#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Thursday, September 24, 2015

Rawatan Selepas Berpantang

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers.


Alhamdulilah, mama dah selesai menjalani tempoh berpantang dengan selamat dengan izin drNya. Syukur sangat. Tapi,sebelum ni masa berpantang sepenuhnya di kampung,mama ada buat urut untuk abis berpantang. Kali ni masa abis berpantang di rumah sendiri,so kena cari sendiri untuk buat urutan tu. So 2 minggu sebelum habis tempoh berpantang,mama google pasal rawatan selepas habis berpantang. Then mama terjumpa pakej rawatan semalu dari mumdreams. Mama compare juga dengan search result yang lain,tapi mama lebih berat untuk memilih pakej tersebut. Makanya mama pun wassap nombor yang tertera untuk pertanyaan lebih lanjut.

Rawatan penutup pantang ni sebenarnya di buat untuk menaikkan seri dan as preparation sebelum bersama suami. Selalunya dibuat semasa hari ke 44,45 atau 46 macam tu. Pakej semalu dari mumdreams ni merangkumi bertungku,berurut,scrub badan (ni kalo orang buatkan memang best kan),bertangas dan mandi bunga. Ahli terapi yang datang kak rozita memang best sangat. Tak lokek dengan ilmu. Boleh bersoal jawab dengan yakin dan mama rasa amat selesa dengan kak rozita ni. Beliau ada juga pesan,komputer pun ada masa kena shutdown,inikan pula badan kita. Maknanya at least sebulan sekali kita perlu berurut dan paling lama 3 bulan sekali. Mama ni jenis cerewet dengan berurut ni tapi dengan kak rozita ni,very recommended la.

Bagi ibu ibu yang tak lama lagi akan habis berpantang,boleh la mencari pakej rawatan penutup pantang ni. At least dapat menyediakan badan kita untuk memulakan tugas rasmi sebagai ibu,isteri dan suri rumah.

Selamat berpantang dan habis berpantang you all!
Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels