#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Friday, March 20, 2015

Suami Pemalas Atau Isteri Yang Rajin?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Readers.

Pernah tak korang dengar kat pejabat ke atau tengah bergosip2 ke ayat2 macam ni? "Husband aku tu, aku tinggal kejap je dia ngan anak2 tak sampai 2 jam. Bila balik Ya Allah, pening kepala terus aku. Rasa macam nak pitam!" ataupun ayat macam ni "Kalau aku minta tolong jaga anak kejap, memang dia buat tapi yang lain takde nya nak buat" ataupun paling teruk yang mama pernah dengar "aku kalau anak tak mati bila balik rumah, kira syukur la". Sama tak situasi ngan video di bawah:




Dahsyatkan kita ni sebagai isteri kadang-kadang complain pasal suami. Silap-silap memang ada yang stress kalau terpaksa tinggal rumah ngan anak-anak dengan suami. Most of housewives akan rasa kita 'sempurna' dalam menguruskan anak dan rumahtangga. 

Isteri-isteri sekalian, kita ini wanita yang dijadikan Allah sebagai insan yang istimewa. Kelebihan wanita @ isteri boleh multitasking kerja dalam satu masa. Sambil masak boleh jaga anak,sempat sidai atau basuh kain (guna mesin basuh la),boleh siapkan anak dan yang paling best boleh berbisnes lagi. Itu istimewanya wanita ciptaan Allah. Lelaki yang diciptakan Allah tidak seperti wanita. Mereka fokus melaksanakan satu kerja dalam satu masa. Salahkah mereka wahai si suami ni? Tidak, kerana itu adalah lumrah mereka. Jangan kita pertikaikan kejadian Allah ye sayang2 semua.

Ini antara tips yang mama boleh kongsikan buat isteri2 dan ibu2 hebat di luar sana:

  • Niatkan apa sahaja perkara yang kita lakukan buat suami dan anak adalah kerana Allah Ta'ala kerana sesungguhnya ganjaran yang menanti isteri2 nanti amatlah hebat
  • Jika terasa penat, take 5. Cuba untuk rehatkan badan dan minda sejenak. Don't push over the limit sehingga melampaui batas kesihatan dan fizikal
  • Banyakkan bersabar dalam menguruskan rumah tangga
  • Sebelum tidur, berzikirlah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar 33 kali (pesan Rasulullah buat anak kesayangan Baginda - cuba teka siapa?)
  • Pastikan kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan pemakanan dan pengambilan supplement agar badan sentiasa cergas dan bertenaga
Wanita sekalian, anda adalah insan ciptaan Allah yang paling istimewa. Jadikanlah keistimewaan anda itu sebagai satu kekuatan buat anda!

Love yourself love your family

Share:

0 comments:

Post a Comment

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels