#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, February 15, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang pernah berurusan jual beli di Shopee? The best e-dagang yang saya pernah gunakan setakat ini. Macam-macam keperluan yang saya boleh perolehi dengan Shopee dan jangan tak tau saya juga telah mula membuat persediaan sempena Hari Raya nanti melalui Shopee, mudah kan.


Sempena perayaan Tahun Baru Cina nanti, platform e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Asia Tenggara dan Taiwan ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee yang bermula pada 15 Januari, Shopee menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta. Menarik bukan.

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.


Korang nak tau apa carian paling popular yang tengah trending di Shopee?? Nah ini dia... pastikan korang pun membuat carian yang sama juga ye:

No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas



Korang nak tau pula apa yang paling banyak rakyat Malaysia membeli di Shopee sempena musim perayaan ni?

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas




Apa Yang Menarik Lagi Di Shopee?

Jangan korang lepaskan peluang untuk berjimat sambil berbelanja di Shopee sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Terdapat lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, anda boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ini. 

Jangan lupa untuk menyertai permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. 

Bukan sampai di situ sahaja, Shopee juga akan melancarkan Kempen Hari Gaji bermula daripada 26 hingga 28 Februari yang akan menawarkan tawaran super hebat dari pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo. 

Sebelum itu, bagi yang belum memuat turun aplikasi Shopee, korang boleh muat turun aplikasi tersebut secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Nak berbelanja sambil berjimat sambil dapat hadiah.... muat turun aplikasi Shopee sekarang


Berkenalan dengan Shopee

Shopee, sebuah syarikat Sea, yang mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.



Laman Web : www.shopee.com.my
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels