#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, February 4, 2019

KUTU MUSUH UTAMA RAMBUT ANAK-ANAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Kutu kepala merupakan sejenis parasit yang menghisap darah pada kulit kepala. Secara fizikalnya, kutu kepala bersaiz antara 2-4mm dan tidak bersayap. Kutu betina boleh menghasilkan sebanyak 6 biji sehari selama 30 hari. Dan telur-telur kutu ini biasanya kita boleh temui di bahagian pangkal rambut dan kulitnya kuat melekat pada helaian rambut. 



Telur-telur kutu ini mengambil masa dalam 7 hingga 10 hari untuk menetas dan selepas 6 hingga 10 hari menetas, anak-anak kutu tadi akan menjadi kutu dewasa dan mula merayap-rayap di kepala.

Lagi fakta menarik tentang kutu adalah,telur kutu hanya menetas pada suhu kulit kepala sahaja. Dan walaupun kutu tidak bersayap tetapi ia mampu merangkak dengan kelajuan sehingga 23cm seminit. Sebab itu kita agak sukar untuk mencari ibu-ibu kutu ni kan.



KAKNGAH DAN KUTU

Masalah kutu sebenarnya telah lama wujud. Saya masih ingat waktu itu saya dalam darjah lima atau enam, bila ibu saya dapat tahu saya mempunyai kutu di atas kepala, terus tanpa sesi berbincang rambut dipotong pendek. Zasssss.

Dan baru-baru ini tatkala di awal tahun baru 2019, Kakngah mengadu gatal di kepala. Dan dah boleh di agak punca kegatalan itu kenapa.

Sejujurnya saya agak rimas dengan masalah kutu ini terutamanya Kakngah. Sebab dia mempunyai rambut yang sangat tebal dan lebat berbanding Kakak atau adik-adik yang lain. Memang kalau nak mencari ibu kutu, tak jumpa lah.


RAWATAN SENDIRI

Sebelum-sebelum ini Kaklong dan Kakngah pernah juga dijangkiti kutu. Malah adik si Hanan pun pernah. Tapi masa menggunakan ubat kutu pada Kaklong dan Kakngah, kesannya kurang memberangsangkan saya. Hanan pula rambutnya agak nipis,mudahkan saya untuk lakukan secara manual untuk mencari ibu kutu dan membuang telur-telur kutu dengan agak mudah.

Kali ini saya tekad untuk menggunakan BASIC H sebagai shampoo kutu. Sebelum ini ada dikongsikan oleh rakan-rakan SID yang lain mereka menggunakan Basic H untuk 'menghapuskan' kutu rambut.

Petang 1 Januari 2019, saya shampoo rambut Kakngah dengan Basic H. Caranya sama seperti menggunakan shampoo biasa. Cuma saya biarkan beberapa minit di atas kepala. Kemudian saya akan ramas rambut Kakngah untuk beberapa kali.

Dan akhirnya...

Lebih 20 ekor ibu kutu yang tidak sedarkan diri melekat pada buih-buih. Disebabkan geram,saya penyet-penyetkan kutu-kutu tersebut dengan kuku. Pap..pap..pap....bunyi yang memberikan kepuasan pada saya.

Rupanya ibu-ibu kutu telah pun berpesta awal tahun di kepala Kakngah. 

Proses ini saya lakukan lagi selang beberapa hari untuk 3 kali. Bukan setakat ibu kutu yang tak sedarkan diri, anak-anak kutu yang baru menetas pun terkena sama. 

Alhamdulillah selesai 3 sesi, Kakngah maklumkan tiada lagi rasa gatal pada kepala. Dan saya sebagai ibu pun terasa leganya.

Tapi bukan itu sahaja,segala alatan peribadi seperti tuala mandi,tudung,anak tudung,sarung bantal dan sebagainya saya ambil dan cuci. Mana tahu masih ada yang hidup. Banyak kepala di rumah yang saya perlu jaga.


KENAPA BASIC H?

Kenapa saya pilih Basic H berbanding shampoo kutu? Yang paling utama sebab tiada farmasi berdekatan yang dibuka pada hari tersebut. Mungkin di sebabkan cuti umum kebanyakan kedai tutup. 

Perkongsian dari rakan-rakan yang pernah menggunakan Basic H dalam merawat kutu anak-anak mereka yang terbukti berkesan. 

Basic H merupakan kaedah mencuci semula jadi tanpa racun. Ianya selamat, tidak bertoksik, tiada bahan kimia berbahaya, pH seimbang, tanpa klorin dan yang penting lembut pada tangan. Kebetulan tangan saya kadang kala agak sensitif dengan bahan kimia membuatkan rasa gatal dan pedih. Tambahan saya ingin kurangkan penggunaan kimia pada keluarga. 

Fitrah naluri seorang ibu akan melakukan apa sahaja untuk anak-anaknya. Dan begitu juga saya.

Sehingga kini tiada lagi masalah kutu pada Kakngah. Tapi tak perlu risau, Basic H ada untuk membantu saya. Bahkan banyak kegunaan Basic H untuk saya.




Love Yourself Love Your Family
Share:

1 comment:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels