedah mencuci semula jadi tanpa racun. Ianya selamat, tidak bertoksik, tiada bahan kimia berbahaya, pH seimbang, tanpa klorin dan yang penting lembut pada tangan. Kebetulan tangan saya kadang kala agak sensitif dengan bahan kimia membuatkan rasa gatal dan pedih. Tambahan saya ingin kurangkan penggunaan kimia pada keluarga. 

Fitrah naluri seorang ibu akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Dan begitu juga saya.

Sehingga kini tiada lagi masalah kutu pada Kakngah. Tapi tak perlu risau, Basic H ada untuk membantu saya. Bahkan banyak kegunaan Basic H untuk saya.




Love Yourself Love Your Family
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels