#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Wednesday, September 30, 2015

7 Perubahan Apabila Menerima Orang Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Tahniah mama ucapkan jika anda baru menerima kehadiran orang baru dalam hidup anda. Orang baru mama refer to new born ye,bukan yang lain. Bagi ibu bapa yang baru menambah bilangan ahli keluarga,mama ucapkan tahniah juga. Semoga dengan kehadiran cahaya mata baru ini memberikan keberkatan dan dimurahkan rezeki anda semua...amin.

Sape yang tak seronok kan bila ada baby ni. Semua parents akan rasa seronok,gembira dan akan memberikan sepenuh kasih dan sayang buat bayi yang baru dilahirkan. Tapi ibu dan ayah semua perasaan tak perubahan yang berlaku selepas bayi dilahirkan? Jom mama senaraikan di antaranya:

1. Tiada lagi tidur yang lena
Selalunya kita akan dengar kawan-kawan ataupun sedara kita kata "lepas ni tak tidur malam la korang". Setiap bayi mempunyai rutin yang berbeza. Bagi bayi yang disusukan dengan susu ibu,akan lebih kerap bangun untuk menyusu kerana susu ibu lebih cepat dihadam. Kadang kala lampin perlu ditukar di waktu malam disebabkan bayi berak. Takkan ibu nak tunggu pagi baru nak tukar lampin anak kan. Ayah perlu la bantu ibu juga ye. Sian ibu sorang2 ada panda eye nanti.

2. Baby talk
Bayi akan mula mengeluarkan bunyi sebagai salah satu cara untuk berkomunikasi dengan ibu bapanya. Dan secara tidak sedar ibu bapa turut berkomunikasi dengan menggunakan bahasa bayi atau baby talk seolah-olah anda memahami apa yang cuba bayi anda sampaikan. Comelkan

3. Mandikan bayi
Mandikan bayi tidak sama seperti mandikan anak yang lebih besar. Seeloknya si ayah yang uruskan mandi bayi semasa ibu berpantang. Bayi perlu dimandikan dengan air suam tidak panas dan tidak sejuk. Bertanya kepada yang lebih arif bagaimana untuk mandikan dan uruskan bayi agar si ayah tidak terlalu kekok kerana tulang bayi masih lagi lembut.

4. Automatic alarm system
Mungkin anda tidak perlukan jam loceng kerana tangisan bayi akan membuatkan ibu dan ayah bangun dan secara tidak sedar ibu dan ayah akan peka kepada tangisan bayi walaupun anda sedang tidur lena.

5. Menyusukan anak
Bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu,mama ucapkan tahniah kerana ibu2 memberikan susu yang terbaik buat bayi. Teruskan. Tetapi bagi ibu yang pertama kali menyusukan anak,mungkin mengambil masa untuk menyesuaikan diri dan ibu perlu dibantu cara untuk menyusukan anak dengan betul. Posisi yang sesuai untuk menyusu dan cara bayi menyusu dengan betul. Ibu2 jangan malu untuk bertanya jika ada kemusykilan. Nak tanya dengan mama pun boleh ye.

6. Cium bayi
Anda akan suka untuk cium bayi anda setiap masa terutama sekali di waktu pagi. Bau bayi waktu pagi agak masam tetapi bagi mama itulah terapi untuk sepanjang hari. Bau masam itulah yang paling wangi bagi anda walaupun anda sebelum ini mungkin sensitif dengan bau. Best bau masam baby ni.

7. Bersihkan bayi
Bagi yang pertama kali menjadi ibu dan ayah,anda perlu belajar untuk tidak berasa geli untuk membersihkan najis bayi ataupun muntah bayi. Selalunya si ayah akan menghadapi sedikit masalah dengan ini tetapi lama kelamaan si ayah juga akan biasa. Don't give up ye.

Sebenarnya masih banyak lagi senarai perubahan yang berlaku kepada ibu dan ayah setelah menyambut kehadiran ahli baru. Yang mama senaraikan ni adalah di antaranya dan berdasarkan pengalaman mama sendiri yang dah ada 4 orang anak. Setiap anak berbeza dan istimewa. Kerjasama antara ibu dan ayah perlu dalam membesarkan anak2. Enjoy every moment with them coz the time will not come back.

Love yourself love your family.
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels