#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, August 22, 2016

RISIKO GOUT KEPADA KESIHATAN DAN KEHIDUPAN SEHARIAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sekarang ini amat mudah kita dengar tentang mereka yang diserang penyakit Gout. Seolah-olah satu penyakit yang biasa di kalangan orang kita. Tetapi bagi yang mengalami gout, sakitnya, hanya Allah Maha Mengetahui. Kalau sakit gout tu dah datang,lalukan kain lembut pada kawasan yang sakit pun terasa sakit yang amat. Korang tak percaya? Cubala buat kalau ada sesiapa yang tengah sakit gout tu, kalau kena lempangan tahap dewa korang jangan salahkan mama ye. hihihihihihihihi

Sumber Google


Apa itu Gout?

Gout merupakan penyakit yang telah lama wujud di muka bumi. Bezanya cuma teknologi dan kaedah rawatan sekarang yang lebih maju dan moden berbanding dahulu. Gout merupakan salah satu bentuk arthritis yang mana berlaku apabila terdapat pengumpulan hablur kristal pada bahagian sendi. Menurut kajian,hampir 75% gout bermula dibahagian ibu jari kaki dan boleh merebak ke bahagian sendi yang lain termasuklah pergelangan tangan dan juga tulang belakang. Apabila gout menyerang,kawasan sendi yang terlibat akan bengkak,kemerahan dan sakit yang kuat.

Gout terjadi apabila paras urik asid di dalam darah terlalu tinggi melebihi paras normal iaitu 420milimol bagi lelaki dan 380milimol bagi wanita. Lelaki berusia 30 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat gout. Bagi yang mempunyai sejarah keluarga,risiko untuk mendapat gout juga ada jika amalan good lifestyle tidak dipraktikkan.


Sumber Google



Asid Urik

Paras asid urik akan tinggi di dalam darah apabila purin (sejenis protin) tidak dapat dikendalikan dengan baik boleh tubuh badan. Purin merupakan sebatian nitrogen yang penting untuk tenaga. Purin yang tingi didapati daripada makanan seperti daging merah, limpa, makanan laut bercangkerang, ikan bilis, ikan kembung dan ikan sardin. Titik akhir metabolisma purin adalah asid urik yang dihasilkan oleh hati. Asid urik dikhumuhkan kebanyakkannya oleh buah pinggang melalui air kencing dan sebahagian lagi melalui usus. Jika paras asid urik tinggi,ini bermakna badan telah menghasilkan terlalu banyak asid urik atau badan menyingkirkan terlalu sedikit asid urik.




Risiko Pesakit Gout

  • Hablur kristal yang terbentuk akan mendak disekeliling sendi dan tisu lembut dan boleh mengakibatkan kesakitan dan keradangan. 
  • Jika tidak dirawat,hablur kristal boleh berkumpul di dalam buah pinggang dan membentuk batu karang urate dan boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang
  • Serangan akan hilang dalam tempoh beberapa hari atau minggu tetapi jika dibiarkan, gout boleh berulang dan menyebabkan kesakitan yang teruk. Sebaiknya apabila pesakit kena serangan pertama, rawatan diberikan
  • Gout boleh membahayakan sendi,tendon serta tisu-tisu badan yang lain jika tidak dirawat
  • Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan,
  • kekakuan serta kecacatan sendi


Set Kesihatan Bagi Pesakit Gout


Bagi mereka yang mempunyai masalah gout, saya cadangkan Set Gout Shaklee. Set ini mengandungi:

  • Omega Guard - mengandungi DHA dan EPA yang dapat membantu mengurangkan keradangan sendi
  • Alfafa Complex - kaya dengan nutrisi dan mineral yang berfungsi untuk menyingkirkan toksik dalam badan secara lembut
  • Performance Drink - membantu bagi mengelakkan tubuh badan daripada dehydrate dan memastikan tubuh badan cukup kandungan air dan gula
  • Vivix - mengandungi kompaun antioksidan anthocyanains yang mampu melegakan keradangan dan mengurangkan tahap urate (hablur Kristal terhasil dari asid urik) dalam darah



Berminat?
Hubungi saya sekarang
Your Shaklee Independent Distributor
Norlen Othman

SMS/WhatsApp/Call : 0124845882
FB Page : https://www.facebook.com/shakleeatputrajaya
FB Personal : https://www.facebook.com/norlen.othman
Email : norlen.othman@gmail.com
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels