#makanak4 WHO LIVING HER LIFE TO THE FULLEST

Monday, August 27, 2018

TEKANAN DARAH TINGGI APA YANG PERLU KITA TAHU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ramai di kalangan kita tidak sedar yang diri mereka sebenarnya mempunyai tekanan darah tinggi. Sebab itu tekanan darah tinggi atau Hipertensi (Hypertension) juga dikenali sebagai silent killer. Menurut Persatuan Hipertensi Malaysia, pada tahun 2008, seramai 80 peratus daripada seramai 2.8 juta rakyat Malaysia tidak sedar mereka menghidap darah tinggi. Dan angka ini semakin tahun semakin meningkat dan sangat membimbangkan.




TEKANAN DARAH TINGGI

Seperti kita semua sedia maklum, fungsi jantung adalah mengepam darah ke seluruh tubuh kita. Aktiviti ini membuatkan jantung kita mengucup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah ke seluruh tubuh badan kita. Perlu kita ingat, bahawa kadar tekanan darah tidak semestinya sama sepanjang masa. Kadar tekanan sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita dan tidak sama bagi setiap individu.

Apabila kita mengambil bacaan tekanan darah, kita akan ada dua ukuran. Dan ukuran tersebut  seperti berikut - 120 /80 mmHg (contoh). Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat. Ia dipanggil tekanan diastolik.



Bacaan yang perlu di ambil kira:

Normal: Kurang daripada 120, lebih 80 (120/80)
Meningkat: 120-129 / kurang daripada 80
Tahap 1 tekanan darah tinggi : 130-139 / 80-89
Tahap 2 tekanan darah tinggi : 140 dan ke atas / 90 ke atas
Krisis tekanan darah tinggi : lebih tinggi daripada 180 / lebih tinggi daripada 120


PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI

Di antara faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai tekanan darah tinggi adalah:
  • keturunan yang mempunyai sejarah 
  • kegemukan / obes
  • tekanan / stress terlampau
  • diabetes
  • merokok
  • kurang melakukan aktiviti fizikal
  • gaya hidup yang tidak sihat 
  • pemakanan yang tidak seimbang
  • pengambilan alkhohol yang berlebihan



BAHAYA TEKANAN DARAH TINGGI

Apabila bacaan melebihi 140/90, ianya merupakan keadaan yang membahayakan kepada pesakit kerana bacaan tersebut (salah satunya) merupakan amaran kepada darah tinggi. Dan memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana penyakit tekanan darah tinggi tidak menunjukkan apa-apa tanda awal seperti penyakit yang lain. Tekanan darah tinggi adalah merbahaya kerana boleh menyebabkan kepada :
  • kerosakan jantung
  • kerosakan pada otak
  • kerosakan pada buah pinggang
  • kerosakan pada fungsi mata

Mereka yang mempunyai darah tinggi berisiko:
  • 4 kali ganda diserang angin ahmar
  • 2 kali ganda diserang sakit jantung


APA PESAKIT DARAH TINGGI BOLEH LAKUKAN

  • Selalu lakukan pemeriksaan dengan doktor dan ikuti arahan doktor
  • Kerap mengambil bacaan tekanan darah sekurang-kurangnya dua kali sehari waktu pagi dan malam. The best time adalah semasa kita baru bangun tidur dan belum bangun dari katil, terus ambil dahulu bacaan tekanan darah.
  • Jaga pemakanan dan elakkan makanan yang masin 
  • Bersenam dan melakukan aktiviti fizikal
  • Mengurangkan berat badan jika berat badan berlebihan
  • Berhenti merokok dan alkhohol
  • Kawal stress


Saya kongsikan video bagaimana seorang suami yang mempunyai darah tinggi dan juga kolestrol yang tinggi berjaya mengawal tekanan darahnya kembali normal.

Share:

2 comments:

  1. kalau ada darah tinggi cuba bukak you tube jutawan herbs.Insya Allah mujarab yg pasti harga mampu milik

    ReplyDelete

CONTACT ME


FULLTIME LIFESTYLE BLOGGER

FOR INQUIRIES | COLLABORATION

KINDLY CONTACT ME AT norlen.othman@gmail.com


CARIAN

Labels