#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, August 22, 2016

3 Tip Penjagaan Kesihatan Tulang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Tulang amat penting dalam tubuh badan manusia. Dengan kombinasi tulang dan otot, manusia dapat melakukan pergerakan dengan mudah. Tapi harus juga kita ingat, penjagaan tulang amatlah penting dan tidak boleh di pandang ringan.

Sumber Google

Di antara tips penjagaan tulang:
  1. Melakukan Aktiviti Fizikal
    • Dengan melakukan aktiviti fizikal, anda sebenarnya juga sedang membuat senaman untuk tulang anda
    • Hanya 3 kali seminggu diperlukan untuk melakukan aktiviti senaman fizikal
    • Di antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah bersenam, berkebun, berenang, mengemas rumah dan lain-lain lagi....(mudahkan untuk beraktiviti)
    • Apabila anda melakukan aktiviti fizikal, secara tidak langsung peredaran darah dalam badan anda adalah lebih baik. Apabila peredaran darah lebih baik, ianya dapat membantu untuk membawa Vitamin D, Mineral, Kalsium untuk penyerapan yang lebih baik dalam badan
  2. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat
    • pilihlah untuk tidak merokok kerana merokok sudah sedia maklum membahayakan kesihatan
    • kawal pengambilan minuman berkafien seperti kopi dan teh. Ini kerana kafien mengganggu penyerapan kalsium dalam tubuh anda
  3. Pemilihan Makanan Yang Sihat
    • Amalkan corak pemakanan yang sihat seperti banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan dalam diet seharian
    • Jika anda rasa diet anda tidak cukup pengambilan sayur dan buah-buahan, mungkin anda perlu mengambil kira pengambilan supplement kalsium.
    • Pilih supplement yang bagus dan dapat diserap oleh badan


Ostematrix Shaklee
Ostematrix Shaklee tidak hanya mengandungi kalsium semata-mata. Tetapi 4 biji Ostematrix mengandungi:
         1000mg Calcium
         4000mg Magnesium
         400IU Vitamin D
         3mg Boron
         1.9mg Manganese, Copper, Zinc
yang mana kesemua vitamin dan mineral ini membantu agar penyerapan kalsium lebih baik dalam tubuh anda.

Love yourself love you famili
Pengedar Shaklee Anda (Norlen 0124845882)
Share:

Penjagaan Ketika Sakit Mata

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Lately ni ramai yang sakit mata. Even last week a day before Aidiladha pun adik,kakngah ngan ayah sakit mata. Tapi syukur pada Allah Yang Maha Berkuasa,mama ngan kaklong tak kena sakit mata.Maybe coz kami perlu menjaga orang2 yang sakit mata n kebetulan ayah susah nak drive coz sakiy mata ayah agak teruk sampai pandangan jadi kabur dan berselaput.Even sampai hari ni (masa entry ni di tulis) mata masih merah lagi.

Sumber Google

So macam mana mama jaga and tak berjangkit sakit mata (dengan izin Allah)? Apa yang penting perlu ada adalah hand sanitizer dengan tisu yang banyak. Masa bawa adik pergi klinik (coz adik terawal yang kena), doktor pesan kena asingkan dengan orang lain (macam boleh sangat) and jaga kebersihan.No sharing things. Doktor bagi ubat titik mata dengan ubat salap mata. So bila sampai rumah,mama pastikan tangan semua orang sentiasa cuci dengan sanitizer tu. Each time lepas basuh tangan cuci. Lepas mandi cuci. Boleh kata setiap masa guna sanitizer tu sampai tempoh 5 hari habis yang botol saiz kecik tu (usually take few month untuk habis sebotol). 

Bila sakit mata, jangan lap mata dengan tangan. Dan doktor juga pesan jangan lap dengan kain sapu tangan. Cara yang betul lap dengan tisu lembut sebelah mata untuk satu helai tisu sahaja. Bukan sehelai tisu untuk kedua-dua belah mata ye readers. Dah lap mata terus buang dalam tong sampah. Jangan biar tisu tu merata-rata. This time your hygine is very important. Ingat ye.

Sakit mata ni mudah sangat berjangkit. So nak menjaga pun kene hati-hati. Tak salah ambil langkah berjaga-jaga. Tapi kalau kena juga, jangan merungut. Sakit datang dari Allah,sakit juga sebagai penghapus dosa-dosa kita jika kita redha. 

Love youself.....love your family :-)
Share:

PAKEJ BERSALIN DI HOSPITAL AZ ZAHRAH BANGI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Hari ni, syukur Alhamdulillah sudah sebulan usia Nur Iman Hanan. Semoga Hanan diberikan kesihatan yang baik sentiasa olehNya. Amin

Kenapa mama pilih Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)? Sebenarnya ini kali kedua mama bersalin di sana. Sebab utama, biarlah rahsia. Hihihi. Tetapi mama jatuh cinta dengan khidmat yang diterima semasa melahirkan Abang Daniyal pada tahun 2013.

Ini juga kali kedua mama refer dengan Dr Mashita. She is best. Sebenarnya masa pregnant Abang Daniyal,mama nak refer dengan doktor lain tapi que agak lama. Dan nurse syor kan Dr Mashita since que tidak ramai sebab beliau masih baru. So mama pun setuju. Alhamdulillah,mama rasa best dengan Dr Mashita ni. Setiap kali checkup mama ngan husband boleh bertanya apa sahaja dengan doktor, segala kemusykilan boleh ditanya dan akan dijawab secara berhemah oleh Dr Mashita.


Sumber Google


Bukan servis dari doktor sahaja yang terbaik,layanan daripada nurse serta bidan juga memang best. Masa dalam labour room,bidan yang bertugas serta nurse banyak membantu mama yang sedang struggle menahan sakit. Tutur kata pun lembut sahaja. Dan yang best juga,dalam labor room sentiasa dipasang alunan bacaan al-quran disamping ada doa-doa yang dilekat di dinding,untuk bacaan si ibu. Tenang je rasa.

Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah ada menawarkan pakej buat ibu dan bakan ibu bersalin. Pada tahun 2013, pakej yang ditawarkan kalau tak silap pakej Nur Kasih yang mama ambil. Pakej ni beharga RM1200 lebih (mama tak ingat harga sebenar) dengan tawaran 4 katil satu bilik. Tapi masa mama decide bersalin di sana untuk Hanan, pakej dah berubah. Pakej terbaru adalah Pakej Bersalin Ummi berharga RM1688 (tak termasuk GST).

Kat sini mama copy paste tawaran pakej dari laman web HIAZ:
Setiap pakej yang ditawarkan termasuk:
  • Ujian Nurseri, Kumpulan Darah, G6PD Ujian, TSH dan suntikan wajib (VIT K, BCG dan HEP B)
  • Pemeriksaan CTG (2 kali 10 minit setiap sesi) CTG check-up (2 times 10 minutes per session)
  • Pemeriksaan bayi oleh Pakar
  • Peralatan perubatan dan keperluan asas kehamilan
  • Bilik 2 katil


Untuk info penuh, boleh rujuk di laman web HIAZ http://www.azzahrah.my

Pemilihan hospital untuk bersalin amat penting kecuali jika berlaku kecemasan la. Ini adalah untuk memberikan keselesaan buat bakal ibu. Tidak kira hospital kerajaan atau swasta, pilihan di tangan ibu-ibu. Jangan lupa untuk berbincang dengan suami ye.

Wassalam...
Share:

RISIKO GOUT KEPADA KESIHATAN DAN KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini amat mudah kita dengar tentang mereka yang diserang penyakit Gout. Seolah-olah satu penyakit yang biasa di kalangan orang kita. Tetapi bagi yang mengalami gout, sakitnya, hanya Allah Maha Mengetahui. Kalau sakit gout tu dah datang,lalukan kain lembut pada kawasan yang sakit pun terasa sakit yang amat. Korang tak percaya? Cubala buat kalau ada sesiapa yang tengah sakit gout tu, kalau kena lempangan tahap dewa korang jangan salahkan mama ye. hihihihihihihihi

Sumber Google

Share:

RAWATAN SONOTRON UNTUK BATUK BERKAHAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang pernah dengar tentang rawatan sonotron? Sejujurnya saya baru jek dengar masa checkup Hanan umur setahun. Kisahnya, Hanan semasa checkup ada batuk dan selsema. Batuk pula berkahak yang agak 'berat' bunyinya. Masa misi check,dengar Hanan batuk and dia maklumkan ada patient dia bagi tahu bawa anak dia buat rawatan sonotron (selalu nak salah jadi sinetron). Alhamdulillah anak beliau sihat dari batuk, selsema dan kahak.

Keluar jek dari bilik checkup terus mak google rawatan sonotron ni. Alhamdulillah jumpa Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi. Terus amik nombor phone, call and tanya tentang rawatan. Tapi untuk buat rawatan perlu buat appointment sebab tak nak patient menunggu lama. Lepas call pusat tu, inform hubby nak buat rawatan sonotron ni untuk Hanan dan Abam Daniyal. Abam tu dah lama batuk berkahak dan selsema. Sampai perlu 2 kali neb...tak pernah2 mak bawa anak pergi ambil neb sebelum ni. Esoknya call semula pusat rawatan dan set for appointment.

Sumber Google : Inilah alatnya

Ni la rupanya mesin sonotron tu. Sabtu 13 Ogos 2016 kita orang satu keluarga pergi mencari pusat rawatan ni. Buka Waze, owh...dekat rupanya dengan Putrajaya..idak le jauh bebenor. Yang buat rawatan 3 orang, si ayah untuk sakit kaki dia, abam dan hanan untuk batuk berkahak dan selsema. Masa ayah buat treatment takde gambar sebab ayah sorang je masuk,mak ngan anak2 kat luar. Masa Hanan takde gambar juga sebab dia asik nangis jek....itu adalah biasa bagi Hanan. Untuk abam ada gambar...teng..teng

sonotron
Abam sedang di rawat


Si ayah ada cakap lepas rawatan terasa kaki lebih relax sikit untuk bergerak berbanding sebelum ni. Hanan dan abam terus nampak hingus jernih keluar. Kata perawat tu sonotron ni menggunakan kaedah gelombang. Bagi rawatan batuk berkahak dan selsema, kesan selepas rawatan, anak akan lagi kerap batuk sebab kahak dah cair dan mungkin ada muntah2 bagi mengeluarkan lendir ataupun najis berlendir. Selepas 3 hari jika masih lagi batuk berkahak, adalah digalakkan untuk mendapatkan semula rawatan. Alhamdulillah, batuk, kahak dan selsema dah makin kurang selepas rawatan. 

Rasanya ada pusat rawatan lain yang turut menawarkan kaedah rawatan sonotron ni, tapi yang mak pergi ni detail dia:

Pusat Rawatan Sonotron Tawakal- Bangi
No 43A,Jalan 8/1, Seksyen 8,
43650 Bangi, Malaysia
Tel : 013-276 2132

Balik dari rawatan, mak sambung abang dan hanan dengan OMEGA GUARD sebiji seorang untuk membantu agar mereka lebih sihat. Semoga anak2 mama dan keluarga kami diberikan kesihatan yang baik...Insyaallah.

Love yourself love your famili
(Shaklee Putrajaya Anda)
Norlen 0124845882

Share:

Monday, August 8, 2016

SID PRO Anda

Assalamualaikum n salam sejahtera readers.

Entry ni mak nak promote diri sikit ye...korang yg membaca silalah jangan marah atau muntah hijau...hihihi


Jika korang ada sebarang pertanyaan berkenaan produk shaklee, boleh tanya jek okay. WhatsApp, telegram,sms jek nombor yang tertera. Jangan malu atau segan okay.
Pengedar shaklee putrajaya dan penghantaran ke seluruh dunia...

#loveyourselfloveyourfamily
Share:

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels