#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, December 2, 2015

Takziah Buat Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.

Bulan November lepas kita semua didengarkan dengan desas desus khabarnya penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza hamil. Pasti peminat2 siti teruja kan,ye la,9 tahun menunggu untuk mendengar khabar gembira.

Tapi hari ini tanggal 1 Disember,siti sendiri telah mengumumkan bahawa beliau telah pun keguguran di saat usia kandungan mencecah 2 bulan. Besar ujian dan dugaan buatmu. Semoga siti tabah menghadapinya. Insyaallah,anak syurga itu akan menanti ibunya di sana nanti.

sumber dari google


Mama percaya,mana2 ibu yang menghadapi situasi yang sama seperti siti nurhaliza akan berasa sedih walaupun kandungan itu bukan kandungan pertama. Sokongan suami dan keluarga terdekat amatlah diperlukan oleh ibu di saat ini. Jangan dibiarkan ibu merasa sedih keseorangan. Pujuklah dia untuk menerima ketentuan Allah dengan redha dan ikhlas. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik daripada perancangan manusia.


Mama kongsikan sedikit tips apa yang perlu ibu2 yang mengalami keguguran harus lakukan:

1. Berpantang
Ya,ibu2 yang keguguran harus berpantang sama seperti ibu yang melahirkan berpantang. Ini kerana rahim ibu telah pun bekerja walaupun bukan untuk tempoh 9 bulan. Tempoh berpantang sekurang-kurangnya 2 minggu. Perlu dijaga terutama makanan. Makanlah seperti ibu2 berpantang yang lain. Dan jangan lupa untuk memakai stokin untuk elakkan masuk angin.

2. Rehat
Ibu2 keguguran perlukan rehat yang cukup. Berehatlah dan berpantanglah. Biarkan urusan rumah tangga diselesaikan oleh orang lain.

3. Berurut
Mama ada bertanyakan tentang ini kepada bidan,dia cakap ibu2 keguguran perlu menjalani rawatan berurut. Ini untuk mengembalikan kesihatan rahim. Walaupun kehamilan adalah sekejap,tetapi rahim telah pun 'bekerja' sebagai tempat kediaman bayi sementara. Rahim turut mengembang. Jangan dibiarkan rahim tidak dijaga kerana jika rahim tidak sihat,ia akan menjejaskan kesihatan kesuluruhan ibu.

4. Pengambilan vitamin
Kenapa perlu vitamin? Sama seperti ibu yang melahirkan anak,ibu yang keguguran juga memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk mengembalikan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan. Selepas keguguran,ibu2 akan berasa lemah. Set Berpantang Shaklee dapat membantu memulihkan ibu2 agar kembali sihat dan bertenaga. Ia juga untuk mengelakkan ibu merasa lemah dan lesu.



Sesungguhnya perancangan Allah mengatasi perancangan manusia. Mari kita sama2 doakan yang terbaik buat siti dan keluarga juga buat semua ibu2 yang mengalami keguguran juga. Semoga Allah mengantikan dengan sesuatu yang lebih baik buat kalian semua.

Love Yourself Love Your Family
FB:norlen othman
FB Page:mama lyn
Email:norlen.othman@gmail.com
Shaklee ID: 972047
SMS/WA:0124845882

Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels