#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, September 18, 2015

Perbezaan Antara Ubat Dan Vitamin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Korang tau tak apa beza ubat dan vitamin atau makanan tambahan ni? Ramai dikalangan kita beranggapan vitamin sama seperti ubat dan juga menggelarkan vitamin sebagai ubat. Mungkin kerana ada sebahagian vitamin yang berbentuk seperti ubat. Jom kita tengok perbezaan keduanya.




Apa itu ubat?
  1. Ubat merupakan dadah atau bahan yang diambil bagi mengurangkan simptom atau sakit. 
  2. Ubat dibahagi kepada dua kumpulan:
    • tanpa preskripsi (OTC - Over the Counter atau 'Atas Kaunter'), iaitu ubat yang boleh dibeli di farmasi dan pasar raya tanpa sebarang halangan,
    • dengan preskripsi, iaitu ubat yang dibenar dan dicadangkan oleh doktor
  3. Ubat di ambil ketika sakit sahaja dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh doktor.
  4. Jika diambil secara berlebihan (overdose) boleh memberikan kesan yang buruk kepada pengguna.

Apa itu vitamin/makanan tambahan?
  1. Menurut Food and Drug Administration (FDA), makanan tambahan ialah makanan kesihatan yang mengandungi vitamin dan mineral dalam bentuk pil, cecair atau minuman herba.
  2. Makan tambahan juga dikenali sebagai “makanan berfungsi”, mengandungi bahan lengkap pada asasnya seperti protein, enzim, organik, glukos dan hormon.
  3. Boleh di ambil pada bila-bila masa.
  4. Supplement diperbuat daripada bahan semulajadi yang selamat untuk manusia. Walaubagaimanapun,pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk supplement kerana ada syarikat pengeluar supplement yang menggunakan bahan kimia dalam produk mereka.

Jika dilihat semula, ubat-ubatan hanya di ambil apabila sakit dan di bawah pengawasan doktor serta mengikut arahan yang telah ditetapkan. Dan seperti yang kita sedia maklum,pengambilan ubat bagi tempoh yang lama boleh memberikan kesan kepada tubuh badan manusia. Overdose boleh membawa maut.

Bagi makanan tambahan/supplement/vitamin pula,ianya bukan pengganti kepada makanan. Supplement adalah untuk mencukupkan keperluan vitamin,mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita yang mana dengan gaya hidup manusia sekarang,untuk melengkapkan keperluan vitamin dalam badan agak sukar dilakukan. Vitamin yang diambil membantu  mengawal badan dari terkena penyakit dengan menguatkan sel-sel dalam tubuh manusia. Pengambilan supplement dapat merawat terhadap punca penyakit. Pastikan anda mengambil produk supplement yang selamat dan semulajadi serta terbukti berkesan agar tidak menyesal dikemudian hari.

Jika anda perlukan supplement yang selamat dan semulajadi serta terbukti berkesan,boleh hubungi mama di 0124845882. Mama sudi membantu.



Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels